MUHAMMAD ADAM BIN MAZLAN
D20231108067
HGM3013 GROUP A
Di sebuah kawasan di Kutub Utara, terdapat suatu masalah yang semakin mengancam hidupan di Kutub Utara iaitu masalah pencairan aisbergs. Terdapat seorang adiwira bernama Adam menjadi satu-satunya harapan bagi penduduk tempatan di kawasan tersebut. Adam adalah seorang ahli penyelamat yang telah menjalani pelbagai latihan penyelamatan asas.
Awalnya, Adam bekerja sebagai ahli penyelamat di sebuah stesen penyelidikan di Kutub Utara. Namun, sejak pencairan aisbergs menjadi satu isu yang serius, misi penyelamatannya semakin berkembang menjadi usaha penyelamatan besar-besaran demi menyelamatkan penduduk tempatan dan fauna unik yang hidup di sekitar kawasan tersebut.
Kisahnya bermula apabila suatu pagi dimana Adam sedang berjalan di kawasan perumahannya di sesebuah kawasan di Kutub Utara. Ketika berjalan, Adam mula berasa sedikit pelik denga apa yang dilihatnya iaitu aisberg yang besar pada satu bulan lepas sudah menjadi bongkah ais yang sama ketinggian dengannya.
Kecurigaan Adam semakin meningkat dengan apa yang berlaku di sekelilingnya kerana paras air laut yang menghampiri kawasan perumahannya dan khuatir kawasan perumahannya akan dilanda banjir. Adam terus berjalan-jalan bagi memuaskan rasa ingin tahu dengan apa yang sedang berlaku di kawasan tersebut.
Setelah berjalan selama 5 minit, Adam telah melihat seekor penguin yang sedang berdiri di atas aisberg kecil dan dikerumuni oleh beberapa ekor Paus Orca. Bagi Adam, itu hanya satu kitaran rantaian makanan bagi hidupan di Kutub Utara tetapi hal yang bermain difikirkannya ''mengapa hanya tinggal aisberg kecil sahaja''. Soal Adam di dalam hatinya.
Keesokannya, Adam pergi bertemu dengan sahabat baiknya iaitu Ainaa untuk bertanyakan pendapat sahabatnya mengenai apa yang sedang berlaku di kawasan perumahan mereka dan bagaimana cara untuk mereka menanganinya. Ini kerana, bagi Adam, dua kepala lebih baik berbanding satu kepala dalam menyelesaikan masalah.
Selepas mendengar semua yang diceritakan Adam dan mendengar pendapat daripada Ainaa, mereka berdua dapat menyimpulkan bahawa kawasan mereka atau secara lebih meluas iaitu kawasan kutub sedang dilanda masalah pencairan aisberg. Oleh itu, Adam dengan segera melaporkan hal berikut kepada stesen penyelamat dan Adam bersetuju memimpin misi menyelamat ini.
Keesokan harinya, Adam telah mengadakan perbincangan dengan ahli penyelamat yang lain untuk menyelamatkan penduduk-penduduk dan hidupan laut di situ. Adam menyatakan hasratnya bahawa tindakan ini perlu diambil segera kerana jika dibiarkan akan membahayakan dan mungkin mengganggu populasi spesies haiwan dan habitat mereka disitu.
Setelah perbincangan, mereka telah bersetuju untuk memindahkan penduduk ke tempat yang selamat dan menyelamatkan haiwan ke kawasan yang lebih sesuai dijadikan habitat baharu mereka. Mereka juga akan membuat tindakan bagi mengurangkan pencairan aisberg ini supaya tidak lagi membahayakan dan haiwan-haiwan di sini.
Di pagi yang indah, Adam, Ainaa dan rakan-rakan penyelamat yang lain beserta peralatan mula menjalankan misi mereka. Misi dimulai dengan menghebohkan risiko berlakunya banjir kepada penduduk disitu secara baik supaya tiada masalah kerisauan dan kesalahfahaman. Mereka memberi tempoh dua minggu supaya semua penduduk berpindah ke tempat yang selamat.
Mereka juga membantu penduduk untuk mengangkut barang ke tempat baharu kerana banyak diantara penduduk di sana sudah berusia dan sukar untuk bergerak. Adam dan rakan-rakannya memastikan setiap penduduk berpindah agar perkara yang tidak diingini berlaku. Mereka juga menyediakan helicopter bagi mempercepatkan urusan pemindahan penduduk berjalan.
Setelah selesai mereka meneruskan misi menyelamatkan haiwan-haiwan yang habitatnya telah musnah misalnya penguin dan burung petrel yang menggunakan aisberg besar sebagai tempat berlindung dari pemangsa dan membiak. Kecairan aisberg menyebabkan penguin terpaksa berenang jauh mencari habitat baru dan terdedah kepada pemangsa menyebabkan banyak penguin yang akan mati.
Adam bersama pasukannya menggunakan peralatan canggih dan teknologi untuk memindahkan dan membantu haiwan-haiwan tersebut dan dikumpulkan sebelum dihantar ke kawasan yang lebih selamat. Adam menggunakan dron bagi mengenal pasti dimana terletaknya haiwan yang dan menjumpai seekor burung yang kepenatan dan jatuh ke dalam laut.
Ahli penyelamat menggunakan bot kecil untuk menangkap burung tersebut menggunakan jaring dan mengikat kakinya sebelum memasukkannya kedalam sangkar. Dalam hari tersebut mereka dapat menyelamatkan lebih kurang 30 ekor burung Petrel yang kepenatan mencari habitat baru kerana habitatnya telah musnah kerana aisberg tersebut telah mencair.
Di samping itu, mereka juga telah menyelamatkan beberapa sekawan penguin yang berada aisberg kecil dan dihanyutkan oleh arus air laut. Semua penguin itu dimasukkan kedalam sangkar dan diberikan makan sebelum dihantar ke kawasan yang lebih baik untuk dijadikan habitat baharunya menggunakan helicopter.
Keesokan harinya, Adam dan rakan-rakannya membawa haiwan-haiwan yang berjaya diselamatkan ke kawasan yang lebih sesuai sebagai habitat baru mereka. Mereka menggunakan helicopter untuk membawa sangkar-sangkar haiwan tersebut supaya lebih cepat dan selamat. Adam dan rakan-rakannya menitiskan air mata keseronokan dapat melihat haiwan tersebut hidup di habitat yang lebih lebih selamat.
Setelah hari yang memenatkan bagi Adam, Ainaa dan rakan-rakan, mereka bersedia untuk meneruskan satu lagi tindakan bagi menyelamatkan kawasan kutub dari mengalami masalah yang lebih buruk pada masa hadapan. Mereka telah menggunakan media sosial sebagai tempat mereka menyebarkan kebenaran yang berlaku di Kutub Utara kepada penduduk dunia.
Mereka telah memuat naik setiap video yang diambil supaya masyarakat diluar sana mengetahui bahawa Kutub Utara sedang mengalami krisis pencairan aisberg yang hebat dan boleh membahayakan bukan sahaja penduduk di Kutub Utara malah penduduk seluruh dunia misalnya mengalami banjir, kejadian El Nina dan kenaikan paras air laut.
Setiap hari sepanjang mereka melakukan tugas sebagai ahli penyelamat di kawasan tersebut, mereka akan memuat naik video-video keadaan di Kutub Utara dan bagaimana cara untuk mengelakkan berlakunya kejadian pencairan aisberg. Adam dan rakan-rakannya bertungkus lumus melakukan tugas mereka kerana yakin dapat menyelamatkan penduduk dan haiwan disini.
Bagi Adam, setiap yang dilakukan dengan niat yang baik iaitu membantu orang ramai dan haiwan akan memberi manfaat pada kita semua pada masa hadapan. Walaupun kebaikan yang kita lakukan pada masa kini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan terus di hadapan mata tapi yakinlah semuanya akan membawa kepada faedah bersama.
Nilai Murni
1. Kepedulian: Adam dan pasukannya menunjukkan kepedulian yang tinggi terhadap penduduk dan ekosistem di Kutub Utara. Mereka tidak hanya fokus pada keselamatan manusia tetapi juga berusaha melindungi fauna dan habitat unik di daerah tersebut.
2. Kerjasama: Pentingnya kerjasama dan kerjasama pasukan tercermin dalam perbincangan antara Adam dan Ainaa serta kerjasama antara ahli penyelamat yang lain. Mereka menyadari bahawa masalah ini perlu diambil penekanan jangka masa cepat.
3. Tanggungjawab Sosial: Tindakan Adam dan pasukannya untuk menyebarkan kesadaran melalui media sosial menunjukkan tanggungjawab sosial mereka terhadap masalah yang mereka hadapi. Mereka berupaya untuk melibatkan masyarakat dunia dalam pemahaman dan penyelesaian terhadap krisis pencairan ais di Kutub Utara.
4. Pemikiran Jangka Panjang: Langkah-langkah yang diambil, seperti pemindahan penduduk dan penyelamatan fauna, mencerminkan pemikiran jangka panjang untuk melindungi dan mengekalkan ekosistem di Kutub Utara.
5. Keberanian dan Dedikasi: Adam dan pasukannya menunjukkan keberanian dan dedikasi dalam menghadapi tantangan besar ini. Mereka tidak hanya mengidentifikasi masalah tetapi juga bertindak dengan cepat dan tanpa ragu-ragu untuk menyelamatkan penduduk dan lingkungan.
6. Optimisme dan Harapan: Meskipun menghadapi krisis yang serius, Adam dan pasukannya mempertahankan sikap optimis dan harapan bahawa tindakan mereka dapat membawa perubahan positif.
No comments:
Post a Comment