NAMA : SYAFIQAH NURAINI BINTI ZAMERI
NO.METRIK : D20231108147
KUMPULAN : HGM3013 (B)
Aku masih teringat di kala malam yang sunyi Ibuku membawakanku beberapa keping biskut kegemaranku bersama air teh panas yang sangat lazat. Aku dan adik perempuanku, Aishah sangat menghayati setiap gigitan biskut -biskut yang dihidangkan ibarat tiada lagi hari pada keesokannya. Ibuku memasang irama melodi kegemarannya sambil memandang ke arah luar tingkap seperti ada yang sedang bermain di fikiran nya.
Aku dan Aishah memandang ke arah ibuku dengan penuh kebingungan. Ibuku tersentap dek kerana menyedari ada mata-mata yang melihat ke arahnya. Lalu, ibuku pun berkata " Anak-anak , hari sudah pun lewat .Mari kita masuk tidur." Aku dengan Aishah pun hanya menuruti. Sepanjang ketiadaan Ayahku , aku dengan Aishah akan tidur bersama-sama dengan Ibuku dikamarnya. Sebelum aku mahu menutup mata untuk tidur, Aishah pun bertanya kepada Ibuku mengenai keberadaan ayahku. Aku melihat wajah ayu Ibuku bertukar menjadi suram sambil menahan air matanya yang ingin berjujuran . Walaupun aku hanya berusia 10 tahun , tetapi aku mulai peka dengan apa yang terjadi.
Seminggu sebelum Ayahku berangkat, ayah dan ibu bergaduh besar iaitu pergaduhan yang tidak pernah aku melihat dimana ayah menengking ibu manakala Ibuku hanya terduduk menangis. Aku terdengar perbualan di antara ibu dengan ayah. Ayahku diperintahkan oleh ketuanya untuk pergi melaksanakan suatu misi yang berbahaya di mana ibuku menentang sepenuh hatinya. Ayahku menarik nafas dengan panjang lalu menghembusnya dengan perasaan sebak. Dia menarik Ibuku ke dalam dakapannya untuk menenangkan Ibuku sambil mengusap kepala Ibuku dengan penuh kasih sayang. Ayah berkata kepada ibuku , " Abang janji akan pulang dengan kadar yang segera dan selamat . Ros jangan khuatir dan tolong jagakan anak- anak kita untuk abang " .
Aku melihat ibuku menangis sepenuh hati dan tidak lama kemudian Aishah memanggil ayah dan ibu kerana ada orang datang ke rumah kami. Mereka datang untuk membawa ayahku pergi menggunakan kereta yang besar dan aku melihat rakan-rakan ayahku iaitu Pakcik Rahim dan Pakcik Abu. Ayahku pun berkata " Nak, ayah nak pergi kerja . Jaga diri dan jangan susahkan ibu. Doakan keselamatan ayah dan rakan-rakan ayah. Ayah akan pergi kerja sekejap sahaja. Selepas, habis kerja ayah akan bawa kita semua pergi bercuti ". Aku dan Aishah mengangguk dengan penuh keriangan . Selepas bersalaman , ayah pun bertolak dan kami pun melambaikan tangan kepada ayah sehingga bayang kereta ayah menghilang.
Tipu sekiranya aku tidak rindu akan ayah. Aku rindu cuma aku tidak mahu Ibuku susah hati. Selepas, Aishah menanyakan perihal mengenai ayah , Ibuku pun terus menyekat air mata yang jatuh lalu mencium dahi aku dengan Aishah dan menyuruh kami untuk tidur. Sebelum , aku masuk ke alam mimpi aku berdoa kepada Ilahi agar aku, Aishah dan ibu dapat berjumpa dengan ayah . Lalu, aku pun menutup mata sambil memeluk bantal Ayahku yang masih dapat dihidu bau badan ayah dengan penuh erat.
Keesokkan paginya, aku bangun secara mengejut kerana mendengar teriakan daripada ibuku. Aku terus menuju ke ruang tamu dimana aku pasti suara ibuku datang dari ruang tersebut. Aku melihat Ibuku menggenggam gagang telefon rumah dengan lemah sambil menangis teresak-esak. Aku pun bergegas pergi ke arah ibuku sambil memeluknya. Ibu pun membalas pelukanku. Kemudian , ada ketukan di pintu lalu aku pun bangun dan pergi ke arah pintu utama . Aku membuka dan alangkah terkejutnya aku melihat Pakcik Rahim dan Pakcik Abu ada di depan mataku. Lalu aku pun bertanya,"Ayah saya dekat mana pakcik? " aku bertanya sambil mencari kelibat ayahku. Pakcik Rahim dan Pakcik Abu pun memelukku dengan penuh erat . Sewaktu aku dipeluk, aku mulai sedar akan maksud pelukan itu dan aku pun mulai menangis dengan semahu yang mungkin.
Selepas zohor , Pakcik Rahim membawa aku , Aishah dan ibu pergi ke hospital untuk berjumpa dengan ayah. Setibanya kami dibilik yang menempatkan ayah , aku melihat wayar-wayar mengelilingi tubuh ayahku dan pelbagai jenis mesin mengelilingi katil ayahku. Ibuku terus jatuh terduduk sambil melihat secara sayu kearah ayahku. Sewaktu kami dalam perjalanan menuju ke hospital, Pakcik Rahim ada menceritakan kejadian yang berlaku sewaktu mereka menyelesaikan misi. Ayah dan rakan-rakannya menyelesaikan misi memadamkan kebakaran yang berlaku di Indonesia. Kebakaran ini sangatlah berbahaya kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada ketika itu telah melepasi tahap berbahaya iaitu melebihi 301 API.
Pakcik Rahim mengatakan bahawa keadaan pada ketika itu teramatlah teruk sehinggakan penggunaan topeng gas seperti tidak mencukupi . Hal ini kerana udara yang sudah tercemar dengan asap kebakaran dan bau-bau udara yang kurang menyelerakan . Sebelum terjadinya peristiwa ini , mereka mendapat maklumat bahawa situasi ini berlaku disebabkan ada pihak di Indonesia mengamalkan amalan tebas dan bakar dalam pertanian . Hal ini kerana amalan tersebut hanya memakan kos yang paling murah dan mudah untuk membersihkan tanah pertanian. Tambahan pula , pada ketika itu berlakunya musim El Nino iaitu udara di Asia Tenggara adalah lebih kering daripada biasa. Hal ini menyebabkan proses jerebu menjadi lebih cepat.
Aku dengan penuh kehairanan menanyakan kepada Pakcik Rahim berkaitan dengan jerebu. Pakcik Rahim mengatakan bahawa jerebu merupakan tahap kualiti udara yang tidak baik iaitu menyebabkan penglihatan dan kesihatan kita menjadi terjejas .Pakcik Rahim juga mengatakan bahawa ayah merupakan seorang wira kerana sanggup masuk ke dalam kepulauan asap-asap yang tebal demi menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang seusia denganku dan sebaik sahaja ayah menghampiri rakan-rakannya sambil mengendong kanak-kanak tersebut dia jatuh tersungkur dan tidak menyedarkan diri sehingga kini.
Aku tersedar daripada lamunan dek kerana belakang aku ditepuk oleh seseorang daripada belakang . Seseorang itu ialah ketua kepada ayahku , Encik Ramli bersama seorang doktor yang merawat ayah. Doktor ingin bercakap dengan aku , Aishah dan Ibuku. Doktor berkata , " Kesihatan Encik Hassan sangatlah teruk terutamanya pada bahagian paru-paru . Suami puan boleh diselamatkan tetapi ada kesan-kesannya. Antaranya kulit badan gatal-gatal ,sakit dada , sesak nafas dan lain-lain lagi.Ini merupakan kesan akibat banyak udara yang tidak baik masuk ke dalam paru-paru suami puan. Sekiranya , selepas Encik Ramli keluar daripada hospital dan kesihatannya teruk sila bawa terus ke hospital yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan dengan kadar yang segera. Jika ada sebarang soalan atau masalah boleh cari saya atau telefon saya menggunakan nombor yang tertera di kertas ini ," sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Ibuku.
Ada sedikit perasaan lega apabila mendapat tahu ayahku boleh kembali ke pangkuan kami sekeluarga . Namun, Ayahku tidak dapat bertahan buat selamanya. Selepas sebulan ayah keluar daripada hospital, kesihatannya makin hari makin teruk. Pelbagai cara untuk menyembuhkan penyakit ayah namun Sang Pencipta amat menyayangi Ayahku. Pada 19 Oktober 1997, Ayahku telah menghembuskan nafas buat kali terakhir dan Aku melihat wajah ayah sangatlah tenang. Aku mendengar saudara-mara aku berbual-bual mengenai ayahku. Mereka cakap Ayahku pergi sebagai seorang perwira walaupun namanya tidak orang kenali biarlah kami sendiri yang kenal. Aku meratapi muka ayah buat kali terakhir sebelum jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan. "Aku janji ayah, aku akan menjaga keluarga kita. Ayah pergilah dengan tenang," kataku sambil mencium dahi ayah yang licin dan wangi.. Aku bersyukur jerebu di kawasan perumahanku tidak seteruk di kawasan lain. Aku dapat melihat Ayahku dimasukkan ke dalam liang lahat dan itulah kali terakhir aku melihat ayah. Kenangan yang aku akan ingat buat selama-lamanya.
Aku tersedar buat seketika selepas ada tangan menepuk bahuku daripada arah belakang. Rupa-rupanya Ibuku. Wajahnya tetap ayu walaupun sudah pun berusia 64 tahun. Ditangannya terdapat sekeping gambar aku dan keluargaku sekali dengan ayah. Gambar tersebut diambil sewaktu hari raya pada 26 tahun yang lepas. Dan itulah gambar yang terakhir diambil bersama ayah sebelum dia meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tipu jika aku cakap aku tidak merindui ayah. Setiap masa aku akan sedekahkan doa, bacaan yasin dan Al-Quran agar Ayahku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman . "Ahmad tengah fikirkan apa tu?" tanya ibu kepadaku. Aku hanya tersenyum lalu menjawab, " Tengah fikirkan masalah pekerjaan ."
Aku sekarang bekerja sebagai seorang pensyarah di university tempatan dalam bidang Geografi sekaligus bidang pekerjaan aku juga mengkaji dan menyelesaikan masalah alam sekitar yang berlaku . Kini, aku dan kawan-kawanku sedang mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kadar pencemaran udara agar masalah jerebu tidak akan berlaku dengan teruk pada tahun-tahun sebelum ini. Aku berharap agar pengorbanan yang aku , ayah dan rakan-rakan seperjuangan buat dapat selamatkan bumi ini daripada sebarang pencemaran udara . Bukan itu sahaja, agar generasi yang akan datang masih dapat melihat kecantikan dan kehijauan bumi yang aku duduki. Aku juga berharap agar semua manusia yang ada di bumi ini dapat bersama-sama membantu untuk menjaga bumi yang tercinta ini.
NILAI MURNI :
1) Bekerjasama – Aku iaitu Ahmad dengan rakan-rakannya bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan kadar pencemaran udara agar masalah jerebu tidak berlaku dengan teruknya.
2) Bertanggungjawab – Encik Hassan dan rakan-rakannya sanggup menerima misi jerebu yang teruk walaupun tahu akan mengorbankan dirinya.
3) Kasih sayang - Aku iaitu Ahmad amat menyayangi bumi yang cantik dan penuh dengan kehijauan .
4) Keberanian – Encik Hassan sanggup masuk kedalam kepulauan asap yang tebal demi menyelamatkan kanak-kanak yang seusia dengan Ahmad.
No comments:
Post a Comment