Wednesday, November 15, 2023

KEBUN YANG MUSNAH

Nama : NURUL FARAH ATHIRAH BINTI ISHAK
No matrik : D20231108082
Kumpulan : A

 Di sebuah kampung yang damai dan subur Kampung MakNeralang, hiduplah dua anak lelaki yang berbeza keperibadian, Aaron dan Zafran. Mereka tinggal bersama atuknya  kerana ibubapa mereka telah bercerai sejak mereka kecil. Atuknya  yang merupakan seorang petani berpengalaman sehingga digelar sebagai tangan rahmat kerana tiap kali hasil pertanian yang diusahakan membawa hasil yang lumayan  .  Walaupun memiliki latar belakang yang sama, namun arah hidup keduanya berjalan ke arah yang berbeza setelah menamatkan SPM.

Aaron, yang memiliki minat dalam bidang kejuruteraan mekanikal, memilih untuk melanjutkan pendidikan di politeknik setelah menamatkan SPM. Dia memiliki impian untuk menjadi seorang jurutera yang handal dan mengaplikasikan teknologi canggih dalam pekerjaannya. Pilihan ini membuat atuk mereka bangga , karena dia berharap cucunya akan menjadi jurutera pertama dalam  keluarga mereka .

Manakala  Zafran, anak yang lebih muda, memilih untuk tidak melanjutkan pendidikan seperti abangnya setelah SPM. Dia memutuskan untuk tetap tinggal di kampung dan menjaga atuk mereka yang sedang sakit.  Zafran yang lebih gemar dan minat  yang mendalam terhadap pertanian, dia ingin meneruskan warisan petani keluarganya itu . Meskipun begitu atuknya sedikit terkilan kerana cucu bongsunya itu terpaksa menolak tawaran belajar dan memilih untuk tinggal di kampung bersamanya yang hidup sebatang kara .

Meskipun hidup di arah yang berbeza, kedua-duanya tetap dekat.  Mereka saling menanyakan khabar antara satu sama lain bahkan setiap kali cuti semester abangnya pulang dan membantu Zafran menjaga atuknya serta menguruskan kebun tersebut .  Pada suatu hari  panas yang terik  , semasa perjalanan Zafran ke kebunnya  dia berselisih dengan rakan sekolahnya dahulu Ahmeng . Ahmeng menegur Zafran " Oi , Zafran kemana tu panas – panas begini ?" , "Kemana lagi Ahmeng ke kebun lah , lama tak nampak kau makin segak sekarang  " jawab Zafran . "Haih , kau ni sudah lah berkebun tu tengok kulit kau pun dah terbakar terkena cahaya matahari lebih baik kau bekerja di bandar , kerja dalam penghawa dingin , duduk pulak tu tunggu hari gaji kau keluar suka ria " kata Ahmeng namun Zafran hanya tersenyum dan meneruskan perjalanannya ke kebun .

Setibanya  di kebun , Zafran mengelamun jauh memikirkan kata kata Ahmeng tadi .Zafran mencoba menanam tanaman di kebun keluarganya,namun begitu  dia mengalami kegagalan yang membuatnya kecewa. Bahkan dia merasa pelik  kerana tanaman yang dia cuba usahakan itu tidak sama seperti atuknya dahulu . Zafran teringat perbualannya bersama atuknya .

"Atuk, kenapa tanaman yang Zafran lakukan selalu rosak sedangkan Zafran telah membaja dan siram  dengan baik."ujar Zafran , "Mungkin ada faktor lain yang mempengaruhi , tanaman itu  kemungkinan cuaca dan lingkungan sekitar juga memainkan peran penting menanam ini perlu sabar yang tinggi Zafran jangan fikir hanya untuk mendapat keuntungan besar sahaja."jawab Atuknya .

Zafran mula bergerak ke kebun untuk melihat jagung dan sayuran sawi serta kangkong di kebunnya itu ,  namun dia  kecewa, dan sedih melihat tanaman-tanamannya yang seharusnya subur malah  terkena serangan serangga perosak . Zafran, dengan rasa kecewa yang mendalam, mematahkan dan memusnahkan tanaman-tanamannya.

 "Semua usahaku sia-sia! Kenapa tidak ada yang berhasil?!" cemuh Zafran sambil tangan menebang tanam-tanamnnya yang rosak .

Tiba-tiba, sebuah pokok tua di kebun mereka berbicara, menarik perhatian Zafran yang terkejut.

 "Zafran, aku tahu kau merasa putus asa. Tetapi, bukan hanya kebunmu yang terkena kesannya bahkan petani-petani di kebun lain juga mengalami hal yang sama."ujar pokok tua .

Zafran bingung "Kenapa ini terjadi? Apa yang salah?"

Pokok Tua menjelaskan bahawa "Kami tidak dapat bertahan disebabkan oleh perubahan iklim , pencemaran lingkungan tanah yang tidak subur kau tak melakukan tanaman bergilir sebelum menanam kami sampah sarap sekitar kebun  dan serangga tidak lagi seimbang"

Zafran berfikir sejenak  "Kita harus melakukan sesuatu dan tidak boleh membiarkan masalah ini berlarutan ."

 Aaron yang baru tiba di kebun melihat keadaan kebun yang musnah itu menanyakan adiknya , lalu Zafran menjelaskan perbualannya bersama pokok tua .

 "Kalau begitu abang akan ciptakan satu alat supaya kebun  ini sentiasa disiram bagi mengekalkan suhu dan ini menjimatkan masa kau" cadang Aaron .

Zafran "Wah Bagus! Zafran pulak akan menanam secara bergilir dengan menanam kekacang supaya mengembalikan kandungan mineral dalam tanah selepas hasil tanaman ni ."

Aaron dan Zafran mulai merancang solusi dan mencari bahan panduan dalam internet .

 "Abang akan pasangkan semburan baja atau racun perosak serangga di dron juga bagi memudahkan kerja kau" ujar Aaron.

"Terima kasih abang" Zafran mula kelihatan  terharu dengan bantuan abangnya itu .

Selepas beberapa minggu  kerjasama Zafran dan abangnya memberikan hasil tanaman yang luar biasa bahkan  tanaman di kebun  mereka mulai tumbuh subur . Mereka juga membantu dan mengajar petani-petani di sekitar kampung .

 "Terima kasih anak-anak. Kamu telah menyelamatkan kami dan memberi harapan baru kepada kami untuk tumbuh dengan segar " ucap pokok tua .

 Atuk mereka bangga melihat hasil kerjasama mereka bahkan  bukan hanya mampu mengatasi masalah pertanian di kebun keluarga mereka tetapi juga memberikan tunjuk ajar kepada  petani di kampung mereka.Kerjasama dan inovasi menjadi kunci keberhasilan mereka dan menjadikan mereka petani moden .

 

 

Nilai Murni

Kerjasama (Gotong Royong): Aaron dan Zafran menunjukkan kerjasama yang erat meskipun memiliki tujuan hidup yang berbeza. Mereka bekerjasama untuk mengatasi masalah di kebun keluarga mereka dan memberikan kesan positif kepada masyarakat sekitar.

 

Inovasi: Melalui gabungan tenaga  mereka, Aaron dan Zafran menggunakan inovasi untuk mengatasi masalah pertanian yang dihadapi. Mereka menciptakan solusi baru, seperti dron untuk penyiraman dan penggunaan teknologi dalam pertanian, yang menjimatkan tenaga dan wang .

 

Keberanian dan Ketekunan: Zafran mengalami kegagalan dalam menanam tanaman, tetapi dia tidak menyerah. Keberanian dan ketekunan Zafran untuk mencari solusi dan terus berusaha meskipun menghadapi cabaran yang tidak mematahkan semangatnya .

 

Penghargaan Terhadap Alam: Pesan dari pokok tua tentang pentingnya memahami dan menghormati alam menjadi nilai murni yang muncul dalam cerita ini. Hal ini menunjukkan pentingnya menjaga keseimbangan ekosistem dan memahami bahwa tindakan manusia dapat memiliki impak besar pada lingkungan.

 

Tanggungjawab Keluarga: Zafran memilih untuk tetap tinggal di kampung dan merawat atuk mereka yang sakit. Keputusannya untuk menjaga kebun keluarga juga mencerminkan nilai tanggungjawab keluarga yang tinggi.

 

Kesedaran Sosial: Aaron dan Zafran tidak hanya fokus pada kepentingan pribadi mereka sendiri, tetapi juga memberikan bantuan kepada petani lain di sekitar mereka. Mereka berusaha  keberhasilan bersama dan memberikan harapan baru kepada masyarakat.

 

Semua nilai-nilai ini bersama-sama menciptakan cerita yang menginspirasi tentang bagaimana individu dapat berkontribusi pada perubahan positif dalam kehidupan mereka dan ma
 

No comments:

Post a Comment