Sunday, November 19, 2023

DESA KAMI YANG INDAH TELAH BERUBAH

NAMA: NUR AISYAH BINTI FAKHRUL ANUAR

NOM MATRIK: D20231108119

HGM3013 GROUP B

 

Terdapat sebuah desa yang sangat indah berada di kawasan tanah pamah yang subur serta mempunyai pemandangan yang diselimuti oleh litupan awan yang banyak diiringi dengan kicauan burung yang terbang di langit. Masyarakat di desa tersebut hidup dengan aman dan harmoni. Terdapat tiga orang sahabat baik yang tinggal di desa tersebut bernama Arif, Ali dan Azza. Mereka merupakan kanak-kanak yang periang dan selalu bermain di satu kawasan lapang berhampiran dengan sungai yang cantik dan bersih.

 

Namun kehidupan harian mereka berubah setelah kawasan lapang tempat mereka bermain telah ditebus guna untuk aktiviti perindutrian dan pembinaan kilang yang besar. Tiada lagi permandangn yang indah, udara yang segar dan bersih walhal yang mereka lihat adalah asap-asap yang tercemar dari kilang yang memenuhi ruang angkasa sehingga menjejaskan kesihatan penduduk.

 

Pembinaan kilang-kilang ini telah membuatkan tiga orang sabahat baik ini iaitu Arif, Ali dan Azza berasa sedih kerana tempat mereka bermain telah dirampas untuk aktiviti yang menjejaskan alam sekitar. Arif, Ali dan Azza tidak tinggal diam melihat kawasan mereka bermain didirikan kilang-kilang yang besar sehingga desa mereka mengalami masalah pencemaran udara yang cukup serius dan sumber air bersih mereka turut tercemar.

 

Sungai yang dulunya bersih telah tercemar dengan sisa bahan buangan kilang seperti sisa kimia, air kumbahan kilang dan sebagainya. Pencemaran udara di desa itu juga turut terjejas disebabkan oleh segelintir penduduk desa yang melakukan pembakaran terbuka. Mereka beranggapan aktiviti pembakaran terbuka ialah perkara yang biasa.

 

Walaupun mereka bertiga masih kecil namun Arif, Ali dan Azza memiliki sifat penyayang yang mendalam terhadap alam sekitar. Disebabkan itu mereka bertiga mengambil keputusan untuk berkumpul dan berbincang dengan semua penduduk termasuklah ketua desa mengenai isu yang timbul di desa mereka. Namun penduduk tidak mengambil peduli tentang suara mereka kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membantah pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab sehingga terjadinya pencemaran udara dan pencemaran Sungai. Aduan mereka bertiga juga dibantah kerana sebahagian daripada penduduk di desa itu tidak setuju dan fikir asap kilang itu hanyalah asap biasa dan tidak menjejaskan alam sekitar.

 

Walaupun pendapat mereka dibantah tetapi mereka tidak putus asa. Suatu hari, Ali yang merupakan seorang yang celik teknologi mengambil keputusan untuk menyebarkan artikel berkaitan isu pencemaran alam yang berlaku di desa mereka ke media sosial. Berkat artikel tersebut pihak penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar dan beberapa NGO melawat desa mereka untuk mengenalpasti punca pencemaran udara dan air yang berlaku sekitar kawasan itu. Tindakan Ali juga telah membuka mata segelintir masyarakat serta memberi kesedaran bahawa pentingnya menjaga alam sekitar sebelum ia mengubah kehidupan seharian kita.

 

Arif dan Azza juga turut memberi cadangan mereka untuk melaksanakan satu pasukan yang terdiri daripada penduduk desa untuk bergerak mengambil bahagian dalam mengatasi masalah alam sekitar di kampung mereka disebabkan oleh bahan yang tercemar telah memenuhi ruangan Sungai. Bukan itu sahaja mereka bertiga juga turut meminta bantuan ibu bapa mereka serta guru-guru di sekolah dalam misi yang akan mereka jalankan. Meraka menunjukkan bahawa sifat bertanggungjawab perlu ada pada semua masyarakat yang cakna dengan alam sekitar yang merupakan nadi bumi.

 

Menjelang hari yang berikutnya tiga orang sahabat ini mula mengambil langkah lain untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di desa. Mereka mendesak agar pemilik kilang memasang cerobong asap bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menapis sisa bahan buangan kilang terlebih dahulu sebelum disalurkan terus ke Sungai. Selain itu, mereka turut memberi peringatan dan memasang notis berkaitan denda dan hukuman kepada orang yang melakukan pembakaran terbuka dan membuang sampah ke dalam Sungai di papan iklan.

 

Akhirnya, Sungai yang indah itu telah muncul kembali mewarnai desa mereka. Tindakan mereka yang menjadi penyelamat alam sekitar telah mengubah desa itu menjadi lebih bersih dan indah. Arif, Ali dan Azza telah dinobatkan sebagai pahlawan alam kecil yang terkenal. Mereka bertiga pernah berkata "kalau semua orang tak mahu ambil peduli tentang keadaan desa kita habis tu siapa lagi yang boleh menyelamat desa ini". Bermula dari itulah munculnya sifat saling bekerjasama dalam diri mereka untuk menjadi wira bumi. 

 

Dalam cerita alam sekitar ini, kita dapat mengetahui kebersamaan dan kesedaran amat penting untuk memastikan alam sekitar kita terjaga dan dapat diguna untuk generasi akan datang.

Nilai murni yang terdapat di dalam cerita ini ialah:

1. Nilai persahabatan

-Persahabatan tiga orang sahabat kecil yang tinggal di sebuah desa yang indah bernama Arif, Ali dan Azza.

 

2. Nilai penyayang

-Walaupun mereka bertiga masih kecil tetapi mereka mempunyai sifat menyayangi alam sekitar

 

3. Nilai keberanian

-Tiga orang sahabat yang berani menyuarakan pendapat mereka tentang isu pencemaran alam sekitar kepada ketua desa dan penduduk.

 

4. Nilai bertanggungjawab

-Mereka bertiga memiliki sifat bertanggungjawab untuk menangani isu pencemaran udara dan Sungai di desa mereka dengan melakukan pelbagai langkah.

 

5. Nilai tidak berputus asa

-Arif, Ali dan Azza tidak berputus asa walaupun pendapat mereka tidak diterima oleh penduduk kampung.

 

6. Nilai bantu membantu

-Penduduk di desa tersebut saling menghulurkan tangan untuk membaikpulih Sungai yang tercemar.

No comments:

Post a Comment