Sunday, November 19, 2023

KEINDAHAN SUNGAI BENGKOKA

NAMA: EVLINDA MARJOHSIN
NO. MATRIK: D20231108149
GROUP: HGM3013 (B)

Di suatu pagi abell dan keluarganya bercadang untuk berkelah di sebuah sungai yang dinamakan sungai bengkoka. Abell sangat teruja ketika mendengar aktiviti yang akan mereka lakukan itu. Mereka pun bergerak dari rumah menuju ke sebuah sungai. Setibanya, mereka di lokasi perkelahan Abell meminta izin ibunya mandi ke dalam sungai. Abell menikmati keindahan persekitaran sungai tersebut ditambahkan lagi dengan kejernihan air sungai di depan matanya yang sangat memukau.

Ibu, "kata Abell, indah sekali persekitaran sungai ini. Abell berkata-kata dengan perasaan sangat teruja.

Abell, "kita sangat bersyukur kerana masih boleh menikmati keindahan alam sekitar sungai ini ditambahkan lagi sungai bengkoka ini belum tercemar".

Ibunya dan Abell sama-sama naik ke permukaan darat setelah dipanggil oleh ayahnya untuk menikmati makanan tengahari.

Setelah menikmati makan tengahari Abell diarahkan oleh ibunya untuk membuang sampah bekas makanan mereka.

Ibu, "dimanakah saya boleh membuang plastik bekas makanan ini? Adakah saya perlu membuangnya ke dalam sungai kerana tidak terdapat tong sampah di sekitar sini, kata Abell kepada ibunya"

Abell, kata ibunya dengan lembut "kamu tidak boleh membuang sampah ke dalam sungai".

Kenapa ibu, kata Abell. "Bukankah sampah sarap ini akan dihanyutkan oleh arus sungai, jadi sampah sarap ini tidak akan mencemarkan kawasan sungai sekitar sini".

Ibu Abell terkejut mendengar perkataan Abell tersebut. "Abell, walaupun sampah sarap ini akan dihanyutkan oleh aliran sungai, tapi ia tetap akan memberi impak negatif terhadap aliran sungai ini".

"Bolehkah ibu jelaskan apa yang akan berlaku sekiranya pencemaran sungai tetap dilakukan" kata Abell lagi.

Ibunya mendekati Abell, lalu menjelaskan secara terperinci impak pencemaran sungai. "Abell jika kamu masih degil untuk tetap melakukan pencemaran sungai ia akan menyebabkan kebersihan sungai lambat laun akan mengalami kemerosotan kualiti. Antara kesan pencemaran sungai yang boleh kamu lihat ialah kerosakan ekosistem. Faktor pencemaran seperti limbah industri dan pertanian dapat mencemari air sungai dengan bahan kimia yang berbahaya. Hal ini menyebabkan kerosakan ekosistem sungai yang mana ia mempengaruhi populasi ikan dan makhluk air lainnya, beserta merosakkan tumbuhan dan habitat alami. Seterusnya, pencemaran sungai menyebabkan kesan kepada penyebaran penyakit. Pencemaran sungai yang disebabkan limbah manusia mengandungi bakteria dan virus menyebabkan penyebaran wabak penyakit".

Ibunya mendengus dengan berat sebelum meneruskan kata-katanya.

"Kenapa ibu", tanya Abell
Kata ibunya kesan yang lebih bahaya ialah pencemaran sungai menyebabkan manusia mengalami krisis sumber air bersih. Sungai merupakan sumber air bersih bagi penduduk sekitarnya. Pencemaran sungai akan mengancam bekalan air bersih, sehingga mengakibatkan krisis air kepada penduduk sekitar yang bergantung pada air sungai sebagai sumber air utama.

Abell terdiam dan termenung seperti sedang mentafsir setiap apa yang ibunya sampaikan. "Maafkan saya ibu kata Abell dengan suara yang sayu seperti merasa bersalah dengan tindakan yang ingin dia lakukan tadi. Akhirnya, sekarang saya faham betapa pentingnya tanggungjawab menjaga kebersihan air sungai harus ada dalam diri setiap individu. Tapi apakah langkah yang boleh diambil untuk memulihkan semula kawasan sungai yang tercemar, kerana saya mendapati banyak kawasan sungai yang sudah tercemar di sekitar daerah kita?"

Dengan tenang ibunya menerangkan lagi pertanyaan Abell tersebut. Ibu Abell berkata, "Abell, jika kamu mahu kebersihan sungai sentiasa terjaga agar masih boleh digunakan dengan selamat pada kehidupan seterusnya, cinta terhadap alam sekitar harus ada dalam diri kamu.

Abell menoleh kepada ibunya, "apakah maksud ibu?".

Lalu ibunya berkata, "Abell sebenarnya banyak langkah yang boleh kita ambil antaranya ialah masyarakat seharusnya mencari tempat pembuangan sampah yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka mahupun mengumpul sampah yang boleh di kitar semula lalu menghantar sampah tersebut di tempat kitar semula dan sampah selebihnya dihantar di tapak pelupusan sampah agar kandungan sampah di dalam sungai tidak bertambah. Seterusnya, peranan dari pihak yang menjalankan aktiviti perindustrian. Abell kata ibunya lagi, industri kilang banyak menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai. Para pengusaha kilang tidak seharusnya menyalurkan bahan cecair dari kilang ke dalam sungai yang mengandungi pelbagai bahan pencemar. Setiap pengusaha seharusnya melupuskan bahan-bahan dari kilang dengan betul menurut peraturan yang ditetapkan".

Sebelum ibunya meneruskan kata-katanya, Abell sempat mencelah. "Ibu adakah aktiviti bergotong-royong juga boleh membantu menjaga kebersihan sungai kita?".

Benar sekali Abell, "amalan bekerjasama juga harus diamalkan oleh setiap masyarakat. Masyarakat setempat sepatutnya bergotong-royong bagi memastikan sampah sarap yang ada di permukaan sungai tidak bertambah banyak. Amalan kerjasama ini memberi impak yang besar kepada kebersihan persekitaran sungai kawasan tempat tinggal masing-masing. Disamping itu, peranan dari pihak berwajib untuk memantau perkembangan kebersihan air sungai juga diambil kira. Pihak berwajib mestilah mengenakan tindakan undang-undang yang berat kepada setiap individu yang didapati merosakkan kebersihan air sungai agar masyarakat tidak berani lagi melanggar undang-undang alam sekitar yang ditetapkan. Hal ini dapat mencegah perbuatan segelintir masyarakat yang gemar mencemarkan air dan persekitaran sungai".

"Sekarang saya sedar ibu betapa pentingnya untuk tetap menjaga dan mengekalkan kebersihan sungai. Saya berjanji akan terus mengamalkan amalan cinta akan alam sekitar agar saya tidak lalai dalam kehidupan seharian tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai yang kita ada, kerana apabila saya tidak memiliki kesedaran menjaga alam sekitar saya sendiri yang akan mengalami impak sungai yang tercemar di masa hadapan". Kata Abell kepada ibunya

NILAI ALAM SEKITAR

1. Kesedaran manusia terhadap kebersihan lingkungan
     Cerita ini mengarisbawahi pentingnya individu untuk menjaga kebersihan lingkungan serta memahami kesan tindakan mereka terhadap alam sekitar.
2. Tanggungjawab individu menjaga alam sekitar
      Nilai tanggungjawab individu sangat ditekankan, terutamanya dalam menjaga kebersihan sungai dan mengelakkan pencemaran.
3. Kerjasama Masyarakat
     Amalan gotong-royong dan kerjasama dalam masyarakat dianggap penting untuk menjaga kebersihan sungai. Hal ini menekankan perlunya semua pihak bekerjasama untuk mencapai tujuan kebersihan sungai.
4. Pendidikan dan Kesedaran
     Ibu Abell memberikan penjelasan yang jelas tentang punca-punca pencemaran sungai dan kesan-kesannya yang dapat menyumbang kepada peningkatan pengetahuan Abell. Cerita mengarisbawahi pentingnya pendidikan dan kesedaran untuk membentuk sikap positif terhadap alam sekitar.
5. Penghargaan terhadap alam sekitar
     Cerita menekankan pentingnya untuk menjaga dan melestarikan alam agar dapat dinikmati oleh generasi masa depan.
6. Kesedaran terhadap dampak industri
     Cerita menyentuh isu pencemaran sungai yang disebabkan oleh limbah industri dan menekankan tanggungjawab perusahaan untuk membuang limbah yang betul.
7. Pematuhan terhadap undang-undang alam sekitar.
     Pihak berwajib diminta untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu atau organisasi yang melanggar undang-undang alam sekitar.a.







No comments:

Post a Comment