Friday, December 29, 2023

Kelewatan menghantar assignment

Assalamualaikum dan selamat petang Dr,
Saya minta maaf kerana terlewat menghantar assignment yang diberikan. Oleh itu saya menghantar tugasan ini melalui email saya. Saya Daniel Nur Aiman Bin Abdullah, nombor matrik D20221103661 dari kelas HGM3013 kumpulan B terpaksa menghantar tugasan saya melalui email atas sebab kecuaian saya.


Tuesday, December 19, 2023

PERJUANGAN PAHLAWAN KECIL

NAMA : MUHAMMAD SHARUL AIMAN BIN SHAHROM
NO MATRIK : D20231108108
KUMPULAN : A

Dahulu kala, di sebuah hutan yang indah dan subur, hiduplah sekelompok haiwan dan tumbuhan yang bahagia. Pokok-pokok besar memeluk bumi, memberikan perlindungan kepada ratusan spesies tumbuhan kecil.

Hidup bersama secara seimbang, mereka membentuk ekosistem yang saling berinteraksi antara satu sama lain untuk kelangsungan kehidupan. Burung-burung riang bersiul di antara ranting-ranting pokok, sementara haiwan-haiwan yang pelbagai menjalani kehidupan mereka dengan aman dan damai.

Namun, tibalah hari yang sangat buruk apabila berlakunya kemusnahan secara besar-besaran terjadi yang memusnahkan ekosistem alam semulajadi. Pada awal malapetaka berlaku tidak seperti badai atau kebakaran hutan yang memusnahkan, musuh ini tidak kelihatan. Mereka adalah manusia, yang tanpa sengaja atau dengan sengaja merosakkan keindahan alam semulajadi itu.

Pokok-pokok yang berusia berabad-abad ditarah tanpa melihat usia pokoknya sama ada sudah cukup usianya atau belum cukup usianya. Ini telah memusnahkan keindahan alam secara semulajadi yang telah ada sejak berabad- abad dahulu.

Malah burung-burung yang berterbangan di ruang udara mereka kehilangan arah tuju disebabkan sarang mereka musnah di antara dahan-dahan pokok yang dulu menjalar tinggi di langit biru.

Haiwan-haiwan di darat yang berusaha mencari tempat perlindungan, tanah tempat mereka bersembunyi dan tempat mencari makanan agar berubah menjadi lautan tanpa had.

Malah, berlaku pencemaran air dan udara yang memusnahkan kepelbagaian flora dan fauna yang berpunca daripada sikap manusia yang tidak peduli dengan keindahan alam sekitar. Sungai yang dulunya jernih dan air yang bersih kini menjadi tempat pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut.

Dalam kegelapan itulah muncul seorang pahlawan kecil bernama Aiman, seperti seekor kancil yang bijak. Aiman sangat prihatin dengan keadaan hutan yang semakin teruk. Dia berkumpul dengan rakan-rakan lain untuk mencari jalan untuk melawan perosak alam yang mengancam keindahan alam.

Dengan kepandaian dan keberanian mereka, Aiman dan rakan-rakannya memulakan gerakan untuk menyedarkan manusia tentang bahaya yang sedang berlaku. Mereka membuat perhimpunan, menghantar surat kepada manusia, dan berusaha memulakan program pemuliharaan alam.

Si kecil Aiman menulis surat "Kita Perlulah Sayangi Alam Sekitar Agar Alam Sekitar Tidak Tercemar" lalu memberikan surat kepada setiap manusia. Aiman dan rakan-rakannya juga melakukan aktiviti seperti mengutip sampah sarap yang dibuang merata tempat supaya mengelakkan berlaku pencemaran alam sekitar.

Si kecil Aiman bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti penanaman semula pokok yang telah ditebang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab atas bantuan guru mereka. Mereka tidak berputus asa untuk memulihara alam sekitar walaupun sesetengah manusia tidak menghiraukannya.

Si kecil Aiman dan rakan-rakanya memberikan harapan baru bagi flora dan fauna yang hampir pupus. Langkah-langkah kecil ini boleh menjadi sinar harapan bagi spesies habitat flora dan fauna yang kian pupus untuk terus bernafas.

Usaha mereka tidak sia-sia. Lambat laun, manusia mulai memahami betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Mereka mengurangkan pembalakan haram dan mengambil langkah untuk membersihkan sungai-sungai yang tercemar itu. Para penyelamat hutan kecil seperti Aiman dan kawan-kawan memberikan inspirasi kepada manusia untuk bertindak demi melindungi flora dan fauna

Akhirnya, hutan itu pun kembali pulih. Pokok-pokok yang ditebang tumbuh semula, sungai-sungai menjadi bersih, dan kehidupan di dalam hutan kembali normal. Aiman dan rakan-rakannya telah berjaya menyelamatkan hutan mereka sendiri dengan usaha gigih mereka.

Kisah Aiman mengajar kita tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Walau sekecil mana pun, setiap individu mempunyai peranan penting dalam melindungi flora dan fauna dari ancaman perosak alam. Semua boleh menjadi pahlawan seperti Aiman dengan bertindak dan mengambil langkah kecil untuk menjaga alam sekitar kita.

 NILAI MURNI

 1. Bertanggungjawab: Semua masyarakat perlulah bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar semulajadi seperti flora dan fauna daripada berlaku kepupusan. Cerita ini menggariskan betapa pentingnya menjaga alam semula jadi di sekeliling kita.

2. Keberanian: Keberanian Si kecil Aiman dan rakan-rakannya membenteras ancaman yang memusnahkan habitat flora dan fauna menunjukkan betapa pentingnya keberanian dalam menyelesaikan masalah.

3.Kerjasama: Apabila menghadapi masalah kita perlulah saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memelihara dan memulihara keindahan alam sekitar supaya terus kekal hingga ke generasi akan datang.

4. Kesedaran: Usaha Aiman untuk menyedarkan manusia tentang kesan negatif apabila berlaku kemusnahan flora dan fauna disebabkan tingkah laku mereka terhadap alam semula jadi.

5. Kesungguhan: Kesungguhan Aiman dan rakan-rakannya dalam menjalankan usaha menyelamatkan hutan menunjukkan betapa pentingnya ketabahan dalam mengharungi cabaran.

6 . Tidak mudah berputus asa: Walaupun pada mulanya keadaan buruk, Si kecil Aiman dan rakan-rakannya tetap berusaha untuk memulihkan alam sekitar walaupun terdapat beberapa cabaran dan sekaligus memberi harapan baru kepada flora dan fauna untuk terus hidup.

 

Wednesday, December 6, 2023

NAMA: ELVIRA INA ANAK TAJAN NO. KAD MATRIK: D20231108064 KUMPULAN: A TAJUK: MAYA WIRA HUTAN VIEL

Di sebuah kampung kecil iaitu Kampung Veil yang dipenuhi kegembiraan, anak-anak sedang sibuk menyambut Hari Krismas. Maya merupakan seorang budak yang berumur 9 tahun. Dia dikenali oleh penduduk kerana sikapnya yang baik hati dan periang. Maya suka menolong penduduk di kampung. Maya sedang membeli pek coklat panas di kedai.
Dalam perjalanan balik dari kedai perhiasan pokok Krismas, Maya menyapa semua orang dengan riang. Maya berjalan ke rumah dengan riang sambil memakan lolipop. Maya gembira melihat suasana kampungnya itu. Hari Krismaslah perayaan yang diraikan secara besar-besaran di kampungnya.
Rumah-rumah dihiasi dengan cahaya berwarna-warni, dan suasana riang gema melanda kampung. Ada sekumpulan kanak-kanak sedang berlatih koir untuk Persembahan Hari Krismas. Penduduk dewasa pun sibuk beratur membeli barang masakan untuk sambutan hari yang mulia itu.
Namun, di hutan yang berdekatan, terdapat sebuah cerita yang agak berbeza. Di tengah-tengah hutan yang rimbun, terdapat seorang pembalak haram bernama Budi. Budi memang dikenali ramai kerana sikapnya yang mementingkan diri sendiri.
Budi tidak suka akan sambutan Hari Krismas. Budi tidak gemar akan lagu Krismas. Dia juga tidak suka akan perhiasan rumah-rumah penduduk semasa perayaan tersebut. Dia menganggap itu semua adalah satu pembaziran. Penduduk kampung tidak tahu sebab dia sangat membenci sambutan hari yang meriah itu.
Budi tidak menghiraukan keindahan alam dan tanpa belas kasihan, dia terus memotong pokok-pokok hutan untuk dijual. Meskipun dia mendapat untung dari perbuatannya, namun dampaknya terhadap alam semakin lama semakin ketara. Pokok-pokok di hutan tersebut semakin hari semakin berkurangan.
Satu hari, ketika anak-anak kampung sedang sibuk bersiap sedia untuk perarakan Krismas, seorang anak kecil bernama Maya merasa sedih melihat hutan yang semakin kosong. Dia memutuskan untuk melakukan sesuatu agar hutan dan makhluk-makhluknya dapat terus hidup bahagia.
Maya bergegas makan makanan tengaharinya. Dia mencium pipi ibu dan adiknya sebelum keluar dari rumah. Maya berkumpul dengan kawan-kawannya, dan mereka merancang satu misi rahsia untuk menghentikan pembalak haram itu.
Maya dan kawan-kawannya berjanji untuk berjumpa di hadapan rumahnya petang ini. Mereka menggumpulkan segala mainan lama mereka untuk dijadikan sebagai hadiah. Maya dan kawan-kawan menggumpul duit poket untuk membeli hadiah yang lain. "Jom kita jalankan Misi Krismas ini!", mereka laungkan dengan penuh semangat.
Setiap petang sebelum perarakan Krismas dimulakan, mereka menyelinap masuk ke dalam hutan untuk menyusun hadiah-hadiah tersebut di sekitar pokok-pokok yang belum ditebang. Mereka memberikan hadiah-hadiah kecil kepada hutan seperti biji-bijian dan bunga-bunga yang indah dan mainan lama.
Dengan kecerdikan mereka, anak-anak kampung yang lain juga bekerjasama membuat patung-patung hutan daripada bahan kitar semula. Anak-anak kampung yang lain juga ingin menyelamatkan hutan di kampung mereka. Mereka meletakkannya disekitar kawasan pokok yang dibalak itu. Setiap patung itu diberikan nama dan mereka berdoa agar pembalak haram itu sedar akan keindahan hutan yang mereka hancurkan.
Ibu Maya mula berasa hairan kerana dia selalu keluar setiap petang. Ibunya lalu bertanya, "Nak, kamu pergi keluar setiap petang. Boleh ibu tahu mengapa?". Ibu Maya risau kerana salji sedang turun dengan lebat. Maya pula hanyalah seorang kanak-kanak.
Maya pun bercerita kepada ibunya tentang perkara sebenar. Ibu lalu memeluk Maya. Dia berasa bangga akan sikap anaknya yang sayang akan alam sekitar. Ibunya memesan agar sentiasa berhati-hati dan memakai jaket yang tebal. Ibunya lalu mencubit pipinya yang gebu itu.
Suatu malam, semasa Budi sedang bersiap sedia untuk memotong lebih banyak pokok hutan. Dia terkejut melihat patung-patung itu dan bingung dengan hadiah-hadiah yang diberikan.
"Siapa yang letak sampah disini?", sambil menggaru kepalanya. Dia berjalan mengelilingi hadiah dan patung tersebut. Mula-mula, dia mengabaikan, tetapi semakin lama, perasaan ingin tahunya semakin meninggi. Budi berjalan perlahan-lahan ke arah hadiah dan patung itu semula.
Budi pun mula membaca kad-kad yang dilekatkan pada hadiah tesebut. Hatinya mula tersentuh dengan kebaikan dan kecantikan yang dicipta oleh anak-anak kampung itu. Budi tersengih-sengih seorang diri sambil membayangkan muka mereka.
Budi tahu siapa yang mengetuai rancangan ini. Budi terus berjalan ke arah rumah Maya. Maya gembira melihat Budi datang ke rumahnya. Maya mengajak Budi masuk ke dalam. Budi berasa malu-malu dengan pelawaan Maya dan ahli keluarganya yang lain. Haruman makanan tradisi semasa Hari Krismas membuat perutnya berasa lapar.
Ibu Maya memberikan Budi segelas coklat panas. Budi tidak biasa akan layanan yang mesra ini kerana dia tinggal berseorangan. Budi tiba-tiba membuka cerita tentang kehidupannya.
Rupa-rupanya, Budi tidak suka akan sambutan Hari Krismas kerana dia pernah dibuli semasa kecil dahulu pada hari sambutan itu. Maya terus memeluknya dan bercakap "Kamu pun layak diraikan semasa Hari Krismas", ujarnya. Mereka pun menikmati makanan pada hari pertama sambutan Krismas tersebut.
Sebaik sahaja Budi menyedari kesilapannya, dia memutuskan untuk mengubah cara hidupnya. Dia berhenti memotong pokok hutan dan bergabung dengan anak-anak kampung untuk menyelamatkan hutan. Bersama-sama, mereka menanam pokok-pokok baru dan menjaga alam sekitar dengan penuh kasih sayang.
Sambutan Hari Krismas di Kampung Viel itu dimeriahkan dengan aktiviti mendermakan anak pokok untuk ditanam semula. Penduduk di Kampung Viel pun gembira melihat perubahan yang ada pada Budi. Itulah sambutan Hari Krismas Budi yang pertama. Budi mempelajari kepentingan untuk menjaga alam sekitar.

Monday, December 4, 2023

Superhero Adi

NAMA:ELVES DEAL LODIUS
NO.MATRIKS:D20231108096
KUMPULAN:A

Di sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi hutan menghijau, sungai yang mengalir melalui kampung tersebut menjadi sumber kehidupan penduduk setempat. Air sungai bukan sahaja menjadi tempat membasuh, memasak, atau minum, tetapi juga menjadi rumah kepada pelbagai jenis ikan yang menyara kehidupan masyarakat kampung.

Dengan tekad yang kuat, Adi mengikut sungai dari hulu ke hilir. Dia mendapati bahawa sisa dari beberapa kilang haram membanjiri sungai, mencemarkannya dengan bahan kimia berbahaya. Adi segera menyedari bahawa inilah punca masalah pencemaran air yang memusnahkan kampungnya.

Tanpa berlengah, Adi memutuskan untuk berbincang dengan penduduk kampung dan meningkatkan kesedaran tentang bahaya pencemaran air. Mereka bersama-sama menganjurkan kempen membersihkan sungai dan menghentikan operasi haram kilang yang memusnahkan alam sekitar mereka.

Melalui perjuangan bersama, masyarakat kampung berjaya menghentikan pencemaran air secara beransur-ansur. Mereka sedang mengumpul sokongan daripada kerajaan dan organisasi alam sekitar untuk mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang terhadap kilang haram. Adi menjadi hero kampung, dan kisah kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada kampung sekitar.

Dengan sungai yang bersih dan segar kembali, kehidupan masyarakat kampung kembali normal. Mereka belajar bahawa melindungi alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, dan melindungi air adalah kunci kepada kehidupan berterusan mereka

Kisah ini sebagai peringatan bahawa setiap individu mempunyai peranan dalam memelihara alam sekitar. Pencemaran air bukan sahaja menjadi masalah kepada satu pihak, sebaliknya tanggungjawab bersama untuk melindungi sumber asli agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.





1. Kesedaran Alam Sekitar: Kisah ini menonjolkan kepentingan kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Kadangkala, penduduk kampung atau orang awam tidak menyedari kesan negatif aktiviti tertentu terhadap alam sekitar mereka.

2. Tindakan Individu: Adi adalah contoh yang jelas bahawa seseorang individu boleh membuat perubahan yang besar. Tindakan individu yang bertanggungjawab boleh mencetuskan perubahan positif dalam masyarakat.

3. Perpaduan Masyarakat: Kejayaan mengatasi masalah pencemaran air dalam cerita ini tidak berlaku tanpa sokongan dan penyertaan aktif masyarakat. Perpaduan dan kerjasama komuniti amat diperlukan untuk mengatasi cabaran alam sekitar.

4. Perjuangan Bersama: Proses membersihkan sungai dan menghentikan operasi kilang haram tidak selalunya mudah. Masyarakat kampung terpaksa melalui perjuangan dan rintangan. Namun, melalui keazaman dan keberanian, mereka berjaya mencapai matlamat mereka.

5.Tanggungjawab Bersama: Kisah ini menekankan bahawa melindungi alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Perlindungan sumber asli adalah kunci kepada kehidupan yang mampan, dan semua individu mempunyai peranan dalam memelihara alam sekitar.

Sunday, November 26, 2023

LINA BENCI HUTAN?

TAJUK : LINA BENCI HUTAN?
NAMA : MUHAMAD IZAN HAFIZUL BIN RASYID
NO.METRIK : 030403-12-1057
KUMPULAN : HGM3013 (B) 26/11/2023


Lina seorang budak perempuan yang dilahirkan di sebuah desa yang jauh dari kawasan bandar. Lina tinggal bersama ibu bapa dan merupakan anak pertama dari tiga orang adik-beradik. Lina berumur enam tahun manakala dua orang adiknya iaitu syima yang berumur empat tahun dan khairul yang berumur 2 tahun. Lina dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu berdekatan dengan sebuah hutan. Namun begitu, lina mempunyai ramai kawan dan jiran tetangga kerana rumah yang didiaminya berdekatan dengan rumah tetangga lain di kampung tersebut.


Menjadi rutin harian Lina dan kawan-kawannya untuk pergi ke sekolah pada jam tujuh pagi. Pagi itu, ibu Lina menyediakan bekal untuknya dengan dua keping roti dan sekotak susu coklat untuk dijadikan makanan lina ketika waktu rehat di sekolah. Setiap hari lina akan dihantar oleh ayahnya dengan menaiki motosikal sehingga sampai ke pintu pagar sekolah.
 

Dalam perjalanan ke sekolah lina dan ayahnya akan melalui sebuah jalan yang dipenuhi pokok dan semak-samun. Laluan ini sentiasa digunakan oleh penduduk kampung sebagai laluan pintas untuk sampai ke sekolah dengan masa yang singkat. Namun, ketika musim hujan kawasan tersebut sukar menjadi tempat laluan kenderaan kerana tanah yang berlumpur. 
Kawasan hutan yang sangat serabut membuatkan lina merasa tidak selesa apabila melaluinya setiap hari. Sering juga lina memberitahu ayahnya agar menggunakan jalan raya yang telah dibangunkan di kawasan itu untuk ke sekolah tetapi lina akan lewat masuk ke kelas kerana laluan jalan raya tersebut dari rumah lina ke sekolah mengambil masa 20 minit sebelum tiba di pintu pagar sekolah. Untuk mengelakkan lina lewat untuk sampai ke kelas, ayah lina terpaksa membawa lina melalui kawasan tersebut walaupun mengetahui anaknya itu tidak suka akan tempat tersebut.


Hal tersebut berlaku setiap hari membuatkan lina tidak menyukai kawasan hutan tersebut. Pernah terdetik dalam diri lina "kenapa pokok-pokok di kawasan ini tidak ditebang?". ayat tersebut selalu bermain-main dibuah pikiran lina setiap kali melalui kawasan tersebut tetapi tidak pernah mengajukkan pertanya tersebut kepada sesiapa terutamanya ayahnya kerana tidak ingin menggangu ayahnya. Perkara tersebut dipendam sehingga lina menemui jawapannya sendiri.


Lina menjalani kehidupannya di sekolah dengan riang dan gembira. Lina merupakan seorang murid yang pintar. Lina boleh membaca dengan begitu lancar seawal usianya lima tahun dan sekarang lina mampu menghafal sifir dua dan sifir tiga dengan baik. Selain itu, Lina juga mempunyai suara yang merdu menyebabkan lina murid yang mewakili sekolahnya ke pertandingan nyanyian peringkat daerah dan menjadi johan menandingin peserta lain yang lebih berusia berbanding lina. Disebabkan kejayaan tersebut, lina menjadi terkenal bukan sahaja di kelas malah di sekolah dan kampungnya. 


Setiap petang, lina akan bermain dengan rakan-rakannya iaitu Lisa dan Lily. Mereka bertiga selalu bermain di kawasan halaman rumah lina selepas balik dari sekolah. Pada suatu petang, ketika mereka sedang seronok main bersama lina terdengar bunyi yang nyaring dari satu arah di dalam hutan berdekatan dengan kawasan tempat mereka bermain. 


Lina mengajak kedua orang rakannya untuk mencari punca bunyi yang nyaring tersebut namun lisa enggan kerana takut akan berlaku sesuatu terhadap mereka kerana lisa selalu mengingat pesan ibunya agar tidak memasuki kawasan hutan tersebut kerana usianya yang masih kecil dan hutan tersebut sangat berbahaya. Kerana mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi lina memujuk lisa dengan bersungguh-sungguh dengan menjanjikan hadiah mainan kepada lisa. Maka lisa pun bersetuju untuk menuruti kemahuan lina. 


Setelah hampir lima minit memasuki kawasan hutan yang tidak pernah di kunjungi oleh mereka, maka mereka mendapati bahawa bunyi yang nyaring tersebut berpunca dari bunyi gergaji mesin yang digunakan oleh beberapa orang pekerja lelaki untuk menebang pokok di situ. Lina dan kedua orang rakannya mendapati bahawa terdapat ramai orang pekerja yang sedang menjalankan kegiatan menebang pokok dan kesemua pekerja tersebut bukanlah sebahagian dari penduduk kampung tersebut. 


Dalam keheningan tersebut, mereka bersembunyi di kawasan semak yang tebal yang menyebabkan pekarja di tempat tersebut tidak menyedari kehadiran mereka. Keadaan menjadi lebih buruk apabila mereka menyedari bahawa hari semakin gelap. Lina dan kedua orang rakannya pun bergegas untuk pulang ke rumah masing-masing. Malam itu, lina tidak memberitahu kepada kedua orang tuanya tentang apa yang dia telah lihat petang tadi dengan alasan lina tidak mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja tersebut di dalam hutan. 


Ketika lina sedang baring dan bersiap untuk tidur, dia teringat akan perkara yang dilihatnya petang tadi bersama kedua orang rakannya. Dengan menggunakan suara hati, lina bertanyakan soalan kepada dirinya "Adakah perbuatan tersebut betul atau salah?". Tetapi dia sentiasa meyakinkan dirinya bahawa perbuatan tersebut betul kerana dia juga mahukan agar pokok-pokok di kawasan kampungnya ditebang agar tidak menghalang laluannya untuk sampai ke sekolah. Selesai bermain dengan fikiran sendiri, lina pun terus melelapkan mata.


Keesokan harinya, dalam perjalanan ke sekolah Lina bertanya kepada ayahnya "ayah, kenapa kebanyakkan penduduk kampung yang menggunakan kawasan hutan ini sebagai laluan kenderaan tidak menebang pokok-pokok di kawasan ini untuk memudahkan kita semua" ?. 


Ayahnya lantas menjawab dan memberi penerangan kepada lina bahawa hutan merupakan hidupan semula jadi yang menjadi tanggungjawab manusia untuk menjaganya dengan baik. Tambahan ayah lina lagi aktiviti penebangan pokok tanpa kebenaran pihak berkuasa atas tujuan tertentu merupakan satu kesalahan yang boleh menyebabkan orang tersebut boleh ditangkap. Mendengarkan jawapan ayahnya, lina terdiam dan berfikir tentang perkara yang telah dilihatnya semalam di dalam kawasan hutan tersebut. 


Semasa berada di dalam kelas pula, guru lina iaitu cikgu Latif  mengajarkan topik berkaitan kepentingan pokok di kawasan hutan kepada mereka semua. Cikgu latif  menerangkan bahawa hutan merupakan sebuah ekosistem yang mengimbangi semua jenis sistem yang terdapat pada alam sekitar di bumi seperti, menjadi habitat kepada hidupan flora dan fauna, mampu menyederhanakan suhu sekitar dan mempu mengelakkan daripada berlakunya bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. 


Tambahan cikgu latif lagi, semua bencana alam dan pencemaran yang berlaku berpunca daripada tangan-tangan manusia yang merosakkan ekosistem tersebut contohnya pembukaan hutan yang melibatkan aktiviti penebangan pokok berlaku menyebabkan kehilangan fungsi pokok. Kesannya, bencana alam seperti hakisan tanah dan pergerakan jisim berlaku dikawasan lereng-lerang bukit. Ini memberikan kesan juga kepada persekiran manusia yang seperti ancaman keselamatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan lereng bukit.


Mendengarkan penerangan Cikgu Latif, Lina, Lisa dan Lily teringat akan kejadian yang mereka telah lihat  petang kemarin. Semasa waktu rehat, mereka bertiga memberanikan diri untuk melaporkan perkara tersebut kepada cikgu latif yang berada di bilik guru. Setelah mendengar penjelasan daripada lina dan kedua orang rakannya, cikgu latif membuat keputusan untuk mengajukkan perkara ini kepada ketua kampung iaitu ayah kepada Lily. 


Ketua kampung tersebut atau lebih dikenali pak samad membuat keputusan melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa. Petang itu pihak berkuasa telah berjaya membanteras semua pekerja yang menjalankan aktiviti terlarang tersebut. Pak samad dan pihak polis berterima kasih kepada Lina, Lisa dan Lily atas keberanian mereka melaporkan kegiatan tersebut kepada pihak bertanggungjawab. 


Pak samad juga memberitahu kepada lina dan kedua rakannya bahawa kawasan pokok-pokok yang berada di kampung mereka merupakan hutan simpan atau hutan rizab yang menjadi tanggungjawab semua masyarakat untuk menjaga hutan tersebut.


Setelah daripada kejadian tersebut, lina dan kedua orang rakannya mengetahui akan kepentingan menjaga hutan dan mereka semakin berminat untuk mengambil berat akan keadaan hutan di kampung mereka. Lina juga merasa bahawa kejadian ini mengajarnya untuk mencintai alam sekitar yang berada di sekitarnya. Melalui kejadian itu juga, lina memberi nama hutan di kampungnya sebagai 'HUTAN HIJAU'.

TAMAT

Sungai Yang Malang : Sungai Kampung Kiau Manis

Matahari bersinar sayu di Kampung Kiau Manis dek sinarnya yang terhalang rimbunnya pepohonan. Bunyi kokokkan ayam dan riak air sungai yang beradu dengan batu menghiasi suasana kampung. Terpampang wajah-wajah murid-murid Sekolah Rendah Kiau Manis bersama seorang guru yang dikala itu berdiri di pinggir sungai. Mereka terkedu melihat keadaan sungai di hadapan mereka yang bukan sahaja dipenuhi sampah sarap malahan mengeluarkan bau yang sangat menyengat membuatkan mereka merasa mual.

 

"eee kotornya!!" kata Ehsan menunjukkan riak wajah yang jijik dengan pemandangan dihadapannya. "Cikgu, kenapa ramai sampah sarap dibuang ke dalam sungai? Bukankah sungai seharusnya jernih dan bersih?" tanya Amei kepada Cikgu Rosa yang sedang menunduk memandang ke arah tubuh kecil Amei di sampingnya.

 

"Inilah yang kesan kepada sungai jika kita membuang sampah-sampah ke dalam sungai, bukan sahaja menyebabkan kejernihan sungai pudar malah bau-bau yang tidak menyenangkan juga akan tersebar ke ruang udara yang secara tidak langsung menyebabkan pencemaran bau" Jelas Cikgu Rosa kepada Amei dan anak-anak muridnya yang sedang memberi tumpuan kepadanya.

 

"Tempat ini kotorlah cikgu, kita tidak sepatutnya disini, lebih baik kita semua pergi ke Taman Permainan bermain jongkat-jongket dan buaian." Kata Olly kepada Cikgu Rosa. "Betul tu, jom!" Sahut Ehsan dan teman-temannya sambil melompat penuh keriangan. Cikgu Rosa hanya tersenyum lembut melihat gelagat anak-anak muridnya sambil berkata "Apa kamu sudah lupa tujuan Cikgu bawa kamu semua hari ini kemari?". Mendengar pertanyaan itu Ehsan dan teman-temannya terdiam sejenak. "Untuk membersihkan Sungai Cikgu." sahut mereka serentak. "Pandai anak-anak, hari ini merupakan Hari Sungai Sedunia, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan bijak kita perlulah menyayangi dan menjaga kebersihan sungai yang telah memberikan banyak manfaat untuk kita" Jelas Cikgu Rosa.

 

"Ehsan,  berikan cikgu satu manfaat sungai kepada kita" tanya Cikgu Rosa. "Membekalkan bekalan air bersih cikgu!" jawab Ehsan dengan penuh keyakinan. "Betul! Bijak Ehsan" puji Cikgu Rosa yang membuatkan Ehsan tersenyum sipu. "Bukan sahaja membekalkan air bersih malahan sungai juga membekalkan sumber protein utama yang amat diperlukan untuk pertumbuhan tubuh badan kita" sambung Cikgu Rosa.

 

"Ooooo" ujar anak-anak murid sambil mengangguk-angguk tanda faham dengan penjelasan yang disampaikan oleh Cikgu Rosa. "Kalau kita tidak bersihkan sungai, hidupan haiwan dalam sungai seperti ikan dan udang akan mati kerana tempat tinggal mereka sudah dicemari dan terjejas" jelas Cikgu Rosa panjang lebar. "Tidakkkkk!! saya suka makan ikan!! bagaimana ibu mahu masakkan saya kari ikan jika ikan tidak ada" sampuk Olly sejurus selepas mendengar penjelasan Cikgu Rosa. "Saya juga sangat suka udang sos yang selalu dihidangkan oleh ibu itu merupakan makanan kesukaan saya." ujar Amei dengan nada penuh kesedihan yang membuatkan suasana pada pagi itu menjadi riuh kerana diselubungi kebimbangan oleh pelajar Kiau Manis.

 

"Anak-anak, sila bertenang. Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaianya begitu juga dengan masalah pencemaran sungai. Itulah mengapa sebagai masyarakat yang bijak kita harus tahu apa yang perlu dan jangan kita perbuat. Kita tidak seharusnya menjejaskan keindahan alam semula jadi seperti sungai dengan tingkah laku yang tidak bertauliah dan bertanggungjawab seperti menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan, membuang sisa toksik kilang ke dalam sungai dan yang lebih bahaya lagi membuang bahan-bahan beracun ke dalam sungai. Perbuatan-perbuatan ini bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada hidupan di dalam sungai malahan juga kepada manusia." Jelas Cikgu Rosa panjang lebar.

 

"Lalu apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan sungai bersih cikgu?" tanya Olly dengan penuh kebimbangan sambil melihat teman-temannya yang juga ingin menanyakan soalan yang sama. "Mari cikgu tunjukkan apa perlu kita lakukan sambil cikgu menjelaskan dengan lebih dalam cara-cara memelihara dan memulihara kebersihan sungai. Pertama semua buka kasut kamu dan lipat hujung seluar kamu sehingga ke paras lutut. Selepas iti ambil dan sarung tangan setiap seorang." Ujar Cikgu  Rosa sambil melipat hujung seluarnya yang kemudian diikuti anak-anak muridnya.

 

Cikgu Rosa perlahan turun masuk ke dalam sungai yang kedalamannya hanyalah sampai ke paras betis diikuti oleh anak-anak muridnya. "Sampah yang telah dibuang ke dalam sungai kita keluarkan dan kumpul ditepi sungai sehingga tidak ada satupun sampah yang tersisa di dalam sungai" perintah Cikgu Rosa. "Baik cikgu!" sahut pelajar serentak. Cikgu Rosa hanya tersenyum melihat gelagat anak-anak muridnya yang sedang bertungkus lumus membersihkan sungai sambil bermain kejar-kejaran. "Anak-anak, sila hati-hati ketika membersihkan dan bermain ya. Pastikan kamu tidak terminum atau terendam dalam air." nasihat Cikgu Rosa. Olly, Amei dan Ehsan yang ketika itu sedang bermain air langsung terdiam memandang sesama sendiri lalu bergegas menyelesaikan tugas mereka.

 

Setelah hampir sejam masa berlalu, Cikgu Rosa dan pelajar-pelajar duduk berehat sambil minum air di pinggir sungai. "Anak-anak, cikgu mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada kamu semua kerana sudah bekerjasama dan bertungkus-lumus dalam membersihkan sungai kita. Ini adalah salah satu langkah yang kita boleh lakukan untuk menjaga kebersihan sungai kita iaitu dengan bergotong-royong membersihkan sungai. Terdapat juga langkah lain untuk menjaga kebersihan sungai iaitu seperti mengadakan kempen secara besar-besaran untuk memberi kesedaran tentang kepentingan sungai atau menambahbaik sistem pembuangan sampah sedia ada agar tidak ada masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai." jelas Cikgu Rosa kepada anak-anak muridnya. "Semoga kamu semua mendapat ilmu dan pengajaran daripada aktiviti kita pada hari ini, cikgu sangat bangga kamu semua berkomitmen untuk menjaga dan menyayangi sungai kita" ulas Cikgu Rosa.

 

"Terima kasih cikgu, kerana memberikan kami pengalaman dan pengajaran yang amat berharga kepada kami, walaupun penat & dahaga tapi kami sangat seronok dan berpuas hati dapat menjadi salah satu individu yang dapat menjaga sungai kita, kan kawan-kawan?" tanya Amei dengan penuh kegirangan kepada teman-teman kelasnya. "Betul tu Amei!!" sahut mereka semua dengan keriangan. "Cikgu sangat bangga dengan kamu semua, penting untuk menerapkan nilai cinta akan alam sekitar dalam diri. Anak-anak marilah kita sama-sama untuk sentiasa sayangi sungai kita!" sorak Cikgu Rosa yang diikuti oleh anak-anak muridnya. "Sayangi Sungai Kita!!". Suara sorakkan mereka bergema menyelubungi Sungai Kampung Kiau manis sebelum mereka semua bersurai kembali semula ke sekolah.

 

KISAH AMIR DENGAN SI PEMBALAK HARAM

Nama : SITI HAJAR BINTI HARUN
No matrik: D20231108152
Kumpulan: B

Terdapat sebuah perkampungan yang terletak jauh dari kesibukan bandar iaitu Kampung Padang Temusu. Kawasan tersebut dihuni oleh penduduk kampung yang kira-kira seramai 500 hingga
1500 orang dan dihuni juga oleh habitat flora dan fauna serta dikelilingi dengan hutan yang rimbun.

Kampung tersebut terdapat seorang pemuda iaitu Amir yang membesar dalam keluarga yang mencintai alam sekitar. Amir yang berusia 23 tahun merupakan seorang pelajar universiti. Dia seorang yang amat menitikberatkan isu alam sekitar. 

Pada suatu hari, Amir masuk ke dalam hutan yang sedikit jauh dari kawasan kampungnya untuk menjalankan kajian dan tanpa sengaja dia mendapati sekumpulan lelaki yang disyaki merupakan pembalak haram sedang menebang pokok-pokok secara berlebihan sehingga merosakkan 
keindahan hutan yang dianggap sebagai rumah keduanya itu. Mereka tidak menyedari kehadiran Amir disitu maka Amir membuat keputusan untuk menyapa salah seorang daripada mereka dengan penuh keberanian. 

"Selamat petang Encik, apakah yang kalian sedang lakukan sekarang dan adakah kalian semua mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti ini?" Tanya Amir kepada lelaki yang 
bernama Hassan itu. 

"Selamat petang anak muda, kami sedang menjalankan kerja-kerja penebangan pokok untuk mendapatkan sumber kayu balak. Ada lesen atau tidak itu tidak penting lagipun apa hak kamu 
untuk bertanyakan tentang lesen kepada kami." Jawab Encik Hassan kepada Amir dengan nada sinis. 

"Maafkan saya, saya tidak berniat untuk mencampuri urusan kamu semua namun sebagai sesama masyarakat yang tinggal di negara yang mempunyai undang-undang tidak salah untuk saya 
bertanya bagi mendapatkan kepastian." balas Amir kepada Encik Hassan dengan penuh berhati-hati supaya tidak menyinggung perasaan orang tua itu.

Tiba-tiba dengan suara yang sedikit meninggi dan nada yang sombong Encik Hassan membidas pertanyaan Amir, "Ya, kami tidak mempunyai permit yang sah untuk menebang pokok-pokok balak ini namun apa yang kamu boleh lakukan ?"." Kamu tidak boleh menghentikan kerja-kerja kami," sambung orang tua itu lagi.
 
"Ini bermaksud kalian semua sedang merosakkan hutan yang kita cintai apabila kamu semua tidak mempunyai lesen yang sah kerana tindakan kalian jelas menyalahi di sisi undang-undang negara kita ," ucap Amir dengan suara yang tenang tetapi penuh keyakinan. 

Encik Hassan yang merupakan ketua kelompok pembalak haram itu dengan pandangan yang tajam menatap Amir sambil berkata dengan nada yang keras. "Siapa kamu untuk memberi tahu kami apa yang kami harus lakukan di hutan ini?" 

Amir tersenyum lalu dia membalas "Saya Amir. Saya membesar di sini dan melihat sendiri peranan hutan yang memberikan kehidupan kepada kita semua. Namun begitu, tindakan kita dapat menghancurkan warisan ini". 

Encik Hassan tertawa sinis, " Warisan? Apa untungnya kepada kami?" 

Amir dengan sabar menerangkan tentang biodiversiti dan betapa pentingnya mengekalkan keseimbangan semula jadi. Dia juga berkata bahawa setiap masyarakat mempunyai 
tanggungjawab masing-masing untuk menjaga dan melindungi hutan. 

Pada saat genting tersebut, beberapa anggota kelompok pembalak haram tersebut mulai mendengarkan perbualan mereka berdua dengan serius. Mereka sedar bahawa pemuda ini bukanlah musuh tetapi dia seorang yang berusaha membantu mereka memahami kesan negatif dari tindakan mereka. 

Amir mengajak mereka melihat sendiri hasil kerosakan yang telah terjadi di bahagian persekitaran yang mereka tebang. Sungai yang sebelumnya bersih dan jernih sehingga boleh menampakkan anak-anak ikan kecil yang sedang berenang kini berubah menjadi keruh akibat dicemari oleh tanah-tanah yang masuk ke dalam sungai tersebut apabila tiba musim hujan.

Kawasan yang telah diteroka oleh mereka turut berpotensi mengalami hakisan tanah seterusnya boleh membawa kepada runtuhan tanah akibat ketiadaan cengkaman akar pokok malahan bukan itu sahaja, hutan juga boleh mengalami kepupusan apabila pokok ditebang secara berterusan dan 
berlakunya peningkatan suhu bumi.
 
Amir turut menjelaskan kepada mereka betapa pentingnya fungsi pokok dan hutan ini kepada manusia. Pokok-pokok yang ditebang menyediakan kayu untuk industri pemprosesan untuk membuat papan manakala industri pembuatan seperti membuat perabot, pokok juga mampu untuk mengelakkan daripada terjadinya kejadian tanah runtuh, hutan juga berfungsi sebagai tempat tinggal haiwan dan tumbuhan serta ia dapat menyederhanakan suhu bumi. Seterusnya, hutan juga berperanan sebagai sumber makanan, sumber perubatan dan sebagainya kepada manusia.
 
Akhirnya ketua kelompok pembalak haram itu kembali bersuara setelah mereka sedar akan kesalahan yang mereka lakukan, "Apa yang dapat kami lakukan untuk memperbaiki kesalahan 
kami?" 

Amir dengan senang hati memberikan cadangan kepada mereka supaya mereka mendapatkan lesen yang sah bagi mereka dapat menjalankan kegiatan membalak mengikut undang-undang dan mengurangkan kerosakan yang minima kepada alam sekitar. 

" Kalian juga boleh bersama-sama menjalankan aktiviti menanam anak pokok untuk memastikan hutan tidak alami kepupusan". 

Kesimpulannya, pendidikan dan sikap tanggungjawab dalam diri Amir untuk mengubah tindakan manusia daripada terus melakukan kerosakan akhirnya membuahkan hasil apabila hutan dapat 
dikawal daripada mengalami kepupusan dan terus dapat dipelihara serta dapat dinikmati oleh generasi akan datang malahan bukan itu sahaja, masyarakat seperti Encik Hassan dan yang lain 
juga dapat membuka mata dan minda tentang betapa seriusnya kesan akan mereka hadapi apabila aktiviti pembalakan haram dijalankan secara berleluasa.

NILAI MURNI 
1. Kecintaan terhadap alam sekitar: Amir merupakan watak utama yang membesar dalam sebuah keluarga yang menghargai dan mencintai alam serta memegang nilai-nilai kesinambungan dan keseimbangan ekosistem. 

2. Pendidikan dan pengetahuan yang tinggi: Amir adalah seorang pelajar universiti. Ini menunjukkan pentingnya pendidikan dan pengetahuan dalam memahami serta mengatasi masalah alam sekitar. 

3. Keberanian: Amir menunjukkan keberanian ketika dia membuat keputusan untuk menyapa kumpulan pembalak haram. Dia tidak hanya berdiam diri apabila melihat kegiatan haram tersebut tetapi dia dengan berani berbicara dengan mereka untuk mendapatkan kepastian dengan lebih lanjut. 

4. Kesopanan: Amir berbicara dengan Encik Hassan dengan penuh sopan dan hormat walaupun dia disambut dengan kasar. Ini mencerminkan nilai-nilai sopan santun dalam berkomunikasi walaupun dalam situasi konflik. 

5. Keinsafan: Encik Hassan telah sedar atas kesalahan yang mereka lakukan setelah dinasihatkan oleh Amir dan melihat sendiri kerosakan yang telah terjadi.


DANIEL DAN LELAKI TUA MISTERI

NAMA : NORAZIRA BINTI MUHAMMAD

NO. METRIK : D20231108123

KUMPULAN : B

 

Senja berkunjung tiba namun Daniel masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Sudah hampir 2 jam berlalu sejak Daniel mengulang kaji pelajaran di rumah sahabatnya, Adam. Kini sudah tiba masanya untuk dia berpulang memandangkan azan maghrib akan berkumandang tidak lama lagi. Pasti ibunya akan bimbang akan keadaannya jika dia tidak tiba di rumah pada waktu yang sepatutnya.

 

Usai mengucapkan selamat tinggal, Daniel terus membuka langkah menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah Adam. Sedang leka Daniel berjalan sambil membaca buku sains tahun enamnya itu, tiba – tiba ada kedengaran suara lelaki asing memanggilnya dari belakang. Tanpa berfikir panjang, terus Daniel menoleh ke belakang. Dahi Daniel sedikit berkerut melihat susuk tubuh lelaki yang memanggilnya tadi. Lelaki itu kelihatan sangat tua. Dan persoalannya, kenapa lelaki yang layak digelar 'atok' ini berada di kawasan sunyi ini bersendirian?

 

"Atok panggil saya ke?" tanpa berfikir panjang terus Daniel bertanyakan soalan kepada lelaki tua itu. "Ya. Kemari nak. Datang lebih dekat." Balas lelaki tua itu sambil melambai-lambai tangan memanggil Daniel.

 

Daniel merasa sedikit teragak-agak dengan permintaan lelaki tua itu, namun dia tetap beranikan diri pergi mendekat ke arah lelaki tua itu. "Kenapa ya? Atok orang kampung inikah? Atau adakah atok sesat?" bertalu-talu soalan yang dilemparkan kepada lelaki tua itu.

 

 

Lelaki tua itu hanya tersenyum mendengar soalan-soalan yang ditanya oleh Daniel. Perlahan-lahan lelaki tua itu memegang bahu Daniel. "Atok perlukan bantuan dari kamu." Sekali lagi Daniel mengerutkan dahinya. Soalannya tidak dijawab. "Bantuan apa?"

 

"Hutan kita. Atok melihat akan ada kemusnahan yang berlaku pada hutan kita." Jelas lelaki tua itu. Namun Daniel masih keliru. Apa yang terjadi hutan di negeri mereka? Setahu dia tiada apa yang musnah pun. Semua hidupan di hutan itu masih dalam keadaan terjaga.

 

"Apa yang berlaku? Bukankah hutan kita dijaga dengan baik? Apa yang musnah?" Soal Daniel lagi. Namun soalannya dibalas dengan tatapan sedih lelaki tua itu. Makin keliru Daniel dibuatnya.

 

"Manusia itu cuba untuk musnahkan hutan kita secara haram. Atok mahu kamu laporkan kepada pihak berkuasa atau hutan kita akan musnah." Tegas lelaki tua itu. "Pokok-pokok yang menjadi habitat haiwan dan sumber oksigen kita telah ditebang secara haram oleh manusia yang tidak bertauliah." Sambung lelaki tua itu lagi.

 

"Bukankah pokok-pokok tersebut menjadi sumber kepada manusia untuk menghasilkan perabot, kertas dan sebagainya? Bukankah itu bagus untuk manusia?" Tanya Daniel lagi. "Benar. Pokok memang membekalkan pelbagai manfaat kepada kita. Namun, ia mestilah dilakukan secara berperingkat dan terkawal. Kita tidak boleh menebangnya sesuka hati kerana ia dapat memberikan banyak impak yang negatif kepada kita." Jelas lelaki tua itu dengan nada yang serius.

 

"Apa maksud atok? Impak negatif kepada kita?" Soal Daniel. Dia masih terlalu muda dan fikirannya masih cetek mengenai hal ini. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan perasaan ingin tahunya meningkat. "Jika pokok di hutan kita ditebang secara haram dan berleluasa, ia akan menyebabkan tanah di kawasan hutan itu menjadi gondol dan seterusnya akan cenderung kepada berlakunya tanah runtuh. Ia berpotensi besar untuk memusnahkan kawasan perumahan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut."

 

Penjelasan yang diberikan oleh lelaki tua itu membuatkan Daniel sedikit terkejut. Begitu besar impaknya kepada manusia dan juga alam sekitar. "Malah, penebangan pokok yang tidak terkawal juga dapat menyebabkan bumi kita menjadi panas. Hal ini kerana, kandungan oksigen di udara akan berkurang manakala kandungan gas karbon dioksida akan bertambah. Penambahan gas tersebut menyebabkan udara kita menjadi semakin panas." Sambung lelaki tua itu lagi. Nada suaranya turut mengendur. Jelas ada kekecewaan dari riak wajah lelaki tua itu.

 

"Saya tak pernah terfikir bahawa perkara ini akan berlaku. Kesannya amat buruk kepada kita!" Kata Daniel dengan nada yang bersungguh. Dia perlu laporkan hal ini kepada pihak berkuasa secepat yang mungkin.

 

"Bukan kepada kita sahaja namun haiwan yang tinggal di hutan tersebut juga akan kehilangan habitat dan sumber makanan mereka. Jika tiada semua itu, rantaian dan siratan makanan juga akan terjejas. Haiwan akan masuk ke kawasan petempatan manusia untuk mendapatkan tempat tinggal dan makanan. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan petempatan manusia juga menjadi tidak selamat." Kata lelaki tua itu lagi. Wajah Daniel dipandang serius olehnya.

 

"Ianya sangat teruk. Saya tak sanggup jika perkara ini benar-benar berlaku. Apa yang perlu saya lakukan?" Tanya Daniel. Sedaya upaya dia ingin mengatasi perkara tersebut daripada berlaku. Alam sekitar dan bumi kita haruslah dijaga dengan baik.

 

"Kamu hanya perlu meminta bantuan orang tua kamu untuk melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa." Kata lelaki tua itu. Daniel hanya menganggukkan kepalanya. Namun, tiba-tiba muncul persoalan dalam fikiran Daniel.

 

"Kenapa atok tidak melaporkannya sendiri? Kenapa atok meminta bantuan saya?" Tanya Daniel kepada lelaki tua itu.

 

"Atok tak boleh lakukan semua itu." Balas lelaki tua itu. "Kenapa? Sebenarnya atok ini siapa?" Tanya Daniel lagi.

 

"Daniel!"

 

Namun, belum sempat lelaki tua itu menjawab soalannya, sudah kedengaran suara seseorang wanita yang amat dikenali olehnya memanggil namanya. "Ibu!" Daniel membalas sahutan dari insan yang bergelar ibu itu.

 

"Buat apa duduk tercegat di situ? Meh pulang. Hari sudah gelap." Panggil Puan zaleha.

 

Baru Daniel tersedar bahawa hari sudah gelap. Terus dia menoleh ke belakang pula untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki tersebut namun lelaki tua itu sudah tiada. Terus membulat mata Daniel. Ke manakah dia pergi?

 

Tanpa melengahkan masa terus daniel berlari anak menuju ke arah ibunya. "Ibu… Bolehkah Daniel meminta bantuan dari ibu?" Tanya Daniel penuh sopan. "Bantuan apa itu?" Tanya Puan Zaleha. Setelah itu, Daniel pun menceritakan kepada Puan Zaleha tentang perbualannya dengan lelaki tua itu tadi.

 

Selang beberapa hari, laporan yang dilakukan oleh Puan Zaleha telah membuahkan hasil. Ternyata benar ada pembalakan secara haram dilakukan di kawasan hutan berdekatan dengan kampung mereka. Akhirnya, pembalak-pembalak tersebut telah ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

 

Namun, persoalannya kemanakah lelaki tua itu menghilang? Keberadaan lelaki tua itu masih menjadi misteri bagi Daniel. Sudah penat Daniel mencari lelaki tua itu di kampungnya dan kampung lain yang berdekatan namun segalanya hampa. Dia tidak menjumpai lelaki tua itu. Ada yang kata lelaki tua itu tidak wujud dan ada juga yang berkata bahawa lelaki tua itu sudah lama meninggal. Dan sampai sekarang Daniel masih tidak mendapat jawapan yang tepat mengenainya.

 

Tamat.

 

 

NILAI MURNI

 

1. Menghargai - Kita mestilah menghargai dan menjaga alam sekitar kita dengan baik agar ia tidak musnah.

2. Kesedaran - Janganlah kita menggunakan sumber alam sekitar secara berlebihan kerana ia dapat meninggalkan banyak kesan yang negatif.

3. Tanggungjawab - Kita mestilah pantas bertindak dalam menyelesaikan segala masalah agar masalah tersebut tidak menjadi semakin rumit.

RYAN SI PENYELAMAT HUTAN

TAJUK: SI RYAN PENYELAMAT HUTAN
NAMA: AZRIL IKHFAN BIN ZAIDI
NO MATRIK: D20231108105
KUMPULAN: A

Pada zaman dahulu, di dalam hutan yang penuh dengan kehidupan dan keajaiban yang penuh dengan kehijauan bumi, terdapat seekor haiwan yang bijak iaitu seekor kancil yang bernama Ryan. Ryan adalah makhluk yang kecil namun penuh dengan kecerdikan dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul di dalam hutan tersebut.

Dia menjadi pemimpin di antara haiwan-haiwan lain di hutan tersebut, dan reputasinya dalam menyelesaikan masalah membuatkannya dihormati oleh semua hidupan di dalam hutan tersebut. Semua haiwan yang terdapat dalam hutan tersebut patuh akan setiap arahan yang Ryan berikan. Ryan bagaikan raja di dalam hutan tersebut.

Pada suatu hari, ketika Ryan sedang berjalan-jalan di dalam hutan, Ryan terdengar satu khabar angin yang tersebar apabila hutan tersebut didatangi oleh sekelompok manusia yang tidak bertanggungjawab dan ingin menjalankan kegiatan aktiviti haram yang melibatkan pembakaran hutan secara meluas.

Pembakaran hutan tersebut dilakukan untuk dijadikan sebagai tapak pembinaan yang besar. Semua haiwan yang berada di hutan tersebut berasa bimbang dan gelisah apabila mengetahui dan menyedari bahawa rancangan tersebut ingin dijalankan oleh mereka. Mereka memerlukan seseorang yang cerdik dan bijak untuk melindungi hutan mereka daripada musnah. Kemudian Si Ryan secara sukarela ingin mengetuai rancangan mereka untuk menghalang perkara tersebut berlaku.

Si Ryan dengan lantang bersuara berkata "kita perlu menangani masalah ini secepat yang mungkin, kita tidak boleh membiarkan perkara ini daripada berlaku. Kita tidak boleh membiarkan khazanah hutan kita hilang begitu sahaja. Kesemua habitat kita akan hilang begitu sahaja".

"APAKAH KAMU INGIN BERSAMA-SAMA AKU DALAM MENENTANG PERKARA INI BERLAKU?". Tegas Ryan terhadap kebimbangannya dalam menyelamatkan hutan yang ingin dimusnahkan.

Kesemua haiwan bersorak terhadap rancangan Ryan dan menunjukkan tanda setuju atas rancangan ini.

Ryan bercadang untuk mengumpulkan seluruh komuniti haiwan untuk merancang strategi untuk mencegah aktiviti ini daripada berlaku. Dalam perjumpaan darurat tersebut, Si Ryan mengemukakan rancangannya dan mengatur strategi dan posisi yang ingin dilaksanakan pada hari kejadian.

"Kita harus bersatu teguh dan bekerja sama untuk menghalang pembakaran terbuka ini daripada berlaku. Kita mempunyai kecerdasan dan mempunyai mental yang berkualiti untuk melawan konflik ini daripada berlaku." Kesemua haiwan di dalam hutan tersebut bersemangat apabila mendengar hujah yang disampaikan oleh Ryan tadi.

Suasana hutan kini menjadi haru biru akibat ngauman dan sorakan daripada kesemua komuniti haiwan-haiwan yang terdapat dalam hutan tersebut.

Haiwan-haiwan di dalam hutan tersebut setuju dengan cadangan Si Ryan dan bersedia untuk melaksanakan rancangannya.

Pada keesokan harinya, ketika sekelompok manusia yang tidak bertanggungjawab tersebut memasuki hutan dengan niat jahat mereka, mereka membawa bahan bakar seperti tong minyak yang begitu banyak untuk memulakan rancangan jahat yang dilakukan oleh mereka. Ketika mereka ingin menuang bahan bakar mereka, mereka berasa pelik bahawa tidak ada satu pun haiwan di hutan tersebut kelihatan. Mereka merasakan seolah-olah hutan kosong dan tidak berpenghuni.
 
Tiba-tiba kesemua haiwan tersebut bersedia di tempat serangan masing-masing seperti yang telah dirancangkan. Si Ryan mengetuai serangan yang dijalankan oleh mereka dengan bijak.
 
Selepas itu, sekelompok pasukan burung gagak mengeluarkan bunyi yang menakutkan dan beterbangan di ruang atmosfera dan seterusnya hinggap di pokok untuk menunjukkan amaran bahaya kepada manusia. Seterusnya, sekelompok monyet dan tupai melakukan pelbagai aksi untuk mengalihkan perhatian manusia dengan menjatuhkan ranting-ranting dan dedaun pokok sehingga menyebabkan ranting-ranting tersebut jatuh ke permukaan tanah. Sekawan harimau pula mengaum untuk menunjukkan amaran kepada sekumpulan manusia tersebut.

Kesemua haiwan di dalam hutan tersebut memberikan komitmen yang terbaik demi menyelamatkan hutan dan habitat masing-masing daripada musnah. Si Ryan pula mencari jalan untuk menukar posisi kesemua haiwan di dalam hutan tersebut demi merancakkan rancangan yang telah dibuat oleh Ryan.

Manusia-manusia itu terkejut dan takut akan  kekacauan alam yang tidak terduga tersebut berlaku. Mereka lupa akan rancangan yang ingin mereka lakukan iaitu pembakaran hutan tersebut dan sibuk menyelamatkan diri masing-masing.

Si Ryan dan seluruh komuniti haiwan berhasil menggagalkan rancangan jahat yang ingin dijalankan oleh mereka. Kesemua haiwan di dalam hutan tersebut berasa lega akan tindakan yang dibuat oleh mereka menjadi. Mereka bersuka ria apabila melihat para manusia berlari bertempiaran dalam ketakutan. Kesemua haiwan di hutan tersebut ketawa apabila melihat perilaku manusia sebegitu.

Kemenangan ini dapat membuktikan kecerdasan Si Ryan dan seluruh komuniti haiwan di hutan tersebut dalam menjalankan sesuatu rancangan dan tugasan yang bernas. Haiwan-haiwan itu merayakan kemenagan mereka dengan gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Si Ryan atas kepemimpinan dan kecerdikan yang dilakukan oleh Ryan.

Kisah ini menjadi lagenda di dalam hutan tersebut, dan Si Ryan dianggap sebagai pahlawan yang melindungi hutan dan semua makhluk di dalamnya. Dan kini Si Ryan mendapat kehormatan tertinggi di dalam hutan tersebut.

Sejak hari itu, hutan kini menjadi semakin aman, dan hidupan di dalam hutan tersebut kembali dalam keadaan yang damai. Si Ryan terus menjadi contoh bagi haiwan-haiwan yang lain dalam menghadapi rintangan, dan ceritanya kini menjadi inspirasi kepada haiwan lain tentang kecerdasan dan kerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Kisah Sang Kancil yang bernama Ryan dan perjuangannya untuk melindungi hutan menjadi tradisi dan diteruskan dari generasi ke generasi yang akan datang di antara haiwan-haiwan di hutan yang indah itu.


NILAI MURNI

1.Berkerjasama: Si Ryan menunjukkan pentingnya kerjasama di antara setiap jenis haiwan untuk mencapai tujuan yang lebih besar. Mereka bekerjasama tanpa memandang perbezaan spesies untuk melindungi habitat mereka.

2.Keberanian: Meskipun Si Ryan adalah makhluk kecil, keberaniannya untuk menghadapi ancaman yang lebih besar dan mencari jalan penyelesaian adalah contoh yang bagus tentang bagaimana keberanian dapat membantu mengatasi pelbagai masalah.

3.Kepemimpinan: Si Ryan adalah pemimpin yang bijak. Dia menjadi inspirasi dan memimpin haiwan-haiwan lainnya dalam menghadapi masalah yang besar. Kepemimpinannya yang baik membawa haiwan-haiwan lain bersama-sama untuk mencapai tujuan yang baik.

4.Kecerdasan: Si Ryan menunjukkan bahawa kecerdasan dan pemikirannya yang kreatif adalah alat yang kuat dalam mengatasi rintangan. Kecerdasan dapat membantu menemukan jalan penyelesaian yang efektif.
 
5.Bersatu Padu: Nilai ini sangat jelas dalam kisah ini. Ketika semua haiwan bergabung dan bekerja bersama-sama, mereka berhasil mengatasi ancaman dan melindungi habitat mereka.

Pengembaraan Seorang Pekerja Zoo

MUHAMMAD SYAMEER BIN ZULKIPLI- D20221103685 (group b)


Pada suatu hari, sinar mentari menerangi kebun binatang dengan sinar keemasan yang menghangatkan, kisah berkenaan Sarah merupakan seorang pekerja zoo yang telah berpengalaman selama 5 tahun. Sarah sudah bersiap sedia untuk menghadapi hari-harinya yang penuh cabaran dan kejutan bersama binatang-binatang yang menakjubkan. 


Sarah adalah satu-satunya pekerja zoo wanita disitu dan dia dilayan seperti puteri oleh pekerja-pekerja lelaki di situ. Hal ini kerana Sarah dianggap sebagai adik kepada pekerja lelaki yang sudah berumur dan sudah berkahwin.

 

Setiap pagi, rutin harian Sarah bermula dengan memberi makan kepada gajah-gajah yang gemuk di kawasan zoo itu. Namun, pada satu hari yang cerah itu Sarah sedang berkeliaran di kawasan gajah, tiba-tiba beliau terdengar satu bunyi yang keras dari jauh. 


Sarah berasa sungguh terkejut akan kejadian tersebut. Selepas itu, sifat ingin tahu Sarah membuak-buak dan terus bergegas ke tempat itu. Sebuah Pohon besar telah roboh sehingga menutupi laluan utama kawasan zoo tersebut. 


Sarah segera bergerak tanpa ragu untuk memastikan keselamatan binatang dan para pengunjung disitu. Setelah tiba di tempat kejadian, Sarah terkejut melihat seekor singa sedang berkeliaran bebas di pintu masuk utama. 

 

Pohon yang tumbang sehingga merosakkan pagar yang menutupi sangkar singa itu. Demi memastikan keselamatan pengunjung pada waktu itu, Sarah dan pasukannya dengan cepat bertindak pantas, mengalihkan perhatian singa itu sehingga singa tersebut kembali ke kandangkan dengan selamat serta tidak mencederakan pengunjung zoo tersebut. 


Ia menjadi tugas utama kepada pekerja zoo untuk memastikan keselamatan pengunjung sentiasa terjaga apabila berlaku satu kecemasan. Kejadian itu, walaupun mencemaskan ia akan menjadi pengalaman pembelajaran yang berharga dan menguji kepantasan Sarah serta pasukannya.

 

Di sebalik daripada kejadian itu, Sarah dengan bijaksana mengambil iktibar dari insiden tersebut. Dia dan pasukannya, mula menjalankan tinjauan berskala selepas kejadian itu untuk memastikan kestabilan struktur dan mengenal pasti risiko.


 Tindakan ini dibuat adalah ingin memastikan tiada lagi haiwan yang buas dan berbahaya terlepas kerana ia akan mencederakan pengunjung malah pekerja juga terlibat sama. 


Sarah telah mengambil satu inisiatif penting dengan menggubal program latihan tambahan bagi pasukannya. Ini bertujuan untuk membekalkan pasukannya dengan kemahiran tambahan dalam mengendalikan keadaan darurat dan kecemasan. 


Tindakan yang dibuat oleh Sarah telah mendapat pujian daripada pihak atasan kerana telah mengambil inisiatif berjaga-jaga serta menambah lagi kemahiran pasukannya untuk sentiasa bersedia dengan walau apa jua keadaan pun.

 

Namun, bukan setiap hari di kebun binatang penuh dengan cabaran. Ada juga kisah-kisah manis yang menyentuh hati dan membuatkan pekerja di zoo ini terhibur serta gembira. Sarah sering melihat wajah riang kanak-kanak yang berkunjung ke situ terpana dengan melihat binatang kesayangan mereka. 


Malah, kanak-kanak yang berkunjung ke sini pertama kali berjumpa dengan binatang-binatang ini. Sebelum ini mereka hanya melihat melalui telefon bimbit sahaja tetapi kali ini ibu bapa mereka membawa mereka ke zoo. Ibu bapa juga dilihat sangat seronok melihat gelagat binatang di zoo ini. 


Daripada kisah-kisah manis itu, Sarah teringat bahawa pekerjaannya bukan hanya tentang menjaga binatang tetapi ia juga menyumbang kepada pendidikan dan kesedaran alam sekitar. Di zoo ini terdapat juga haiwan-haiwan yang hampir pupus dan hanya dijumpai di Malaysia sahaja seperti Harimau Malaya dan Tapir.

 

Oleh itu, pekerjaan Sarah ini membawa kepada pengetahuan dan ilmu baharu. Dia sangat memahami kepelbagaian alam semesta, mengenali cabaran dan membina hubungan istimewa dengan binatang-binatang yang dia jaga. Bagi Sarah, bekerja di kebun binatang bukan sahaja pekerjaan biasa akan tetapi ia menjadi satu platform untuk membabitkan masyarakat dalam usaha pemuliharaan alam dan kehidupan liar yang semakin terancam. 


Manusia ditugaskan untuk menjaga alam sekitar serta termasuk flora dan fauna. Hal ini kerana ia sangat penting kepada ekosistem negara kita malahan dunia sekali pun. Dengan menjaga alam, kehidupan di hutan serta di perkampungan dapat dijaga dan kita dapat menghirup udara yang segar.

 

 

Sekian lama Sarah bekerja di zoo tersebut, pada suatu hari yang cerah dan tenang, Sarah telah dipanggil oleh pihak atasan untuk menerima satu penghargaan yang berharga dalam karier Sarah. Penghargaan tersebut diberikan adalah untuk menghargai dedikasi seorang pekerja zoo yang sentiasa komited di dalam kerja serta penglibatannya terhadap kelestarian alam. Namun, baginya kepuasan terbesar adalah datang dari perubahan positif yang dia lihat di zoo dan komuniti sekitarnya.


Meskipun pekerjaannya dilihat sebagai pekerjaan biasa yang melakukan benda yang sama tetapi setiap pekerjaan itu terdapat cabaran yang tersendiri. Dengan penerimaan penghargaan ini akan menjadikan Sarah lebih bersemangat untuk berkhidmat menjaga kelestarian alam serta hal-hal berkaitan dengan haiwan.

 

Seterusnya, sebagai meraikan penghargaan itu, Sarah mengajak pasukannya untuk menikmati makan malam di sebuah restoran yang agak terkenal. Makan malam ini dijadikan ganjaran kepada pasukannya yang sentiasa komited dan mendengar arahannya ketika bekerja. Perkara sebegini sebenarnya telah menjadikan hubungan silaturahim terus bersambung dan tidak akan terputus.


Hubungan yang rapat akan memudahkan lagi kerja seharian kita. Kesimpulan daripada cerita ini adalah minat dan kesukaan terhadap pekerjaan yang dilakukan itu adalah sangat penting kerana ia akan mendorong diri kita untuk bekerja dengan keras serta ikhlas. Dengan keikhlasan terhadap pekerjaan yang dilakukan mesti terdapat satu hikmah yang bagus untuk dijadikan pengajaran.

 

Nilai yang terdapat dalam cerita di atas :

1. Keberanian - Kisah ini terdapat nilai keberanian yang ditunjukkan oleh Sarah dalam menghadapi situasi yang sukar. Sarah bertindak mengambil risiko dengan mengalihkan perhatian singa yang berkeliaran di kawasan utama zoo tersebut.

 

2. Dedikasi - Sikap Sarah yang sentiasa komited dengan kerjanya di zoo telah mencerminkan nilai dedikasi. Walaupun Sarah menghadapi situasi yang cemas dan sukar, beliau tetap komited dengan meningkatkan keamanan, latihan tambahan.

 

Kerjasama - Kejayaan Sarah dapat mengawal keadaan di situ adalah hasil daripada kerjasama pasukannya yang mantap. Ini mencerminkan nilai kerjasama dan tolong menolong untuk menghadapi segala cabaran.