NAMA: MUHAMMAD IQBAL HAFIZI BIN KAMIS
NO. MATRIKS: D20231108118
KUMPULAN: HGM3013(B)
Di sebuah bandar kecil yang terletak di lereng bukit yang hijau, terdapat seorang usahawan bernama Adrian Hartanto. Beliau merupakan pemilik sebuah kilang aerosol yang telah beroperasi selama beberapa dekad. Kilangnya terkenal dengan produk-produk aerosol berkualiti tinggi yang dikeluarkannya termasuk semburan pewangi hingga produk penjagaan diri. Antara produk yang dihasilkan adalah 'hair spray', 'dry shampoo', 'face mist', deodoran, 'air freshener' dan 'sunscreen'. Pada mulanya, Adrian hanya memfokuskan kepada keuntungan semata-mata tanpa mengira kesan sampingan terhadap alam sekitarnya. Namun begitu, selepas perniagaannya berjaya hari demi hari, Adrian berasa beban moral yang semakin berat seiring peredaran masa.
Pada suatu hari, Adrian pergi ke pasar raya dan membeli surat khabar lalu terbaca sebuah laporan ilmiah yang mengandungi info mengenai isu-isu semasa yang berlaku di dunia. Antara artikel yang terdapat dalam akhbar tersebut adalah 'Kesan Penipisan Lapisan Ozon Kepada Penduduk Dunia'. Pada masa itu, Adrian tertarik lalu membaca artikel tersebut. Artikel yang ditulis tersebut memberi amaran tentang punca dan kesan berlakunya penipisan lapisan ozon di atmosfera. Artikel yang berbentuk laporan dan kajian itu menunjukkan bahawa beberapa bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan aerosol boleh merosakkan lapisan ozon yang akhirnya akan memberi impak yang amat serius kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.
Meneliti kenyataan tersebut, Adrian terkejut dan pada masa yang sama dia berasa bersalah. Berbisik dalam hatinya dengan berkata, "eh, bukankah produk yang aku hasilkan selama ini memberi kebaikan kepada manusia?" Tambahnya lagi, "bukankah produk yang dikerluarkan itu juga dikeluarkan atas permintaan ramai?" Dia berbisik dalam hatinya lagi dengan berkata "apakah aku yang bersalah atas masalah yang timbul hari ini? Jika aku pelakunya, aku harus bertanggungjawab" Selama ini, tidak pernah terlintas difikirannya bahawa produk keluarannya memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Terinspirasi untuk bertindak, dia membuat keputusan untuk mengubah arah perniagaannya. Walaupun langkah ini mungkin mengakibatkan kerugian kewangan yang besar tetapi sebagai usahawan yang mempunyai keperibadian yang tinggi, Adrian berasa bertanggungjawab untuk bertindak dengan melakukan inisiatif yang lebih efektif bagi mengawal produk aerosol yang dikeluarkan supaya kadar penipisan lapisan ozon dapat dikurangkan. Menurut Adrian, dia mengambil langkah ini adalah untuk memelihara alam sekitar untuk memenuhi kehendak generasi kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang.
Adrian segera mengumpulkan pasukan pakar dalam bidang alam sekitar dan kimia untuk membantunya dalam mengubah produk yang dikeluaran oleh kilangnya agar produk yang dihasilkan lebih mesra alam. Walaupun kos upah tenaga pakar yang dikenakan amat tinggi, namun Adrian tetap meneruskan hajatnya tanpa berbelah bahagi. Dengan itu, proses pencarian alternatif baru bagi bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam aerosol tradisional dilakukan dengan sehabis baik mengikut kemampuan pasukan pakar yang terlatih. Proses ini tidak mudah, tetapi dengan tekad dan keazaman, mereka berjaya menemui formula yang berkesan tanpa merosakkan lapisan ozon.
Semasa proses peralihan ini, Adrian juga mengambil langkah-langkah untuk menyedarkan komuniti tempat tinggalnya. Dia melibatkan pekerja kilang dalam latihan untuk membolehkan mereka menghasilkan produk yang mesra alam. Walaupun awalnya terdapat tentangan dan ketidakpastian dalam kalangan pekerja, Adrian berusaha memberikan pemahaman dan keyakinan bahawa perubahan ini adalah langkah yang betul dan amat penting bagi menjamin kelestarian hidup pada masa akan datang. Cabaran dan halangan yang dihadapi Adrian menjadikan dia lebih kuat dan tenang dalam menyebarkan ilmu dan nilai cinta akan alam sekitar kepada setiap lapisan masyarakat.
Dengan kudrat yang ada, Adrian mula menjalankan dialog terbuka dengan komuniti tempat tinggal dan pihak berkuasa tempatan. Tujuan dialog terbuka yang dijalankan Adrian adalah ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan aerosol tradisional terhadap alam sekitar dan mendorong perubahan tingkah laku. Dengan Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak, mereka menyusun pelbagai kempen sosial untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menggunakan produk yang mesra alam. Hari demi hari, usaha yang dilakukan Adrian mendapat tempat di hati penduduk sama ada di peringkat glokal mahupun global. Adrian berasa terharu kerana usahanya selama ini membuahkan hasil.
Seiring peredaran masa, kilang Adrian menjadi contoh untuk industri lain. Bukan sahaja kerana produk inovatif dan mesra alamnya, tetapi juga kerana komitmen Adrian terhadap kelestarian dan tanggungjawab sosial. Kilang aerosol Adrian akhirnya menjadi model untuk syarikat lain yang ingin mengamalkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kini, Adrian Hantarto bukan sahaja dikenali ramai dengan produk-produknya yang berkualiti dan mesra alam malah dia lebih dikenali sebagai wira dalam kalangan komunitinya kerana dia berani dalam memperjuangkan pendekatan-pendekatan ke arah kelestarian alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana pendekatan yang dibawa oleh Adrian merupakan pendekatan yang berisiko tinggi. Usaha Adrian ini amatlah disanjung tinggi bukan hanya di peringkat glokal sahaja malah dia dikenali sehingga ke peringkat global. Tidak hairanlah jika Adrian menjadi usahawan yang amat berpengaruh dan menjadi model ikutan oleh usahawan-usahawan muda yang ingin berjinak dalam dunia perniagaan.
Tuntasnya, Adrian Hartanto bukan sahaja seorang usahawan berjaya, tetapi juga seorang pemimpin yang sedar akan kesan perniagaannya terhadap alam sekitar. Melalui perubahan ini, dia tidak hanya menyelamatkan kilangnya daripada kemungkinan diboikot dan ditolak masyarakat, tetapi juga membantu melestarikan lapisan ozon dan memberi impak positif terhadap alam sekitar dan masyarakat di sekelilingnya.
Nilai Murni
Cerita ini mengandungi beberapa nilai murni yang sangat penting dalam konteks pembangunan sosial dan kelestarian alam. Antara nilai-nilai murni yang terserlah ialah:
1. Tanggungjawab : Adrian Hartanto memahami tanggungjawabnya sebagai seorang usahawan terhadap impak bisnesnya terhadap alam sekitar. Keputusannya untuk mengubah arah perniagaannya menunjukkan kesedaran terhadap tanggungjawab sosialnya.
2. Keberanian : Tindakan Adrian dalam menghadapi kenyataan dan mengubah operasi kilangnya memerlukan keberanian yang tinggi. Beliau tidak hanya mengambil risiko kerugian kewangan, tetapi juga berani keluar dari zon selesa dengan mencari solusi yang lebih baik.
3. Kerjasama : Proses perubahan kilang Adrian melibatkan kerjasama dengan pakar-pakar dalam bidang alam sekitar dan kimia. Ini menekankan pentingnya kerjasama untuk mencapai matlamat kelestarian dan inovasi.
4. Pendidikan : Adrian tidak hanya mengubah perniagaannya, tetapi juga berusaha untuk mendidik komuniti tempat tinggalnya. Langkah ini menunjukkan kepentingan untuk berkongsi pengetahuan dan memberi kesedaran kepada orang lain.
5. Keadilan Sosial : Melibatkan pekerja kilang dalam proses perubahan menunjukkan keadilan sosial. Adrian memberikan peluang kepada mereka untuk terlibat dalam latihan dan menghasilkan produk yang lebih mesra alam.
6. Kesedaran : Adrian mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesan aerosol tradisional terhadap lapisan ozon. Kesedaran ini merupakan langkah awal untuk perubahan tingkah laku masyarakat.
7. Kesetiaan : Walaupun menghadapi ketidakpastian dan perubahan, Adrian mampu mempertahankan kesetiaan pekerja kilangnya dengan memberikan pemahaman dan keyakinan akan kebaikan perubahan yang dilakukan.
8. Ketelusan : Dalam usahanya untuk mengubah arah perniagaannya, Adrian menjalankan dialog terbuka dengan komuniti tempat tinggal dan pihak berkuasa. Ini menunjukkan nilai ketelusan dalam proses pengambilan keputusan.
Kesemua nilai murni ini menggariskan peranan penting dalam membentuk pemimpin dan usahawan yang bukan sahaja berjaya dari segi perniagaan tetapi juga memberi tumpuan kepada kelestarian alam dan tanggungjawab sosial. Cerita ini menjadi contoh inspirasi bagaimana nilai-nilai murni dapat menjadi panduan dalam menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang positif untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment