Yeyel dan ibu bapanya duduk di ruang makan, cahayalembut lampu menyinari mereka. Ibu dan ayah Yeyel sedangberbual tentang hobi ayahnya yang suka berburu dan akanmemburu di hutan pada hari esok. Yeyel yang sedangmendengar perbualan ibu bapanya kelihatan teruja dan bersemangat. Wajah Yeyel yang penuh semangat, mencubameyakinkan ayahnya untuk turut serta berburu di hutan pada esok pagi.
"Ayah, bolehkah saya ikut dengan ayah memburu esokpagi?" tanya Yeyel dengan harapan di matanya.
Ayahnya tersenyum, menyedari keinginan anaknya. "Yeyel, ayah tahu kamu sangat nak ikut ayah esok, tapiperburuan bukanlah aktiviti yang selamat untuk Yeyel ikut."
Yeyel memandang ayahnya dengan mata berkilat. "Yeyelnak belajar dari ayah cara nak memburu. Yeyel pun nak jadimacam ayah."
Ayah Yeyel mengangguk setuju, melihat tekad di mataanaknya. "baiklah, Yeyel. Kita akan pergi bersama esok pagi. Tetapi ingat, keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Yeyelperlu mendengar semua arahan ayah, faham?"
Yeyel tersenyum gembira. "Terima kasih, ayah! Saya berjanji akan mendengar semua arahan ayah nanti.
Mereka meneruskan makan malam mereka, berkongsicerita dan ketawa bersama. Pagi berikutnya, dengan semangatbaru, Yeyel dan ayahnya bersiap untuk memburu. ayahnyamemasukkan selaras senapang dan beberapa peralatan lain kedalam kereta. Yeyel yang melihat senapang tersebut terpegundan sangat teruja untuk berburu pada hari tersebut.
Dalam perjalan menuju ke hutan, Yeyel melihatpemandangan dari tepi tingkap keretanya. Yeyel amatterpegun melihat pemandangan semula jadi yang sangat indahdi hutan tersebut. Dia juga sempat melihat beberapa haiwanliar seperti monyet yang melarikan diri di atas pokok kerana takut dengan bunyi kenderaan mereka.
Sesudah sampai ke dalam hutan, Yeyel dan ayahnya pun mengeluarkan semua peralatan perburuan mereka. Sebelummasuk ke dalam hutan yang lebat, ayah Yeyel dengan wajahyang amat risau berpesan kepada Yeyel untuk sentiasa beradaberdekatan dengannya dan meminta Yeyel untuk sentiasaberhati-hati.
Selepas itu, Yeyel dan ayahnya pun bergegas masuk kedalam hutan yang lebat itu. Yeyel merentangkan langkahberhati-hati seperti apa yang dipesan oleh ayahnya, manakalaayahnya pula sedang sibuk mencari jejak haiwan liar yang adadi hutan tersebut.
Sepanjang perjalanan mereka menuju ke hutan, perhatianYeyel terganggu dengan keindahan alam semula jadi di hutantersebut. Keindahan hutan yang asli membuatkan yeyelberhenti sejenak sehingga dia tidak sedar bahawa ayahnyasudah jauh darinya. Pepohonan yang tinggi merentangkancabangnya seperti tangan yang Bersatu, sementara mataharipagi menerobos celah-celah daun, menciptakan permainancahaya yang memukau.
"wahh! Cantiknya pemandangan ini" desis Yeyel, suaranya hampir tenggelam dalam suara hutan. Yeyel lebihterpegun melihat sekumpulan monyet yang berada di ataspokok sedang menikmati buah-buah dari pokok tersebut.
ketika ayah Yeyel sedang sibuk mencari mangsaburuannya, dia menyadari bahawa Yeyel tidak lagi berada di belakangnya. "Yeyel! Di mana kamu?" panggil Ayah dengankhawatir.
Suara riuh rendah terdengar dari kejauhan. Ayahnyabergegas meunju sumber suara dan menemukan yeyel yang sedang berdiri di bawah sekumpulan monyet yang sedangmakan di atas pokok. Tanpa berfikir Panjang lagi ayah Yeyelterus melepaskan tembakkan ke arah monyet tersebut sambiltertawa "Lihat Yeyel inilah cara memburu yang sebenarnya" kata Ayah dengan sangat bangga.
Yeyel sangat terkejut dan berasa tidak senangdengan perbuatan ayahnya itu, kegelisahan mula tumbuhdalam diri Yeyel. "Ayah, bukankah perbuatan ini terlalu kejamkepada monyet tersebut. Ayahnya, yang sebelumnya sibukmempersiapkan senjatanya, menoleh dengan raut wajah yang seakan-akan tidak mengerti kekesalan Yeyel. "ini bahagiandari perburuan, Yeyel. Kita memerlukan sumber makanan." Yeyel, dengan ekspresi serius, menghampiri ayahnya. "TetapiAyah, bukankah Ayah memburu di sini hanya sebagai hobisahaja dan bukankah kita boleh mencari makanan lain tanpamenganggu haiwan liar di hutan ini."
Ayah Yeyel merenung sejenak, kemudian menyadarikebijaksanaan dalam perkataan anaknya. "kamu benar Yeyel, Ayah sangat berasa malu dengan tindakan Ayah. Kita bolehsahaja mencari sumber makanan lain tanpa merosakkan dan menyakiti makhluk di hutan ini. Sebaiknya Ayah mengubahhobi Ayah demi menjaga ekosistem di hutan ini." selepaskejadian itu, ayah Yeyel pun membawa yeyel pulang kerumah mereka.
Yeyel pulang dari perjalanan hutan bersama ayahnyadengan pikiran yang berubah. Setelah menyaksikan langsungkeindahan hutan dan merenungkan tindakan ayahnya yang menembak monyet di atas pokok, Yeyel merasa bahawa diaperlu menyebarkan kesadaran tentang pentingnya menjagaekosistem hutan. Suatu hari di sekolah, Yeyel denganbersemangat memutuskan untuk memulakan kampenkesedaran tentang menjaga ekosistem hutan. Dia menyusunrancangan kecilnya dan memberitahu guru kelasnya tentangrancangan tersebut serta mengajak rakanrakannya untuk ikutserta dalam usaha ini.
Akhirnya guru kelas Yeyel membenarkan yeyel untukmemberi sedikit ucapan berkaitan ekosistem hutan semasaperhimpunan di sekolahnya. "Kawan-kawan, kita perlumenjaga hutan kita. Hutan adalah rumah bagi berbagai jenismakhluk hidup dan memberikan kita udara yang segar untukkita hirup setiap hari," ujar Yeyel di hadapan rakan-rakannyadalam perhimpunan pagi. Dia menceritakan pengalamannyadi hutan bersama ayahnya, bagaimana dia melihat monyetyang sedang makan di atas pohon dan betapa pentingnyamenjaga ekosistem hutan. Yeyel juga memberikan faktatentang impak aktiviti memburu yang tidak bertanggungjawabterhadap keseimbangan alam.
Setelah itu, Yeyel mengajak rakan-rakannya untukmelakukan kegiatan penanaman pokok di sekitar sekolah. Mereka bersama-sama menjaga pokok-pokok yang ditanam. Mereka menyadari bahwa tindakan kecil mereka bisamemberikan impak yang besar kepada kelangsunganekosistem di masa akan datang.
Kempen kesedaran yang dilakukan oleh Yeyel menjadisemakin popular di sekolah. Mereka membuat poster-poster kreatif, dan bahkan mendirikan persatuan kecil untuk menjagakelestarian hutan dan alam sekitar.
Melalui usahanya, Yeyel berhasil mengubah pandanganbanyak orang di sekolahnya tentang pentingnya menjagahutan. Ayahnya juga bangga melihat transformasi Yeyel dan menyokong langkah-langkah positif anaknya untukmelibatkan masyarakat dalam kelestarian alam.
Nilai murni yang terdapat dalam cerita:
Dengan mengusung nilai-nilai seperti ini, cerita inimemberikan pesan moral tentang pentingnya menjaga alamdan keseimbangan ekosistem.
No comments:
Post a Comment