NAMA: MUHAMMAD AFIZIEY BIN AZIZ
NOM. MATRIKS: D20212099042
KUMPULAN HGM3013 (B)
Cikgu Azmi merupakan seorang guru mata pelajaran Geografi." Pada suatu hari beliau bercadang untuk membuat satu lawatan ke sebuah pantai iaitu Pantai Cahaya Bulan?" kata beliau kepada pelajarnya. Setelah mendengar khabar berita tersebut daripada cikgu Azmi, saya dan rakan-rakan sekelas yang lain berasa teruja dan seronok. Setelah tiba hari yang di nantikan, kami semua pun bergerak dari sekolah ke pantai cahaya bulan dengan menaiki sebuah bas.
Setibanya, kami di kawasan tersebut, cikgu Azmi memberikan taklimat berkaitan dengan bentuk fizikal pantai sambil menikmati suasana pantai yang sangat damai.
Cikgu? indah sekali permandangan pantai disini. Kata saya kepada cikgu azmi. Lalu jawab cikgu Azmi? Iya betul, kita perlulah bersyukur dan sentiasa menjaga kebersihan pantai.
Setelah selesai sesi taklimat. Saya dan rakan yang lain berjalan seketika di persisiran pantai sambil menikmati keindahan pantai.
Setibanya di sesebuah kawasan, saya dan kawan saya sangat terkejut melihat sampah-sampah yang berada di Kawasan tersebut. Dimana sisa-sisa makanan dan minuman berselerak.
Sampah-sampah plastik yang berada di persisiran pantai ini sangat bahaya kepada hidupan marin serta boleh mencemarkan kebersihan air laut. Lalu saya dan rakan-rakan yang lain merancang untuk membersihkan dengan mengutip sampah-sampah yang berada di kawasan persisiran pantai dan membuang sampah itu di tempat yang sepatutnya.
Oleh itu, saya berpandangan bahawa pantai kita seharusnya tidak dibiarkan kotor dan harus dijaga oleh semua lapisan masyarakat kerana pantai ini amat penting kepada kehidupan marin bahkan pantai juga boleh menjadikan tempat perlancongan yang boleh meningkatkan ekonomi negara.
Nilai alam sekitar
1. Kesedaran manusia terhadap kebersihan pantai
Cerita menceritakan pentingan menjaga kebersihan pantai daripada sampah sarap yang boleh menjejaskan kehidupan pantai serta memahami kesan tindakan mereka terhadap alam sekitar.
2. Tanggungjawab individu menjaga alam sekitar
Nilai tanggungjawab individu yang sangat ditekankan terutama dalam menjaga kebersihan pantai daripada tercemar
3. Pendidikan dan kesedaran
Cikgu Azmi sebagai mentor dan pembimbing memberikan nilai penting pada pendidikan dan pembelajaran. Mereka tidak hanya belajar untuk mengatasi
masalah, tetapi juga untuk mencintai dan menjaga alam dengan pengetahuan yang diberikan.
4. Menghargai Alam:
Kisah ini mengajarkan nilai pentingnya menajga keindahan dan kebersihan pantai kerana pantai merupakan tempat ekosistem hidupan marin yang amat bernilai , serta mereka komited untuk menjaga alam sekitar agar kelestarian alam terjaga.
No comments:
Post a Comment