Pada suatu hari yang cerah di sebuah kampung kecil, terdapat seorang kanak-kanak yang bernama Afiq. Afiq merupakan seorang kanak-kanak yang ceria, berdisilin dan serta suka untuk menrokai dan menimba ilmu-ilmu baharu. Setiap hari, dia suka menjelajah hutan di belakang rumahnya ataupun di sekitar kampungnya bagi mencari tahu banyak lagi perkara perkara menarik yang berada luar daripada skop pemandangan masyarakat di kampungnya sehari-hari..
Suatu pagi tatkala yang lain masih delimuti tidur yang nyenak, Afiq memutuskan untuk keluar mencari angin yang segar di utan yang berada di hujung kampungnya. Afiq sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dia menjumpai dan menemui hal-hal yang menarik setiap kali dia keluar memulakan penjelajahannya. Di tengah pengembaraan Afiq di hutan, dia terjumpa dua ekor burung yang berwarna cerah dan sangat cantik. Burung-burung itu duduk di atas dahan pohon yang rendah, dan mereka kelihatan sangat kelaparan dan membuat bunyi yang membuatkan Afiq berasa kasihan kepada mereka. Ali menghela nafas lega sehaya menjumpai dua keping roti di dalam begnya. Dia terus memberikan roti itu kepada dua ekor burung itu dan burung itu terus hinggap di kedua bahu lebar Afiq seakan-akan memberi isyarat bahawa mereka sedang berterima kasih kepada Afiq. Afiq memutuskan untuk membawa mereka pulang bersama dan menamakan mereka dengan nama Lili dan Lolo.
Lili dan Lolo merupakan burung yang indah. Mereka memiliki warna bulu yang menarik dan dapat memahami pertutaran yang diungkapkan oleh Afiq kepada mereka. Mengetahui keunikkan dan kecantikan burung-burung itu, perasaan Afiq untuk menjadikan merekan sebagai peliharaan bahkan sebagai kawan karib makin membuak-buak. Afiq tidak mengurung mereka di dalam sangkar kerana kejinakkan yang dimiliki oleh Lili dan Lolo dan Afiq sentiasa meberikan mereka makanan dan minuman yang cukup kepada mereka.
Setiap hari, Ali, Pipi, dan Popo menjalani petualangan seru bersama. Mereka terbang ke langit biru, mengelilingi hutan, dan mengunjungi tempat-tempat menarik. Ali juga sering berbicara dengan Lili dan Lolo, dan mereka selalu memberikan nasihat dan cerita-cerita menarik kepada Afiq. Afiq selalu meluangkan masa sehari-harinya untuk kedua burung itu tanpa kenal erti Lelah serta jemu.
Suatu hari, Afiq dan burung-burung itu mendengar kabar tentang sebuah gua misteri yang terletak di dalam hutan. Mereka memutuskan untuk menjelajahi gua tersebut dan melihat apa yang ada di dalamnya. Dengan penuh semangat, mereka berangkat menuju gua tersebut. Afiq sangat bersemangat kerana setiap pengembaraan baru merupakan satu perkara terbaik dalam hidupnya.
Ketika tiba di gua, mereka terkejut melihat cahaya berwarna-warni yang memenuhi seluruh gua. Ternyata, gua itu penuh dengan kristal berkilauan yang mengeluarkan cahaya indah. Mereka bertiga merasa seperti berada di dalam dongeng ajaib. Afiq pernah mendengar sebuah cerita yang persis sama seperti gua yang sedang dia lihat sekarang daripada seorang nenek di hujung kampungnya, Dia seolah sedang hidup di dalam mimpi.
Di dalam gua, mereka menemukan makhluk-makhluk kecil yang lucu dan ramah. Makhluk-makhluk itu memberikan mereka hadiah-hadiah kecil sebagai tanda persahabatan. Ali, Pipi, dan Popo sangat bersyukur atas petualangan yang menakjubkan itu dan kembali ke rumah dengan hati penuh kebahagiaan. Afiq seolah-olah tidak percaya bahawa makhluk-makhluk seperti itu wujud dan sangat ramah dengannya.
Sejak hari itu, Afiq, Lili dan Lolo menjadi lebih erat lagi. Mereka terus menjalani petualangan bersama-sama. Namun begtu, Lili dan Lolo hilang pada keesokan harinya dan Afiq mencari mereka tanpa jemu-jemu di sekitar kampung. Sedikit jejak pun tidak ditemukan oleh Afiq dan dia berasa sangat gelisah dan kecewa.
Afiq menceritakan kepada ibunya tentang kehilangan dua burung tersayangnya itu. Ibu merasa simpati akan kehilangan itu. Ibu menasihati Afiq agar tidak terlalu memikirkan hal tersebut. Ibu menyarankan agar Afiq berdoa kepada Tuhan agar kedua burungnya itu selamat. Afiq mengangguk dan mengiyakan sahaj perkataan ibunya itu sambal berdoa semoga Tuhan memberikan keselamatan buat burung-burungnya itu.
Pada keesokan harinya, Ibu Afiq mengejut Afiq untuk solat subuh berjemaah bersamanya. Afiq bangun dengan rasa mengantuk yang teramat sangat dan terus pergi mengambil wuduk. Selepas selesai solat subuh, Afiq terus membaca Al-quran seperti biasanya. Afiq menangis saat membaca Al-Quran mengenang betapa rapatnya dia bersama kedua burungnya itu. Dia tidur usai sahaja membaca Al-Quran kerana berasa sedikit letih.
Dalam lena dibuai mimpi, Afiq dikejutkan lagi oleh ibunya daripada tidur. Ibunya memberitahu Afiq bahawa dia mendengar suara kicauan yang sangat kuat di belakang rumah mereka dan menyuruh Afiq untuk pergi melihat apa ynag sedang berlaku. Afiq pergi tanpa membantah. Afiq terkejut melihat sekita 50 ekor burung yang sama seperti Lili dan Lolo sedang berkicau seolah-olah memanggil Afiq kemari.
Afiq menangis melihat Lili dan Lolo yang membawa kawan-kawannya kemari dan Afiq bersyukur dapat bertemu dengan mereka kembali sekali lagi. Lili dan Lolo berterima kasih kepada Afiq kerana menjadi sahabat karib mereka selama ini dan memberitahu Afiq bahawa mereka terpaksa kembali ke tempat asal mereka. Afiq sedih dan memberitahu mereka utuk datang lagi kepadanya sekiranya ada waktu yang terluang.
Kisah ini mengajarkan erti kasih saying antara manusia dan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang juga merupaka makhluk Tuhan yang mesti dicintai selayaknya kita mencintai manusia sesama manusia.
No comments:
Post a Comment