NAMA: ZAZA OCTOVIA FREDOLINE
NO. METRIK: D20231108081
KUMPULAN: A
Pada suatu petang yang indah, Ivy dan Leo duduk bersama-sama di meja ruang tamu untuk menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Mereka terdiam sejenak sebelum mula berbual tentang sebuah berita dalam akhbar tempatan yang menyentuh tentang isu pecemaran air di kawasan mereka. Kampung mereka merupakan kampung yang mempunyai banyak sungai dan sering menjadi tarikan pelancong dari dalam atau luar negara untuk datang beriadah bersama keluarga mereka. Sungai yang terkenal di kampung mereka adalah Sungai Air Mata. Sungai ini dinamakan demikian kerana sumber airnya yang berasal dari dalam bumi.
Ivy merupakan kakak sulung yang berusia 17 tahun dan bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Ivy dengan penuh perhatian membaca akhbar tempatan yang terletak di atas mejanya. Leo, yang berusia 14 tahun, menoleh ke arahnya dengan rasa ingin tahu. "Kak Ivy, pencemaran air ni merupakan perkara yang serius kan?" tanya Leo. Ivy mengangguk seraya memberi senyuman, "Ya, Leo. Ini merupakan isu serius yang kita perlu ambil tahu. Apa pendapat kau tentang pencemaran air di kawasan kita ini?"
Leo menggaru kepalanya sebentar sebelum berkata, "Mungkin disebabkan oleh penduduk kampung kita sendiri kan. Tapi saya tak tahu sangat tentang pecemaran air ni. Apa punca sebenarnya yang menyebabkan pecemaran air ni, Kak?" "Nanti saya akan jelaskan". Mereka pun pergi melihat keadaan Sungai Air Mata di kawasan kampung mereka. Perjalanan dari rumah Ivy dan Leo ke Sungai Air Mata hanya mengambil masa lima minit untuk sampai ke tempat tersebut. Sepanjang perjalanan ke Sungai Air Mata, Ivy menjelaskan dengan penuh sabar tentang punca berlakunya pencemaran air kepada adiknya. "Pecemaran air ini boleh berlaku apabila bahan kimia atau sisa-sisa buangan dilepaskan ke dalam sungai, danau, atau sumber air lain. Ini boleh merosakkan kualiti air dan membahayakan hidupan akuatik serta manusia yang menggunakan air tersebut." Jelas Ivy kepada Leo.
Leo mengangguk faham, "Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mengatasi masalah ini, Kak?" Ivy merenung sebentar sebelum menjawab, "Pertama, kita perlu lebih peka terhadap penggunaan kita terhadap air. Kita perlu mengurangkan pembaziran dan memastikan kita tidak membuang bahan kimia berbahaya atau bahan buangan ke dalam saluran air atau sungai. Selain itu, kita juga boleh menyokong kempen pembersihan kawasan sungai dan menyedarkan orang ramai tentang kesan buruk pecemaran air." Leo berfikir sejenak sebelum bertanya, "Bagaimana kita boleh menyedarkan orang ramai, Kak?"
Ivy tersenyum, "Kita boleh mula dengan berkongsi maklumat ini melalui media sosial atau membuat poster untuk diletakkan di tempat-tempat awam. Kita juga boleh menyertai program-program kesedaran alam sekitar dan memastikan kawasan sekitar kita sentiasa bersih." Leo mengangguk setuju, "kak Ivy, kau betul. Kita tak boleh duduk diam sahaja. Kita perlu ambil tindakan untuk melindungi alam sekitar kita." Ivy tersenyum bangga, "Itulah adik. Setiap tindakan kecil kita boleh memberi impak besar terhadap alam sekitar. Mari kita bersama-sama menjaga dan melestarikan sumber air kita." Selepas beberapa minit mereka pun sampai di tempat tersebut dan melihat banyak penduduk kampung sudah berkumpul untuk bekerjasama membersihkan kawasan sungai Air Mata. Ivy dan Leo juga turut serta dalam kegiatan pembersihan dan memungut sampah-sampah yang terdapat di tepi sungai.
Setelah selesai membersihkan Sungai Air Mata, Ivy dan Leo merasa semakin terhubung dengan alam sekitar mereka. Dengan semangat yang baru ditemukan, Ivy dan Leo berjanji untuk melakukan perubahan kecil dalam gaya hidup mereka dan menjadi agen perubahan dalam melindungi alam sekitar mereka dari pecemaran air.
Sekian.
NILAI MURNI:
1. Kepekaan terhadap alam sekitar. Ivy dan Leo menunjukkan kepekaan terhadap masalah pecemaran air yang berlaku di kawasan mereka. Mereka tidak hanya membincangakn isu tersebut, tetapi juga terlibat dalam tindakan nyata untuk membersihkan sungai.
2. Sikap bertanggungjawab. Ivy dan Leo mempunyai sikap bertanggungjawab dalam mengatasi masalah pecemaran air. Mereka tidak hanya mengeluh tentang situasi tersebut, tetapi juga mencari penyelesaian dan mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan.
3. Bekerjasama. Penduduk kampung berkumpul bersama untuk membersihkan sungai dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara mereka.
4. Kesedaran. Ivy dan Leo sedar pentingnya menyebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang pecemaran air ini. Mereka menggunakan media sosial dan poster sebagai medium untuk menyebarkan informasi dan maklumat bagi isu yang berkaitan.
5. Kesabaran dan pemahaman. Ivy menunjukkan kesabaran dan pemahaman ketika menjelaskan konsep pencemaran air kepada adiknya Leo. Sikap ini mencerminkan nilai komunikasi yang baik dalam keluarga.
6. Semangat dan komitmen. Cerita mengakhiri dengan Ivy dan Leo yang memiliki semangat baru untuk melakukan perubahan kecil dalam gaya hidup mereka dan berkomitmen menjadi agen perubahan dalam melindungi alam sekitar dari pencemaran air.
No comments:
Post a Comment