Wednesday, November 15, 2023

SEJUTA MAKNA DI PANTAI SENJA: DIALOG ALAM DAN KEHIDUPAN

Nama : NUR NADIA NABILA BINTI BAHARUDIN
No. Matrik : D20231108116
Kumpulan : HGM 3013 (B)


Angin sepoi bertiup lembut pada petang yang serba cerah itu, di pesisiran pantai ditemani dengan deruan air laut yang pasang, terdapat seorang ibu dan anak sedang beriadah sambil menikmati keindahan alam semesta.

         Kejernihan air laut melonjakkan lagi keceriaan si anak kecil itu. "Ibu, cantik bukan pantai ini ?", kata Nia kepada ibunya. Ibu mengangguk seraya berkata "Pantai ini merupakan anugerah fizikal yang perlu kita pelihara kerana ia memberikan banyak manfaat kepada sekitarnya".

"Anugerah fizikal", gumam Nia sendiri, " Bolehkah ibu ceritakan apakah itu anugerah fizikal ? Saya kurang mengerti ", kata Nia

"Boleh nak, anugerah fizikal ialah ciri-ciri semulajadi yang ada di atas permukaan muka bumi ini dan ia merupakan ciptaan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa. Selain daripada laut pantai ini, contoh lain ciri fizikal adalah seperti Gunung-ganang, Bukit-bukau, Pulau, Hutan, Paya dan banyak lagi." Cerita si ibu.

 Sambil mengunyah keropok lekor yang rangup, Nia mencerna akan kata-kata sang ibu. Nia memerhati sekelilingnya dan bertanya lagi, " Ibu, adakah adanya banyak tong sampah ini berkaitan dengan pantai cantik itu ?"

Sang ibu tersenyum dan menjawab, " Sudah pasti nak. Tong sampah yang banyak disediakan itu adalah untuk pengunjung membuang segala sampah sarap kedalamnya. Contohnya seperti plastik makanan yang dibeli seperti plastik pembungkus keropok lekor kamu itu." Tambah si ibu memberi contoh yang bertepatan. "Begitu juga dengan kita, walaupun kita merupakan penduduk setempat di kawasan ini, itu tidak bermakna kita boleh bertindak sewenangnya membuang sampah kerana ia akan menyebabkan berlakunya pencemaran di kawasan ini."

          Nia terus mengangguk tanda setuju. Sang ibu menyambung lagi, " Selain membuang sampah didalam tong yang telah disediakan, kita perlu mengekalkan kelestarian alam dan kejernihan air laut pantai ini. Antaranya adalah dengan menyumbang tenaga untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong. Melalui kerjasama ini, perkara yang sukar sekalipun akan menjadi mudah. Secara tidak langsung, pencemaran air, sampah sarap dan bau dapat dihindarkan. Bukan itu sahaja, kilang-kilang industri yang berada disekitar kawasan ini juga perlu memainkan peranan untuk tidak melepaskan sisa kumbahan dan toksid terus ke dalam sungai atau laut."

           Nia semakin tertarik dan bertanya lagi, " Apakah pula tanda-tanda berlakunya pencemaran air dan bau itu, ibu ?"

           Si ibu kagum akan keprihatinan anaknya itu. Si ibu menjelaskan, " Antara tanda berlakunya pencemaran air adalah apabila kamu melihat air sungai atau laut itu dipenuhi dengan sisa sampah atau kumbahan yang menyebabkan airnya bertukar warna menjadi keruh serta berbau busuk. PH air yang tidak seimbang akibat pembuangan sisa toksik pula akan menyebabkan hidupan air akan mati seperti ikan. Begitu juga dengan pencemaran bau, sekiranya kamu terbau akan bau yang  boleh mengganggu sistem respiratori atau lebih mudah difahami dengan sistem pernafasan akibat daripada longgokan sampah terbiar, maka ini bermakna telah berlakunya pencemaran bau di sesuatu kawasan tersebut". Jelas si ibu panjang lebar.

Nia mengangguk, mencerna maklumat yang baru didengarinya. Fikiran Nia terus sesak dipenuhi dengan persoalan. "Namun sekiranya terjadi pencemaran, apakah langkah untuk melestarikannya semula, ibu ?", tanya Nia lagi.

"Nia, terdapat 3 langkah pemuliharaan. Pemuliharaan bermaksud membaik pulih, membaiki sumber yang telah dieksploitasi agar tidak mengalami kepupusan atau kerosakan supaya boleh digunakan secara berterusan. Yang pertama, Langkah Perundangan. Kerajaan akan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan menguatkuasakan undang-undang terhadap syarikat pencemar seperti mengenakan hukuman dan denda, menggantung dan menarik lesen serta menyita premis mereka. Selain itu, agensi kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengadakan langkah pemantauan dan penyeliaan.

Yang kedua, langkah Pengurusan Strategik. Ini bermaksud kilang-kilang perlu menguruskan sisa toksid dengan cekap dan berkesan seperti menyediakan tabungan khas untuk simpanan, sisa toksid dirawat terlebih dahulu dan kitar semula bahan buangan.

 Yang ketiga, melalui langkah Kempen dan Pendidikan. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen gotong-royong membersihkan sungai dan laut yang tercemar oleh sisa industri. Kempen juga boleh dilakukan melalui cogan kata di media masa dan elektronik bagi menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar seperti slogan " Cintai Laut Kita".

  Selain daripada itu, dengan mewujudkan mata pelajaran Geografi dan Alam Sekitar di peringkat Sekolah, Kolej dan Universiti penting bagi mendidik generasi muda seperti kamu tentang kepentingan penjagaan alam sekitar", terang si ibu dengan terperinci dan jelas.

 "Ini bermakna air laut ini sangat penting kan ibu untuk di pelihara daripada pencemaran ?" musykil Nia lagi. " Ya benar nak, air laut ini merupakan sumber yang penting kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Air ini menjadi bekalan sumber air domestik kepada kita. Air sangat bermanfaat bagi aktiviti manusia iaitu digunakan untuk minum, memasak dan mencuci. Air juga menjadi habitat hidup untuk beberapa haiwan baik di sungai ataupun laut, contohnya seperti ikan. Tumbuhan pula memerlukan air untuk menjalani proses fotosintesis atau pembuatan makanan dan juga kemandirian". Jawab si ibu dengan lembut.

  Nia mendengar dengan bersungguh dan berkata, " Terima kasih, ibu. Saya akan menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin akan alam sekitar agar ia kekal indah dan terpelihara.

          Terdapat sekelumit rasa bangga jauh di dalam lubuk hati sang ibu setelah mendengar kata-kata sang anak sebentar tadi. Buat seketika mereka berpelukan erat di gazebo pantai itu sambil menghayati pentingnya alam sekitar sambil menyaksikan matahari yang kian terbenam.

 

 

NILAI-NILAI  MURNI :

 

· Kesedaran Alam Sekitar: Cerita menekankan pentingnya kesedaran terhadap keindahan alam sekitar dan keperluan untuk

   melestarikannya.

· Kerjasama dan Gotong Royong: Melibatkan aktiviti gotong-royong untuk menjaga kebersihan pantai menunjukkan nilai kerjasama

 dan kesedaran kolektif terhadap lingkungan.

·  Tanggungjawab Individu: Menunjukkan tanggungjawab individu terhadap lingkungan dengan tidak membuang sampah sembarangan

 dan mengambil langkah-langkah untuk melestarikan alam.

·  Kesedaran Generasi Muda: Pembelajaran dan kesedaran anak-anak seperti Nia tentang pentingnya menjaga alam sekitar merupakan

 nilai yang positif untuk generasi masa depan.

·  Keprihatinan dan Kehormatan: Sikap keprihatinan terhadap alam sekitar dan kehormatan terhadap anugerah fizikal mencerminkan

 nilai-nilai moral yang penting.

· Pendidikan dan Kesedaran Masyarakat: Menyoroti peranan pendidikan dan kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar,

 dengan pengenalan mata pelajaran dan kempen-kempen pendidikan.

· Kasih Sayang Keluarga: Hubungan hangat antara ibu dan anak, serta momen pelukan di akhir cerita, mencerminkan nilai kasih

 sayang keluarga yang penting.

·Penghargaan Terhadap Sumber Air: Menyoroti pentingnya air sebagai sumber kehidupan dan keperluan manusia, tumbuhan, dan haiwan, serta nilai penghargaan terhadap sumber alam tersebut.



No comments:

Post a Comment