Tuesday, November 21, 2023

Penjelajahan Ali ke Hutan Mati

Nama: MUHAMMAD HAFIZ BIN JAMALUDIN
No.metrik: D20211098791
Group: B

1. Di sebuah kampung yang terpencil, jauh daripada kesibukkan bandar, terdapat sesorang kanak-kanak yang bernama Ali. Ali seorang kanak-kanak yang sangat mencintai alam sekitar sehingga dia sanggup mengembara bersama-sama rakannya iaitu Abu dan Abo untuk meneroka alam hijau.

2. Suatu hari, Ali, Abu dan Abo telah merancang untuk melakukan satu penggembaraan ke suatu tempat yang agak jauh dari kampung mereka iaitu hutan mati. Tempat itu telah menjadi bualan orang kampung kononnya terdapat pelbagai rintangan yang akan dihadapi oleh orang yang pergi ke hutan mati tersebut.   

3. Sebelum memulakan pengembaraan, Ali, Abu dan Abo melakukan persiapan dengan teliti supaya tidak mengalami masalah di kemudian hari. Walaupun mendapat tentangan daripada orang kampung, mereka tetap mahu meneruskan pengembaraan tersebut. 

4. Apabila sudah bersedia, mereka memulakan perjalanan ke hutan mati tersebut dengan berjalan kaki. Setelah berjalan selama 2 hari, mereka akhirnya sampai ke hutan mati tersebut. Alangkah terkejutnya mereka dengan keindahan alam sekitar di dalam hutan tersebut. Pokok-pokok besar bersama dengan bunga-bunga yang berwarna-warni menyambut kedatangan mereka. Sungai kecil mengalir dengan tenang di antara pohon-pohonan yang rimbun. 

 5. "Tengok ada air terjun yang sangat cantik di hutan ini," kata Ali kepada rakan-rakannya sambil terpegun melihat keindahan hutan tersebut. Tanpa membuang masa, mereka terus mandi di kawasan air terjun tersebut dek terpesona dengan kejernihan air terjun. 

 6. Selepas mandi, mereka berehat sebentar sambil melihat keindahan alam sekitar di kawasan hutan mati tersebut. Tidak disangka mereka bahawa tempat yang disangka misteri menyimpan sebuah keindahan yang tidak pernah mereka nikmati sebelum ini. 

 7. Namun, akibat bual mulut penduduk kampung tentang kewujudan hutan mati ini. Ramai yang telah terlepas untuk merasai keindahan alam tersebut. Mereka bertekad untuk terus meneroka hutan ini supaya mereka dapat menceritakan pengalaman mereka kepada penduduk kampung.  

8. Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan ke tengah hutan untuk mencari hasil- hasil hutan untuk dibawa balik ke kampung. Mereka tidak percaya bahawa hutan ini mempunyai banyak pokok buah- buahan dan ubat- ubatan yang susah dijumpai di kampung mereka. Tanpa membuang masa, mereka terus memenuhi kantung- kantung yang mereka bawa dengan hasil hutan yang mereka jumpai. 

 9. Semasa sibuk mengutip hasil hutan, tiba- tiba mereka melihat sebuah gua yang agak terlindung dalam semak samun. Ali mengajak rakan-rakannya untuk masuk ke dalam gua tersebut. Namun begitu, Abu dan Abo merasa sedikit takut kerana kemungkinan terdapat binatang buas dalam gua tersebut. 

 10. Namun begitu, Ali berkeras juga hendak masuk ke gua tersebut. Akhirnya, Abu dan Abo mengalah dan mengikuti Ali masuk ke gua tersebut. Dengan bertemankan sebatang obor, mereka masuk ke dalam gua tersebut dengan berhati-hati. 

 11. Semasa di dalam gua, mereka melihat pelbagai lukisan pada dinding gua yang tidak diketahui maksud lukisan tersebut. Selepas lama berjalan mengikuti lukisan pada dinding gua, mereka terjumpa sebuah kotak besi di hujung gua yang tertutup rapat. 

 12. Mereka merasa sangat ingin tahu isi kotak tersebut. Namun, mereka takut kotak tersebut mempunyai pemiliknya. Ali berbincang dengan rakan-rakannya apa yang perlu mereka lakukan. Selepas mencapai kata sepakat, mereka bersetuju untuk membawa kotak besi itu pulang ke kampung mereka. 

 13. Apabila sampai ke kampung, penduduk kampung berkumpul datang menyambut mereka. Mereka menanyakan perihal kotak besi itu kepada Ali dan rakan-rakannya. Lalu, Ali mengambil keputusan untuk membuka kotak besi itu di hadapan penduduk kampung. 

 14. Alangkah terkejutnya mereka bahawa isi kotak tersebut adalah longgokan syiling emas yang sangat berharga. Ali lantas mengambil keputusan untuk membahagi syiling emas tersebut dengan seluruh penduduk kampung. 

 15. Penduduk kampung mengucapkan terima kasih kepada Ali dan rakan-rakannya atas pemberian tersebut. Akhirnya seluruh penduduk kampung dapat merasai kenikmatan syiling emas tersebut berkat kecintaan Ali dan rakan- rakannya terhadap alam sekitar.

No comments:

Post a Comment