Tuesday, November 21, 2023

TAJUK:KISAH DUA SAHABAT DI SEBUAH HUTAN

NAMA:LORALEZZA BINTI MATUSIN
NO MATRIK:D20231108102
          Di sebuah hutan yang hijau dan indah, hiduplah seekor monyet dan burung Enggang yang bersahabat baik. Mereka sentiasa bersama, berkongsi cerita dan saling menjaga antara satu sama lain. Mereka hidup dengan harmoni dalam jangka masa yang lama di hutan yang indah tersebut. Di dalam hutan yang indah itu, si monyet dan si enggang juga disenangi oleh haiwan yang lain kerana sikap dua sahabat tersebut yang ramah kepada semua haiwan di hutan tersebut.

        Namun, ada sesuatu yang membuat persahabatan mereka terancam. Sikap Si Monyet yang suka berfoya-foya dan enggan mendengar kata si Burung Enggang selalu menjadi punca pertengkaran dua sahabat itu. Dia juga kurang peduli dengan lingkungan alam sekitar. Apabila bersendirian, si Monyet sering membuang sampah sembarangan tanpa memikirkan dampaknya. Dia hanya takut melakukannya apabila bersama si Enggang kerana sikap si Enggang yang tegas dan peduli tentang persekitaran. Si Burung Enggang sering menegurnya dan memberitahu tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kelestarian alam.

      Pada suatu hari, si Enggang pergi bersiar-siar ke luar daripada kawasan hutan tersebut bersama burung-burung yang lain. Mereka bercadang untuk pergi dalam beberapa hari. Si monyet dan si Enggang terpaksa berpisah dalam beberapa hari tersebut.

      Selama ketiadaan Si Enggang di hutan tersebut si Monyet selalu berjalan sendirian . dia pun mula merasa bosan. Suatu hari, si Monyet berjalan-jalan di kawasan hutan tersebut. Oleh kerana tketiadaan si Enggang yang sentiasa menasihatinya, dia mula membuang sampah sembarangan terutamannya di tepi sungai. Dia berasa berpuas hati dan gembira dengan perbuatannya itu sambil ketawa. Si Monyet semakin kurang kesedaran dalam diri dan meneruskan perbuatannya hari demi hari.

        Waktu berlalu dan kesan daripada sikap si monyet itu mulai terlihat. Sungai yang dahulunya jernih dan bersih telah dipenuhi sampah plastik akibat sikap si monyet yang membuang sampah sembarangan. Haiwan-haiwan lain pun mula sedar tentang apa yang berlaku di persekitaran mereka. Mereka pun menyampaikan berita tersebut kepada si Enggang.

      Berita tersebut sampai ke pengetahuan si Enggang dan dia pun terburu-buru balik ke kawasan hutan tempat tinggal mereka. Si Eggang mulai khuatir dan sedih melihat pencemaran alam yang berlaku di sekelilingnya yang dahulunya indah dan damai. Si Enggang pun berjumpa dengan si Monyet dan menasihatinya. 'kawan, kita harus mengubah sikap kita yang kurang prihatin terhadap alam sekitar. Alam ini adalah rumah kita Bersama dan kita harus menjaganya untuk keselesaan kita. Sampah-sampah yang kita buang sembarangan akan merosakkan keindahan alam ini" kata si burung enggang dengan serius. Si Monyet pun meminta maaf dengan nada bergurau.'Maafkan saya kawanku' kata si Monyet sambil ketawa Pada keesokan harinya, si Monyet masih melakukan sikapnya yang merosakkan alam sekitar. Akhirnya si burung berputus asa untuk menasihati si monyet dan memutuskan untuk meninggalkan si monyet untuk sementara waktu. Si burung merasa bahawa persahabatan mereka tidak boleh diteruskan jika si monyet tidak mahu mengubah sikapnya.

Haiwan-haiwan yang lain pun tidak merasa senang dengan perbuatan si Monyet yang tidak peduli tentang alam sekitar dan tidak mahu mendengar nasihat . Akibat angkara si Monyet, keselesaan dan kedamaian kawasan tersebut terganggu. Mereka pun mulai menghindar daripada si Monyet.

Beberapa hari kemudian, si monyet mulai merasa kesepian. Tanpa sahabat baiknya, dia merasakan hutan tersebut sangat sunyi. Haiwan-haiwan yang lain juga tidak mahu berkawan dengannya. Dia mulai sedar bahawa tabiatnya yang suka berfoya-foya dan tidak mendengarkan nasihat si burung telah merugikan dirinya sendiri dan merosakkan persahabatan mereka. Selain kehilangan sahabat, dia juga menyebabkan kerosakan alam sekitar timpat tinggalnya sendiri serta menyebabkan keselesaan  hidupan lain di hutan tersebut terganggu.

           Si Monyet pun menyesal dengan perbuatannya dan memutuskan untuk berubah. Dia mula membersihkan kawasan tersebut sendiri. Si Monyet memungut sampah-sampah yang telah dibuangnya dan berusaha memperbaiki kerosakan yang telah berlaku. Si monyet belajar daripada kesilapannya dan berjanji untuk menjaga alam sekitar.

            Setelah mempunyai kesedaran dan ingin berubah, si Monyet meminta maaf akan perbuatannya kepada si Enggang dan haiwan lain yang tinggal di kawasan tersebut. 'Maafkan saya kawa-kawan, saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan saya dan saya akan mendengar nasihat kawan-kawan untuk menjaga alam sekitar' kata si Monyet dengan penuh keinsafan.  Haiwan-haiwan lain pun memaafkan perbuatan si Monyet.

Begitu juga si Enggang memaafkan perbuatan sahabatnya dan berkawan semula dengan si monyet.  Mereka Bersama-sama memperbaiki kerosakan alam yang berlaku. persahabatan mereka menjadi lebih erat kerana keduanya kini mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

            Kisah ini memberi pengajaran bahawa keberlanjutan persahabatan dan keindahan alam akan terpelihara jika kita memiliki sikap yang bertanggungjawab dan peka terhadap sekeliling kita. Sebaliknya, kehilangan benda berharga dalam hidup kita akan berlaku akibat sikap ego yang tinggi.

 

Pengajaran:

1. Kita mestilah mempunyai nilai kasih sayang dalam diri terutama kepada orang-orang terdekat kita.

2. Kita haruslah mempunyai nilai semangat kemasyarakatan agar kita disenangi oleh orang sekeliling.

3. Kita sewajarnya mempunyai nilai bertanggungjawab atas apa yang berlaku disebabkan oleh perbuatan kita sendiri.

4. Kita perlulah mempunyai nilai kerjasama agar sesuatu kerja yang dilakukan akan ebih cepat dan mudah.

5. Kita mestiah berfikiran rasional sebelum bertindak iaitu agar tidak memberikan kesan negative kepada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment