Di dalam sebuah hutan yang tebal, terdapat seekor burung yang bernama Birdy dan seekor tupai yang bernama Jerry yang sedang berehat dan makan di sepohon pokok yang besar dan tinggi serta di penuhi oleh buahnya. Birdy dan Jerry sambil berehat dan makan buah pokok tersebut mereka berborak tentang cara untuk mengatasi masalah pembalakan haram yang akan dijalankan oleh sekumpulan manusia dan mereka juga dapat bekerjasama dengan seekor gajah yang bernama Si Jah dan seekor harimau yang bernama Si Lang untuk menghalang aktiviti tersebut.
Pada suatu hari, seekor burung hutan yang bernama Birdy sedang terbang mencari buah-buahan untuk mengisi perutnya yang lapar. Kemudian, Birdy ternampak sepohon pokok yang tinggi, besar dan penuh dengan buahnya. Birdy tidak mahu terlepas peluang tersebut Birdy pun hinggaplah di ranting pokok itu untuk memetik buahnya makan.
Sementara Birdy sedang memetik buah makan datang seekor tupai yang bernama Jerry. Jerry bertegur sapa dengan Birdy "Apa khabar, nama aku Jerry dan apa namamu?" Birdy pun jawablah " Khabar baik, nama aku Birdy." Mereka pun berborak sambil makan di situ.
Selepas selesai makan, Birdy pun teringat sesuatu yang ia nampak semasa terbang menuju ke pokok tersebut lalu Birdy bertanya kepada Jerry "Eh, Jerry semasa kau ke sini, adakah kau nampak sesuatu yang besar dan terletak di kawasan lapang itu?" Jerry pun jawab "Emm, nampak. Itulah mesin yang si manusia nak guna untuk musnahkan tempat tinggal kita".
Birdy buat muka terkejut "Oh, begitukah! Bukankah bulan lepas sekumpulan manusia telah tebang pokok di bahagian sana? Jerry pun menjawab Birdy dengan perasaan sedih "Nak buat macam mana manusia lebih berkuasa daripada kita untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira perasaan hidupan lain."
Birdy memandang muka Jerry untuk memberi semangat supaya tidak berputus asa untuk mempertahankan hak milik mereka dan Birdy memberi cadangan kepada Jerry "Mari kita bekerjasama dengan hidupan lain untuk menghalang manusia menjalankan aktiviti pembalakan haram pada kali ini."
Jerry bertanya kepada Birdy "bagaimanakah langkah untuk mengatasi masalah tersebut?" Birdy bercadang bahawa mereka akan meminta bantuan daripada sekumpulan lebah dan sekumpulan semut untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut.
Di samping itu, mereka ternampak seekor harimau yang bernama Si Lang dan seekor gajah yang bernama Si Jah di bawah pokok itu juga berbincang tentang cara untuk mengatasi masalah pembalakan di kawasan mereka.
Kemudian, Jerry dan Birdy turun ke bawah untuk berbincang dan berkongsi idea bersama Si Lang dan Si Jah. Jerry bertanya kepada Si Lang dan Si Jah "Hai, kamu berdua sedang bincang tentang aktiviti pembalakan yang akan berlaku?" Si Lang jawab "Ya."
Mereka pun bincang dan berkongsi idea antara mereka dan Si Lang yang bijak dan pandai mencadangkan satu idea yang menarik "Saya mempunyai cadangan. Kita perlu bekerjasama dengan haiwan lain yang berbisa yang boleh membantu kita mengatasi masalah ini. Mungkin mereka mempunyai Kumpulan yang lebih besar."
Birdy pun memberitahu cadangannya dengan Jerry kepada Si lang dan Si Jah. Selepas selesai mereka berbincang, Si Lang menemani Jerry untuk pergi ke sebuah sarang lebah manakala Birdy dan Si Jah pula pergi ke sebuah sarang semut untuk mendapatkan bantuan daripada mereka.
Semasa Jerry dan Si Lang tiba di sarang tebuan "Hai, selamat petang, aku dan Jerry ingin meminta bantuan daripada kamu sekumpulan untuk menghalang manusia yang ingin menghapuskan habitat kita. Adakah kamu semua setuju?" Sekumpulan lebah itu pun setuju dengan permintaan Si Lang demi menjaga keharmonian alam sekitar di situ.
Sekumpulan lebah tersebut bertanya kepada Si Lang "apakah yang perlu dilakukan oleh kami terhadap manusia itu?" Si Lang jawab "Kamu semua hanya perlu menyerang dan sengat orang yang memandu jentolak sahaja." Kemudian, Si Lang memberitahu perancangan mereka dengan lebih teliti kepada sekumpulan lebah tersebut.
Balik kepada Birdy dan Si Jah, sekumpulan semut juga bersetuju dengan permintaan Birdy dan Si Jah iaitu mereka memberi tugas kepeda semut tersebut untuk menggigit manusia yang menebang pokok dengan menggunakan mesin gergaji.
Pada hari kejadian manusia tersebut gagal menjalankan aktiviti pembalakan kerana sekumpulan lebah, sekumpulan semut, Jerry dan Birdy telah bekerjasama demi memelihara habitat mereka supaya tidak dimusnah oleh sekumpulan manusia yang tidak rasional itu manakala Si Lang dan Si Jah pula mengeluarkan suara mereka untuk menakutkan manusia itu.
Selepas itu, Birdy, Jerry, Si Lang, Si Jah mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan lebah dan semut "Terima kasih kepada kamu semua kerana sudi membantu kami untuk menghalang aktiviti pembalakan tersebut berlaku."
Hidupan dan tumbuhan lain di hutan itu pun tumpang gembira dan hidup dengan aman kerana bebas daripada terancam.
Pada malam itu, mereka menjemput semua hidupan di hutan tersebut untuk datang ke pokok besar itu bagi meraikan sempena kejayaan mereka yang dapat menghalang manusia yang ingin menjalankan aktiviti pembalakan dengan meriah.
Ramai hidupan dalam hutan itu memuji dan mengucap terima kasih kepada Birdy, Jerry, Si Lang, dan Si Jah yang memberi kerjasama yang baik dan saling berkongsi idea untuk mengatasi masalah tersebut.
Cerita ini dapat memberi pelbagai pengajaran kepada kita iaitu dapat mengamalkan sikap tolong menolong, sikap bertanggungjawab, dan menjaga kelestarian alam sekitar. Kita sebagai hidupan di dunia ini haruslah menyanyangi antara satu sama lain supaya generasi akan datang dapat menikmati keistimewaan ciptaan Tuhan.
NILAI MURNI :
1. Kerjasama : Kerjasama antara hidupan dalam hutan untuk menghalang aktiviti pembalakan yang akan memusnahkan habitat mereka.
2. Keberanian : Birdy, Jerry, Si Lang, Si Jah, sekumpulan semut dan sekumpulan lebah berani menyerang manusia tanpa mementingkan nyawa sendiri.
3. Kebijaksanaan : Haiwan-haiwan yang bijak mengeluarkan cadangan yang membantu untuk mencapai penyelesaian yang bijak terhadap masalah pembalakan haram.
4. Kesetiaan : Kesetiaan haiwan tersebut dengan melindungi hutan yang menjadi tempat tinggal dan membekalkan makanan kepada mereka.
5. Bertanggungjawab : Sekumpulan semut dan lebah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Jerry, Birdy, Si Lang dan Si Jah dengan penuh semangat.
No comments:
Post a Comment