NAMA: SITI NUR SYAFARINA BINTI MOHD YUNAN
NO METRIK: D20231108113
KUMPULAN: B
Kes berkaitan strok haba dilaporkan semakin meningkat di Negeri Kayangan. Strok haba ini bukan sahaja menjejaskan penduduk kampung malah kesannya juga turut dirasai oleh haiwan. Isu berkaitan strok haba ini telah menjejaskan rutin harian penduduk kampung. Kisah ini bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Nana mengambil inisiatif untuk menyedarkan masyarakat khususnya penduduk kampung di Negeri Kayangan.
Pada suatu hari, Nana duduk di beranda rumah bersama ibunya. "Ibu apa itu strok haba" Tiba-tiba Nana mengajukan soalan kepada ibunya. Dia masih tidak faham tentang punca situasi ini berlaku. Mendengar persoalan daripada Nana ibu tidak segan untuk berkongsi pengetahuannya. Nana, untuk pengetahuan kamu strok haba merupakan keadaan yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak dapat menstabilkan suhu. Strok haba ini berpunca daripada pelindung bumi kita yang semakin menipis. "Pelindung bumi? Siapa yang lindungi bumi kita ibu? Iron Man ke?" Ucap Nana kerana terlampau teruja. Nampaknya topik ini berjaya menarik minat Nana. Bukan Nana, untuk pengetahuan kamu pelindung bumi kita dinamakan lapisan ozon yang melindungi bumi terhadap sinar matahari yang berbahaya terutamanya sinar ultraungu. Pancaran sinaran matahari yang terlalu banyak yang masuk ke bumi. Sinaran matahari yang terlampau banyak ini menyebabkan suhu bumi kita meningkat dan hidupan di bumi mudah terkena penyakit khususnya strok haba
Setelah mendengar cerita daripada ibu itu, Nana kemudian memasuki bilik tidurnya dan mencari topik berkaitan penipisan ozon dan kaitannya dengan strok haba. Setelah meluangkan masa selama 2 jam kini Nana sudah mengetahui tentang punca dan kesan penipisan lapisan ozon.
Pada sebelah petang, Nana dan kawan-kawannya iaitu Bilal, Fatimah dan Ali keluar bermain di sekitar kawasan kampung. Tiba-tiba mereka melihat penduduk kampung sedang membakar sampah sarap. Ada juga yang membakar sisa-sisa jerami padi menyebabkan asap yang terhasil begitu banyak. Ini bukanlah pemandangan yang baru bagi Nana. Jika dulu Nana tidak peduli dengan keadaan ini namun setelah mengetahui tentang punca penipisan lapisan ozon dan kesannya yang boleh mengakibatkan strok haba menyebabkan Nana berasa sedih. "Nana mengapa kamu sedih?" tanya Bilal apabila dia perasan akan perubahan wajah Nana. Nana rasa dia perlu menyedarkan penduduk kampung tentang kesan daripada tindakan mereka ini. Jadi, Nana meluahkan kekhawatiran dia kepada kawan-kawannya. Mereka berbincang bersama-sama dan bersetuju untuk membuka mata penduduk kampung. Namun sebelum itu, Nana dan kawan-kawannya pergi ke rumah ketua kampung untuk meminta sokongan. Pada mulanya ketua kampung tidak bersetuju kerana dia berpendapat masalah ini tidaklah serius. Namun setelah mendengar penjelasan daripada Nana itu akhirnya bersetuju. Tok ketua sedar bahawa kampung mereka mencatatkan bilangan kes berkaitan strok haba yang paling tinggi di Negeri Kayangan.
Bukan itu sahaja, sebagai seorang yang gemar membaca surat khabar Pak Kasim sering melihat isu berkaitan penipisan lapisan ozon di ruang-ruang akhbar. Dia juga tahu bahawa pembakaran juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada penipisan lapisan ozon. Asap yang terhasil membebaskan gas-gas seperti karbon monoksida dan karbon dioksida yang dapat menyerap cahaya matahari. Namun dia tidak pernah terdetik untuk mengamalkan langkah pencegahan. "Jadi apa cadangan kamu Nana?" tanya Pak Kasim. "Saya mencadangkan agar kita memperkenalkan kaedah 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle kepada penduduk kampung tapi saya juga perlukan pertolongan tok ketua" Ujar Nana. "Apa pertolongan itu Nana?" Tanya tok ketua lagi. "Boleh Tok sediakan 3 tong sampah yang besar dan mengumpulkan penduduk kampung di balai raya pada esok pagi?" Pinta Nana. "Baiklah Nana" Jawab tok ketua. "Juga beritahu kepada penduduk kampung untuk membawa sampah mereka dari rumah" Ujar Ali pula. Tok ketua mengangguk sebagai jawaban kepada permintaan Ali itu.
Keesokan harinya tepat pada jam 8 pagi, Nana dan kawan-kawannya pergi ke balai raya di kampung mereka. Di situ penduduk kampung dan ketua kampung sudah berkumpul menunggu kehadiran mereka. Di sana juga sudah tersedia 3 tong sampah seperti yang diminta oleh Nana. Selepas itu, Nana memberikan sehelai kertas kepada penduduk kampung. Kertas itu menerangkan tentang kaedah 3R. Aktiviti pertama berkaitan dengan Recyle. Nana maju kehadapan dan berdiri di sebelah tong sampah itu. Kemudian, Nana mengelaskan tong sampah itu kepada 3 jenis iaitu kaca, kertas serta plastik dan aluminium. Kemudian, Fatimah menunjukkan demonstrasi tentang cara penggunaan tong sampah itu kepada penduduk kampung. Setelah itu, penduduk kampung bergilir-gilir membuang sampah yang dibawa dari rumah seperti yang diajarkan oleh Fatimah
Aktiviti kedua pula berkaitan dengan Reuse. Kali ini slot kedua didemonstrasikan oleh Ali pula. Penduduk kampung melihat Ali mengambil 1 botol plastik air yang telah habis dan mengubah botol itu menjadi bekas pensel yang cantik. Penduduk kampung kagum dengan kreativiti anak itu. Setelah itu, Nana menyuruh penduduk kampung untuk Reuse sampah-sampah mereka. Ada penduduk kampung yang mengubah tayar lama menjadi pasu bunga dan ada juga yang menghasilkan tabung menggunakan botol plastic
Kemudian, aktiviti ketiga adalah berkaitan dengan Reduce. Aktiviti ini dijalankan dengan Bilal memberi penerangan. Menurut Bilal, antara langkah Reduce adalah membeli produk isian semula bagi membantu ke arah pengurangan plastik dapat dilakukan.
Selepas program ini tamat penduduk kampung mengucapkan terima kasih kepada Nana dan rakan-rakannya kerana telah menyedarkan mereka. Sejak itu, penduduk kampung sudah tidak membakar sampah lagi. Mereka sedar bahawa aktiviti pembakaran hanyalah salah satu daripada punca penipisan lapisan ozon dan masih terdapat banyak lagi aktiviti lain seperti penggunaan CFC, asap kenderaan dan kilang. Walaupun mereka tidak dapat menghentikan semua punca ini tetapi mereka berharap usaha kecil mereka ini dapat memperlambatkan penipisan lapisan ozon.
NILAI MURNI
1. Bekerjasama: penduduk kampung kayangan bekerjasama dalam program yang dianjurkan.
2. Prihatin: Nana dan rakan-rakannya prihatin terhadap kesan daripada aktiviti yang dilakukan oleh majoriti penduduk kampung.
3. Kesedaran: penduduk kampung sedar kini bahawa aktiviti membakar sampah boleh menyumbang kepada penipisan lapisan ozon.
4. Bertanggungjawab: ketua kampung kayangan menjalankan tanggungjawabnya apabila mengumpulkan penduduk dan menyediakan tong sampah seperti yang diminta oleh Nana.
No comments:
Post a Comment