Nama: ELVIRA INA ANAK TAJAN
No. Kad Matrik: D20231108064
Kumpulan: A
Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhku semasa aku mendongakkan kepala melihat angin yang membiru. Aku pun terhanyut ke dalam ingatanku tersendiri lalu terkenang akan kisah datukku yang berlaku tiga tahun yang lepas. Namaku Fadiyah. Kisah ini merupakan peristiwa yang paling tidak dapat aku lupakan sehingga kini.
Pada waktu itu, Hari Gawai akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Aku dengan ibuku membeli barangan yang akan kami bawa bila balik ke kampung nanti. Walaupun cuaca panas terik, kami masih semangat membeli barangan. Setibanya kami di rumah, ibu terus membuka televisyen untuk menonton berita pada hari tersebut. Kami sangat terkejut apabila cuaca panas yang melampau ini menyebabkan seorang warga emas meninggal dunia kerana strok haba. Ibuku menggapai telefonnya dengan segera lalu mendail nombor nenekku. Mukanya kelihatan serius kerana dia risau akan mereka berdua. Setelah hampir sejam ibu berbual dengan nenek dan datukku, mukanya kembali gembira.
Ibuku menyusun barang-barang sambil bersenandung. Dia menelefon nenekku sekali lagi bertanyakan khabar, namun intonasinya berubah apabila nenekku memberitahu mereka berada di sawah padi. Nenekku tidak mahu membiarkan hasil titik peluh begitu sahaja. "Mak, kan tengah panas ni, tak payah pergi ke sawah padi. Sekarang ni tengah kecoh satu Malaysia sebab strok haba", ujar ibuku. Dia risau sebab imuniti orang tua tidak sama dengan orang muda. Ibuku tidak jenuh sejak panggilan itu berakhir. Dia menanti panggilan daripada nenek dan datukku. Tanpa disedari ibu pun terlena dibuai mimpi.
Keesokan paginya, ibuku mengarahkan kami untuk saling bantu-membantu mengemas rumah sebelum balik ke kampung. Satu keluarga sibuk dengan tugas masing-masing. Apakan daya bila ratu di dalam rumah sudah bertitah. Aku, ayah dan ibu selesai mengemas rumah semasa petang mula menjelma. Ibuku hairan kerana dia menerima banyak panggilan tak dijawab dari nenekku. Ibu mendail nombor nenekku semula namun tidak disahut. Apabila dia hendak mendail sekali lagi, terpapar di dada telefon pintar ibu nombor telefon nenek. Tanpa berfikiran panjang ibu pun menjawab. "Helo, mak? Kenapa mak call banyak kali?". Ibuku lalu terduduk. Mukanya kelihatan pucat. Jarinya mula bergetar. Aku dan ayah melihat ibuku dengan penuh kerisauan. Tiba-tiba ibuku menitiskan air mata lalu memadamkan panggilan tersebut.
Aku dan ayah terkejut apabila menerima berita tersebut. Datukku sudah tiada. Dia meninggal dunia kerana strok haba. Kepanasan yang melampau itu menyebabkan sawah padi datuk dan nenekku terbakar. Itulah sebabnya mereka berdua pergi ke sawah padi tempoh hari. Nenek dan arwah datukku tidak boleh menerima kenyataan bahawa mereka telah kehilangan sumber pendapatan mereka. Datukku tidak pulang dari sawah padinya tidak berbekalkan air mahupun sedikit kudapan. Namun, aku kehilangan datukku. Lidahku terkedu tidak mampu untuk berkata apa-apa. Titisan air mata ku jatuh diatas hadiah yang aku belikan untuk arwah datuk. Sungguh aku tidak percaya suhu yang panas mampu meragut nyawa. Strok haba memang ancaman kepada orang tua kerana imunisasi badan yang semakin menyusut apabila usia semakin meningkat.
Ayah, ibu dan aku bergegas pulang ke kampung. Tidak berkata tentang apa-apa di dalam kereta. Hanya ditemani tangisan tanpa suara. Setibanya kami di hadapan rumah nenek dan arwah datukku, ibu tidak keluar dari kereta. Hampir setengah sejam ibu sendirian di dalam kereta. Semasa aku ingin mengambil beg pakaian, ibu senyum kepadaku namun pipinya dibasahi air mata. Ibu duduk di sebelah nenekku sambil mengusap-usap bahunya. "Kalaulah ayah nak dengar cakap anakmu ini" ucap ibuku dengan sayu. Air mata ibu tidak berhenti mengalir seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan. Baru sahaja semalam aku melihat ibu menyusun pakaian sambil bersenandung keriangan. Nilai kasih sayang terhadap keluarga yang ada pada diri ibu sesungguhnya tidak dapat dinafikan.
Selesai sahaja majlis pengebumian arwah datukku, kami berkumpul di ruang tamu. Walaupun tercoret senyuman di bibir namun hati kami masih pilu mengenangkan pemergian datukku. Suhu kini sangat tinggi. Hampir semua penduduk di perkampungan kami kehilangan sumber pendapatan. Berita mengenai kematian disebabkan strok haba menghiasi dada televisyen. Strok haba menyebabkan badan kita terhidrasi. Simptom-simptom awal strok haba ada seperti pening kepala, mual dan muntah-muntah. Itulah yang dialami arwah datukku sebelum pergi meninggalkan kami. Arwah datukku sering mengadu pening kepala dan mual-mual. Namun, mereka tidak cakna akan perkembangan semasa.
Cuaca melampau tersebut berlaku kerana hutan tebal yang sudah digondolkan untuk pembangunan. Oksigen yang dihasilkan oleh pokok-pokok juga semakin berkurangan. Apabila oksigen berkurangan, suhu meningkat dengan drastik. Jalan raya berturap di kawasan perkampungan kami juga kian bertambah. Pembalak seharusnya mengamalkan sikap bertanggungjawab akan tindakan yang dilakukan kerana ia bukan sahaja memusnahkan alam sekeliling bahkan memudaratkan kesihatan manusia. Penduduk kampung saling bertoleransi mendengar pendapat masing-masing untuk memastikan persekitaran mereka selamat didiami. Penduduk kampung bekerjasama untuk menanam lebih banyak pokok.
Semenjak tragedi itu, nenek pulang bersama kami kerana ibu risau akan nenek. Ibu sangat amanah untuk menjaga orang tuanya. Hari berganti hari kehibaan yang kami rasai semakin pulih. Namun kami tetap ingat akan datuk kerana dialah yang menjadi tempat kami mengadu sebelum ini. Kami tidak pernah lupa akan sikap periangnya disebalik mukanya yang kelihatan garang. Kejadian itu sungguh mengajar aku untuk sentiasa menyayangi alam sekitar.
No comments:
Post a Comment