NAMA : NURHAIDAH BINTI MOHD BANTILAN @ MOHAMAD
NO METRIK : D20231108114
KUMPULAN : B
Mei Lin tidak tahan dengan sikap Encik Roslan yang lebih mementingkan dirinya sendiri. Dia sudah banyak kali menulis surat aduan tentang asap dari kilang kelapa sawit yang mengganggu kehidupan sehariannya kepada Encik Roslan namun, tidak diendahkan. Langit yang biasanya biru cerah kini tertutup oleh asap kilang dan matahari tidak lagi bersinar.
"Mama, kenapa tempat itu selalu mengeluarkan asap?" Chen Heng menunding jari kearah kepulan asap hitam di udara. Mei Lin memandang anak lelakinya yang berumur 9 tahun itu. Wajah anak itu penuh dengan tanda tanya.
"Itu namanya kilang. Kilang itu memproses biji kelapa sawit untuk menghasilkan bahan-bahan seperti sabun, minyak masak dan banyak lagi. Tetapi jika kilang itu sering mengeluarkan asap, sudah tentu alam sekitar kita akan rosak." Wajah Mei Lin berubah risau dan sedih.
"Jika kilang tidak ada, bagaimana bahan-bahan itu hendak di proses?" Chen Heng bertanya lagi.
"Sepatutnya majikan kilang memasang penapis asap untuk kilang kerana asap yang dikeluarkan oleh kilang mempunyai gas nitrogen dioksida yang menjejaskan kesihatan manusia serta alam sekitar. Dengan memasang penapis, gas-gas berbahaya dari asap yang dikeluarkan oleh kilang dapat dikurangkan." Chen Heng mengangguk faham sambil memasang kasut sekolah di kakinya.
"Mama akan usahakan melapor masalah ini." Mei Lin sudah tekad.
Usai memasang kasut, Chen Heng meminta mengundur diri kepada mamanya untuk ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, Chen Heng berjalan melalui ladang kelapa sawit seluas 7 hektar itu bersama rakan-rakannya iaitu Johan, Maya dan Santi.
Pulang dari sekolah, Chen Heng dan rakan-rakannya terhidu bau asap yang menyesakkan nafas. Mereka semua berlari ke arah ladang kelapa sawit. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ladang kelapa sawit itu sedang terbakar. Api menjilat-jilat pokok kelapa sawit dan asap hitam yang tebal menutupi langit petang.
"Mama…" Chen Heng berteriak memanggil mamanya. Begitu juga dengan Johan, Maya dan Santi.
Orang kampung mula membantu memadam api dengan air namun usaha mereka tidak membuahkan hasil kerana angin kuat membuatkan api semakin membara.
Chen Heng sudah mengeluarkan air mata. Dia risau kerana tidak melihat kelibat mamanya sedangkan rakannya yang lain sudah bersama keluarga masing-masing.
"Chen Heng, ibu saya kata mama kamu pergi telefon bomba." Johan menegur Chen Heng dan ibu bapa Johan mendekati Chen Heng untuk menenagkannya.
Hati Chen Heng mula tenang. Tidak lama kemudian, lori bomba datang diikuti dengan mama Chen Heng yang berlari anak kearah Chen Heng.
Keesokan harinya ketika api berjaya dipadamkan, pencemaran udara mula terasa. Udara di kampung itu tercemar akibat asap kilang dan tragedi terbakarnya ladang kelapa sawit.
Chen Heng dan penduduk lain yang menjadi mangsa kepada kebakaran tersebut ditempatkan di dewan kerana rumah mereka juga turut terbakar. Banyak di antara mereka mengalami batuk, demam dan sukar untuk bernafas. Malah ada di antara mereka juga yang sakit mata.
Chen Heng sedih dengan keadaan kampungnya. Dari jauh, Chen Heng melihat Maya yang memakai pelitup muka berjalan kearahnya.
"Chen Heng, pakai pelitup muka ini" kata Maya.
"Udara di kampung ini sudah teruk. Penglihatan kita juga terhalang akibat ladang kelapa sawit yang terbakar itu." Maya berkata lagi.
Pelitup muka dipasang di wajahnya. Chen Heng juga perasan suasana di kampung itu tidak sama seperti dulu. Udara yang mereka hirup sangat berbahaya untuk kesihatan. Oleh sebab itu, penduduk kampung diarahkan untuk memakai pelitup muka.
"Bukan itu sahaja, udara di kampung kita juga tercemar disebabkan asap yang dibebaskan oleh kilang Encik Roslan." Santi yang baru tiba berkata kepada Maya dan Chen Heng.
"Ya, betul itu." Chen Heng membenarkan kata Maya dan Santi
Kemudian dia berkata lagi. "Mama saya kata, Encik Roslan akan memasang penapis asap di kilangnya.
"Ha ada baiknya tindakan Encik Roslan itu. Dapatlah kita baiki kualiti udara di kampung kita ini." Johan berkata pula.
Mei Lin yang mendengar perbualan anaknya dengan rakan-rakannya yang lain turut mendekat. Dia mengajak mereka semua untuk menghadiri ceramah tentang alam sekitar yang dianjurkan oleh Jabatan Kementerian Alam Sekitar.
"Tragedi terbakarnya ladang kelapa sawit itu, memberikan kesedaran kepada kita tentang pentingnya pengetahuan penjagaan alam sekitar. Lihatlah udara di kampung ini sudah tidak sihat. Banyak penduduk mengalami masalah kesihatan." Pegawai itu sedang memberikan ceramah.
Selama ceramah itu berlangsung, Chen Heng banyak memperoleh ilmu alam sekitar yang selama ini dia tidak tahu pun. Chen Heng dan rakan-rakannya yang lain berasa semangat untuk menyertai Program Kembalikan Alam Sekitar Kita yang diikuti oleh seluruh penduduk kampung.
Rupa-rupanya, semenjak kilang Encik Roslan itu ditubuhkan, sungai di kampung mereka juga mula tercemar. Semua sisa-sisa dari kilang dibuang kedalam sungai. Pemilik kilang iaitu Encik Roslan juga tidak terkecuali untuk mengikuti program itu. Beliau telah meminta maaf kepada seluruh penduduk kampung dan berjanji untuk menggunakan bahan-bahan yang mesra alam.
Uncle Liew iaitu pemilik ladang kelapa sawit juga meminta maaf kerana ladang itu terbakar atas kesalahan pekerjanya yang membuang puntung rokok di ladang itu.
Setelah selesai Program Kembalikan Alam Sekitar Kita, Chen Heng dapat rasakan kampungnya terasa segar semula. Chen Heng, Johan, Maya dan Santi memandang pemandangan kampungnya yang mula besih. Bukit bukau, sungai dan udara di kampungnya sudah kembali seperti sedia kala. Chen Heng berharap agar kampungnya itu akan kekal bersih selamanya.
NILAI MURNI
1. Ketegasan: Mei Lin menunjukkan ketegasan dengan menulis surat aduan berkaitan pencemaran udara oleh kilang kelapa sawit. Ini menunjukkan tindakan Mei Lin yang ingin melindungi alam sekitar.
2. Bertanggungjawab: Pemilik kilang dan ladang kelapa sawit iaitu Encik Roslan dan Uncle Liew meminta maaaf dan berkomitmen untuk mengambil langkah yang lebih mesra alam.
3. Bekerjasama: Masyarakat kampung berganding bahu untuk memperbaiki semula keadan alam sekitar kampung mereka.
No comments:
Post a Comment