No.Matrik: D20202096464
Kumpulan: A
Tajuk: "Budi dan Tasik Tercemar"
Di sebuah hutan yang indah yang disebut Hutan Serambi, hiduplah sekawan binatang yang harmoni dan berbagai jenis tumbuhan. Di tengah-tengah hutan itu, terdapat sebuah tasik yang jernih dan penuh dengan ikan-ikan yang menjadi sumber air utama bagi penghuni hutan ini. Namun, kehidupan mereka berubah drastik ketika Budi, seekor burung gembira dengan bulu warna-warni, menemukan sesuatu yang tidak terduga di hutan mereka.
Suatu pagi, Budi terbang ke hujung hutan untuk mencari biji-bijian dan serangga kecil untuk sarapannya. Namun, dia terkejut melihat air tasik mulai berubah warna dan berbau busuk. Aliran air yang biasanya bersih dan jernih kini penuh sampah dan minyak. Tumbuhan dan batu-batu di sekitarnya juga tercemar. Budi merasa sedih melihat keadaan tasik itu.
Budi membuat keputusan untuk mencari punca masalah ini. Dia terbang tinggi dan melihat sebuah kilang di pinggir hutan membuang sisa ke dalam tasik. Budi berasa marah dan sedih melihat pemandangan itu. Dia tahu bahawa ini adalah punca pencemaran tasik.
Budi terbang dalam keadaan sedih menyusuri tepi tasik dan menemui kawan-kawannya seperti Rajawali, Si Kancil, dan Arnab Cerdas. Si Kancil bertanya kepada Budi "kenapa kamu kelihatan muram dan sedih?". Lalu Budi memberanikan diri memberitahu tentang apa yang dia temui. Si Arnab cerdas mencadangkan untuk memberitahu semua binatang di hutan.
Semua binatang bersepakat untuk membuat aduan kepada Dewan Hutan bahawa pencemaran ini harus diatasi segera demi kelangsungan hidupan hutan dan semua makhluk yang tinggal di sana. Mereka mengadakan pertemuan di dalam terowong pohon tua yang menjadi markas mereka.
Selepas siasatan dijalankan, Dewan Hutan memutuskan untuk memberi amaran keras kepada kilang tersebut. Kilang itu diminta untuk menghentikan pembuangan sisa ke tasik dan mengambil langkah-langkah untuk membersihkan air. Binatang-binatang di hutan juga memulakan inisiatif pembersihan tasik dan melakukan usaha untuk menjaga kebersihan tasik.
Kilang tersebut diminta untuk mengambil langkah-langkah untuk membersihkan air tasik setelah mereka membuang sisa ke dalam tasik dan menyebabkan pencemaran. Kilang membantu melakukan beberapa langkah seperti, langkah pertama yang perlu diambil oleh kilang adalah menghentikan pembuangan sisa ke dalam tasik. Dengan menghentikan pembuangan sisa ke dalam tasik, kilang telah mengurangkan pencemaran air tasik.
Langkah yang kedua yang boleh digunakan oleh kilang untuk membersihkan air tasik iaitu sistem pengawasan kualiti air. Sistem ini memantau kualiti air secara berterusan dan memberi amaran jika terdapat peningkatan bahan tercemar. Selain itu, kilang juga telah menggunakan teknologi Bioremediation. Teknologi ini menggunakan mikroorganisma atau tumbuhan untuk membersihkan atau merawat air yang tercemar. Mikroorganisma atau tumbuhan ini mampu menyerap atau memecahkan bahan pencemar.
Dengan mengambil tindakan seperti ini, kilang dapat membantu membersihkan tasik dan mencegah pencemaran air di masa depan. Mereka boleh menggunakan teknologi dan peralatan untuk membersihkan air tasik dan mengekalkan kelestarian alam sekitar dan sejahtera untuk semua makluk hidup di dalamnya.
Setelah beberapa bulan, air tasik mulai pulih. Tasik dipenuhi semua dengan pelbagai ikan yang berwarna-warni dan tumbuh-tumbuhan mulai hidup semua. Binatang –binatang di hutan merasa lega dan gembira. Mereka juga memantau kilang itu untuk memastikan ia tidak lagi mencemarkan alam sekitar terutama pada tasik. Mereka berjanji akan menjaga tasik mereka dengan baik. Dan hari itu, binatang-binatang di hutan lebih peka terhadap isu pencemaran.
Mereka belajar bahawa tindakan mereka mempunyai kesan besar terhadap alam sekitar. Mereka juga belajar untuk menghargai alam sekitar dan memahami bahawa menjaganya adalah tanggungjawab semua orang.
Kisah "Budi dan Tasik Tercemar" ini mengajar kita bahawa setiap tindakan kita mempunyai kesan sama ada positif atau negatif Ia juga mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan memastikan bahawa kita tidak mencemarkan alam yang kita cintai.
Nilai-nilai murni:
1. Keprihatinan: Kisah ini memberitahu pentingnya keprihatinan dan kesan negatif pencemaran terhadap ekosistem. Budi dan kawan-kawannya memahami bahwa menjaga kelestarian alam adalah tanggungjawab bersama.
2. Keberanian: Budi, sebagai watak utama, menunjukkan keberanian dalam menghadapi masalah. Dia tidak hanya merasa sedih melihat pencemaran tasik, tetapi juga berani mengambil langkah-langkah untuk mencari punca masalah dan mengatasi pencemaran tersebut.
3. Kerjasama: Pelbagai jenis binatang yang bersatu untuk melawan pencemaran. Mereka bekerjasama, saling menyokong, dan berusaha untuk membersihkan dan menjaga tasik serta memantau kilang.
4. Bertanggungjawab:Binatang-binatang di hutan tidak hanya mengeluh tentang pencemaran, tetapi mereka juga mempunyai peranan dalam menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar. Mereka mengajukan aduan kepada Dewan Hutan dan melakukan inisiatif pembersihan untuk memastikan kelestarian alam.
5. Menghargai Alam: Kisah ini mengajarkan nilai pentingnya menghargai alam. Binatang-binatang di hutan menyedari betapa berharganya tasik dan ekosistemnya, serta mereka komited untuk menjaga alam agar kelestarian alam terjaga.
No comments:
Post a Comment