Wednesday, November 15, 2023

PERTENTANGAN DI BAWAH NAUNGAN GUNUNG

PERTENTANGAN DI BAWAH NAUNGAN GUNUNG
NAMA: SITI NUR SYAHIRA BINTI RUSLAN
NO.METRIK: D20231108097
KUMPULAN: (A)


Di sebuah desa kecil yang dipayungi hutan yang tebal dan indah, hiduplah sekelompok penduduk yang sentiasa menjaga dan menghormati alam sekitar dengan penuh kasih sayang. Mereka tinggal di bawah naungan gunung yang megah dan diselusuri sungai yang jernih. Muhamad, Erfan dan Mariam merupakan sahabat kecil yang sangat akrab di desa itu. Namun semakin berjalannya waktu, mereka berpisah demi mengejar masa depan.

Erfan telah berjaya dalam bidang pembangunan industri. Manakala, Mariam telah berjaya dalam bidang pendidikan geografi dan telah menjadi seorang guru di bandar. Mereka adalah anak muda harapan desa mereka. Bagaimana dengan Muhamad? Muhamad pernah ditawarkan ijazah sarjana muda pendidikan geografi , tetapi dia telah menolak tawaran tersebut.

Walau bagaimanapun, hanya Muhamad yang masih kekal di desa itu. Muhamad seorang pemuda yang mengagumi kecantikan alam dan tekun menjaga keseimbangan ekosistem di desa itu. Oleh sebab itu, dia tidak pernah meninggalkan desanya walaupun kawan-kawannya telah berjaya mencapai impian di menara gading.

Pada suatu hari, seluruh penduduk kampung diarahkan berkumpul di balai raya. Satu pengumuman telah dibuat. Muhamad sangat terkejut mendengar bahawa ada orang ingin meneroka hutan di desa mereka untuk kemajuan ekonomi. Ramai yang menyokong cadangan itu dan ramai yang berkeras bahawa hutan perlu dipelihara.

"Erfan?" hanya itu yang keluar dari mulut Muhamad apabila melihat sahabatnya Erfan yang berdiri di depan balai raya. Rupanya, Erfan lah dalang disebalik perancangan ini.  Hati Muhamad bagai ditikam bertalu-talu apabila melihat sahabatnya sendiri yang ingin memusnahkan kelestarian desa mereka.

"Aku tak sangka kau sanggup menjadi duri dalam daging!" marah Muhamad terhadap Erfan. "Apa yang aku lakukan? Aku hanya mahu desa kita maju, adakah itu salah?" dengan sombong Erfan membalas. " Baik! lakukanlah apa pun yang engkau mahu…tapi jangan menyesal di kemudian hari!" balas Muhamad dan berlalu meninggalkan balai raya.

Seluruh penduduk kampung menyaksikan pergaduhan mereka. "Nampaknya, perang besarlah kita" kata pak samad dan semua orang  mengangguk setuju. "Jangan endahkan dia, sampai bila kita nak hidup macam ini? Tiada perubahan." "tapi Fan, hutan kita tergadai" terdiam Erfan di buatnya. Namun begitu, egonya lebih tinggi dari rasa kasihnya.

Ketegangan semakin memuncak apabila Erfan masih berkeras memaksa penduduk desa untuk setuju dengan cadangannya. Penduduk desa terbelah bahagi antara memilih memelihara alam sekitar atau memilih kemungkinan kemajuan ekonomi yang dijanjikan oleh Erfan. Walau bagaimanapun, terdapat penduduk desa yang masih menentang.

Berlalunya waktu, sebahagian kawasan hutan di desa itu mula ditebang dan digondolkan. Nampaknya Erfan masih tetap dengan pendiriannya untuk membangunkan pusat komersial. Dimana hati dan akal sihat nya? hanya kerana ketamakan terhadap harta dunia, semuanya tergadai. Muhamad hanya mampu mengeluh berat apabila melihat jentera-jentera yang bekerja di lereng gunung itu.

Beberapa minggu kemudian, hujan lebat telah melanda desa mereka. Paras air meningkat dengan pantas dan sebahagian desa telah tenggelam. Muhamad telah menjangkakan perkara ini akan terjadi kerana Kawasan tadahan air hujan di desa mereka telah musnah. Namun, apa boleh buat nasi sudah jadi bubur.

Semua penduduk desa yang terdedah banjir telah dipindahkan ke balai raya. Muhamad termenung melihat betapa sedihnya semua orang. Jantungnya berdegup kencang menahan amarah di dada apabila melihat Erfan yang datang menghadapnya. "ini yang kau mahukan! Ini ke yang kau janjikan!" marah Muhamad.

"Desa kita musnah Fan…MUSNAH!" Erfan hanya berdiam diri. "Aku tak jangkakan hal ini akan berlaku. Aku hanya mahu yang terbaik untuk desa kita" ungkap Erfan. Muhamad tidak dapat menahan air matanya, "Aku sudah melarang kau Fan. Aku sudah larang! Aku lebih tahu tentang perkara ini" Erfan berasa tidak puas hati dengan kata-kata Muhamad.

Perbalahan mulut antara Muhamad dan Erfan pun berlaku. Beberapa orang  cuba meleraikan perbalahan tersebut. Semua penduduk desa itu melihat pergaduhan mulut antara dua sahabat akrab itu. Tiba-tiba seorang gadis datang dan menghentikan kedua-duanya daripada terus bergaduh.

"SUDAH! Berhenti! Ini bukanlah waktunya untuk korang berperang mulut!" marah gadis itu. Gadis itu adalah Mariam yang baru pulang dari bandar setelah mendengar bencana yang menimpa desanya. Keduanya terdiam melihat Mariam yang marah. "kita tidak perlu bergaduh. Setiap masalah pasti ada jalannya, jadi biar aku bantu korang selesaikanya secara adil."

Mariam menggunakan kepakarannya dan berbincang dengan semua penduduk desa. Mereka memulakan perbincangan dan perbincangan yang dibuat berlandaskan pengorbanan dan persefahaman. Mereka membentuk rancangan yang membolehkan pembangunan ekonomi tanpa merosakkan hutan yang berharga.

Selepas perbincangan berakhir, Muhamad dan Erfan telah bersepakat untuk bekerjasama dalam menjalankan projek yang telah dicadangkan oleh Mariam. Penduduk desa juga setuju dan berjanji akan menghulurkan tenaga untuk menjayakan projek mereka. Muhamad dan Erfan mula bersalaman dan bermaafan. Mereka berjanji tidak akan bergaduh lagi.

Setelah beberapa hari berlalu, banjir telah pun surut dan mereka bersama-sama membersihkan sekitar desa yang terjejas banjir dan menanam semula pokok dilereng gunung yang telah di tebang. Muhamad, Erfan dan Mariam memulakan Kerjasama mereka dengan memperkenalkan pendekatan-pendekatan inovasi bagi menjaga hutan tanpa mengorbankan pertumbuhan ekonomi.

Beberapa bulan telah berlalu, kini desa itu telah menjadi destinasi pelancongan popular yang menarik pelancong dari dalam dan luar negara.  Projek mereka telah memperlihatkan betapa kekayaan alam dan ekologi yang terjaga boleh membawa kelestarian ekonomi. Usaha Muhamad, Erfan dan Mariam mempromosikan pelancongan ekologi dan pertanian Lestari telah berjaya.

Muhamad, Erfan dan Mariam kini sedang berada di puncak gunung, menghirup udara yang segar dan melihat kejayaan usaha yang mereka lakukan untuk desa mereka. Walaupun banyak dugaan yang perlu mereka hadapi tetapi semuanya membuahkan hasil. Kini mereka berjanji bersaksikan alam semesta bahawa mereka akan sentiasa bersama untuk menjaga dan memelihara alam semula jadi.

Disini mereka dapat belajar bahawa penyelesaian dapat dicapai melalui usaha Bersama, pengorbanan dan persefahaman antara satu sama lain. Mereka juga sedar bahawa kasih sayang terhadap alam sekitar adalah kunci untuk memastikan kelestarian alam kekal demi masa depan yang lebih baik bukan sahaja untuk mereka, tetapi juga untuk generasi akan datang.

----TAMAT----




NILAI MURNI

1. Kasih Sayang terhadap Alam: Penduduk desa ini menghargai keindahan alam dan berusaha untuk menjaga keseimbangan ekosistem. Muhamad khususnya memperlihatkan komitmen yang tinggi terhadap pelestarian alam, yang mencerminkan nilai kasih sayang terhadap lingkungan alam sekitar.
2. Pengorbanan untuk Kesejahteraan Bersama: Meskipun sahabat-sahabat seperti Erfan mencari kejayaan dalam bidang industri, nilai pengorbanan untuk kebaikan bersama tetap muncul. Mariam kembali ke desa untuk membantu mengatasi masalah, dan akhirnya, Muhamad dan Erfan bersatu untuk menjalankan projek yang memadukan pertumbuhan ekonomi dengan pelestarian alam.
3. Kesedaran akan kesan Tindakan: Konflik dalam cerita timbul ketika rencana pembangunan industri Erfan dapat merusak kelestarian desa. Muhamad secara kritis menyedari kesan negatif yang mungkin terjadi, dan ini mencerminkan nilai kesedaran akan tanggungjawab sosial terhadap lingkungan.
4. Persefahaman dan Kerjasama: Ketika konflik muncul, Mariam memainkan peranan penting dalam membawa persefahaman dan kesepakatan antara Muhammad dan Erfan. Inisiatif untuk berunding, bekerjasama, dan mencari penyelesaian bersama mencerminkan nilai kerjasama dan persefahaman untuk mencapai kebaikan bersama.
5. Keberanian untuk Memperbaiki Kesilapan: Erfan akhirnya menyedari kesilapannya dan bersedia untuk bekerjasama dengan Muhamad dan Mariam untuk membetulkan kesalahan yang telah dilakukannya. Ini mencerminkan nilai keberanian untuk mengakui kesalahan dan berusaha memperbaiki situasi.
6. Pentingnya Perencanaan Berkelanjutan: Ketika bencana banjir melanda desa, para tokoh utama menemukan betapa pentingnya perencanaan yang berkelanjutan. Mereka mengembangkan solusi yang memungkinkan pembangunan ekonomi tanpa merusak lingkungan.
7. Kerjasama dan Usaha Bersama: Kejayaan akhir projek tersebut menunjukkan bahwa melalui kerjasama dan usaha bersama, mereka dapat mencapai hasil yang positif dan membangun masyarakat yang berkelanjutan.

No comments:

Post a Comment