Wednesday, November 15, 2023

KESEDARAN MEMBAWA KEMANISAN

NAMA : NIK MUHAMMAD AMAR FITRI BIN NIK MOHD ROSDI
NO MATRIK : D20231108078
KUMPULAN : A

1. Pada suatu ketika dahulu, sebuah perkampungan yang bernama Kampung Sungai Budor yang terletak di Kota Bharu, Kelantan mempunyai keindahan sekitar yang menarik. Namun, kampung ini mengalami perubahan ketara akibat dihantui oleh sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata tempat sehingga mencacatkan pandangan sekitar.
2. Masyarakat yang sebelumya menjaga kebersihan dengan teliti kini melupakan tanggungjawab mereka dengan membuang sampah merata-rata di seluruh kawasan kampung ini. Sampah-sampah seperti plastik, botol air, kertas bahan buangan lain dibuang secara giat di kampung ini. Kegiatan tidak bermoral ini telah menyebabkan kawasan Kampung Sungai Budor sangat tercemar sehinggakan sungai juga dipenuhi dengan sampah.
3. Dengan cepatnya sampah-sarap ini bertimbun, keadaan ini menyebabkan pemandangan di Kampung Sungai Budor jauh lebih kotor daripada keindahan yang pernah ada. Malah, tidak hanya merosakkan pemandangan, tetapi juga memulakan rentetan bencana yang tidak dapat dielakkan.
4. Bencana pertama yang melanda akibat pembuangan sampah merata-rata adalah banjir setiap kali musim hujan melanda Kampung ini. Aliran air sungai yang mengganas akibat tidak dapat menampung kuantiti hujan yang banyak menyebabkan kawasan kampung ditenggelami air dan merosakkan tanaman pertanian. Penduduk yang sebelumnya hidup dengan nyaman kini terpaksa menghadapi kesusahan akibat perbuatan mereka sendiri.
5. Namun, bencana ini tidak berhenti di situ. Ditambahnya lagi dengan sampah-sarap beracun yang terbuang meresap ke dalam tanah dan air, mencemarkan sumber air dan meracuni kawasan sekitar. Oleh itu, penyakit-penyakit serius muncul di kalangan penduduk yang sebelumnya hidup dengan sejahtera dan sihat.
6. Pada suatu hari, Kes demam denggi didapati semakin meningkat di Kampung Sungai Budor sehingga melaporkan seramai 4 orang penduduk yang dijangkiti demam denggi. Keadaan ini amatlah tidak menghiraukan kerana keadaan sekitar yang dipenuhi sampah-sarap menjadi punca utama kepada penularan penyakit demam denggi di kampung ini.
7. Faktor yang menyebabkan jangkitan denggi ialah air bertakung yang disebabkan oleh penduduk sendiri yang membuang sampah-sarap. Air bertakung menjadi tempat kegemaran nyamuk Aedes betina untuk bertelur. Apabila terdapatnya takungan air, nyamuk Aedes betina akan menetas di dalam air sebagai jentik-jentik sebelum membesar menjadi nyamuk Aedes dewasa.
8. Pada keesokan harinya, Wartawan dari stesen penyiaran negara telah meninjau ke kampung ini untuk membuat liputan mengenai isu aduan sampah-sarap yang menghantui Kampung Sungai Budor.
9. Tidak lama kemudian, Kampung ini mendapat nama apabila terpampang di Buletin Utama tentang aktiviti tidak bermoral yang dilakukan oleh penduduk Kampung Sungai Budor. Akibat daripada itu, Kampung ini telah menerima kecaman yang hebat dari pelbagai agensi akibat daripada perbuatan mereka tersebut yang dikatakan tidak bertamadun.
10. Oleh itu, seorang pemuda bernama Alisa yang berumur 18 tahun juga merupakan sahabat saya berazam untuk melakukan perubahan di kampung ini dengan mengwar-warkan kepada semua golongan masyarakat untuk melakukan perubahan yang drastik.
11. Alisa juga berkata "alangkah indah kalau kita dapat mencantikkan semula keindahan kampung ini…apakata kita membuat video tentang kampung ini dan memuat naik dalam aplikasi "TikTok"? Dengan persoalan itu, saya dan Alisa sangat bersetuju dengan idea yang dihasilkan oleh Alisa
12. Menurut Alisa, Beliau mengambil inspirasi daripada negara seberang iaitu warga Indonesia yang bernama "pandawara" di aplikasi TikTok. Beliau bercita-cita untuk mengumpulkan semua golongan masyarakat terdekat untuk bersama-sama melakukan perubahan ke arah yang positif di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
13. Oleh itu, Alisa telah berusaha keras untuk melakukan rakaman di sekitar Kampung Sungai Budor untuk menunjukkan keadaan sebenar dan mengharapkan adanya masyarakat prihatin yang sanggup menolong melakukan kebaikan demi alam sekitar.
14. Kicauan burung di pagi hari, menandakan hari yang cukup gembira kepada Alisa apabila video yang dimuatnaikkan di TikTok mendapat sambutan yang menggembirakan apabila video tersebut mendapat tontonan sebanyak 300,000 ribu orang. Dengan itu, Alisa terus bersemangat untuk menjayakan aktiviti tersebut.
15. Semakin hari, Alisa semakin yakin bahawa dia mampu membuat perubahan apabila video yang dimuatnaikkan mendapat pelbagai respon untuk menjayakan aktiviti ini. Alisa juga telah mengambil inisiatif bersama keluarganya dan jiran-jiran terdekat untuk menyediakan makanan kepada mereka yang sanggup berganding bahu mencantikkan semula kampung ini.
16. Pada hari kejadian, Alisa sangat terkejut apabila melihat masyarakat tidak kira umur dan bangsa yang sanggup turun ke kawasan ini untuk menjayakan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
17. Dengan usaha yang kuat, mereka memulakan kempen membersihkan kampung ini dengan mengutip sampah di sungai-sungai yang tercemar, menyediakan tempat pembuangan sampah yang baharu dan memperkenalkan sistem kitar semula yang lebih efisien.
18. Dengan semangat gigihnya, Alisa memberanikan diri untuk memberi sepatah dua untuk memotivasikan penduduk tempatan untuk menjaga kebersihan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan buangan secara berleluasa.
19. Walaupun kempen ini tidaklah seberapa, Semangat yang ditanam dalam sifat diri masyarakat tempatan merupakan perjuangan utama untuk melawan sikap membuang sampah oleh masyarakat setempat. Dengan itu, penduduk mula menyedari bahawa perubahan positif memerlukan tindakan secara kolektif.
20. Kisah ini menjadi pengajaran yang menyentuh tentang bagaimana kelalaian terhadap pembuangan sampah boleh membawa kepada bencana alam. Harapannya, kisah ini akan menginspirasikan generasi masa depan untuk lebih menghargai dan menjaga alam sekitar mereka, sebelum terlambat untuk membetulkan kesilapan.

NILAI MURNI

1. Kepimpinan : Alisa menunjukkan sifat kepimpinan dengan membentuk semua golongan masyarakat untuk menjayakan kempen memelihara dan memulihara alam sekitar di kampung ini
2. Berani : Alisa seorang yang berani melakukan perubahan drastik dengan memuatnaik video tentang sampah-sarap di kampung ini walaupun menerima pelbagai pendapat negatif
3. Kerjasama : Penduduk di sekitar Kampung ini sanggup mengerah tenaga untuk menjayakan program ini tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.
4. Kesedaran : Penduduk kampung mengambil pengajaran daripada sikap dahulu yang memakan diri. Dengan pembaharuan ini mereka dapat hidup aman dan damai
5. Tanggungjawab terhadap alam : Kisah ini menggariskan bahawa manusia memiliki tanggungjawab untuk menjaga dan melindungi alam sekitar

No comments:

Post a Comment