KISAH AMANDA DAN ANJING LAUT YANG MALANG
NAMA : NADIA WAHIDAH BINTI ROSLAN ABDUL GANI
NO MATRIK : D20231108129
KUMPULAN : HGM3013 (B)
Pada suatu hari, di sebuah pulau yang indah terdapat seorang gadis cilik yang cantik bernama Amanda. Amanda merupakan anak gadis daripada sepasang pasangan suami dan isteri yang bahagia iaitu Pak Mat dan Siti. Pak Mat merupakan nelayan manakala Siti hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa yang diberikan kepercayaan oleh Pak Mat untuk menjaga dan mendidik satu-satunya anak mereka iaitu Amanda dengan baik. Amanda sangat suka bermain ditepian pantai pada waktu petang sambil menunggu ayahnya pulang daripada menangkap ikan di laut.
Pada suatu hari, sewaktu Amanda sedang bermain di tepian pantai , dia melihat terdapat seekor anjing laut yang terdampar di pantai. Anjing laut tersebut terlihat lemah kerana terdapat sebuah jaring yang melilit tubuhnya. Amanda cuba mendekati anjing laut tersebut namun cubaannya gagal kerana anjing laut tersebut berasa takut lantas berlari menjauhi diri daripada Amanda. Amanda faham kemungkinan anjing laut tersebut berasa takut akan manusia. Amanda ingin menyelamatkan anjing laut tersebut namun hari sudah senja , ayah dan ibunya telah menyuruhnya untuk pulang.
Sewaktu berada dirumah, Amanda menceritakan tentang nasib malang yang menimpa anjing laut tersebut kepada ibunya. Ibunya berasa simpati akan nasib yang menimpa anjing laut tersebut. Ibu memberitahu Amanda bahawa dia akan membantu Amanda untuk menyelamatkan anjing laut tersebut.
Pada keesokan harinya, Amanda dan ibunya pun pergi ke pantai dan mencari anjing laut tersebut sambil membawa beberapa ekor ikan untuk menarik perhatian anjing laut tersebut. Nasib yang baik menyebelahi Amanda dan ibunya, setelah beberapa minit mencari, mereka pun menjumpai anjing laut tersebut di pinggir pantai. Amanda dan ibunya perlahan-lahan mendekati anjing laut tersebut sambil menghulurkan ikan untuk menarik perhatian anjing laut tersebut. Ibu Amanda mengarahkan Amanda untuk memotong jaring yang melilit tubuh anjing laut tersebut dengan pantas apabila dia mengalihkan perhatian anjing laut tersebut dengan memberikan beberapa ekor ikan. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya jaring yang melilit tubuh anjing laut tersebut pun terputus. Anjing laut tersebut masih tidak menyedari apa yang telah terjadi. Namun, setelah beberapa saat kemudian, anjing laut tersebut akhirnya sedar bahawa jaring tersebut sudah pun tidak melilit tubuhnya lagi, anjing laut tersebut lantas melihat Amanda dan ibunya yang berdiri dihadapannya dengan tatapan yang sayu. Anjing laut tersebut menitiskan air mata seolah berterima kasih yang tidak terhingga kepada Amanda dan ibunya. Lalu, anjing laut tersebut pun berenang ke laut.
Beberapa hari setelah kejadian itu, Pak Mat turun ke laut untuk menangkap ikan. Sewaktu berada di tengah laut cuaca tiba-tiba berubah seakan hari hendak hujan. Pak Mat tidak menghiraukan cuaca tersebut kerana berfikir bahawa hujan tersebut hanya sekejap sahaja dan dia perlu membawa hasil laut yang banyak untuk dijual di pasar pada hari esok. Namun, beberapa jam kemudian hujan tersebut masih tidak berhenti bahkan semakin lebat seakan ribut bakal melanda, Pak Mat bergegas mengemas barangnya lalu berfikir untuk pulang ke darat sebelum hal yang tidak diingini berlaku. Belum sempat Pak Mat mengayuh sampannya untuk pulang ke darat tiba-tiba angina pun bertiup kencang dan menyebabkan ombak bergelora dengan sangat kuat sehingga ombak tersebut memukul sampan Pak Mat. Sampan Pak Mat pun terbalik. Pak Mat terjatuh ke dalam laut bersama barang-barangnya. Angin yang bertiup kencang mnyebabkan omabak semakin kuat dan menyukarkan Pak Mat untuk berenang. Setelah beberapa minit berlalu, Pak Mat pun berpaut pada sampannya dan berehat seketika kerana dia sudah kelelahan akibat umurnya yang sudah tua. Pak Mat menjerit sekuat tenaganya meminta tolong. Dia mengharapkan ada bot yang lalu untuk menyelamatkannya. Jeritan Pak Mat didengari oleh anjing laut yang pernah Amanda selamatkan.
Tiba-tiba, Pak Mat terasa seakan ada sesuatu yang sedang menolaknya. Pak Mat cuba membuka matanya dan melihat ada seekor anjing laut yang menolaknya untuk bergerak ke pinggir pantai. Pak Mat terkedu seakan tidak percaya bahawa seekor anjing laut sedang membantunya. Dari kejauhan, Pak Mat melihat anak dan isterinya yang terlihat gelisah menunggunya pulang dari laut di pinggir pantai. Beberapa saat kemudian, Amanda menyedari ayahnya yang sedang diselamatkan oleh anjing laut tersebut lantas dia bergegas kearah ibunya dan memberitahu ibunya tentang apa yang baru sahaja dilihatnya. Mereka pun bergegas membantu mengeluarkan ayahnya dari laut. Setelah Pak Mat berjaya dikeluarkan, Pak Mat pun pengsan akibat terlalu keletihan dan kesejukan. Amanda dan ibunya menangis melihat keadaannya ayahnya yang basah kuyup dan lemah. Amanda menyedari bahawa anjing laut yang mnyelamatkan ayahnya merupakan anjing laut yang telah dia dan ibunya selamatkan beberapa hari lalu. Amanda mengucapkan terima kasih kepada anjing laut tersebut kerana telah menyelamatkan ayahnya daripada lemas.
Ketika berada dirumah, Amanda menceritakan kepada ayahnya mengenai anjing laut tersebut. Ayahnya berasa kagum terhadap tindakan berani anak gadis dan isterinya yang menyelamatkan anjing laut yang malang tersebut. Sejak kejadian itu, apabila Amanda , ibunya , atau Pak Mat ke pinggir pantai dan bertemu dengan anjing laut tersebut, mereka akan memberi makan kepada anjing laut itu sebagai ucapan terima kasih atas tindakan anjing laut tersebut menyelamatkan Pak Mat daripada lemas di pertengahan pantai.
NILAI MURNI:
1.Kebaikkan: Amanda dan ibunya melepaskan jaring yang melilit tubuh anjing laut tersebut.
2. Simpati : Siti berasa kashian akan nasib malang anjing laut tersebut setelah mendengar cerita anak gadisnya dan bertekad untuk membantu anaknya menolong anjing laut tersebut.
3. Menghargai Jasa: Anjing laut menyelamatkan ayah Amanda yang hamper lemas ditengah laut sebagai membalas jasa Amanda dan Ibunya yang telah menyelamatkannya daripada jaring yang melilit tubuhnya.
No comments:
Post a Comment