KISAH PENGITARAN SEMULA.
NAMA: NUR SAHAFIQ BIN GEJATI@GEJALIH
NO. MATRIK: D20211098683
KUMPULAN: B
Zack tinggal di sebuah bandar yang sangat mewah. Zack juga seorang anak yang sangat baik dan sentiasa mendengar nasihat. Zack juga merupakan seorang yang sangat kreatif meskipun hanya berusia 15 tahun. Pada suatu hari Zack tinggal bersendirian di rumahnya. Di rumahnya, terdapat beberapa tin dan botol kosong. Tiba-tiba Zack terfikir akan sesuatu perkara yang menarik.
Zack mengambil botol dan tin kosong tersebut ke bengkel rumahnya. Di situlah Zack memulakan operasinya. Zack terfikir akan kata-kata gurunya untuk mengitar semula bahan terbuang. Zack mengubah botol dan tin tersebut menjadi tempat letak pen yang sangat cantik. Zack merasakan kitar semula bahan bukan sahaja mampu mengurangkan bahan buangan, malah ia juga mampu mendidik masyarakat untuk terus berfikiran secara kreatif.
Pada waktu petang, Zack keluar bersama kawan-kawannya iaitu Aida dan Rudy di taman permainan. Zack ternampak tiga warna tong sampah yang berbeza. Kawannya, Aida bertanya "Apakah yang dilihat oleh awak, Zack?" lalu Zack menjawab "Saya hanya melihat warna tong sampah itu, mengapa ia mempunyai warna yang berlainan? bukankah warna tong sampah ialah hitam?" ujar Zack kepada Aida. Tiba-tiba datang seorang Wanita dan menjawab "Itu ialah tong sampah kitar semula." Ujar Cikgu Amirah kepada Aida dan Zack.
Zack dan Aida terkejut melihat Cikgu Amirah iaitu cikgu yang mengajar subjek Geografi di sekolah mereka. Zack bertanya kepada Cikgu Amirah berkaitan perkara tersebut. Cikgu pun menjawab, "itu ialah tong samah kitar semula, tong sampah itu mempunyai warna yang berbeza bagi membezakan bahan yang perlu dibuang." Ujar cikgu kepada Zack dan Aida. Aida pun bertanya, "Apakah yang dimaksudkan bahan-bahan yang perlu dibuang cikgu?" ujar Aida kepada cikgunya. Cikgunya memberitahu bahawa warna biru merupakan tong sampah untuk membuang kertas. Manakala tong sampah berwarna coklat dikhaskan untuk membuang kaca dan akhir sekali tong sampah berwarna jingga dikhaskan untuk botol dan tin.
"Di manakah bahan-bahan tersebut akan dibawa cikgu?" tanya Rudy kepada cikgunya. "Bahan-bahan tersebut akan dibawa ke kilang dan diproses utk menjadi bahan terpakai baharu, inilah disebut sebagai kitar semula." kata cikgu kepada Rudy. Lalu Zack memberitahu cikgunya bahawa dia telah melakukan sesuatu inovasi dan mengajak mereka untuk ke rumahnya.
Di situlah, Zack menunjukkan hasil kitar semula yang telah dibuatnya. Cikgu Amirah berasa bangga dan mengucapkan tahniah. Cikgu meminta Zack membawa bahan kitar semulanya ke sekolah. Pada esoknya, Zack membawanya ke sekolah. Rakan-rakan kelasnya terpegun melihat bahan kitar semula yang telah dihasilkan Zack.
Cikgu Amirah meminta kelas untuk membuat suatu inovasi dengan menggunakan bahan kitar semula. "Apakah kebaikan kita mengitar semula bahan-bahan tersebut cikgu?" ujar Sarah di dalam kelas. cikgu menjawab "Kebaikannya ialah kita dapat mengurangkan bahan buangan, dapat menjimatkan kos, dapat meningkatkan daya kreativiti dan dapat mengurangkan pencemaran." Jawab cikgu kepada Sarah.
Akhirnya, rakan-rakan kelas Zack membuat tugasan yang diberikan oleh Cikgu Amirah dan diberikan ganjaran kepada cikgunya. Mereka berasa bangga dengan pencapaian yang mereka peroleh dan ingin meneruskan kitar semula bahan buangan.
NILAI ALAM SEKITAR
- Nilai peka akan keadaan: Zack merasakan kitar semula merupakan kunci bagi mengelakkan pencemaran daripada berlaku.
- Pendidikan kepada generasi muda: Cikgu Amirah sentiasa mengajar muridnya tidak kira di sekolah ataupun di luar.
- Kebaikan tindakan kendiri: Zack memulakan kitar semula secara individu dan mengajak kawannya untuk kitar semula bahan buangan.
- Amanah dalam membuat kerja: Rakan-rakan kelas Zack telah menyiapkan kerja inovasi yang diberikan kepada Cikgu Amira di dalam kelas.
- Penjimatan: Kitar semula akan menyebabkan kita berasa lebih berjimat kerana dapat menghasilkan barang baru melalui bahan kitar semula.
- Tidak pernah jemu menimba ilmu: Rakan-rakan zack iaitu Aida dan Rudy sering bertanya soalan kepada guru untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat di dalam kelas mahupun di luar kelas.
- Bertanggungjawab: Sebagai seorang guru, Cikgu Amirah telah memberikan tanggungjawab yang tinggi kepada anak-anak didiknya di sekolah.
- Kebijaksanaan: Zack merupakan seorang yang bijak dan tidak pernah kedekut untuk mengajar murid baharu
No comments:
Post a Comment