NAMA : MOHAMAD FAZLEY SHAH BIN MOHAMAD SHAFIE
NO. KAD MATRIK: D20231108124
KUMPULAN : HGM3013 (B)
Di sebuah kampung kecil yang dikelilingi oleh hutan yang subur, tinggal seorang kanak-kanak bernama Dina. Dina memiliki kekuatan khusus yang membolehkannya untuk berkomunikasi dengan tanah dan tumbuhan. Kekuatan ini telah menjadikannya terkenal di kampung tersebut sebagai "Satria Tanah". Berkat kekuatannya itu, Dina mampu mengekalkan kesuburan tanaman yang membawa kepada keharmoniaan dan kedamaian di tempat tinggalnya.
Namun, pada suatu hari, Dina berasa terkejut apabila melihat tanaman dan kebun sayurnya tidak tumbuh seperti biasa. Hal ini turut berlaku kepada tanaman penduduk kampungnya dan telah menyebabkan mereka berasa sedih. Melihat perkara ini Dina berasa bersalah kerana tidak dapat mengekalkan kesuburan tanah dan tanaman di kawasan kampungnya.
Oleh itu, Dina telah menguatkan tekadnya untuk mencari punca yang menyebabkan masalah itu berlaku dan akan berusaha mengatasinya. Keesokan harinya, Dina memasukkan barang yang diperlukan untuk perjalanannya ke dalam sebuah beg. Selepas itu, penduduk kampung bersama-sama mengiringi Dina ke luar dari kampung dengan harapan masalah yang berlaku dapat di selesaikan.
Setelah Dina meninggalkan kampung, dia telah melakukan perjalanan selama seminggu tanpa henti. Tekadnya yang kuat mulai memudar kerana masih tidak dapat mencari punca dan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kampungnya. Pada suatu malam, Dina berfikir sama ada ingin pulang ke kampung atau meneruskan perjalanannya sehinnga dia tertidur.
Hari mulai siang, Dina telah dikejutkan oleh bunyi kepakan yang sangat kuat berhampirannya. Ketika dia mengikuti bunyi tersebut Dina melihat suatu makhluk yang belum pernah dia jumpai. Dina memberanikan dirinya untuk bertanya kepada makhluk tersebut. Makhluk itu memperkenalkan dirinya sebagai Raja Rama-Rama iaitu makhluk ajaib yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang alam sekitar.
Apabila Dina mengetahui bahawa Raja Rama-Rama memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai alam sekitar, dia pun menceritakan masalah yang dihadapi oleh kampungnya. Menurut cerita Dina, Raja Rama-Rama memberitahu Dina bahawa kampungnya mengalami ancaman yang serius kerana tanahnya mungkin telah dicemari oleh sampah plastik yang dibuang secara berleluasa.
Apabila Dina mendengar penyataan tersebut, dia bertanya kepada Raja Rama-Rama cara untuk menyelamatkan kampungnya. Raja Rama-Rama telah menerangkan cara yang paling efektif dan sedia untuk turut membantu. Dina bersetuju dan bersama-sama mereka menuju ke kampung . Sampai sahaja di kampung, mereka di sambut dengan keadaan tanah dan tumbuhan yang semakin memburuk. Dina dengan pantas menuju ke arah rumah penduduk kampung untuk bertanyakan keadaan mereka.
Melihat kehadiran Dina penduduk kampung berasa sangat gembira. Setelah itu, Dina memanggil semua penduduk kampung untuk berkumpul dan dia memperkenalkan Raja Rama-Rama kepada penduduk kampung. Mereka pada mulanya berasa curiga namun kerana Dina yang memperkenalkan mereka telah menerima Raja Rama-Rama dan memberi layanan yang mesra.
Dina dan Raja Rama-Rama telah memulakan kerja untuk menyembuhkan tanah dan tanaman di kampung yang telah dicemari. Setelah dua minggu berlalu keadaan kampung masih suram. Namun begitu, mereka tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mengembalikan keadaan tanah dan tumbuhan seperti sedia kala.
Melihat Dina dan Raja Rama-Rama yang berusaha bersungguh-sungguh penduduk kampung bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka. Dina memberitahu bahawa meraka dapat membantu dengan hidup lebih mementingkan alam sekitar. Mulai saat itu, penduduk kampung telah mengamalkan amalan 3R bagi mengelakkan pencemaran menjadi semakin parah. Satria Tanah iaitu Dina menggunakan kekuatan yang dimilikinya untuk memberikan semangat kepada tanah dan tumbuhan agar mereka semakin kuat dan sihat.
Melihat usaha yang dilakukan penduduk kampung, Raja Rama-Rama pun menaburkan serbuk ajaibnya yang mempunyai kekuatan untuk menyuburkan tanah yang telah dicemari oleh sampah plastik. Demi memastikan usaha mereka berjaya, aktiviti membersihkan kampung dilakukan secara kerap bersama-sama penduduk kampung untuk mengurangkan jumlah plastik di kampung mereka.
Mereka turut memberi pendidikan kepada kanak-kanak tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Kanak-kanak yang merupakan generasi masa hadapan kepada kampung tidak boleh diabaikan kerena mereka yang akan berperanan untuk mengekalkan kesuburan tanah dan tumbuhan untuk keharmonian bersama. Berkat usaha mereka perubahan di kampung mula terlihat dan telah mengembalikan senyuman penduduk kampung.
Kebun sayur kembali subur, dan kampung dipenuhi dengan warna-warni rama-rama yang cantik. Satria Tanah dan Raja Rama-Rama menjelajahi setiap sudut kampung demi memastikan pesanan tentang kepentingan menjaga alam terus didengar. Perkara ini turut untuk mengelakkan kejadian yang telah berlaku tidak akan terulang kembali.
Satu bulan berlalu, kampung itu telah kembali pulih sepenuhnya. Dina dan penduduk kampung menyambut kejayaan mereka dengan pesta kebersihan yang meriah. Kanak-kanak dan orang dewasa bersatu untuk merayakan keindahan alam dan kejayaan mereka dalam melawan pencemaran tanah. Satria Tanah dan Raja Rama-Rama memberikan pesanan penting kepada semua penduduk kampung dan dunia bahawa menjaga kebersihan tanah adalah tanggungjawab bersama. Kampung mereka menjadi contoh untuk kawasan yang lain dan memberi inspirasi kepada orang-orang untuk merawat alam seterusnya menjaga kelestarian bumi.
NILAI ALAM SEKITAR
1.Kesedaran Alam Sekitar: Cerita ini menekankan kepentingan menjaga alam sekitar dan kesedaran terhadap dampak negatif pencemaran, terutamanya oleh sampah plastik. Ini mengajarkan kita untuk menjadi penjaga alam dan bertanggungjawab terhadap kebersihan dan kesejahteraan bumi.
2.Kerjasama dan Solidariti: Penduduk kampung bersatu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka bekerja bersama-sama dengan Dina dan Raja Rama-Rama untuk membersihkan dan menyuburkan tanah. Nilai kerjasama dan solidariti ini mencerminkan kekuatan yang timbul apabila masyarakat bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama.
3.Kepimpinan dan Keberanian: Dina, sebagai Satria Tanah, menunjukkan keberanian dan kepimpinan dengan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kampungnya. Keputusannya untuk mencari punca masalah dan mencari bantuan menunjukkan sifat kepimpinan yang positif.
4.Pendidikan dan Kesedaran Generasi Muda: Cerita ini menekankan pentingnya mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Pendidikan ini memberi mereka pemahaman tentang tanggungjawab mereka terhadap lingkungan dan bagaimana mereka dapat berperan aktif dalam menjaga kelestarian bumi.
5.Kepentingan Tindakan Individu: Cerita ini menyatakan bahawa setiap individu, termasuk kanak-kanak, mempunyai peranan dalam menjaga alam sekitar. Tindakan individu, seperti amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), dapat memberi impak positif terhadap kebersihan tanah dan alam secara keseluruhan.
6.Penyelesaian Masalah melalui Pengetahuan: Dengan mendekati Raja Rama-Rama yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang alam sekitar, Dina dapat menyelesaikan masalah kampungnya. Ini menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan dapat menjadi alat yang kuat dalam menangani cabaran alam sekitar.
7.Ketabahan dan Ketekunan: Meskipun menghadapi kesukaran, Dina dan penduduk kampung tidak berputus asa. Mereka menunjukkan ketabahan dan ketekunan dalam usaha mereka untuk mengembalikan keadaan kampung.
UNSUR KBAT
1.Menganalisis Masalah:
Dina menghadapi masalah ketika tanah dan tumbuhan di kampungnya tidak tumbuh dengan baik. Dia menganalisis masalah ini dan memutuskan untuk mencari penyebabnya.
2.Mengenal pasti Punca Masalah:
Dina melakukan perjalanan untuk mencari punca masalah tanah yang telah merosot kualitasnya. Dia bertemu dengan Raja Rama-Rama yang memberitahunya bahawa tanah kampungnya mungkin dicemari oleh sampah plastik.
3.Merancang dan Melaksanakan Penyelesaian:
Dina dan Raja Rama-Rama merancang penyelesaian untuk membersihkan dan menyuburkan tanah yang tercemar. Mereka melibatkan penduduk kampung dan memberikan pendidikan kepada mereka tentang kebersihan alam sekitar.
4.Berfikir Kritis:
Penduduk kampung awalnya skeptis terhadap Raja Rama-Rama, tetapi Dina berhasil meyakinkan mereka. Ini menunjukkan kemahiran berfikir kritis dalam menilai keadaan dan membuat keputusan.
5.Berusaha dan Ketekunan:
Meskipun menghadapi kesulitan, Dina dan Raja Rama-Rama tidak berputus asa. Mereka terus berusaha untuk membersihkan dan menyelamatkan tanah kampung, menunjukkan ketekunan dalam mencapai tujuan.
6.Berinteraksi dengan Masyarakat:
Dina berinteraksi dengan penduduk kampung, mendengarkan kekhawatiran mereka, dan melibatkan mereka dalam usaha penyelamatan. Ini menunjukkan kemahiran sosial dan kepekaan terhadap kebutuhan masyarakat.
7.Memberikan Pendidikan dan Kesedaran:
Dina dan Raja Rama-Rama tidak hanya membersihkan tanah tetapi juga memberikan pendidikan kepada penduduk kampung, khususnya kepada kanak-kanak, tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Ini melibatkan kemahiran memahami isu-isu kompleks dan menyampaikannya dengan cara yang mudah dipahami.
8.Melibatkan Masyarakat dalam Perubahan:
Dina melibatkan penduduk kampung dalam usaha penyelamatan, membuat mereka merasa memiliki peran aktif dalam perubahan positif yang terjadi.
Kisah ini bukan sahaja memberikan hiburan tetapi juga merangsang pemikiran kritis dan kepedulian terhadap lingkungan.
No comments:
Post a Comment