NAMA: NUR FATIHAH BINTI ZAINUDIN
NO. MATRIK:D20201095432
KUMPULAN: A
Kota Damansara ini merupakan salah satu kota yang maju serta terdapat pelbagai infrastruktur dan pembangunan. Suatu petang, Farah sedang merenung keluar balkoni rumah kakaknya sambil melihat pembangunan di sekeliling kawasan pangsapuri itu. Farah menikmati angin di balkoni kerana keadaan rumah yang sedikit panas berbanding persekitaran kampung yang lebih sejuk.
Si kakak menegur Farah sambil mengatur langkah ke sofa ruang tamu "Farah kenapa termenung jauh tu? Keadaan persekitaran kat bandar ni panas sedikit berbanding di kampung, maklumlah kawasan pangsapuri hanya dikelilingi dengan bangunan bukan seperti di kampung yang penuh dengan pokok-pokok."
Farah melihat ke arah kakaknya lalu bertanya "Oh, kenapa kawasan yang tiada atau kurang pokok boleh menyebabkan sesuatu persekitaran tu panas akak?". Raut wajah Farah kelihatan sedikit berkerut kerana rasa ingin tahu yang tebal dalam dirinya.
Si kakak membuka cerita "Dik, tumbuhan di sekeliling kita ini sebenarnya mempunyai fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Apabila pokok-pokok ditebang untuk pembangunan, kandungan karbon dioksida tidak boleh diserap oleh tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis. Farah mengangguk faham akan penjelasan yang diberikan oleh kakaknya itu sambil duduk di sofa ruang tamu.
"Akak, bagaimana ketiadaan proses fotosintesis oleh tumbuhan dapat memberikan kesan persekitaran yang panas kepada manusia? Boleh akak terangkan?" tanya Farah kepada kakaknya.
Si kakak menuangkan air ke dalam cawan lalu bercerita "Sekiranya tiada proses fotosintesis berlaku, penyerapan gas karbon dioksida di sekeliling kita yang mana perlu diserap oleh tumbuhan tidak akan berlaku. Maka, penukaran gas karbon dioksida kepada gas oksigen juga tidak berlaku."
"Oleh itu, ketiadaan proses fotosintesis dan ini akan menyebabkan kandungan gas karbon dioksida memerangkap haba seterusnya menyebabkan pemanasan di sesuatu kawasan terjadi." Farah ralit mendengar penerangan yang diberikan oleh kakaknya.
"Farah, kamu tahu tak pentingnya tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita? Farah memikirkan jawapan bagi soalan tersebut. tanya si kakak kepada adiknya itu. "Farah rasa, tumbuh-tumbuhan dapat mencantikkan kawasan akak" Jawab Farah sambil menggaru sedikit kepala.
Farah tertarik untuk bertanya semula kepada kakaknya itu "Ada lagi ke kepentingan tumbuhan di muka bumi ini selain daripada mencantikkan kawasan akak?"
Si kakak tersenyum dan menjawab "Tentulah ada adikku, tumbuh-tumbuhan yang menghijau merupakan anugerah Tuhan untuk dijaga dan dinikmati oleh manusia. Alam sekitar yang lestari adalah wujudnya tumbuh-tumbuhan memberikan banyak manfaat seperti melembapkan suhu, menjadi pusat tadahan air dan mengurangkan hakisan tanah."
Farah mengangguk faham terhadap penerangan yang diberi. "Jadi, kesan sekiranya tumbuhan tidak dipelihara akan berlakunya hakisan tanah dan pemanasan global kan?" tanya Farah lagi.
"Iya Farah, jadi kita perlu memainkan peranan kita untuk menyelamatkan tumbuh-tumbuhan tersebut daripada tenggelam dek bangunan-bangunan ini dengan menanam pokok-pokok di sekitar rumah supaya persekitaran sejuk". Nasihat si kakak lalu beredar ke dapur.
Seminggu kemudian, Farah telah menanam beberapa jenis pokok di bawah Pangsapuri rumah kakaknya kerana dia sedar bahawa pentingnya tumbuh-tumbuhan kepada manusia dan persekitaran. Dia juga turut menanam pokok di balkoni rumah kakaknya agar suasana persekitaran sejuk berbanding sebelum ini. Namun, perbuatannya tidak dipersetujui dan ditentang oleh jiran sekeliling.
"Salam dik, pak cik nak tegur sikit ni, jangan tanam pokok di kawasan bawah pangsapuri tu sebab tempat awam bukan milik sendiri, penduduk Pangsapuri pun dah bising sewaktu perjumpaan ketua Pangsapuri diadakan". Tegur pak cik Jamal semasa Farah berjalan menuju ke arah lif. Wajah Farah kelihatan sedikit terkilan.
"Pak cik Jamal, boleh Farah berbincang dengan ketua Pangsapuri, Mr. Chong untuk meminta kebenaran tentang penanaman pokok di kawasan Pangsapuri ini bagi kebaikan penduduk di sini?" Tanya Farah kepada Pak Cik Jamal.
Pak cik Jamal menjawab "Boleh, kamu berbincanglah dengan beliau agar dapat menyediakan tempat penanaman pokok-pokok, jika diikutkan pakcik setuju dengan usaha kamu untuk mewujudkan persekitaran yang sejuk di kawasan Pangsapuri Mutia ini."
Farah mengajak kakaknya berjumpa dengan Mr. Chong untuk menyuarakan pendapatnya berkaitan tempat penanaman pokok di Pangsapuri tersebut serta tujuan perkara tersebut. Namun, pendapat ini telah ditentang oleh Ketua Pangsapuri kerana perkara ini tidak dipersetujui oleh penduduk Pangsapuri tersebut.
Si kakak berkata "Penduduk di sini kurang kesedaran berkaitan Alam Sekitar, tak apalah kita cuba sebarkan kepentingan tumbuhan kepada umum dengan cara lain ya". Si kakak turut menasihati adiknya supaya menerapkan terlebih dahulu kesedaran dalam diri penduduk Pangsapuri. Farah berasa sedih dengan keputusan ketua Pangsapuri tersebut dan ramai menentang tindakannya itu.
Farah terpaksa mencabut semula pokok yang ditanamnya di bawah Pangsapuri sambil ditemani kakaknya. "Farah telah membuat dan menyebarkan kempen kesedaran melalui poster di media sosial agar kesedaran berkaitan Alam Sekitar dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat dan Farah yakin mereka akan sedar suatu hari nanti". Ujar Farah kepada kakaknya dengan wajah yang kecewa.
"Janganlah bersedih atas usaha yang kamu lakukan, insya-Allah satu hari pasti penduduk di Kawasan Bandar ini sedar akan pentingnya tumbuh-tumbuhan, samalah kita sebarkan poster kesedaran di media sosial supaya dapat menyemai kesedaran pentingnya tumbuh-tumbuhan kepada persekitaran. Jom makan, kakak dah masakkan lauk kegemaran kamu di dapur". Pujuk si kakak.
Nilai Murni atau Pengajaran
1. Kesedaran Alam Sekitar: Cerita ini menekankan kepentingan kesedaran terhadap alam sekitar, khususnya peranan tumbuh-tumbuhan dalam menjaga persekitaran.
2. Ketekunan: Farah menunjukkan ketekunan dalam usahanya untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan tumbuh-tumbuhan walaupun menghadapi tentangan dari penduduk Pangsapuri.
3. Kerjasama: Walaupun ada tentangan dari penduduk Pangsapuri, Farah dan kakaknya berusaha bekerjasama untuk menyuarakan pandangan mereka dan mencapai persetujuan bersama.
4. Ketelusan: Farah memilih untuk berbincang dengan ketua Pangsapuri dan mencari kebenaran secara terbuka, menunjukkan nilai ketelusan dalam tindakannya.
5. Kesabaran: Meskipun menghadapi tentangan dan kekecewaan, Farah menunjukkan kesabaran dengan mencuba pendekatan lain untuk menyebarkan kesedaran.
6. Kemandirian: Farah menunjukkan keupayaan untuk bertindak secara mandiri dengan memulakan kempen kesedaran dan menanam pokok di kawasan Pangsapuri tanpa menunggu arahan.
7. Kepedulian: Kakak Farah menunjukkan nilai kepedulian terhadap alam sekitar dengan memberikan penjelasan dan menasihati adiknya mengenai kepentingan tumbuh-tumbuhan.
8. Toleransi: Walaupun penduduk Pangsapuri tidak bersetuju dengan tindakan Farah, pak cik Jamal menunjukkan nilai toleransi dengan memberi peluang untuk berbincang dengan ketua Pangsapuri.
9. Keberanian: Farah menunjukkan keberanian dengan mencuba untuk mengubah persepsi penduduk Pangsapuri dan ketua Pangsapuri tentang kepentingan penanaman pokok.
10. Keyakinan dan Harapan: Walaupun tindakan Farah tidak langsung berjaya, dia menyimpan keyakinan dan harapan bahawa penduduk akan sedar pada suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment