Sunday, November 19, 2023

SANG PENYELAMAT DESA: PUTERI

NAMA: NUR ALEYA FAIZA BINTI AHMAD FAUZI

NO MATRIK: D20221101725

KUMPULAN: A


TAJUK: SANG PENYELAMAT DESA : PUTERI


Pada suatu petang yang mendung, hidupnya seorang remaja bernama Puteri  di desa kecil yang terletak di lereng bukit. Disini, bermulalah suatu kisah dimana Puteri menjadi penyelamat kepada desanya daripada suatu peristiwa hebat iaitu banjir .


Kisah ini bermula apabila penduduk desa tidak mahu untuk membuang sampah sarap kedalam tong sampah yang disediakan. Mereka memilih untuk membuang sampah sarap kedalam longkang terlebih dahulu.


Puteri berasa bimbang akan perkara yang akan terjadi pada desanya sekiranya pembuangan sampah sarap ke dalam longkang diteruskan. Sampah-sarap yang kian menumpuk di dalam longkang merupakan pertanda buruk bagi Puteri tetapi tidak diendahkan oleh penduduk desa.


Puteri dengan bersemangatnya memberikan kesedaran kepada penduduk desanya tentang keburukkan membuang sampah ke dalam longkang dalam pelbagai cara. Seperti memberi risalah tentang akibat membuang sampah ke dalam longkang. Namun tetap juga tidak diambil tahu oleh penduduk desa.


Suatu ketika Puteri dan rakan-rakannya sedang melihat longkang di kawasan desa mereka yang kian dipenuhi dengan sampah sarap , langit mula berubah dari biru ke hitam, dan air hujan turun dengan ganasnya sehingga mereka terpaksa berlari mencari perlindungan.


Puteri mula memperhatikan longkang yang dipenuhi sampah sarap telah menghalang laluan air hujan untuk mengalir dan menyebabkan air hujan mula melimpah keluar dari longkang tersebut. Hal ini telah mengejutkan penduduk yang tidak bersedia dan tidak mengambil tahu tentang longkang mereka.


Penduduk desa mula berasa risau kerana air hujan yang melimpah ruah dari longkang telah membanjiri jalan–jalan kecil dan maka terjadilah tragedi yang telah diduga oleh Puteri iaitu banjir.


Kawasan desa kecil itu segera ditenggelami oleh air yang semakin tinggi. Perkara ini telah memaksa semua penduduk desa dan Puteri berlari mencari perlindungan.


Puteri dengan segera mengarahkan semua penduduk desa untuk berlari dan meninggalkan harta benda mereka kerana berbahaya untuk melintasi banjir yang kian meninggi.


Seterusnya, pihak berkuasa dan pasukan penyelamat tiba dengan cepat untuk memberikan pertolongan. Atas jasa Puteri yang mengambil tindakan pantas untuk menelefon mereka. 


Penduduk desa yang masih tersangkut di dalam banjir telah diselamatkan oleh penyelamat dengan menggunakan bot serta alat penyelamat bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.


Namun, situasi tidak menyebelahi mereka apabila hujan lebat terus menerus turun dan menyebabkan keadaan semakin teruk dan menyukarkan usaha penyelamatan. Hal ini menyebabkan, penduduk desa yang terkandas menjadi takut.


Tetapi ketika hujan kian beransur dan banjir mula surut mereka semua berjaya diselamatkan. Walau Bagaimanapun, kerosakan dan kehancuran yang telah berlaku didesa tersebut meruntun hati Puteri serta penduduk yang lain.


Maka disini Puteri mula mengambil tindakan dengan membersihkan longkang longkang yang tersumbat dengan sampah sarap. Penduduk desa yang melihat keazaman Puteri mula berasa malu dan dengan segera bekerjasama membersihkan longkang tersebut serta memulihkan kawasan yang terjejas.


Penduduk desa mula sedar dan mula bermunasabah akan kesalahan yang mereka lakukan iaitu membuang sampah kedalam longkang.


Seterusnya, penduduk desa memohon maaf kepada Puteri kerana tidak mengendahkan kata-katanya tentang keburukkan membuang sampah ke dalam longkang. Penduduk desa mula bersatu untuk menjadikan peristiwa ini sebagai titik tolak untuk perubahan dan kesedaran alam sekitar.


Bukan itu sahaja, pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan langkah-langkah ketat bagi memastikan tiada lagi pembuangan sampah yang tidak bertanggungjawab. Hal ini telah membuat Puteri rasa gembira kerana kejadian sebegini tidak akan berulang lagi didesanya.


Setelah beberapa bulan, Puteri dapat lihat perubahan dari penduduk desanya. Mereka tidak lagi membuang sampah ke dalam longkang malah telah menyediakan tong sampah yang lebih bagus iaitu tong sampah kitar semula.


Dengan ini, Puteri mula memahami bahawa usahanya yang dahulu tidak sia-sia kerana penduduk desa kini lebih peka terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.


Maka dengan ini tamatlah perjuangan Puteri untuk memastikan desa kecilnya kian terjaga daripada kerosakkan alam sekitar. Puteri percaya bahawa dari tragedi yang berlaku munculnya semangat kekitaan dan komitmen untuk melibatkan diri dalam usaha memelihara alam. Hal ini juga menunjukkan bahawa dari bencana yang datang, kita boleh mengambil iktibar darinya dan menjadi lebih baik.


Nilai Alam sekitar


1. Kelestarian Alam Sekitar :

Contoh: Puteri menekankan pentingnya menjaga kebersihan longkang dan mengambil tindakan membersihkannya, serta penduduk desa beralih ke pengurusan sampah yang lebih baik.


2. Komitmen Terhadap Kesejahteraan Alam :

Contoh: Penduduk desa bersatu untuk membersihkan longkang dan memulihkan kawasan yang terkena banjir, menunjukkan komitmen terhadap kelestarian alam.


3. Kerjasama Komuniti :

Contoh: Penduduk desa bekerjasama untuk membersihkan longkang dan mengatasi kesan banjir bersama-sama.


4. Tanggungjawab Individu :

Contoh: Puteri mengambil inisiatif membersihkan longkang sebagai tanggungjawab individu untuk mencegah banjir.


5. Kerjasama dengan Pihak Berkuasa :

Contoh: Pihak berkuasa dan pasukan penyelamat tiba untuk memberikan pertolongan setelah dipanggil oleh Puteri.


6. Pembelajaran dari Bencana :

Contoh: Penduduk desa memperoleh pengajaran dari banjir dan mengambil langkah-langkah untuk mencegah kejadian serupa.


7. Penghargaan Terhadap Alam Sekitar:

Contoh: Penduduk desa menghargai keindahan desa mereka dan bersedia untuk menjaga alam sekitar.


8. Kesedaran Alam Sekitar:

Contoh: Puteri mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dan berusaha memberikan kesedaran kepada penduduk desa.


9. Keberanian Mengambil Tindakan:

Contoh: Puteri tidak hanya memberi kesedaran tetapi juga mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan desanya dari banjir.


10. Pengurangan Pembaziran:

Contoh: Dengan penggunaan tong sampah kitar semula, cerita mencerminkan nilai pengurangan pembaziran untuk menjaga alam sekitar.




No comments:

Post a Comment