Thursday, November 16, 2023

KISAH RAISHA DAN ALURA SEEKOR BURUNG MERPATI.

NAMA : FARAH WAHIDA BINTI MOHD ANUARI 

NOM. MATRIK : D20231108073 

KUMPULAN : HGM3013(A) 

 

Di sudut terpencil yang jauh dari hiruk-pikuk kawasan bandar, hutan tebal dan indah menjadi rumah kepada pelbagai jenis burung termasuklah Alura seekor burung merpati putih yang sangat cantik. Hutan itu mempunyai pokok-pokok tinggi yang menjulang ke langit.  Pokok-pokok itu dapat mewujudkan rumah yang sempurna untuk penduduk bersayap seperti Alura. Sarang-sarang yang indah teranyam di dahan pokok, manakala sumber makanan yang banyak di sekeliling hutan menawarkan kehidupan yang aman dan harmoni untuk Alura dan burung-burung lain. 

Namun, pada suatu hari, datang seorang lelaki yang bernama Haikal dan kawan-kawannya dengan niat yang berbeza. Bunyi gergaji dan mesin pembalakan menembusi kedamaian hutan. Pokok gergasi yang telah berdiri ratusan tahun menjadi sasaran utama, menebang dan memusnahkan habitat semula jadi seperti burung. Suasana hutan yang selesa dan selamat berubah secara drastik. 

Pokok-pokok yang tumbang juga menumbangkan sarang yang menjadi rumah kepada Alura dan burung-burung lain. Kini, ketakutan menguasai Alura dan rasa selamatnya digantikan dengan kemusnahan dan kekeliruan. Disebabkan oleh perubahan pesat, Alura terus terbang untuk mencari tempat baharu untuk menetap. 

Alura cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, tetapi sukar untuk mencari sumber makanan yang biasa dia makan. Persaingan untuk mendapatkan sumber menjadi semakin sengit, mewujudkan ketegangan dan pergaduhan antara burung. Hutan yang sebelum ini menyaksikan keamanan telah menjadi medan pertempuran antara makhluk yang merasa terancam. 

Namun, bukan sahaja antara burung, konflik juga melibatkan manusia. Aktiviti pembinaan yang berterusan menyebabkan beberapa burung cedera dan kehilangan tempat tinggal. Alura yang masih hidup merindui kedamaian dan keamanan yang pernah dialaminya bersama kawan-kawannya di dalam hutan yang kini musnah akibat pembangunan. 

Di tengah-tengah kekacauan itu, muncul seorang aktivis dari kegelapan yang bernama Raisha. Raisha sedar akan kesan negatif tindakan manusia terhadap habitat burung dan alam sekitar. Dengan keazaman yang kuat, Raisha memulakan perjuangan untuk melindungi habitat semula jadi yang tinggal dan memulihkan persekitaran yang terganggu. 

Usaha Raisha melibatkan penanaman semula pokok yang telah ditebang, mewujudkan zon pemuliharaan untuk melindungi burung terancam, dan memberi pendidikan kepada masyarakat setempat tentang kepentingan melindungi ekosistem semula jadi. Raisha cuba menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agar pembangunan dapat dijalankan dengan mementingkan kelestarian dan perlindungan alam sekitar. 

Proses pemulihan bukanlah mudah, namun langkah kecil yang diambil oleh Raisha mula menampakkan hasil yang positif. Beberapa ekor burung termasuklah Alura yang telah hilang mula kembali ke habitatnya dahulu, dan suara mereka sekali lagi memenuhi hutan yang dahulunya sunyi sepi akibat pembalakan. 

Gigih Raisha terus melawan. Kisah tentang Alura iaitu seekor burung yang terganggu habitatnya dapat memberikan peringatan kepada kita bahawa kesan negatif yang boleh timbul akibat daripada perbuatan manusia terhadap alam semula jadi. Namun, melalui kesedaran dan tindakan pemuliharaan lestari, ada harapan untuk memulihkan keseimbangan alam semula jadi dan memberi perlindungan kepada makhluk yang berkongsi bumi ini dengan kita.

 

NILAI MURNI

1. Kebijaksanaan: Pembaca dapat menilai tindakan seorang aktivis yang Bernama Raisha membangunkan rancangan pemulihan hutan dengan mengambil kira faktor ekologi dan kemampanan.

2. Keadilan: Pembaca dapat mengetahui zon pemuliharaan dicipta untuk melindungi habitat burung yang terancam dan memberikan peluang yang adil untuk semua makhluk.

3. Kebaikan: Pembaca dapat menganalisis karakter seorang aktivis yang bernama Raisha membantu menjaga burung yang cedera dan menyediakan penjagaan untuk memastikan keselamatan mereka.

4. Kesetiaan: Pembaca dapat menilai cerita ini kerana walaupun Raisha menghadapi cabaran dia tetap berpegang teguh pada visi untuk melindungi habitat semula jadi.

5. Empati: Pembaca dapat mendalami ilmu alam sekitar melalui kisah seorang aktivis yang bernama Raisha berkomunikasi secara aktif dengan masyarakat untuk meningkatkan kefahaman dan empati terhadap keperluan burung dan persekitaran sekeliling

No comments:

Post a Comment