Tuesday, November 21, 2023

RUMAHKU MUSNAH

NAMA: NUR SYAHIRAH BINTI RAMLI
NO MATRIK: D20231108094
KUMPULAN (A)


 Di dalam sebuah hutan yang indah, terdapat sekumpulan hidupan liar yang hidup bahagia, mempunyai sahabat-sahabat untuk bermain serta tempat tinggal yang aman.

Terdapat seekor anak gajah yang bernama Bobo sedang bersuka ria bermain bersama dengan rakan-rakannya iaitu Lili dan Atan di tempat kesukaan mereka

Hari semakin gelap. Lili mengajak Bobo dan Atan untuk pulang ke rumah." jomlah kita balik, nanti mak aku dah tak bagi keluar kalau balik lewat". "Ala kejap la, awal lagi kan". Kata Bobo kepada Lili.

Ibu Bobo menunggu Bobo pulang ke rumah bersama suaminya. "Abang, mana anak kita tak balik lagi ni, risau saya".  Kata Ibu Bobo kepada suaminya. "Mak, Bobo dah balik" jerit Bobo gembira apabila melihat ibu bapanya sedang menunggu dia pulang ke rumah.

Pada keesokan harinya, Bobo meminta izin dengan ibunya untuk keluar bermain lagi seperti hari-hari sebelumnya. "Hari ini kamu balik awal sedikit, bahaya balik lewat sangat". Pesan ibu Bobo."Ok hari ini Bobo balik awal, Janji hehe". kata Bobo sebelum beredar pergi bermain bersama Lili dan Atan

Ketika seronok bermain, tiba-tiba 'BANG''BANG' kedengaran beberapa das tembakan yang kuat tidak jauh dari tempat mereka bermain. "Jom kita pergi tengok apa yang jadi". Bobo mengajak Lili dan Atan untuk pergi ke tempat kejadian.

Apabila tiba sahaja di tempat kejadian, "Emak!!" jerit Bobo apabila melihat ibunya yang sudah terbaring tidak bernyawa serta rumah mereka hancur dan musnah apabila terdapat sekumpulan manusia yang tidak bertanggungjawab telah melakukan aktiviti pembalakan haram di tempat tinggal mereka.

'Huhu Huhu'. Pada malam yang sunyi, hanya kedengaran tangisan tetangga serta rakan-rakan Bobo yang keluarga mereka turut mati ditembak serta dihempas kayu balak akibat aktiviti pembalakan haram siang tadi

Hari berganti hari, perasaan trauma dan benci dalam diri penghuni hutan terhadap manusia semakin menjadi-jadi selepas kejadian hitam tersebut. Kehidupan mereka seumpama bangkai yang tidak bernyawa.

Maka pada suatu hari, bapa Bobo meminta sebilangan penghuni hutan untuk berkumpul dan berbincang apa keputusan yang perlu dibuat setelah kehidupan mereka seumpama tiada sinar.

Ketika dalam perbincangan, salah seekor penghuni hutan menyampaikan hasratnya setelah sekian lama memendam "Jomlah kita musnahkan tempat tinggal mereka seperti mana mereka memusnahkan tempat tinggal kita" katanya.

Tiba-tiba Bobo menentang cadangan yang diberikan. "Jangan! Ia akan mengeruhkan lagi keadaan dan takut nanti lebih banyak tempat tinggal kita yang musnah!. Kata Bobo. Namun, tentangan itu tidak diendahkan oleh yang lain termasuk bapanya sendiri.

Pada suatu malam, sekumpulan gajah, zirafah, serta monyet keluar daripada hutan dan pergi ke sebuah kampung yang berdekatan dengan perasaan amarah. Mereka memusnahkan rumah-rumah penduduk, tanaman penduduk serta kenderaan penduduk. Insiden ini menyebabkan beberapa penduduk cedera parah serta meninggal dunia.

Insiden ini berlarutan hampir setiap hari menyebabkan ketua kampung meminta semua penduduk kampung berkumpul dan berbincang cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera sebelum perkara lagi teruk berlaku.

Pada keesokan harinya, Bobo mengikut ayahnya dan sebilangan penghuni hutan yang lain pergi ke kampung penduduk lagi. Bobo mengikuti mereka hanya sekadar melihat keadaan kampung tersebut. Apabila tiba sahaja di lokasi, Bobo merasa hairan. "Kenapa sunyi je, mana semua penduduk kampung?". Tanya Bobo kehairanan.

Tiba-tiba,'bang' 'bang'. Beberapa das tembakan bius yang dilepaskan oleh Pihak Jabatan Perhutanan ke arah Bobo dan yang lain. Penduduk kampung telah membuat keputusan untuk melaporkan kepada Jabatan Perhutanan untuk membantu mereka.

Bobo pengsan tidak sedarkan diri kesan daripada ubat bius yang terkena. Sebelum Bobo menutupkan mata, Bobo melihat bapanya yang sedang berlari ke arahnya sambil menangis.

Pihak Jabatan Perhutanan memindahkan Bobo dan sebilangan penghuni hutan yang lain ke sebuah hutan simpan yang bebas daripada aktiviti pembalakan haram dan pemburuan haram.

Manakala manusia yang telah melakukan aktiviti pembalakan haram yang menyebabkan tempat tinggal hidupan liar musnah telah pun ditangkap oleh Jabatan Perhutanan selepas mendapat laporan daripada penduduk kampung.

Hari berganti hari, Bobo dan haiwan yang lain berjaya menyesuaikan diri di tempat tinggal yang baru. Bobo menjalani kehidupan yang bahagia dan aman bersama bapa dan kawan-kawannya disisi. Walaupun mereka perlu berpindah dari tempat tinggalnya yang asal, mereka gembira kerana tidak lagi diganggu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.


NILAI MURNI

1. Penjagaan terhadap flora dan fauna. Penangkapan sekumpulan manusia yang melakukan aktiviti pembalakan dapat memastikan flora dan fauna terus terjaga kerana aktiviti pembalakan haram akan menyebabkan pokok-pokok kayu balak ditebang dengan banyak dan hidupan liar mati dihempas kayu balak.

2. Habitat terjaga. Penjagaan hutan daripada aktiviti pembalakan haram dapat memastikan habitat terjaga. Ini kerana, hutan merupakan tempat tinggal kepada hidupan liar.

3. Sifat bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh penduduk kampung yang melaporkan aktiviti pembalakan haram kepada pihak berkuasa.

4. Kasih sayang semasa kehidupan. Pihak Jabatan perhutanan dan penduduk kampung bekerjasama membantu hidupan liar untuk mempunyai tempat tinggal yang aman dan bebas daripada aktiviti pembalakan haram.

5. Nilai keberanian. Bobo berani menentang cadangan penghuni hutan yang ingin membalas dendam dengan memusnahkan tempat tinggal penduduk kampung walaupun tentangan Bobo tidak diendahkan.

No comments:

Post a Comment