Sunday, November 26, 2023
LINA BENCI HUTAN?
Sungai Yang Malang : Sungai Kampung Kiau Manis
Matahari bersinar sayu di Kampung Kiau Manis dek sinarnya yang terhalang rimbunnya pepohonan. Bunyi kokokkan ayam dan riak air sungai yang beradu dengan batu menghiasi suasana kampung. Terpampang wajah-wajah murid-murid Sekolah Rendah Kiau Manis bersama seorang guru yang dikala itu berdiri di pinggir sungai. Mereka terkedu melihat keadaan sungai di hadapan mereka yang bukan sahaja dipenuhi sampah sarap malahan mengeluarkan bau yang sangat menyengat membuatkan mereka merasa mual.
"eee kotornya!!" kata Ehsan menunjukkan riak wajah yang jijik dengan pemandangan dihadapannya. "Cikgu, kenapa ramai sampah sarap dibuang ke dalam sungai? Bukankah sungai seharusnya jernih dan bersih?" tanya Amei kepada Cikgu Rosa yang sedang menunduk memandang ke arah tubuh kecil Amei di sampingnya.
"Inilah yang kesan kepada sungai jika kita membuang sampah-sampah ke dalam sungai, bukan sahaja menyebabkan kejernihan sungai pudar malah bau-bau yang tidak menyenangkan juga akan tersebar ke ruang udara yang secara tidak langsung menyebabkan pencemaran bau" Jelas Cikgu Rosa kepada Amei dan anak-anak muridnya yang sedang memberi tumpuan kepadanya.
"Tempat ini kotorlah cikgu, kita tidak sepatutnya disini, lebih baik kita semua pergi ke Taman Permainan bermain jongkat-jongket dan buaian." Kata Olly kepada Cikgu Rosa. "Betul tu, jom!" Sahut Ehsan dan teman-temannya sambil melompat penuh keriangan. Cikgu Rosa hanya tersenyum lembut melihat gelagat anak-anak muridnya sambil berkata "Apa kamu sudah lupa tujuan Cikgu bawa kamu semua hari ini kemari?". Mendengar pertanyaan itu Ehsan dan teman-temannya terdiam sejenak. "Untuk membersihkan Sungai Cikgu." sahut mereka serentak. "Pandai anak-anak, hari ini merupakan Hari Sungai Sedunia, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan bijak kita perlulah menyayangi dan menjaga kebersihan sungai yang telah memberikan banyak manfaat untuk kita" Jelas Cikgu Rosa.
"Ehsan, berikan cikgu satu manfaat sungai kepada kita" tanya Cikgu Rosa. "Membekalkan bekalan air bersih cikgu!" jawab Ehsan dengan penuh keyakinan. "Betul! Bijak Ehsan" puji Cikgu Rosa yang membuatkan Ehsan tersenyum sipu. "Bukan sahaja membekalkan air bersih malahan sungai juga membekalkan sumber protein utama yang amat diperlukan untuk pertumbuhan tubuh badan kita" sambung Cikgu Rosa.
"Ooooo" ujar anak-anak murid sambil mengangguk-angguk tanda faham dengan penjelasan yang disampaikan oleh Cikgu Rosa. "Kalau kita tidak bersihkan sungai, hidupan haiwan dalam sungai seperti ikan dan udang akan mati kerana tempat tinggal mereka sudah dicemari dan terjejas" jelas Cikgu Rosa panjang lebar. "Tidakkkkk!! saya suka makan ikan!! bagaimana ibu mahu masakkan saya kari ikan jika ikan tidak ada" sampuk Olly sejurus selepas mendengar penjelasan Cikgu Rosa. "Saya juga sangat suka udang sos yang selalu dihidangkan oleh ibu itu merupakan makanan kesukaan saya." ujar Amei dengan nada penuh kesedihan yang membuatkan suasana pada pagi itu menjadi riuh kerana diselubungi kebimbangan oleh pelajar Kiau Manis.
"Anak-anak, sila bertenang. Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaianya begitu juga dengan masalah pencemaran sungai. Itulah mengapa sebagai masyarakat yang bijak kita harus tahu apa yang perlu dan jangan kita perbuat. Kita tidak seharusnya menjejaskan keindahan alam semula jadi seperti sungai dengan tingkah laku yang tidak bertauliah dan bertanggungjawab seperti menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan, membuang sisa toksik kilang ke dalam sungai dan yang lebih bahaya lagi membuang bahan-bahan beracun ke dalam sungai. Perbuatan-perbuatan ini bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada hidupan di dalam sungai malahan juga kepada manusia." Jelas Cikgu Rosa panjang lebar.
"Lalu apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan sungai bersih cikgu?" tanya Olly dengan penuh kebimbangan sambil melihat teman-temannya yang juga ingin menanyakan soalan yang sama. "Mari cikgu tunjukkan apa perlu kita lakukan sambil cikgu menjelaskan dengan lebih dalam cara-cara memelihara dan memulihara kebersihan sungai. Pertama semua buka kasut kamu dan lipat hujung seluar kamu sehingga ke paras lutut. Selepas iti ambil dan sarung tangan setiap seorang." Ujar Cikgu Rosa sambil melipat hujung seluarnya yang kemudian diikuti anak-anak muridnya.
Cikgu Rosa perlahan turun masuk ke dalam sungai yang kedalamannya hanyalah sampai ke paras betis diikuti oleh anak-anak muridnya. "Sampah yang telah dibuang ke dalam sungai kita keluarkan dan kumpul ditepi sungai sehingga tidak ada satupun sampah yang tersisa di dalam sungai" perintah Cikgu Rosa. "Baik cikgu!" sahut pelajar serentak. Cikgu Rosa hanya tersenyum melihat gelagat anak-anak muridnya yang sedang bertungkus lumus membersihkan sungai sambil bermain kejar-kejaran. "Anak-anak, sila hati-hati ketika membersihkan dan bermain ya. Pastikan kamu tidak terminum atau terendam dalam air." nasihat Cikgu Rosa. Olly, Amei dan Ehsan yang ketika itu sedang bermain air langsung terdiam memandang sesama sendiri lalu bergegas menyelesaikan tugas mereka.
Setelah hampir sejam masa berlalu, Cikgu Rosa dan pelajar-pelajar duduk berehat sambil minum air di pinggir sungai. "Anak-anak, cikgu mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada kamu semua kerana sudah bekerjasama dan bertungkus-lumus dalam membersihkan sungai kita. Ini adalah salah satu langkah yang kita boleh lakukan untuk menjaga kebersihan sungai kita iaitu dengan bergotong-royong membersihkan sungai. Terdapat juga langkah lain untuk menjaga kebersihan sungai iaitu seperti mengadakan kempen secara besar-besaran untuk memberi kesedaran tentang kepentingan sungai atau menambahbaik sistem pembuangan sampah sedia ada agar tidak ada masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai." jelas Cikgu Rosa kepada anak-anak muridnya. "Semoga kamu semua mendapat ilmu dan pengajaran daripada aktiviti kita pada hari ini, cikgu sangat bangga kamu semua berkomitmen untuk menjaga dan menyayangi sungai kita" ulas Cikgu Rosa.
"Terima kasih cikgu, kerana memberikan kami pengalaman dan pengajaran yang amat berharga kepada kami, walaupun penat & dahaga tapi kami sangat seronok dan berpuas hati dapat menjadi salah satu individu yang dapat menjaga sungai kita, kan kawan-kawan?" tanya Amei dengan penuh kegirangan kepada teman-teman kelasnya. "Betul tu Amei!!" sahut mereka semua dengan keriangan. "Cikgu sangat bangga dengan kamu semua, penting untuk menerapkan nilai cinta akan alam sekitar dalam diri. Anak-anak marilah kita sama-sama untuk sentiasa sayangi sungai kita!" sorak Cikgu Rosa yang diikuti oleh anak-anak muridnya. "Sayangi Sungai Kita!!". Suara sorakkan mereka bergema menyelubungi Sungai Kampung Kiau manis sebelum mereka semua bersurai kembali semula ke sekolah.
KISAH AMIR DENGAN SI PEMBALAK HARAM
DANIEL DAN LELAKI TUA MISTERI
NAMA : NORAZIRA BINTI MUHAMMAD
NO. METRIK : D20231108123
KUMPULAN : B
Senja berkunjung tiba namun Daniel masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Sudah hampir 2 jam berlalu sejak Daniel mengulang kaji pelajaran di rumah sahabatnya, Adam. Kini sudah tiba masanya untuk dia berpulang memandangkan azan maghrib akan berkumandang tidak lama lagi. Pasti ibunya akan bimbang akan keadaannya jika dia tidak tiba di rumah pada waktu yang sepatutnya.
Usai mengucapkan selamat tinggal, Daniel terus membuka langkah menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah Adam. Sedang leka Daniel berjalan sambil membaca buku sains tahun enamnya itu, tiba – tiba ada kedengaran suara lelaki asing memanggilnya dari belakang. Tanpa berfikir panjang, terus Daniel menoleh ke belakang. Dahi Daniel sedikit berkerut melihat susuk tubuh lelaki yang memanggilnya tadi. Lelaki itu kelihatan sangat tua. Dan persoalannya, kenapa lelaki yang layak digelar 'atok' ini berada di kawasan sunyi ini bersendirian?
"Atok panggil saya ke?" tanpa berfikir panjang terus Daniel bertanyakan soalan kepada lelaki tua itu. "Ya. Kemari nak. Datang lebih dekat." Balas lelaki tua itu sambil melambai-lambai tangan memanggil Daniel.
Daniel merasa sedikit teragak-agak dengan permintaan lelaki tua itu, namun dia tetap beranikan diri pergi mendekat ke arah lelaki tua itu. "Kenapa ya? Atok orang kampung inikah? Atau adakah atok sesat?" bertalu-talu soalan yang dilemparkan kepada lelaki tua itu.
Lelaki tua itu hanya tersenyum mendengar soalan-soalan yang ditanya oleh Daniel. Perlahan-lahan lelaki tua itu memegang bahu Daniel. "Atok perlukan bantuan dari kamu." Sekali lagi Daniel mengerutkan dahinya. Soalannya tidak dijawab. "Bantuan apa?"
"Hutan kita. Atok melihat akan ada kemusnahan yang berlaku pada hutan kita." Jelas lelaki tua itu. Namun Daniel masih keliru. Apa yang terjadi hutan di negeri mereka? Setahu dia tiada apa yang musnah pun. Semua hidupan di hutan itu masih dalam keadaan terjaga.
"Apa yang berlaku? Bukankah hutan kita dijaga dengan baik? Apa yang musnah?" Soal Daniel lagi. Namun soalannya dibalas dengan tatapan sedih lelaki tua itu. Makin keliru Daniel dibuatnya.
"Manusia itu cuba untuk musnahkan hutan kita secara haram. Atok mahu kamu laporkan kepada pihak berkuasa atau hutan kita akan musnah." Tegas lelaki tua itu. "Pokok-pokok yang menjadi habitat haiwan dan sumber oksigen kita telah ditebang secara haram oleh manusia yang tidak bertauliah." Sambung lelaki tua itu lagi.
"Bukankah pokok-pokok tersebut menjadi sumber kepada manusia untuk menghasilkan perabot, kertas dan sebagainya? Bukankah itu bagus untuk manusia?" Tanya Daniel lagi. "Benar. Pokok memang membekalkan pelbagai manfaat kepada kita. Namun, ia mestilah dilakukan secara berperingkat dan terkawal. Kita tidak boleh menebangnya sesuka hati kerana ia dapat memberikan banyak impak yang negatif kepada kita." Jelas lelaki tua itu dengan nada yang serius.
"Apa maksud atok? Impak negatif kepada kita?" Soal Daniel. Dia masih terlalu muda dan fikirannya masih cetek mengenai hal ini. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan perasaan ingin tahunya meningkat. "Jika pokok di hutan kita ditebang secara haram dan berleluasa, ia akan menyebabkan tanah di kawasan hutan itu menjadi gondol dan seterusnya akan cenderung kepada berlakunya tanah runtuh. Ia berpotensi besar untuk memusnahkan kawasan perumahan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut."
Penjelasan yang diberikan oleh lelaki tua itu membuatkan Daniel sedikit terkejut. Begitu besar impaknya kepada manusia dan juga alam sekitar. "Malah, penebangan pokok yang tidak terkawal juga dapat menyebabkan bumi kita menjadi panas. Hal ini kerana, kandungan oksigen di udara akan berkurang manakala kandungan gas karbon dioksida akan bertambah. Penambahan gas tersebut menyebabkan udara kita menjadi semakin panas." Sambung lelaki tua itu lagi. Nada suaranya turut mengendur. Jelas ada kekecewaan dari riak wajah lelaki tua itu.
"Saya tak pernah terfikir bahawa perkara ini akan berlaku. Kesannya amat buruk kepada kita!" Kata Daniel dengan nada yang bersungguh. Dia perlu laporkan hal ini kepada pihak berkuasa secepat yang mungkin.
"Bukan kepada kita sahaja namun haiwan yang tinggal di hutan tersebut juga akan kehilangan habitat dan sumber makanan mereka. Jika tiada semua itu, rantaian dan siratan makanan juga akan terjejas. Haiwan akan masuk ke kawasan petempatan manusia untuk mendapatkan tempat tinggal dan makanan. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan petempatan manusia juga menjadi tidak selamat." Kata lelaki tua itu lagi. Wajah Daniel dipandang serius olehnya.
"Ianya sangat teruk. Saya tak sanggup jika perkara ini benar-benar berlaku. Apa yang perlu saya lakukan?" Tanya Daniel. Sedaya upaya dia ingin mengatasi perkara tersebut daripada berlaku. Alam sekitar dan bumi kita haruslah dijaga dengan baik.
"Kamu hanya perlu meminta bantuan orang tua kamu untuk melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa." Kata lelaki tua itu. Daniel hanya menganggukkan kepalanya. Namun, tiba-tiba muncul persoalan dalam fikiran Daniel.
"Kenapa atok tidak melaporkannya sendiri? Kenapa atok meminta bantuan saya?" Tanya Daniel kepada lelaki tua itu.
"Atok tak boleh lakukan semua itu." Balas lelaki tua itu. "Kenapa? Sebenarnya atok ini siapa?" Tanya Daniel lagi.
"Daniel!"
Namun, belum sempat lelaki tua itu menjawab soalannya, sudah kedengaran suara seseorang wanita yang amat dikenali olehnya memanggil namanya. "Ibu!" Daniel membalas sahutan dari insan yang bergelar ibu itu.
"Buat apa duduk tercegat di situ? Meh pulang. Hari sudah gelap." Panggil Puan zaleha.
Baru Daniel tersedar bahawa hari sudah gelap. Terus dia menoleh ke belakang pula untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki tersebut namun lelaki tua itu sudah tiada. Terus membulat mata Daniel. Ke manakah dia pergi?
Tanpa melengahkan masa terus daniel berlari anak menuju ke arah ibunya. "Ibu… Bolehkah Daniel meminta bantuan dari ibu?" Tanya Daniel penuh sopan. "Bantuan apa itu?" Tanya Puan Zaleha. Setelah itu, Daniel pun menceritakan kepada Puan Zaleha tentang perbualannya dengan lelaki tua itu tadi.
Selang beberapa hari, laporan yang dilakukan oleh Puan Zaleha telah membuahkan hasil. Ternyata benar ada pembalakan secara haram dilakukan di kawasan hutan berdekatan dengan kampung mereka. Akhirnya, pembalak-pembalak tersebut telah ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Namun, persoalannya kemanakah lelaki tua itu menghilang? Keberadaan lelaki tua itu masih menjadi misteri bagi Daniel. Sudah penat Daniel mencari lelaki tua itu di kampungnya dan kampung lain yang berdekatan namun segalanya hampa. Dia tidak menjumpai lelaki tua itu. Ada yang kata lelaki tua itu tidak wujud dan ada juga yang berkata bahawa lelaki tua itu sudah lama meninggal. Dan sampai sekarang Daniel masih tidak mendapat jawapan yang tepat mengenainya.
Tamat.
NILAI MURNI
1. Menghargai - Kita mestilah menghargai dan menjaga alam sekitar kita dengan baik agar ia tidak musnah.
2. Kesedaran - Janganlah kita menggunakan sumber alam sekitar secara berlebihan kerana ia dapat meninggalkan banyak kesan yang negatif.
3. Tanggungjawab - Kita mestilah pantas bertindak dalam menyelesaikan segala masalah agar masalah tersebut tidak menjadi semakin rumit.
RYAN SI PENYELAMAT HUTAN
Dia menjadi pemimpin di antara haiwan-haiwan lain di hutan tersebut, dan reputasinya dalam menyelesaikan masalah membuatkannya dihormati oleh semua hidupan di dalam hutan tersebut. Semua haiwan yang terdapat dalam hutan tersebut patuh akan setiap arahan yang Ryan berikan. Ryan bagaikan raja di dalam hutan tersebut.
Pada suatu hari, ketika Ryan sedang berjalan-jalan di dalam hutan, Ryan terdengar satu khabar angin yang tersebar apabila hutan tersebut didatangi oleh sekelompok manusia yang tidak bertanggungjawab dan ingin menjalankan kegiatan aktiviti haram yang melibatkan pembakaran hutan secara meluas.
Pembakaran hutan tersebut dilakukan untuk dijadikan sebagai tapak pembinaan yang besar. Semua haiwan yang berada di hutan tersebut berasa bimbang dan gelisah apabila mengetahui dan menyedari bahawa rancangan tersebut ingin dijalankan oleh mereka. Mereka memerlukan seseorang yang cerdik dan bijak untuk melindungi hutan mereka daripada musnah. Kemudian Si Ryan secara sukarela ingin mengetuai rancangan mereka untuk menghalang perkara tersebut berlaku.
Si Ryan dengan lantang bersuara berkata "kita perlu menangani masalah ini secepat yang mungkin, kita tidak boleh membiarkan perkara ini daripada berlaku. Kita tidak boleh membiarkan khazanah hutan kita hilang begitu sahaja. Kesemua habitat kita akan hilang begitu sahaja".
"APAKAH KAMU INGIN BERSAMA-SAMA AKU DALAM MENENTANG PERKARA INI BERLAKU?". Tegas Ryan terhadap kebimbangannya dalam menyelamatkan hutan yang ingin dimusnahkan.
Kesemua haiwan bersorak terhadap rancangan Ryan dan menunjukkan tanda setuju atas rancangan ini.
Ryan bercadang untuk mengumpulkan seluruh komuniti haiwan untuk merancang strategi untuk mencegah aktiviti ini daripada berlaku. Dalam perjumpaan darurat tersebut, Si Ryan mengemukakan rancangannya dan mengatur strategi dan posisi yang ingin dilaksanakan pada hari kejadian.
"Kita harus bersatu teguh dan bekerja sama untuk menghalang pembakaran terbuka ini daripada berlaku. Kita mempunyai kecerdasan dan mempunyai mental yang berkualiti untuk melawan konflik ini daripada berlaku." Kesemua haiwan di dalam hutan tersebut bersemangat apabila mendengar hujah yang disampaikan oleh Ryan tadi.
Suasana hutan kini menjadi haru biru akibat ngauman dan sorakan daripada kesemua komuniti haiwan-haiwan yang terdapat dalam hutan tersebut.
Haiwan-haiwan di dalam hutan tersebut setuju dengan cadangan Si Ryan dan bersedia untuk melaksanakan rancangannya.
Pada keesokan harinya, ketika sekelompok manusia yang tidak bertanggungjawab tersebut memasuki hutan dengan niat jahat mereka, mereka membawa bahan bakar seperti tong minyak yang begitu banyak untuk memulakan rancangan jahat yang dilakukan oleh mereka. Ketika mereka ingin menuang bahan bakar mereka, mereka berasa pelik bahawa tidak ada satu pun haiwan di hutan tersebut kelihatan. Mereka merasakan seolah-olah hutan kosong dan tidak berpenghuni.
Tiba-tiba kesemua haiwan tersebut bersedia di tempat serangan masing-masing seperti yang telah dirancangkan. Si Ryan mengetuai serangan yang dijalankan oleh mereka dengan bijak.
Selepas itu, sekelompok pasukan burung gagak mengeluarkan bunyi yang menakutkan dan beterbangan di ruang atmosfera dan seterusnya hinggap di pokok untuk menunjukkan amaran bahaya kepada manusia. Seterusnya, sekelompok monyet dan tupai melakukan pelbagai aksi untuk mengalihkan perhatian manusia dengan menjatuhkan ranting-ranting dan dedaun pokok sehingga menyebabkan ranting-ranting tersebut jatuh ke permukaan tanah. Sekawan harimau pula mengaum untuk menunjukkan amaran kepada sekumpulan manusia tersebut.
Kesemua haiwan di dalam hutan tersebut memberikan komitmen yang terbaik demi menyelamatkan hutan dan habitat masing-masing daripada musnah. Si Ryan pula mencari jalan untuk menukar posisi kesemua haiwan di dalam hutan tersebut demi merancakkan rancangan yang telah dibuat oleh Ryan.
Manusia-manusia itu terkejut dan takut akan kekacauan alam yang tidak terduga tersebut berlaku. Mereka lupa akan rancangan yang ingin mereka lakukan iaitu pembakaran hutan tersebut dan sibuk menyelamatkan diri masing-masing.
Si Ryan dan seluruh komuniti haiwan berhasil menggagalkan rancangan jahat yang ingin dijalankan oleh mereka. Kesemua haiwan di dalam hutan tersebut berasa lega akan tindakan yang dibuat oleh mereka menjadi. Mereka bersuka ria apabila melihat para manusia berlari bertempiaran dalam ketakutan. Kesemua haiwan di hutan tersebut ketawa apabila melihat perilaku manusia sebegitu.
Kemenangan ini dapat membuktikan kecerdasan Si Ryan dan seluruh komuniti haiwan di hutan tersebut dalam menjalankan sesuatu rancangan dan tugasan yang bernas. Haiwan-haiwan itu merayakan kemenagan mereka dengan gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Si Ryan atas kepemimpinan dan kecerdikan yang dilakukan oleh Ryan.
Kisah ini menjadi lagenda di dalam hutan tersebut, dan Si Ryan dianggap sebagai pahlawan yang melindungi hutan dan semua makhluk di dalamnya. Dan kini Si Ryan mendapat kehormatan tertinggi di dalam hutan tersebut.
Sejak hari itu, hutan kini menjadi semakin aman, dan hidupan di dalam hutan tersebut kembali dalam keadaan yang damai. Si Ryan terus menjadi contoh bagi haiwan-haiwan yang lain dalam menghadapi rintangan, dan ceritanya kini menjadi inspirasi kepada haiwan lain tentang kecerdasan dan kerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Kisah Sang Kancil yang bernama Ryan dan perjuangannya untuk melindungi hutan menjadi tradisi dan diteruskan dari generasi ke generasi yang akan datang di antara haiwan-haiwan di hutan yang indah itu.
NILAI MURNI
1.Berkerjasama: Si Ryan menunjukkan pentingnya kerjasama di antara setiap jenis haiwan untuk mencapai tujuan yang lebih besar. Mereka bekerjasama tanpa memandang perbezaan spesies untuk melindungi habitat mereka.
2.Keberanian: Meskipun Si Ryan adalah makhluk kecil, keberaniannya untuk menghadapi ancaman yang lebih besar dan mencari jalan penyelesaian adalah contoh yang bagus tentang bagaimana keberanian dapat membantu mengatasi pelbagai masalah.
3.Kepemimpinan: Si Ryan adalah pemimpin yang bijak. Dia menjadi inspirasi dan memimpin haiwan-haiwan lainnya dalam menghadapi masalah yang besar. Kepemimpinannya yang baik membawa haiwan-haiwan lain bersama-sama untuk mencapai tujuan yang baik.
4.Kecerdasan: Si Ryan menunjukkan bahawa kecerdasan dan pemikirannya yang kreatif adalah alat yang kuat dalam mengatasi rintangan. Kecerdasan dapat membantu menemukan jalan penyelesaian yang efektif.
5.Bersatu Padu: Nilai ini sangat jelas dalam kisah ini. Ketika semua haiwan bergabung dan bekerja bersama-sama, mereka berhasil mengatasi ancaman dan melindungi habitat mereka.
Pengembaraan Seorang Pekerja Zoo
MUHAMMAD SYAMEER BIN ZULKIPLI- D20221103685 (group b)
Pada suatu hari, sinar mentari menerangi kebun binatang dengan sinar keemasan yang menghangatkan, kisah berkenaan Sarah merupakan seorang pekerja zoo yang telah berpengalaman selama 5 tahun. Sarah sudah bersiap sedia untuk menghadapi hari-harinya yang penuh cabaran dan kejutan bersama binatang-binatang yang menakjubkan.
Sarah adalah satu-satunya pekerja zoo wanita disitu dan dia dilayan seperti puteri oleh pekerja-pekerja lelaki di situ. Hal ini kerana Sarah dianggap sebagai adik kepada pekerja lelaki yang sudah berumur dan sudah berkahwin.
Setiap pagi, rutin harian Sarah bermula dengan memberi makan kepada gajah-gajah yang gemuk di kawasan zoo itu. Namun, pada satu hari yang cerah itu Sarah sedang berkeliaran di kawasan gajah, tiba-tiba beliau terdengar satu bunyi yang keras dari jauh.
Sarah berasa sungguh terkejut akan kejadian tersebut. Selepas itu, sifat ingin tahu Sarah membuak-buak dan terus bergegas ke tempat itu. Sebuah Pohon besar telah roboh sehingga menutupi laluan utama kawasan zoo tersebut.
Sarah segera bergerak tanpa ragu untuk memastikan keselamatan binatang dan para pengunjung disitu. Setelah tiba di tempat kejadian, Sarah terkejut melihat seekor singa sedang berkeliaran bebas di pintu masuk utama.
Pohon yang tumbang sehingga merosakkan pagar yang menutupi sangkar singa itu. Demi memastikan keselamatan pengunjung pada waktu itu, Sarah dan pasukannya dengan cepat bertindak pantas, mengalihkan perhatian singa itu sehingga singa tersebut kembali ke kandangkan dengan selamat serta tidak mencederakan pengunjung zoo tersebut.
Ia menjadi tugas utama kepada pekerja zoo untuk memastikan keselamatan pengunjung sentiasa terjaga apabila berlaku satu kecemasan. Kejadian itu, walaupun mencemaskan ia akan menjadi pengalaman pembelajaran yang berharga dan menguji kepantasan Sarah serta pasukannya.
Di sebalik daripada kejadian itu, Sarah dengan bijaksana mengambil iktibar dari insiden tersebut. Dia dan pasukannya, mula menjalankan tinjauan berskala selepas kejadian itu untuk memastikan kestabilan struktur dan mengenal pasti risiko.
Tindakan ini dibuat adalah ingin memastikan tiada lagi haiwan yang buas dan berbahaya terlepas kerana ia akan mencederakan pengunjung malah pekerja juga terlibat sama.
Sarah telah mengambil satu inisiatif penting dengan menggubal program latihan tambahan bagi pasukannya. Ini bertujuan untuk membekalkan pasukannya dengan kemahiran tambahan dalam mengendalikan keadaan darurat dan kecemasan.
Tindakan yang dibuat oleh Sarah telah mendapat pujian daripada pihak atasan kerana telah mengambil inisiatif berjaga-jaga serta menambah lagi kemahiran pasukannya untuk sentiasa bersedia dengan walau apa jua keadaan pun.
Namun, bukan setiap hari di kebun binatang penuh dengan cabaran. Ada juga kisah-kisah manis yang menyentuh hati dan membuatkan pekerja di zoo ini terhibur serta gembira. Sarah sering melihat wajah riang kanak-kanak yang berkunjung ke situ terpana dengan melihat binatang kesayangan mereka.
Malah, kanak-kanak yang berkunjung ke sini pertama kali berjumpa dengan binatang-binatang ini. Sebelum ini mereka hanya melihat melalui telefon bimbit sahaja tetapi kali ini ibu bapa mereka membawa mereka ke zoo. Ibu bapa juga dilihat sangat seronok melihat gelagat binatang di zoo ini.
Daripada kisah-kisah manis itu, Sarah teringat bahawa pekerjaannya bukan hanya tentang menjaga binatang tetapi ia juga menyumbang kepada pendidikan dan kesedaran alam sekitar. Di zoo ini terdapat juga haiwan-haiwan yang hampir pupus dan hanya dijumpai di Malaysia sahaja seperti Harimau Malaya dan Tapir.
Oleh itu, pekerjaan Sarah ini membawa kepada pengetahuan dan ilmu baharu. Dia sangat memahami kepelbagaian alam semesta, mengenali cabaran dan membina hubungan istimewa dengan binatang-binatang yang dia jaga. Bagi Sarah, bekerja di kebun binatang bukan sahaja pekerjaan biasa akan tetapi ia menjadi satu platform untuk membabitkan masyarakat dalam usaha pemuliharaan alam dan kehidupan liar yang semakin terancam.
Manusia ditugaskan untuk menjaga alam sekitar serta termasuk flora dan fauna. Hal ini kerana ia sangat penting kepada ekosistem negara kita malahan dunia sekali pun. Dengan menjaga alam, kehidupan di hutan serta di perkampungan dapat dijaga dan kita dapat menghirup udara yang segar.
Sekian lama Sarah bekerja di zoo tersebut, pada suatu hari yang cerah dan tenang, Sarah telah dipanggil oleh pihak atasan untuk menerima satu penghargaan yang berharga dalam karier Sarah. Penghargaan tersebut diberikan adalah untuk menghargai dedikasi seorang pekerja zoo yang sentiasa komited di dalam kerja serta penglibatannya terhadap kelestarian alam. Namun, baginya kepuasan terbesar adalah datang dari perubahan positif yang dia lihat di zoo dan komuniti sekitarnya.
Meskipun pekerjaannya dilihat sebagai pekerjaan biasa yang melakukan benda yang sama tetapi setiap pekerjaan itu terdapat cabaran yang tersendiri. Dengan penerimaan penghargaan ini akan menjadikan Sarah lebih bersemangat untuk berkhidmat menjaga kelestarian alam serta hal-hal berkaitan dengan haiwan.
Seterusnya, sebagai meraikan penghargaan itu, Sarah mengajak pasukannya untuk menikmati makan malam di sebuah restoran yang agak terkenal. Makan malam ini dijadikan ganjaran kepada pasukannya yang sentiasa komited dan mendengar arahannya ketika bekerja. Perkara sebegini sebenarnya telah menjadikan hubungan silaturahim terus bersambung dan tidak akan terputus.
Hubungan yang rapat akan memudahkan lagi kerja seharian kita. Kesimpulan daripada cerita ini adalah minat dan kesukaan terhadap pekerjaan yang dilakukan itu adalah sangat penting kerana ia akan mendorong diri kita untuk bekerja dengan keras serta ikhlas. Dengan keikhlasan terhadap pekerjaan yang dilakukan mesti terdapat satu hikmah yang bagus untuk dijadikan pengajaran.
Nilai yang terdapat dalam cerita di atas :
1. Keberanian - Kisah ini terdapat nilai keberanian yang ditunjukkan oleh Sarah dalam menghadapi situasi yang sukar. Sarah bertindak mengambil risiko dengan mengalihkan perhatian singa yang berkeliaran di kawasan utama zoo tersebut.
2. Dedikasi - Sikap Sarah yang sentiasa komited dengan kerjanya di zoo telah mencerminkan nilai dedikasi. Walaupun Sarah menghadapi situasi yang cemas dan sukar, beliau tetap komited dengan meningkatkan keamanan, latihan tambahan.
Kerjasama - Kejayaan Sarah dapat mengawal keadaan di situ adalah hasil daripada kerjasama pasukannya yang mantap. Ini mencerminkan nilai kerjasama dan tolong menolong untuk menghadapi segala cabaran.
RYAN SI PENYELAMAT BUMI
Dia menjadi pemimpin di antara haiwan-haiwan lain di hutan tersebut, dan reputasinya dalam menyelesaikan masalah membuatkannya dihormati oleh semua hidupan di dalam hutan tersebut. Semua haiwan yang terdapat dalam hutan tersebut patuh akan setiap arahan yang Ryan berikan. Ryan bagaikan raja di dalam hutan tersebut.
Pada suatu hari, ketika Ryan sedang berjalan-jalan di dalam hutan, Ryan terdengar satu khabar angin yang tersebar apabila hutan tersebut didatangi oleh sekelompok manusia yang tidak bertanggungjawab dan ingin menjalankan kegiatan aktiviti haram yang melibatkan pembakaran hutan secara meluas.
Pembakaran hutan tersebut dilakukan untuk dijadikan sebagai tapak pembinaan yang besar. Semua haiwan yang berada di hutan tersebut berasa bimbang dan gelisah apabila mengetahui dan menyedari bahawa rancangan tersebut ingin dijalankan oleh mereka. Mereka memerlukan seseorang yang cerdik dan bijak untuk melindungi hutan mereka daripada musnah. Kemudian Si Ryan secara sukarela ingin mengetuai rancangan mereka untuk menghalang perkara tersebut berlaku.
Si Ryan dengan lantang bersuara berkata "kita perlu menangani masalah ini secepat yang mungkin, kita tidak boleh membiarkan perkara ini daripada berlaku. Kita tidak boleh membiarkan khazanah hutan kita hilang begitu sahaja. Kesemua habitat kita akan hilang begitu sahaja".
"APAKAH KAMU INGIN BERSAMA-SAMA AKU DALAM MENENTANG PERKARA INI BERLAKU?". Tegas Ryan terhadap kebimbangannya dalam menyelamatkan hutan yang ingin dimusnahkan.
Kesemua haiwan bersorak terhadap rancangan Ryan dan menunjukkan tanda setuju atas rancangan ini.
Ryan bercadang untuk mengumpulkan seluruh komuniti haiwan untuk merancang strategi untuk mencegah aktiviti ini daripada berlaku. Dalam perjumpaan darurat tersebut, Si Ryan mengemukakan rancangannya dan mengatur strategi dan posisi yang ingin dilaksanakan pada hari kejadian.
"Kita harus bersatu teguh dan bekerja sama untuk menghalang pembakaran terbuka ini daripada berlaku. Kita mempunyai kecerdasan dan mempunyai mental yang berkualiti untuk melawan konflik ini daripada berlaku." Kesemua haiwan di dalam hutan tersebut bersemangat apabila mendengar hujah yang disampaikan oleh Ryan tadi.
Suasana hutan kini menjadi haru biru akibat ngauman dan sorakan daripada kesemua komuniti haiwan-haiwan yang terdapat dalam hutan tersebut.
Haiwan-haiwan di dalam hutan tersebut setuju dengan cadangan Si Ryan dan bersedia untuk melaksanakan rancangannya.
Pada keesokan harinya, ketika sekelompok manusia yang tidak bertanggungjawab tersebut memasuki hutan dengan niat jahat mereka, mereka membawa bahan bakar seperti tong minyak yang begitu banyak untuk memulakan rancangan jahat yang dilakukan oleh mereka. Ketika mereka ingin menuang bahan bakar mereka, mereka berasa pelik bahawa tidak ada satu pun haiwan di hutan tersebut kelihatan. Mereka merasakan seolah-olah hutan kosong dan tidak berpenghuni.
Tiba-tiba kesemua haiwan tersebut bersedia di tempat serangan masing-masing seperti yang telah dirancangkan. Si Ryan mengetuai serangan yang dijalankan oleh mereka dengan bijak.
Selepas itu, sekelompok pasukan burung gagak mengeluarkan bunyi yang menakutkan dan beterbangan di ruang atmosfera dan seterusnya hinggap di pokok untuk menunjukkan amaran bahaya kepada manusia. Seterusnya, sekelompok monyet dan tupai melakukan pelbagai aksi untuk mengalihkan perhatian manusia dengan menjatuhkan ranting-ranting dan dedaun pokok sehingga menyebabkan ranting-ranting tersebut jatuh ke permukaan tanah. Sekawan harimau pula mengaum untuk menunjukkan amaran kepada sekumpulan manusia tersebut.
Kesemua haiwan di dalam hutan tersebut memberikan komitmen yang terbaik demi menyelamatkan hutan dan habitat masing-masing daripada musnah. Si Ryan pula mencari jalan untuk menukar posisi kesemua haiwan di dalam hutan tersebut demi merancakkan rancangan yang telah dibuat oleh Ryan.
Manusia-manusia itu terkejut dan takut akan kekacauan alam yang tidak terduga tersebut berlaku. Mereka lupa akan rancangan yang ingin mereka lakukan iaitu pembakaran hutan tersebut dan sibuk menyelamatkan diri masing-masing.
Si Ryan dan seluruh komuniti haiwan berhasil menggagalkan rancangan jahat yang ingin dijalankan oleh mereka. Kesemua haiwan di dalam hutan tersebut berasa lega akan tindakan yang dibuat oleh mereka menjadi. Mereka bersuka ria apabila melihat para manusia berlari bertempiaran dalam ketakutan. Kesemua haiwan di hutan tersebut ketawa apabila melihat perilaku manusia sebegitu.
Kemenangan ini dapat membuktikan kecerdasan Si Ryan dan seluruh komuniti haiwan di hutan tersebut dalam menjalankan sesuatu rancangan dan tugasan yang bernas. Haiwan-haiwan itu merayakan kemenagan mereka dengan gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Si Ryan atas kepemimpinan dan kecerdikan yang dilakukan oleh Ryan.
Kisah ini menjadi lagenda di dalam hutan tersebut, dan Si Ryan dianggap sebagai pahlawan yang melindungi hutan dan semua makhluk di dalamnya. Dan kini Si Ryan mendapat kehormatan tertinggi di dalam hutan tersebut.
Sejak hari itu, hutan kini menjadi semakin aman, dan hidupan di dalam hutan tersebut kembali dalam keadaan yang damai. Si Ryan terus menjadi contoh bagi haiwan-haiwan yang lain dalam menghadapi rintangan, dan ceritanya kini menjadi inspirasi kepada haiwan lain tentang kecerdasan dan kerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Kisah Sang Kancil yang bernama Ryan dan perjuangannya untuk melindungi hutan menjadi tradisi dan diteruskan dari generasi ke generasi yang akan datang di antara haiwan-haiwan di hutan yang indah itu.
NILAI MURNI
1.Berkerjasama: Si Ryan menunjukkan pentingnya kerjasama di antara setiap jenis haiwan untuk mencapai tujuan yang lebih besar. Mereka bekerjasama tanpa memandang perbezaan spesies untuk melindungi habitat mereka.
2.Keberanian: Meskipun Si Ryan adalah makhluk kecil, keberaniannya untuk menghadapi ancaman yang lebih besar dan mencari jalan penyelesaian adalah contoh yang bagus tentang bagaimana keberanian dapat membantu mengatasi pelbagai masalah.
3.Kepemimpinan: Si Ryan adalah pemimpin yang bijak. Dia menjadi inspirasi dan memimpin haiwan-haiwan lainnya dalam menghadapi masalah yang besar. Kepemimpinannya yang baik membawa haiwan-haiwan lain bersama-sama untuk mencapai tujuan yang baik.
4.Kecerdasan: Si Ryan menunjukkan bahawa kecerdasan dan pemikirannya yang kreatif adalah alat yang kuat dalam mengatasi rintangan. Kecerdasan dapat membantu menemukan jalan penyelesaian yang efektif.
5.Bersatu Padu: Nilai ini sangat jelas dalam kisah ini. Ketika semua haiwan bergabung dan bekerja bersama-sama, mereka berhasil mengatasi ancaman dan melindungi habitat mereka.
MIA DAN HUTAN KESAYANGANNYA
PAHLAWAN DIKA
Di dalam rimba yang subur, terdapat sebuah kisah yang menggambarkan perjuangan menentang amalan pembalakan haram. Hutan ini menjadi tempat tinggal kepada pelbagai makhluk hidup dan menjadi punca kehidupan bagi penduduk tempatan. Namun, ancaman pembalakan tanpa izin telah mengancam kelestarian hutan tersebut.
Seorang lelaki bernama Dika adalah pahlawan dalam kisah ini. Beliau adalah penduduk tempatan yang dilahirkan dan dibesarkan di sekitar hutan itu. Melihat hutan yang dicintainya terancam oleh tindakan tanpa rasa tanggungjawab, Dika merasa perlu bertindak.
Dika membuat keputusan untuk membentuk kumpulan pemulihara hutan yang terdiri daripada penduduk setempat. Mereka sedar bahawa mereka perlu bertindak segera untuk menghentikan pembalakan tanpa izin yang merosakkan hutan dan ekosistemnya.
Kumpulan Dika memulakan rondaan secara berkala di dalam hutan, mencari petunjuk mengenai aktiviti pembalakan haram. Mereka juga bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melaporkan dan mengenal pasti pelaku-pelaku pembalakan haram tersebut. Tindakan ini tidak selalu mudah, kerana mereka terpaksa berdepan dengan ancaman dan tekanan dari pihak yang terlibat dalam pembalakan haram.
Namun, semangat mereka tidak pernah padam. Mereka terus berjuang untuk melindungi hutan dan kehidupan yang terdapat di dalamnya. Selain itu, mereka juga mengadakan kempen pendidikan kepada masyarakat sekitar mengenai kepentingan memelihara hutan dan membantu mengelakkan pembalakan haram.
Melalui usaha-usaha gigih dan tekad yang kuat, kumpulan Dika akhirnya berjaya menggagalkan jaringan pembalakan haram di kawasan mereka. Para pelaku haram berjaya ditangkap dan dikenakan hukuman mengikut undang-undang yang berlaku.
Namun, perjuangan mereka belum berakhir. Mereka sedar bahawa mereka perlu terus memantau dan melindungi hutan dari ancaman serupa di masa depan.
Kumpulan Dika juga bekerjasama dengan organisasi alam sekitar dan badan pemuliharaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat secara meluas mengenai bahaya pembalakan haram.
Mereka menganjurkan seminar dan bengkel mengenai kelestarian hutan dan usaha-usaha yang boleh diambil untuk menghentikan pembalakan haram.
Semakin ramai yang terinspirasi oleh semangat dan pengabdian kumpulan Dika. Mereka mula mengambil bahagian dalam usaha-usaha pemuliharaan hutan dan membentuk kumpulan serupa di kawasan masing-masing.
Kisah perlawanan mereka tersebar dan menjadi inspirasi kepada masyarakat di seluruh negara. Gerakan pemuliharaan hutan semakin meluas, membawa harapan untuk masa depan yang lebih hijau dan lestari.
Walaupun cabaran masih ada, kumpulan Dika tidak pernah berundur. Mereka terus komited untuk melindungi hutan dan sumber daya alam yang berharga bagi semua makhluk hidup.
Ahli-ahli kumpulan Dika juga mempelajari cara-cara memanfaatkan sumber daya hutan secara lestari tanpa merosakkan ekosistemnya.Mereka menggalakkan prinsip-prinsip pemuliharaan hutan kepada masyarakat sekitar dan bekerjasama dengan petani tempatan untuk mengamalkan teknik pertanian yang mesra alam.
Setiap tahun, kumpulan Dika juga menganjurkan program penanaman pokok untuk mengembalikan hutan yang telah ditebang.
Hasil dari usaha mereka mula terlihat. Hutan yang dulu terancam kini mulai pulih dan kepelbagaian hayati di dalamnya semakin bertambah.
Kisah kumpulan Dika adalah bukti bahawa dengan kerjasama dan tekad yang kuat, kita dapat mengatasi pembalakan haram dan melindungi kelestarian hutan serta ekosistemnya.
Hutan di sekitar kota itu kini menjadi contoh untuk kawasan-kawasan lain. Masyarakat di seluruh negara terinspirasi untuk bangkit menentang ancaman terhadap hutan mereka sendiri.
Kejayaan kumpulan Dika juga mengajar kita akan pentingnya penyertaan aktif masyarakat dalam pemuliharaan alam sekitar. Mereka membuktikan bahawa setiap individu boleh membuat perubahan.Kisah ini menjadi sumber inspirasi bagi generasi akan datang untuk terus berjuang melindungi hutan dan sumber daya alam yang penting bagi kehidupan kita semua.
NILAI MURNI
Keberanian : Keberanian ditunjukkan oleh tokoh utama, Dika, yang tidak hanya memantau pembalakan haram tetapi juga melibatkan diri dalam tindakan nyata untuk melawan aktiviti tersebut, meskipun menghadapi risiko dan tekanan semasa menjalankan misi menyelamatkan hutan.
Kesedaran dan Pendidikan : Kisah ini menekankan pentingnya peningkatan kesedaran masyarakat tentang bahaya pembalakan haram dan upaya untuk mendidik masyarakat tentang kelestarian hutan dan lingkungan.
Tanggungjawab : Dika dan kumpulannya mengambil tanggungjawab untuk melindungi hutan dan ekosistemnya. Mereka menyadari bahwa mereka memiliki peran penting dalam menjaga keberlanjutan alam sekitar. Keberhasilan dalam menghentikan pembalakan haram tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama antara individu, masyarakat, dan pihak berkuasa. Ini menunjukkan semua pihak harus bertanggungjawab dan bekerjasama demi melindungi sumber hutan daripada ditarap.
Kelestarian Alam : Kisah ini menekankan betapa pentingnya menjaga alam dan keanekaragaman hayati. Hal ini mencerminkan nilai-nilai pelestarian alam dan perlunya bertindak untuk melindungi sumber daya alam bagi generasi mendatang.
Pengorbanan : Dalam melawan pembalakan haram, kelompok tersebut mengorbankan waktu, tenaga, dan mungkin menghadapi risiko untuk melindungi hutan. Nilai pengorbanan ini menggambarkan dedikasi mereka terhadap penyelamatan lingkungan.