Thursday, November 16, 2023

"Cerminan Kesedaran: Hafiz dan Sungai Mencerminkan Perubahan"

NAMA:MUHAMMAD FAIZAL BIN JAFERI

NO MATRIK:D20231108079


Di sebuah kawasan perumahan berhampiran sungai hidup sebuah keluarga yang aman dan damai. Keluarga ini adalah keluarga Hafiz seorang anak yang kaya dan hidup mewah. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga tersebut.Namun begitu,dia tidak keseorangan kerana dia mempunyai seorang kawan rapat yang bersama Aiman.Mereka selalu meluangkan masa bersama-sama dengan pergi memancing ikan di sungai berhampiran dengan kawasan rumah Hafiz.Hafiz seorang budak yang bijak dan pandai dalam pelajaran tetapi mempunyai sikap yang kurang baik.Dia selalu dimarahi ibunya kerana bermain permainan video sehingga lewat malam. "Hafiz kenapa kamu masih bermain permainan video lagi pada waktu ini, sudah berapa kali ibu pesan kepada kamu untuk berhenti bermain dan pergi tidur sekarang Hafiz."Kata ibu Hafiz."Ya ibu,nanti Hafiz berhentilah main permainan video ini,Hafiz perlu habiskan misi permainan ini dulu ibu". Balas Hafz kepada ibunya.

 

  Pada keesokan harinya, Hafiz disuruh ibunya untuk membuang sampah." Hafiz nanti tolong ibu untuk buangkan sampah itu di tong sampah besar itu" suruh ibu Hafiz. Lalu Hafiz menjawab "Jauh lah tong sampah besar tu,Hafiz malas lah". Ibu Hafiz membalasnya "Tolonglah ibu buangkan sampah tu Hafiz,ibu tak sihat hari ini". Dengan rasa bersalah Hafiz pergi untuk membuang sampah itu.Setelah Hafiz pergi untuk membuang sampah itu dia mempunyai niat yang tidak baik untuk membuangnya ke dalam sungai kerana ianya memudahkan kerja Hafiz. Tanpa berfikir panjang Hafiz membuangnya ke dalam sungai dan dia pergi tanpa ada orang melihatnya." Buang sampah ke dalam sungai ini kan lebih mudah dan cepat kalau di tong sampah susah nak ikut jenis sampah pula.Lagi pula bukan boleh mencemarkan sungai pun". Kata Hafiz tanpa rasa bersalah.

 

  Keesokan harinya,Hafiz pergi memancing ikan bersama dengan Aiman di sungai.Mereka pergi ke sana dengan berjalan kaki.Setelah 30 minit menunggu umpannya yang tidak berkesan,Hafiz meninggalkan jorannya lalu pergi berjalan-jalan di kawasan berhampiran sungai tersebut untuk mencari Aiman yang memancing di kawasan lain.Semasa melalui kawasan pinggir sungai tersebut,Hafiz terlihat sekumpulan ikan terapung di permukaan air."Yang hidup pasti akan merasai mati"kata Hafiz di dalam hati.

 

  Selepas itu,Hafiz menemukan keberadaan Aiman dan tempat memancing yang menarik baginya itu.Sementara menunggu umpannya dimakan ikan,Hafiz makan aiskrim yang dibawa dari rumahnya.Selepas itu,dengan sengaja Hafiz membuang plastik aiskrimnya itu ke dalam sungai.Kawannya yang melihat perbuatan itu terus menegur Hafiz dengan nada yang agak tinggi."Hafiz,kenapa kau buang plastik aiskrim itu ke dalam sungai,kotor lah sungai tu".Sampah plastik terdedah dengan cuaca berbeza seperti cahaya,arus,udara dan sebagainya semasa di sungai atau laut akan membentuk mikroplastik.Hidupan laut yang termakan mikroplastik akan menyebabkan pengambilan makan berkurang,tumbesaran terbantut Dan pembiakan berkurang.Mikroplastik bersifat toksik dan boleh mengakibatkan karsinogenik. Hafiz dengan tenang berkata "satu plastik tak kotor lah sungai ni".Aiman melarangnya supaya tidak melakukannya lagi dan membuang sampah di dalam plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah besar yang telah disediakan.Hafiz mengangguk kepalanya seolah-oleh mendengar nasihat tersebut.

 

  Mereka dapat ikan yang banyak pada hari tersebut.Selepas itu,Aiman mengajak Hafiz pulang ke rumah kerana cuaca seakan mahu hujan.Dalam perjalanan pulang,Hafiz ternampak sarang tebuan yang besar di sebuah pokok."Jom kita kacau sarang tebuan tu"kata Hafiz kepada Aiman".Jangan kacau habitat tebuan.Bahaya!Mereka akan menyerang kau kalau habitatnya diganggu". balas Aiman kepada Hafiz.Tanpa berfikir panjang,Hafiz terus pergi berjalan mengarah ke pokok tersebut lalu menjolok sarang tebuan itu menggunakan ranting pokok.Tiba-tiba,sarang tebuan itu jatuh ke tanah.Tebuan yang tinggal dalam sarang itu  keluar dengan rasa marah dan mengejar Hafiz dan Aiman.Aiman sempat bersembunyi di sebalik semak manakala Hafiz masih dikejar tebuan."Hafiz,bahaya!! Cepat larikan diri dan terjun ke dalam sungai"Hafiz dengan pantas terjun ke dalam sungai tersebut.

 

  Setelah beberapa minit menyelam di dalam sungai,Hafiz naik ke permukaan air lalu keluar daripada sungai tersebut untuk melihat keadaan Aiman.Sebelum itu,ketika Hafiz menyelam di dalam sungai,dia merasakan seperti sesuatu di dalam sungai masuk ke dalam rongga mulut dan hidungnya.Dia tidak menyedari apa yang masuk ke dalam badannya itu.Selepas itu,Hafiz berjumpa dengan Aiman lalu mereka pulang ke rumah dengan segera.

 

  Pada waktu malam, Hafiz merasakan perutnya mempunyai masalah dan dia merasakan sakit kepala. Pada awalnya dia tidak peduli rasa sakitnya itu tetapi lama kelamaan dia merasakan tubuhnya menjadi tidak enak dan berpeluh.Hafiz memberitahu perkara tersebut kepada ibu. Ibu dengan cepat membawa Hafiz ke hospital lalu dia dibawa masuk ke wad kecemasan.

 

  Setelah beberapa hari Hafiz di hospital tanpa sedarkan diri lalu dia terbangun dar tidurnya. "Apa yang dah jadi ini kenapa Hafiz di hospital?". Tanya Hafiz kepada ibunya."Kamu di hospital kerana kamu telah pengsan dua hari dan perlu menerima rawatan untuk membuang kotoran dalam perut kamu itu". "Jadi betul lah ada sesuatu di dalam perut Hafiz ni ibu?". "Ya, Doktor mengatakan itu adalah sisa kotoran sampah yang masuk ke perut". Setelah itu, Hafiz teringat kembali kisah di mana dia membuang sampah di sungai itu.

 

  Hafiz menyedari bahawa tindakan membuang sampah ke dalam sungai merupakan perbuatan yang dapat mecemarkan hidupan air mahupun darat.Dia menyedari perbuatan tersebut dan memberitahu segala perbuatannya kepada ibunya.Implikasinya.Hafiz sentiasa membuang sampah ke dalam tong sampah malah mengamalkan konsep kitar semula.Contohnya,mengasingkan empat bahan asas iaitu kertas,kacau,logam dan plastik.Dia berharap agar masyarakat tidak melakukan perbuatan sepertinya agar dapat menjaga kebersihan alam sekitar demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang.

No comments:

Post a Comment