NAMA: NIK KHAIRUL IKHWAN BIN KHALIL
NO MATRIKS: D20231108143
KUMPULAN: HGM3013 (B)
Azman merupakan seorang yang rajin menerokai hutan dan bukit bukau. Kecintaannya terhadap alam sekitar begitu mendalam sehinggakan beliau banyak menyertai program kelestarian alam yang dianjurkan oleh pihak NGO. Suatu hari, Azman membuat keputusan untuk mengajak dua orang anak sepupunya iaitu Zikry dan Khairul untuk mendaki Bukit Saga di Hulu Langat bersama-sama.
Perjalanan mereka bermula di pinggir hutan. Azman yang berpengalaman dalam pendakian menggunakan pisau lipat untuk membersihkan kawasan pejalan kaki yang dipenuhi semak samun. Azman berbuat demikian bagi memudahkan dua orang anak sepupunya Zikry dan Khairul untuk mendaki bukit tersebut. Mereka meneruskan perjalanan sambil menikmati permandangan hutan belantara dan keindahan alam sekeliling.
Semasa dalam perjalanan, mereka bertiga terpaksa melalui pelbagai rintangan yang mencabar seperti mendaki cerun curam sambil memegang tali. Zikry dan Khairul merupakan pendaki amatur, maka Azman menasihati mereka untuk bekerjasama bagi menawan curam tersebut. Khairul mempunyai masalah berat badan berlebihan yang menyebabkan dia sukar untuk mendaki cerun. Zikry secara tidak langsung, memegang tangan Khairul untuk membolehkan dia sampai ke kawasan yang rata. Akhirnya, Azman dan dua orang anak sepupunya berjaya menawan cerun yang bahaya sehingga di kawasan rata.
Mereka bertiga meneruskan pengembaraan mereka di Bukit Saga untuk sampai ke puncak. Khairul telah membuat persiapan yang banyak sebelum mendaki dengan membawa banyak makanan ringan dan air minuman. Semasa mereka mendaki, terdapat pendaki-pendaki lain yang sedang mendaki dan menuruni bukit tersebut.
Khairul mendapati terdapat seorang pendaki yang sangat keletihan serta sudah kehabisan air. Khairul secara tidak langsungnya, menyerahkan sebotol air mineralnya kepada pendaki itu. Pendaki itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khairul atas hati budinya. Azman memuji Khairul atas perbuatan baik anak saudaranya terhadap orang lain.
Perjalanan mereka diteruskan sehinggalah sampai ke checkpoint yang pertama. Terdapat beberapa pondok dan tempat duduk yang hampir kesemuanya dihiasi kayu balak disertakan dengan bahagian khas untuk memasak. Azman mengarahkan Zikry dan Khairul mengutip ranting-ranting kayu dengan tujuan bagi menghidupkan api. Beberapa hari sebelum mendaki, Khairul telah diminta oleh pakciknya untuk membawa sepaket kecil beras dan tiga tin kari ayam.
Azman memotong buluh yang berdekatan dengan checkpoint bagi tujuan memasak nasi. Zikry dan Khairul memasukkan beras ke dalam buluh yang berisi air kemudian diletakkan pada bara api. Setelah beberapa minit, nasi yang ditanak membuahkan hasil. Zikry dan Khairul terpegun apabila melihat nasi yang dimasak sempurna hanya menggunakan buluh tanpa menggunakan perkakas memasak.
Setelah selesai rehat dan makan di checkpoint pertama. Azman dan dua anak sepupunya kembali menyambung perjalanan mereka hingga ke puncak Bukit Saga. Semasa perjalanan, Zikry terdengar bunyi deruan air yang kuat. Zikry perasan terdapatnya air terjun dihiasi dengan landskap fizikal yang indah. Apabila sampai di kawasan air terjun terdapat ramai pendaki yang bermandi-manda di situ. Zikry dan Khairul tanpa memikir panjang terus terjun di kawasan air terjun.
Kegembiraan mereka terus terdiam apabila terdapat pendaki lain yang meraung tersekat pada celahan batu di atas air terjun. Azman memanggil pendaki-pendaki lain untuk menolongnya membantu mangsa tersebut. Azman mengikat tali pada badannya supaya badannya tidak dibawa aliran air terjun deras. Pendaki-pendaki lain memegang talinya supaya bagi memudahkan Azman menyelamatkan mangsa.
Setelah bertungkus-lumus Azman dan pendaki-pendaki lain, akhirnya mereka berjaya menyelamatkan mangsa tersebut. Azman menenangkan mangsa tersebut kemudian mangsa itu terus memberi tahu punca insidennya. Dapat diketahui sebelum kejadian itu berlaku, mangsa sedang menyapu air di muka, akibat tebing dipenuhi batu yang licin lalu mangsa terjatuh dan terus dibawa air deras. Mangsa itu bersyukur lalu berterima kasih kepada Azman dan pendaki-pendaki yang lain.
Zikry dan Khairul terpegun melihat kehebatan pakciknya serta pendaki-pendaki lain dan mereka berdua sedar bahawa tolong-menolong sangat penting dalam menjayakan sesuatu. Setelah selesai kejadian itu, mereka bertiga meneruskan perjalanan supaya dapat menawan puncak Bukit Saga. Azman perasan kedua-dua anak sepupunya itu jauh lebih bersemangat berbanding sebelum ini, setiap halangan sewaktu mendaki dapat mereka redah dengan mudah. Azman bangga dengan mereka.
Selepas segala tempuhan yang dihadapi mereka bertiga, Azman dan kedua-dua anak sepupunya itu akhirnya berjaya menjejak kaki di atas puncak Bukit Saga. Pemandangan indah diwaktu senja yang tidak terkata menyebabkan Khairul mengungkapkan rasa syukur lalu mengalirkan air mata kerana terpegun melihat ciptaan Allah S.W.T. Azman mengeluarkan tripod untuk mengambil gambar bersama anak-anak sepupunya. Bagi Azman menerokai alam semulajadi adalah bermakna tetapi menorakainya bersama orang yang tersayang adalah jauh lebih bermakna. Mereka bertiga terus menikmatinya pemandangan sehinggalah matahari terbenam
Azman dan kedua-dua anak sepupunya bermalam di puncak itu dengan mendirikan khemah. Pada keesokan paginya, mereka bersiap-siap untuk menuruni bukit tersebut. Khairul mengimbas kembali memori semalam apabila mereka kali pertama mendaki bukit ini. Sewaktu menuruni bukit, Khairul tiba-tiba terjatuh akibat terlanggar batu.
Akibat daripada itu, bahagian lutut Khairul terluka, Azman sudah kehabisan pembalut kerana telah diguna pakai pada mangsa yang diselamatkannya sebelum ini. Kemudian secara tidak langsung, terdapat pendaki lain yang menwarkan pembalut kepada Azman. Khairul terkejut kerana pendaki yang menawarkan pembalut itu adalah pendaki yang sama sewaktu Khairul memberikan air mineral padanya sebelum ini. Khairul mendapati bahawa pendaki itu bermalam juga di bukit sebelum menyambung perjalanannya. beberapa hari telah berlalu, Khairul terus menceritakan segala kisah pengembaraanya bersama pakciknya dan sepupunya kepada rakan-rakannya di sekolah. Rakan-rakannya terpesona dan bersemangat untuk menggembara selepas mendengar kisah yang disampaikan Khairul.
NILAI MURNI
1.Cinta akan alam sekitar – Azman banyak mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap alam sekitar sehingga banyak menyertai program kelestarian alam yang dianjurkan pihak NGO.
2.Tolong-menolong – Akibat Khairul yang mempunyai berat badan berlebihan, maka Zikry sepupunya itu memegang tangan supaya Khairul dapat melepasi cerun.
3.Baik Hati – Khairul menyerahkan botol air mineralnya kepada pendaki yang keletihan semasa pendaki itu menuruni bukit.
4.Keberanian – Azman dengan beraninya ingin meredah air terjun yang deras menyelamatkan mangsa
5.Bekerjasama – Azman bekerjasama bersama pendaki-pendaki lain untuk menolong mangsa yang tersekat pada celahan batu air terjun.
6.Rasa terima kasih – Mangsa mengucapkan terima kasih kepada Azman dan pendaki-pendaki lain kerana menyelamatkannnya
7.Rasa syukur – Khairul mengungkapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas ciptaannya yang indah.
No comments:
Post a Comment