Friday, November 17, 2023

AMIR SI PENYELAMAT BUMI

NAMA : NURIN ARIFAH BINTI MAWARDIN
NO. MATRIK : D20231108153
KUMPULAN : HGM3013 (B)

     Pada suatu hari di Kampung Ceria, terdapat seorang kanak-kanak bernama Amir yang sangat penyayang terhadap alam sekitar. Sejak kecil, Amir gemar menanam pokok di halaman rumah bersama neneknya, Nenek Fatimah. Neneknya menanam pelbagai jenis bunga hiasan seperti pokok orkid dan bunga kertas . Selain itu , sayur-sayuran adalah tanaman wajib yang ditanam oleh neneknya kerana banyak kebaikan yang dapat seperti menikmati sayur-sayuran yang segar dan mengurangkan kos perbelanjaan.Mereka berdua sering bercerita tentang keindahan alam sekitar yang berada di Malaysia dari hutan hujan tropika yang lebat hingga pantai-pantai yang berpasir putih dan keperluan untuk menjaga bumi.

     Namun, satu hari di dalam kelas 4 Arif , Amir mendengar tentang isu pemanasan global dari guru sekolahnya, Cikgu Aisyah. Cikgu Aisyah memberitahu kelasnya bahawa suhu bumi semakin meningkat akibat daripada kegiatan manusia seperti pembakaran bahan api fosil dan penebangan hutan secara berleluasa. Perkara ini menyebabkan Amir berasa risau kerana menyedari bahawa alam sekitar yang dia sayangi mungkin terancam.Kemudian Amir meluangkan masa bersama Cikgu Aisyah untuk meluahkan perasaannya tentang kerisauan terhadap alam sekitar. Tambahan juga dia berbincang bagaimana untuk mengurangkan masalah ini yang semakin berleluasa . Amir seorang yang berfikiran matang dan kritis dia merisaukan bagaimana nasib bagi generasi muda yang akan datang.Mereka tidak akan menikmati keindahan alam yang segar seperti dahulu kerana banyak pencemaran hasil daripada aktiviti manusia.

     Dengan semangat kecilnya, Amir memutuskan untuk mengambil tindakan dalam mengurangkan isu pemanasan global di kawasannya . Dia memulakan projek kecil dengan menubuhkan Kelab Alam Ceria di sekolahnya. Dalam kelab itu, Amir berkongsi pengetahuan tentang cara menjaga alam sekitar dan langkah mengurangkan impak pemanasan global. Mereka mengadakan kempen untuk menanam lebih banyak pokok di sekitar kampung. Aktiviti ini melibatkan penduduk kampung untuk menanam sekurang-kurangnya satu pokok seorang dan semua pihak bersetuju serta berganding bahu dalam melakukan aktiviti ini . Hal ini menyebabkan hubungan antara penduduk kampung lebih akrab dengan masyarakatnya berbilang kaum.Tambahan pula amir membuat poster berkenaan hari tanpa plastik di sekolah . Iaitu menggalakkan rakan-rakannya tidak menggunakan bahan plastik dan membawa bekas sendiri semasa membeli makanan di kantin hal ini dapat  mengurangkan penggunaan plastik.

     Ketika musim panas tiba, Amir dan Kelab Alam Ceria mengadakan kempen "Hari Udara Bersih". Mereka menyeru penduduk kampung untuk tidak menggunakan kenderaan bermotor selama satu hari.Penduduk kampung menyokong usaha ini dengan senang hati kerana semangat yang diberikan oleh amir yang berkobar-kobar. Walaupun sedikit mencabar, namun mereka merasakan kepuasan menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar.Hal ini gas-gas karbon yang menyebabkan pemanasan global tersebar di permukaan atmosfera berkurang . Tambahan Amir memberitahu orang kampung untuk menjimatkan penggunaan elektrik di rumah untuk menghasilkan persekitaran lebih bersih dan pengurangan pencemaran udara.

     Hari berikutnya,Amir mendapatkan idea dari media sosial berkenaan penggunaan beg plastik biodegradasi perlu diamalkan kerana banyak kebaikkan yang dapat seperti mengambil masa yang singkat untuk terurai dan lebih mudah dikitar semula .Amir juga mendapatkan sokongan daripada warga kampung yang lain. Kedai-kedai setempat bersetuju untuk menggunakan beg plastik yang lebih ramah alam, dan beberapa keluarga menyertai Kelab Alam Ceria. Ini dapat menaikkan semangat Amir dalam mengurangkan pemanasan global hasil tolak ansur daripada orang sekeliling.Dengan semakin ramai yang terlibat, usaha mereka untuk melawan pemanasan global menjadi lebih berkesan.

     Sewaktu melibatkan diri dalam projek ini, Amir dan rakan-rakan belajar tentang betapa pentingnya kerjasama dalam menjaga alam sekitar. Mereka menyedari bahawa meskipun mereka hanyalah kanak-kanak, setiap tindakan kecil mereka dapat memberikan impak yang besar kepada bumi. Mereka banyak mempelajari ilmu baru berkenaan penjagaan alam sekitar malah dapat mengasah kemahiran dalam menguruskan projek serta menjadi ketua untuk memberikan arahan kepada masyarakat.Dengan pengalaman yang mereka telah lalui mereka dapat membiasakan diri dalam dunia universiti yang akan datang. Ini memberikan kesan positif terhadap diri mereka .

     Apabila tiba musim hujan, Amir dan Kelab Alam Ceria gembira melihat keberhasilan projek mereka. Pokok-pokok yang ditanam tumbuh subur, dan udara kampung terasa lebih segar. Persekitaran lebih bersih dan nyaman terdapat orang asing yang datang melawat ke perkampungan mereka kerana viral di media sosial berkenaan projek yang mereka lakukan. Mereka tahu bahawa perjalanan mereka dalam melindungi alam sekitar masih jauh. Banyak yang perlu diperbincangkan oleh masyarakat dalam memastikan alam sekitar terjamin dan tiada pemanasan global tetapi dengan semangat yang tidak padam, mereka bersedia untuk menghadapi cabaran itu bersama-sama. Mereka berjanji untuk bersama-sama menyebarkan kebaikan di seluruh dunia bagi memastikan kelestarian alam yg dianugerahkan oleh tuhan .

     Dengan bergembira, Amir dan rakan-rakan terus mengorak langkah, membawa harapan dan kesedaran tentang isu pemanasan global kepada lebih ramai orang.Semangat Amir yang membara-bara membuatkan dia ditemu bual di kaca televisyen .Amir menggunakan peluang besar ini untuk memberikan nasihat kepada semua orang untuk menghargai alam sekitar. Amir berharap ramai lagi anak muda untuk bersama-sama mendapat kesedaran dan berganding bahu dalam menyemai sifat cinta akan alam sekitar .  Masyarakat disekelilingnya sangat terpegun akan titik peluh Amir yang menyebabkan namanya terkenal di laman sosial kerana telah mencadangkan projek ini kepada penduduk. Kampung Ceria menjadi contoh bagaimana usaha kecil dari hati kanak-kanak dapat membawa perubahan besar untuk masa depan bumi yang lebih hijau.

Nilai Murni :

1. Kesedaran terhadap alam sekitar: Pentingnya untuk memahami kepentingan menjaga alam bagi masa depan kita dan generasi yang akan datang.

2. Kerjasama: Melalui kolaborasi dengan masyarakat usaha untuk memelihara alam dapat mencapai hasil yang lebih besar.

3. Kepimpinan: Pemimpin seperti Amir menunjukkan betapa pentingnya membimbing dan memotivasi orang lain untuk turut serta dalam usaha menjaga lingkungan.

4. Semangat: Pentingnya untuk tidak berputus asa dalam usaha melindungi alam. Walaupun masih banyak yang harus dilakukan, setiap usaha kecil pasti membawa kesan yang besar.

 



No comments:

Post a Comment