NAMA: NURUL DIYANI AYUNI BINTI KHAIRUL ANNUAR
NO MATRIK:D20221101727
TAJUK: CICI BINTANG CAHAYA MALAM.
Di sebuah kampung kecil terdapat sebatang sungai yang dikelilingi hutan tebal. Di kawasan tersebut tinggal lah seekor kelip kelip yang bernama Cici. Cici merupakan seekor kelip kelip yang ceria , cahayanya yang cantik akan bersinar menerangi kampung itu.
Pada setiap malam , Cici dan rakan – rakanya akan menari dan bermain di pinggiran sungai menyinari kegelapan kampung tersebut. Kampung tersebut juga telah menjadi tarikan pelancong oleh kerana ingin melihat kerlipan cahanya yang cantik. Kini,aktiviti tersebut terpaksa diberhentikan dek kerana populasi kelip kelip dikawasan tersebut yang telah berkurang.
Cici mula merasa gelisah.Cahaya pada waktu malam di kampungnya itu begitu terang sehingga menyukarkan kelip-kelip untuk berkomunikasi dan membiak.
Cici tekad untuk bertindak dalam mencari punca pencemaran cahaya ini .Jika dibiarkan lebih lama maka kelompok kelip-kelip di kawasan kampung Cici akan lebih terancam.
Pada malam tersebut, Cici dan rakannya keluar untuk mencari punca dari mana datangnya cahaya yang begitu banyak, mereka dapati cahaya berlebihan itu adalah daripada lampu jalan, rumah rumah, dan perniagaan di kampung tersebut. Mereka bercadang untuk mengumpulkan semua kelip kelip di kawasan itu untuk berbincang.
Cici menceritakan segala yang mereka lihat pada malam itu kepada kelip-kelip yang lain . Mereka mulai rasa marah akan sikap manusia yang kurang cakna tentang alam sekitar. Mereka bersepakat untuk menyatakan permasalahan ini kepada ketua kampung .
Ketua kampung mendengar akan keluhan dan nasihat yang diberikan oleh Cici demi menjaga alam sekitar di kampung ini.Namun, ketua kampung menganggap bahawa cahaya terang pada waktu malam hanya merupakan sebahagian daripada perkembangan bandar yang perlu Cici dan kelip-kelip yang lain terima.
Cici pulang ke hutan dengan perasaan yang sedih.Sewaktu Cici berlegar-legar dihutan dia ternampak pak Mat yang sedang membawa bot.
Cici mendekati Pak Mat untuk bertegur sapa.Cici menceritakan kesedihannya kepada Pak Mat dan meminta cadang daripada Pak Mat . Pak Mat turut bersimpati akan permasalahan yang
menimpa kelip-kelip di kampungnya ini. Dia turut rindu akan reaksi dan gelagat penumpang botnya sewaktu memerhati kelip kelip.
Pak Mat mendapat satu idea dimana dia ingin membuat kempen bagi pencemaran cahaya.
Dia ingin memberi kesadaran kepada penduduk kampung tentang kepentingan menjaga keindahan alam sekitar mereka. Cici berasa kagum dengan idea tersebut dan bersetuju untuk membantu pak Mat menjayakan kempen tersebut.
Cici memaklumkan kelip-kelip lain untuk memberi kerjasama dengan Pak Mat demi mengubah cara hidup mereka yang sekarang.
Kempen tersebut diadakan pada waktu malam, semua penduduk kampung di kumpulkan di balai raya. Pak Mat memanggil rakannya iaitu seorang professor yang mempunyai minat yang besar terhadap alam sekitar. Professor tersebut memberikan data dan mengemukakan pelbagai cara bagi mengurangkan pencemaran cahaya di kampung tersebut.
Penduduk mulai sedar dan bersetuju dengan idea yang disampaikan. Mereka juga saling bertukar- tukar pendapat dan cara sepanjang kempen itu berlangsung.
Pada akhir majlis, Pak Mat secara sukarela menawarkan diri untuk membawa penduduk kampung mengelilingi kampung mereka dengan menaiki bot. Pak Mat menceritakan tentang keindahan kampung mereka sewaktu kurangnya pencemaran cahaya. Katanya langit pada masa dulu dipenuhi bintang-bintang dan hutan pula diterangi cahaya dari kelip-kelip.
Sebaik sahaja bot bergerak , cici dan rakan -rakannya menyapa penduduk kampung dengan memberi cahaya yang terang. namun begitu bilangan mereka yang tidak begitu ramai itu tidak mampu untuk menerangi kawasan tersebut. Penduduk mula berasa kagum melihat kelip-kelip tersebut.
Namun kegembiraan penduduk tidak kekal lama, penduduk kampung mulai sedar akan populasi kelip-kelip yang berkurang daripada populasi asalnya semasa kampung tersebut baru dimajukan. Mereka melihat cici dan rakan-rakanya dengan perasaan yang sayu.
Mereka mula bertekad untuk mengembalikan semula keindahan kampung mereka seperti sedia kala. Cici dan Pak Mat berasa lega kerana usaha mereka untuk menyedarkan penduduk kampung telah berjaya.
Sejak dari itu, penduduk kampung mula mengurangkan penggunaan cahaya yang berlebihan pada waktu malam. Mereka menutup lampu-lampu yang tidak digunakkan dan menambah baik susunan lampu - lampu kedai bagi meminimalkan penggunaan lampu. Langit pada waktu malam kelihatan lebih indah kerana mula dipenuhi bintang Kembali.
Kampung tersebut mula membuka kembali aktiviti pelancongan iaitu memerhati kelip-kelip. Keindahan malam di kampung tersebut kini lebih dihargai oleh penduduk serta para pelancong.
Cici dan rakan-rakannya lah yang paling gembira, mereka kini telah mempunyai lebih ramai ahli keluarga dan rakan .Cici dan penduduk kampung tersebut sama -sama dapat menikmati keindahan alam yang amat bernilai buat kampung tersebut.
Nilai Alam sekitar 1.Kesedaran Alam sekitar
Contoh: Cici dan rakan-rakannya mengambil berat tentang perubahan perubahan yang merosakkan alam sekitar mereka akibat pencemaran Cahaya.Mereka berusaha untuk memelihara keindahan alam dan ekosistem yang ada.
2.Kerjasama
Contoh:Cici mengumpulkan kelip-kelip lain dan bekerjasama dengan Pak Mat serta penduduk kampung untuk menimbulkan kesedaran tentang pencemaran cahaya. Kerjasama ini menunjukkan pentingnya bersatu padu demi satu matlamat yang baik
3. Kepimpinan dan Inisiatif
Contoh: Meskipun Cici hanyalah seekor kelip-kelip, dia mempunyai inisiatif dan keberanian untuk mencari penyelesaian terhadap masalah pencemaran cahaya. Pak Mat juga menunjukkan kepimpinan dengan memberikan idea untuk mengadakan kempen dan mengambil tindakan untuk menyedarkan penduduk kampung.
4.Kesedaran Sosial dan Penerimaan
Contoh: Cerita ini menunjukkan kepentingan untuk menjadi lebih peka terhadap keadaan sekeliling. Mesej yang disampaikan oleh professor dan tindakan Pak Mat membantu mengubah pemikiran penduduk untuk menerima perubahan demi kebaikan alam sekitar.
5. Penghargaan terhadap Keunikan Alam
Contoh: Kisah ini menekankan pentingnya menghargai keindahan alam dan keunikan spesies yang ada di sekitar kita. Penduduk kampung akhirnya menghargai kehadiran kelip-kelip dan pentingnya menjaga keseimbangan alam.
6. Keterbukaan Terhadap Perubahan
Contoh: Meskipun penduduk awalnya tidak menyedari kesan pencemaran cahaya terhadap kelip- kelip, mereka menjadi terbuka terhadap perubahan setelah disedarkan oleh Cici, Pak Mat, dan professor. Mereka menerima idea untuk mengurangkan pencemaran cahaya dengan cara yang lebih berkesan.
7. Ketabahan dan Kepatuhan
Contoh: Cici menunjukkan ketabahan dengan tidak mengabaikan masalah yang dihadapi oleh kelip- kelip dalam kampungnya. Dia juga patuh terhadap kehendak alam dan keperluan kelompoknya untuk berkomunikasi dan membiak di lingkungan yang sesuai.
No comments:
Post a Comment