Thursday, November 16, 2023

MUSIBAH MEMBAWA ANJAKAN DIRI

 

NAMA: NUR AZTIERAH BINTI M ARIFFIN

NO METRIK: D20231108070

KUMPULAN: A

Pada suatu hari di sebuah perkampungan yang sangat indah yang dinamakan Kampung Berangan, terdapat seorang remaja yang bernama Aryan. Aryan terkenal dengan sikapnya yang selalu sibuk dengan permainan video sehingga tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekitarnya. 

Suatu petang, terdengar bunyi dentuman guruh yang sangat luar biasa dan angin bertiup dengan sangat kencang. Aryan yang sedang tinggal berseorangan dan berada di dalam bilik masih leka bermain permainan video tanpa menyedari rumahnya sedikit demi sedikit akan roboh akibat dilanda ribut petir. Pokok-pokok di halaman rumah menimpa atap dapur rumahnya.

Tiba-tiba datang seorang nenek yang bernama Fatimah telah meyedari rumah yang ditimpa pokok itu kelihatan berpenghuni. Perlahan-lahan nenek itu masuk ke dalam rumah untuk menjenguk dengan penuh hati-hati untuk memastikan penghuni rumah tersebut selamat. Setelah nenek menjenguk di sekitar sebuah bilik, kelihatan seorang remaja iaitu Aryan yang masih leka bermain permainan video. Tanpa membuang masa dengan bergegasnya nenek mendekati Aryan dan mengajak aryan untuk keluar dari rumah tersebut demi menyelamatkan nyawanya daripada ditimpa pokok.

Setelah membawa Aryan keluar, nenek menumpangkan Aryan di rumahnya dan menceritakan kisah pentingnya menjaga alam selitar dan padahnya jika kita membuang masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah seperti selalu terpaku kepada teknologi. 

Keesokan harinya, Aryan termenung pada sebuah jendela dengan memikirkan kata-kata nenek Fatimah. Aryan  menyedari akan kesilapannya yang sering lalai dengan tanggungjawabnya dan bersumpah untuk menghargai alam sekitar. Aryan merasa sangat terpukul dan bersalah kerana rumahnya telah musnah dilanda ribut. Setelah itu, Aryan menuju ke rumah ketua kampung untuk mengajak para penduduk  kampung bersama-sama membaiki kerosakan yang telah berlaku. 

Hari berganti hari seiring berjalannya waktu, Aryan bukan sahaja menghargai alam sekitar, tetapi dia juga mula membantu penduduk kampung untuk menjalankan projek-projek kelestarian. Mereka menanam pokok dan membersihkan sungai. Aryan juga mendapat idea yang sangat menarik untuk melestarikan alam sekitar kampungnya. Aryan mencadangkan kepada ketua kampung untuk mengumpul dana supaya dapat mendirikan taman awam yang cantik. 

Ketika musim bunga, Kampung Berangan terkenal dengan keindahan alamnya. Aryan mengajak kawan-kawanya menganjurkan festival alam sekitar untuk mengajak orang ramai menghargai keunikan alam. Mereka mengadakan pertandingan melukis, persembahan tarian dan juga pameran hasil pertanian organik. 

Aryan dan rakan-rakannya menyedari keindahan alam yang mereka abaikan selama ini . Mereka juga sedar bahawa meskipun teknologi memberi kemudahan tetapi alam sekitar tetap menjadi harta yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab. Kehidupan kampung itu semakin hari semakin ceria dengan kemekaran bunga-bunga di taman dan kicauan burung-burung yang indah. Setiap usaha kecil yang dilakukan di kampung itu membawa perubahan yang sangat besar kepada kampung Berangan. Nenek Fatimah tersenyum melihat transformasi Aryan dan kampung itu. 

Di tengah waktu lapang Aryan bersama rakan-rakannya, muncul seorang pengembara misteri di pinggir kampung. Pengembara itu membawa berita tentang keunikan spesies burung yang hampir pupus ditemui di hutan berhampiran. Maka disinilah Aryan bersama rakan-rakannya memperoleh idea baharu iaitu untuk menjadi pelindung alam dan mereka berasa tercabar untuk menyelamatkan spesies burung ini.

Pada awalnya, mereka memulakan ekspedisi ke dalam hutan yang belum diterokai, di mana keajaiban alam semula jadi menyembunyikan kehidupan yang unik. Dalam perjalanan mereka, Aryan bertemu dengan seekor binatang kecil yang boleh bercakap. Haiwan itu, yang dikenali sebagai Delulu, adalah wakil alam yang memberitahu Aryan bahawa hanya dia boleh membantu menyelamatkan burung. Delulu  memberi Aryan  misi untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan melindungi hutan. 

Keesokan harinya, Aryan bersemangat pulang ke kampung dan bersama rakan-rakannya mengadakan kempen pendidikan tentang kepentingan pemuliharaan hutan. Mereka membuat pameran dan mengadakan kuliah untuk memberitahu orang ramai tentang keindahan dan keunikan hutan dan kepentingan memelihara spesies terancam. Melihat keghairahan mereka, penduduk kampung dan penduduk setempat terlibat dalam usaha menyelamat. Bersama-sama, mereka mengasaskan pusat penyelidikan alam semula jadi untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan hutan dan membangunkan program pemuliharaan untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Apabila burung itu akhirnya ditemui dan dilindungi, kampung Berangan menjadi contoh bukan sahaja dalam melindungi alam semula jadi, tetapi juga dalam menyelamatkan spesies yang hampir pupus. Aryan dan rakan-rakannya berasa bangga kerana keputusan mereka untuk mengabaikan persekitaran semula jadi terlebih dahulu membawa perubahan positif yang besar dan penting kepada kehidupan di kampung dan seluruh alam. Aryan yang dahulunya terkenal dengan sikap yang buruk kini telah menjadi teladan kepada penduduk kampung apabila dia berani melakukan anjakan pada dirinya untuk kebaikan bersama.

 

NILAI MURNI:

1. Kesederhanaan: Menghargai kehidupan dengan tidak terlalu bergantung pada objek material.

2. Kesopanan: Melayan orang lain dengan hormat dan berbudi bahasa, mengamalkan adab dan nilai etika dalam pergaulan seharian. 

3. Keadilan: Memberi hak dan layanan yang adil kepada setiap individu, tanpa mengira usia dan status sosial.

4. Ketabahan: Menghadapi cabaran dengan berani dan tabah, dan tidak mudah dipengaruhi oleh tekanan atau halangan. 

5. Belas Kasihan: Menunjukkan perhatian dan keprihatinan terhadap orang lain, sedia membantu tanpa mengharapkan ganjaran. 

6. Kebertanggungjawaban: Bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan anda sendiri, dan bersedia untuk menanggung akibatnya.

 


No comments:

Post a Comment