Sunday, November 19, 2023

MISTERI ALAM

NAMA: NUR ATHIRAH BINTI ABU HASSAN

NO.MATRIKS: D20221101715

KUMPULAN HGM3013(B)-19/11/2023

Suatu pagi yang hening terdengar suara sepasang suami isteri.  Encik Fateh dan Puan Nuraisya Sofea  yang sibuk memberikan pesanan kepada kedua anak mereka yang berumur 10 tahun dan 12 tahun. Mereka sekeluarga sedang bersiap untuk berangkat ke pergunungan yang terletak 70 kilometer dari rumah.

 " Fathi dan Nailah jaga percakapan dan jangan bermulut celupar. Bukan kita sahaja dalam dunia ni, masih ada lagi makhluk ghaib di sana. Sampai kat sana nanti, baca doa dahulu sebelum kita mulakan perdakian." Panjang lebar Encik Fateh memberikan nasihat supaya anak-anaknya menjaga akhlak. Bak kata pepatah merentung rebung biarlah dari rebungnya. Mereka berdua hanya mengangguk laju dengan apa yang dikatakan oleh bapanya.

Setelah itu, mereka pun memulakan perjalanan dengan basmalah dan dalam beberapa jam, mereka pun tiba. Seterusnya, segala persiapan seperti lampu suluh, kompas dan bekalan makanan diperiksa. Cuaca pada pagi ini disinari dengan mentari dan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa. Dengan langkah yang berhati-hati dan ilmu tentang perdakian di dada, Fateh dan Nuraisya, memimpin anak mereka.

Hal ini kerana mereka ingin mendidik supaya anak mereka lebih menghargai alam sekitar di persekitaran mereka. Sewaktu perjalanan, Fathi tiba-tiba memanggil Fateh dan Nuraisya dengan penuh teruja. "Abah umi, tengok ni ada ulat gonggok kat batang pokok ni." abahnya menjawab, " Fateh tahu tak yang ulat gonggok ni banyak spesies tau! Ada yang berasal dari Afrika dan dikenali sebagai ulat gonggok gergasi yang boleh mencapai sehingga 0.3 meter." anaknya yang amat meminati haiwan sangat senang mendengar penerangan abahnya.

Mereka meneruskan perdakian sehingga tiba di puncak gunung. Angin sejuk yang menampar muka dan badan menyebabkan badan Fathi dan Nailah menggigil. "Nailah tahu tak kenapa dekat atas gunung ni sejuk?" Nuraisya menyoal anak bongsunya.  "Tak tahulah. Kenapa umi?" Nailah menjawab pertanyaan uminya dengan sopan. " Hal ini sebab kita berada di altitud yang tinggi menyebabkan tekanan udara rendah dan molekul udara juga akan semakin kurang. Sebab tu suhu akan menurun dan sejuk."

" Wah hebatnya ciptaan tuhan, umi! Banyak betul yang Nailah dapat tahu harini." Senyuman lebar terukir di bibir mewujudkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi anak bongsunya. Mereka sekeluarga pun mencari tempat sesuai dan mendirikan khemah di kawasan yang selamat. Setelah beberapa minit mendirikan khemah, mereka pun berehat sebentar sebelum melihat-lihat di kawasan khemah.

Nailah yang bersemangat mengambil gambar tumbuhan yang jarang dijumpai menggunakan CANON PowerShot G7X MARK III. Sewaktu sedang asyik, menangkap gambar, dia mendapati ada beberapa longgokan sampah di kawasan semak samun. Dia dengan nada kecewa berkata, "Siapalah yang tak bertanggungjawab sangat ni."

Fathi yang melihat adiknya yang berubah riak, terus menapak perlahan ke arahnya. Dia agak terkejut dan berkata kepada adiknya "Alam sekitar seharusnya dijaga dengan baik dan bukannya membuang sampah merata-rata seperti ini. Kalau adik nak tahu banyak cara yang kita boleh buat untuk jaga hutan ni." "Apa tu along?" Nailah bertanya.

"Antaranya, tidak merosakkan tumbuhan yang ada di dalam hutan. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menguatkan kuasa undang-undang kepada penceroboh atau pembalak hutan. Kita juga perlu membuang sampah di tempat yang disediakan. Alam sekitar bersih, hidup kita pun dijamin selamat."

Keesokannya, mereka pun mula bergerak pulang. Namun ada satu kejadian aneh yang berlaku apabila mereka menjumpai satu lorong kecil yang di kanan dan kiri tumbuh bunga-bungaan yang berwarna-warni. Tanpa sedar mereka sekeluarga termasuk ke satu kampung yang agak lain dengan dunia manusia.

Persekitaran seperti dahulu kala dan orang kampung yang masih berpakaian kuno. Mereka berhenti di hadapan sebuah rumah yang di hadapan ada seorang lelaki tua sedang menyapu sampah. Riak muka lelaki tua tersebut terkejut dan segera menyambut kedatangan Fateh dan sekeluarga. " Selamat datang wahai saudara serta keluarga. Kalian adalah orang yang terpilih untuk datang ke kampung kuno ini. Tak semua orang dapat masuk dan lihat keindahan kampung kuno ini."

Fateh, Nuraisya, Fathi dan Nailah hanya tercengang mendengar kata-kata tersebut. Rupa-rupanya, lelaki itu ialah ketua kampung kuno tersebut. Dia menjemput mereka masuk dan berbual-bual tentang kampung tersebut. "Jadi sebenarnya, saya sebagai wakil ingin memberikan pesanan dan amaran bahawa alam sekitar semakin tenat dan banyak kerosakan berlaku. Hal ini disebabkan tangan manusia sendiri dan menyebabkan suhu meningkat.

Fateh bermonolog dalam hati dan memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi pada masa sekarang. Walaupun perkara yang berlaku pada hari ini seperti satu mimpi namun pasti ada hikmah yang Tuhan mahu tunjukkan kepada mereka. Mereka tinggal selama 2 hari di kampung dan dapat menghayati keunikan alam semula jadi di kampung tersebut termasuk budaya dan adat resam kampung kuno tersebut.

Sewaktu perjalanan, Fateh berkata,"Sebagai manusia yang prihatin, ada beberapa cara yang abah fikirkan untuk menyelamatkan bumi. Kita boleh mulakan dengan keluarga kita iaitu, mendidik diri mengurangkan penggunaan plastik. Hal ini kerana plastik mengambil masa yang lama untuk mereput dan memberi impak negatif pada tanah sewaktu pereputan seperti pembebasan gas metana. Semua ini menyebabkan suhu meningkat dan pemanasan global berlaku." 

Isteri dan anak-anaknya bersetuju dengan apa yang dikatakan Fateh. Setiap langkah perlu dimulakan dengan keluarga sendiri kemudian komuniti, masyarakat dan seterusnya negara. Mereka pulang dengan hati yang agak berat selepas mendengar pesanan dari ketua kampung kuno tersebut. Mereka berjanji dan berazam akan sentiasa berusaha untuk menjaga alam sekitar dan akan menyebarkan perkara tersebut kepada masyarakat supaya alam sekitar yang bersih dapat dinikmati untuk generasi akan datang.

SEKIAN.

Nilai murni yang dapat diperoleh ialah:

Berhati-hati: contohnya, Nuraisya dan Fathi yang memeriksa dahulu keperluan sebelum memulakan perdakian bersama keluarganya.

Kasih sayang kepada alam sekitar: Fateh dan Nailah yang sedih dan kecewa kerana melihat longgokan sampah disebabkan tangan-tangan manusia. Mereka berusaha membersihkan sampah tersebut supaya keaadaan bersih semula.

Bertanggungjawab: Ketua kampung kuno tersebut bertanggungjawab memberitahu keluarga Fathi megenai keadaan alam sekitar yang semakin teruk. Suhu meningkat menjadi salah satu kesan buruk daripada kerosakan alam sekitar.

Prihatin: Fathi yang memikirkan bagaimana cara menyelamatkan bumi dan alam sekitar supaya dapat mengurangkan pemanasan global dan suhu meningkat.

Bersungguh-sungguh: Fathi sekeluarga berazam akan untuk menjaga alam sekitar dan menyebarkan amaran ketua kampung tersebut kepada masyarakat.


No comments:

Post a Comment