Monday, November 20, 2023

Layla dan Puan Matahari

NAMA: FIDELIS SAMUEL ANAK NAGA

MATRIKS: D20231108150

KUMPULAN B HGM 3013

Layla dan Puan Matahari

 
Pada suatu hari yang panas, Layla berjalan keseorangan dari sekolah sambil menikmati aiskrim yang dibelinya sebelum pulang. Hari tersebut terasa lain daripada yang lain, Layla dapat merasakan bahang matahari lebih panas daripada hari sebelumnya. Oleh itu, Layla memutuskan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok rendang. Setelah bersandar sebentar, Layla berasa mengantuk lalu terlelap setelah merasakan angin dingin yang bertiup sepoi-sepoi halus di mukanya.


Tiba-tiba Layla terbangun setelah mendengar sapaan riang oleh Puan Matahari yang sentiasa memancarkan cahaya yang terang. Layla bangun lalu bertanya kepada Puan Matahari "Selamat petang puan, mengapakah hari ini terasa terlalu panas berbanding hari sebelumnya?". Puan Matahari pun menerangkan bahawa keadaan tersebut terjadi disebabkan oleh Pemanasan Global.


Dengan muka yang penuh persoalan, Layla bertanya kembali kepada Puan Matahari, "Pemanasan Global itu benda apa puan?".


Puan Matahari lalu menjawab bahawa Pemanasan Global merupakan satu keadaan di mana bumi menjadi semakin panas kerana tindakan manusia yang tidak baik terhadap alam sekitar.


Layla bertanya, "Apakah ada yang kita boleh lakukan untuk membantu menghentikan Pemanasan Global?".


 Puan Matahari tersenyum lalu memberitahu Layla bahawa semua orang termasuk rakan sekolah dan orang kampung Layla boleh membantu. Dia membawa Layla ke sebuah tempat yang dipenuhi pokok-pokok hijau yang menari-nari.

 
Di situ, mereka bertemu dengan Pak Harun, seorang petapa tua yang sentiasa prihatin. Pak Harun telah menetap di Kawasan itu selama 10 dekad. Puan Matahari meminta Layla bertanya soalan yang sama kepada Pak Harun. Setelah ditanya, Pak Harun menjawab Layla bahawa terdapat beberapa cara yang dapat membantu meringankan rasa Pemanasan Global. Pak Harun memberitahu bahawa menanam pokok merupakan satu cara bagi meringankan kesan Pemanasan Global. Pak Harun menjelaskan bahawa pokok dapat membantu menyerap karbon dioksida untuk menjadikan bumi lebih sejuk.

 
Setelah itu, Puan Matahari membawa Layla ke sebuah kawasan lapang dan dipenuhi oleh haiwan yang berjalan dengan tenang. Di situ, mereka bertemu dengan seekor Arnab yang boleh bercakap bernama Encik Fluffy. Puan Matahari sekali lagi meminta Layla bertanya soalan yang sama kepada Encik Fluffy. Setelah mendengar soalan Layla, Encik Fluffy memberitahu Layla bahawa cara untuk mengurangkan kesan Pemanasan Global ialah kurangkan kebergantungan kereta dan kenderaan persendirian. Encik Fluffy menyatakan bahawa pelepasan gas dan asap daripada kenderaan persendirian mengandungi gas-gas rumah hijau yang meningkatkan proses Pemanasan Global. Setelah itu, Layla berjanji untuk menggunakan kenderaan awam untuk ke destinasi pilihannya bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

 
Seterusnya, Puan Matahari membawa Layla ke sebuah padang berangin yang dipenuhi kincir angin gergasi. Di situ, mereka bertemu dengan Tuan Angin yang merupakan seorang ahli sihir angin yang bijaksana. Puan Matahari meminta Layla untuk menghampiri Tuan Angin lalu bertanya soalan yang sama. Setelah selesai mendengar soalan Layla, Tuan Angin memberitahunya bahawa cara yang boleh mengurangkan kesan Pemanasan Global ialah dengan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan menggantikan sumber tenaga kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sebagai contoh, Tuan Angin menggerakkan kincir angin bagi menjana kuasa elektrik yang boleh diperbaharui bagi menjana tenaga elektrik berbanding membakar bahan api yang mengeluarkan asap dan mempercepatkan pemanasan global.


Usai mendengar penjelasan Tuan Angin, Puan Matahari membawa Layla kembali ke bawah pokok rendang tempat Layla terlelap tadi.

 
"Oh, begitu cara mengurangkan kesan Pemanasan Global" kata Layla setelah tiba di bawah pokok tadi.


 Puan Matahari tersenyum lalu bertanya "Ada apa-apa lagi yang Layla ingin tahu tentang Pemanasan Global?".


 Layla dengan penuh persoalan bertanya "Apakah kesan yang boleh terjadi akibat Pemanasan Global?".


Puan Matahari mengajak Layla berjalan sambil bercerita tentang kesan akibat Pemanasan Global. Pertama sekali, Puan Matahari menyebut bahawa Pemanasan Global dapat mengakibatkan tanah menjadi tandus dan menyebabkan hasil pertanian berkurangan. Dia menjelaskan bahawa hal ini mampu mengakibatkan masalah kekurangan terhadap bank makanan di seluruh dunia jika dibiarkan berlarutan.

 
Pemanasan Global turut menyebabkan kadar hujan berkurangan kerana kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap air untuk membentuk awan tebal. Hal ini saling berkaitan dengan kemenjadian tanah tandus akibat kekurangan hujan. Permukaan bumi kekurangan air untuk dijadikan hujan sambung Puan Matahari lagi.

 
Bukan itu sahaja, Puan Matahari menambah lagi bahawa Pemanasan Global turut menyebabkan peningkatan aras laut. Hal ini disebabkan oleh kandungan haba yang terdapat di ruang udara terlalu panas sehingga menyebabkan kawasan kutub yang dilitupi ais menjadi cair. Oleh itu, paras air bumi semakin meningkat lalu secara tidak langsung menyebabkan beberapa kawasan berdekatan pantai semakin ditenggelami air laut.

 
"Oh, sebab itukah kawasan pantai kegemaran Layla dahulu tidak ada lagi?" tanya Layla setelah mendengar penjelasan Puan Matahari. Puan Matahari pun mengangguk.

  
"Layla, kita sudah sampai depan rumah kamu, sudah tiba masa saya balik pula." Kata Puan Matahari sambil tersenyum.

 
"Baiklah, terima kasih puan, saya berjanji akan menggunakan ilmu yang saya dapat hari ini" kata Layla sambil melambaikan tangan kepada Puan Matahari.

 
Setelah hari tersebut, Layla menjadi aktivis alam sekitar yang aktif dan menyertai kelab alam sekitar sekolahnya bagi memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga alam sekitar bagi mengurangkan kesan pemanasan global. Layla juga sentiasa memuat naik gambar dan poster berkaitan alam sekitar di laman media sosial miliknya.

 
(800 patah perkataan)


Cerita ini membawa kita melalui perjalanan Layla dalam memahami dan mengatasi masalah pemanasan global. Beberapa nilai berkaitan alam sekitar yang dapat diambil dari cerita ini adalah:


1. Kesedaran Lingkungan
Cerita ini menonjolkan kepentingan kesedaran terhadap perubahan iklim dan kesan yang ditimbulkan ke atas alam sekitar. Layla sedar akan perubahan suhu yang mencolok dan mencari maklumat untuk memahaminya.


2. Tanggungjawab Bersama
Pesan yang disampaikan oleh Puan Matahari, Pak Harun, Encik Fluffy, dan Tuan Angin adalah setiap individu, termasuk Layla dan rakan-rakannya, berkongsi tanggungjawab dalam membantu mengurangkan pemanasan global. Ini menekankan peranan bersama dalam usaha menjaga bumi.


3. Kelestarian dan Penggunaan Tenaga Hijau
Penjelasan Tuan Angin tentang pengurangan penggunaan tenaga dan menukar kepada sumber tenaga boleh diperbaharui mengetengahkan nilai kelestarian. Ini merangsang pemikiran tentang cara kita menggunakan tenaga secara bijak.


4. Kepentingan Menanam Pokok
Pesan daripada Pak Harun bahawa penanaman pokok dapat membantu meredakan pemanasan global menyorotkan nilai pemuliharaan alam. Penanaman pokok membantu menyerap karbon dioksida dan mengekalkan ekosistem.


5. Kesan Domino
Penjelasan Puan Matahari tentang kesan pemanasan global seperti tanah tandus, kekurangan hujan, dan peningkatan aras laut menggambarkan bagaimana satu perubahan boleh memberi kesan domino terhadap ekosistem dan kehidupan manusia. Ini menekankan kepentingan menjaga bumi secara menyeluruh.


6. Tindakan Nyata
Layla tidak hanya mendengar, tetapi juga berjanji untuk mengambil tindakan nyata. Ini memberikan inspirasi kepada pembaca untuk tidak hanya mengetahui masalah, tetapi juga terlibat dalam mencari penyelesaian.


Cerita ini membawa pesanan-pesanan ini melalui naratif yang menarik dan memberi pemahaman mendalam tentang masalah pemanasan global serta tindakan yang boleh diambil untuk melibatkan masyarakat dalam usaha menjaga kelestarian alam.

No comments:

Post a Comment