Tuesday, November 21, 2023

LESTARIKAN SUNGAI KITA

NAMA: MUNAWWARAH BINTI ZAINAL ARIFIN
NO.MATRIK: D20231108115
KUMPULAN: HGM3013 (B)

Seorang perempuan yang bernama Aida tinggal di sebuah kampung yang berdekatan dengan persisiran sungai dan dikelilingi oleh hutan hijau. Aida merupakan seorang yang sangat cinta akan alam semula jadi dan dia merupakan pelajar Geografi di sekolahya. Dia suka menghabiskan hujung minggunya dengan aktiviti memancing bersama ayah atau rakan-rakannya. Sejak ayahnya meninggal, dia tidak lagi ke sungai untuk memancing.
 Sesudah habisnya kelas petang di sekolah, Aida berhasrat untuk pergi ke sungai tersebut untuk bersiar-siar. "Sinar, jom kita pergi memancing di sungai itu. Sudah lama aku tak tengok keadaan di situ dan aku juga rindu untuk memancing dengan kau ni," Aida mengajak rakan baiknya, Sinar.

 Tiba sahaja mereka di sungai tersebut pada waktu petang, mereka berdua sangat terkejut selepas melihat keadaan sungai yang dipenuhi dengan sampah sarap dan air sungai yang keruh.  "Bagaimana sungai kampung kita boleh jadi macam ini? Sungguh aku amat sedih dengan sikap orang kampung yang tidak ambil peduli tentang kebersihan sungai kampung kita,'' ujar Aida dalam keadaan tidak puas hati dengan situasi tersebut. ''Kita perlu cari jalan penyelesaian kalau tidak sungai kita akan menjadi lebih teruk dan parah kesannya nanti kepada kita." Balas Sinar kepada Aida dengan perasaan kesal. Aida sedar dengan perubahan yang berlaku kerana sebelum ini sungai itu sentiasa berada dalam keadaan bersih dan airnya jernih.

Selepas melihat kejadian itu, dia terus bertindak dengan secepat mungkin bagi mengatasi masalah tersebut. Aida terus menceritakan tentang keadaan sungai kepada ibunya setelah sampai di rumah. "Banyak kaedah yang boleh kita lakukan, kamu boleh sahaja beritahu kawan-kawan atau maklum kepada ketua kampung untuk sampaikan hal ini kepada penduduk kampung supaya bekerjasama membantu menangani sungai yang tercemar itu," kata ibu kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Aida bertemu dengan rakan sekampungnya yang lain iaitu Afiq, Aidil dan Huda.

"Eh, korang tau tak, sungai di hadapan kampung kita sudah tercemar?'' tanya Aida kepada ketiga-tiga rakan sekampungnya.

"Serius ke Aida?" Afiq mengangkat kening.

"Bahaya ni jika dibiarkan tak best lah kalau sungai kita jadi tempat sampah!'' sambung Afiq lagi. "Jomlah kita bergotong-royong bersama-sama dengan penduduk kampung untuk bersihkan sungai kita sendiri!" cadang Afiq dengan penuh semangat.

Sebelum memulakan misi mereka, Aida dan Sinar pergi membuat pemerhatian di lokasi tersebut. "Akhirnya kita tahu juga punca utama berlakunya pencemaran sungai kita adalah disebabkan oleh pembuangan sampah secara tidak terkawal. Aku rasa kita perlu berbincang dengan ketua kampung juga untuk meminta kerjasama daripada mereka. Kalau boleh aku ingin memberi sedikit maklumat supaya mereka sedar tentang kesan buruk jika mereka tidak cinta pada sungai kita ini'' cadangan Aida. Dengan itu, Aida dan rakan-rakannya terus pergi berjumpa dengan ketua Kampung Seri. "Baiklah, saya setuju dengan cadangan kamu semua. Esok pagi kita akan bersama-sama membersihkan kampung kita." ketua kampung bersetuju. Setelah mendapatkan persetujuan daripada ketua kampung, penduduk kampung dan rakannya, mula melaksanakan "Program Misi Bersihkan Sungai Kampung Seri".

Kemudian, seluruh penduduk kampung telah berkumpul untuk bergotong royong. Mereka membawa peralatan sendiri bagi melakukan aktiviti tersebut. Aida dan rakannya turut membuat poster dan menyebarkan maklumat kepada penduduk kampung. Melalui poster ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan buruk yang akan berlaku jika masalah ini tidak diambil peduli oleh setiap manusia.

"Jangan lupa, kita mampu membuat kampung ini menjadi lebih indah dan bersih!" kata ketua kampung kepada penduduknya. Sambil membersihkan, mereka tertawa dan berbicara, membuat tugas menjadi lebih menyenangkan. Warga kampung saling membantu satu sama lain, dan semangat gotong royong pun terasa begitu kuat. Dengan tindakan ini juga membolehkan mereka mewujudkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung.

Aida dan rakan-rakannya amat bersemangat membersihkan sungai bersama-sama penduduk kampung saya suka dengan suasana harini, bukan senang kita nak bekerjasama. Setelah beberapa jam, sungai itu berubah. Aida dan rakan-rakannya serta penduduk kampung berjaya membersihkan sebahagian besar sampah yang ada dalam sungai tersebut. Akhirnya, sungai kembali bersinar, dan airnya menjadi jernih seperti dulu.

Penduduk kampung mulai sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai mereka. Mereka berjanji untuk tidak lagi membuang sampah sembarangan dan menjadi orang kampung yang bertanggungjawab terhadap sungai ini. "Saya amat gembira dengan tindak balas yang diberi oleh kalian, kamu mesti tahu jika kita tidak sayangi sungai dan membiarkan ia terus tercemar akan memberi impak yang negatif kepada manusia" kata Aida dengan penuh gembira apabila masing-masing mampu menjayakan aktiviti ini. Aida dan rakan-rakannya turut bangga melihat perubahan positif yang terjadi di sungai mereka. Sungai yang dulu tercemar kini menjadi tempat yang indah dan bersih. Ikan dan tanaman air kembali menghuni sungai, dan suara alam pun kembali terdengar merdu.

Sejak itu, penduduk di kampung ini menjadikan kegiatan membersihkan sungai sebagai tradisi bulanan. Bersama-sama, mereka telah membuktikan bahawa sungai yang bersih adalah hak bagi semua makhluk hidup di kampung mereka. Aida belajar bahawa melibatkan masyarakat adalah kunci utama dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam.

Nilai Murni
1. Prihatin - Sungguh aku amat sedih dengan sikap orang kampung yang tidak ambil peduli tentang kebersihan sungai kampung kita.
2. Bermuafakat - "Baiklah, saya setuju dengan cadangan kamu semua. Esok pagi kita akan bersama-sama membersihkan kampung kita" ketua kampung bersetuju.
3. Bekerjasama - Aida dan rakan-rakannya amat bersemangat membersihkan sungai bersama-sama penduduk kampung saya suka dengan suasana harini, bukan senang kita nak bekerjasama.
4. Kesedaran - Penduduk kampung mulai sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai mereka.
5. Tanggungjawab - Mereka berjanji untuk tidak lagi membuang sampah sembarangan dan menjadi orang kampung yang bertanggungjawab terhadap sungai ini.

No comments:

Post a Comment