NAMA : SITI NAJWA HUSNA BINTI AWANG NOOR
NO METRIK: D20231108139
KUMPULAN : HGM3013 (B)
KATA-KATA DARI DUNIA LUAR
Di dalam kawasan hutan yang agak terpencil, terdapat sebuah perkampungan yang kecil yang diberi nama 'Kampung Tok Abu', sebuah kampung yang tenang lagi indah. Perkampungan ini berdekatan dengan sungai yang bersih yang menjadi tempat utama golongan muda-mudi mahupun yang tua untuk melakukan aktiviti riadah masing-masing. Di sini juga kaya dengan spesies-spesies bunga yang cantik dan menawan. Namun, seakan ada benteng besar antara Kampung Tok Aba ini dengan dunia luar kampung ini.
Perkampungan yang indah ini seolah dipinggirkan oleh dunia luar. Keindahannya seperti tidak diketahui oleh masyarakat umum. Tiada lensa kamera yang menangkap gambar keindahannya, tiada pelancong malah sebarang bantuan jugasusah untuk disalurkan ke kampung ini. Semua masalah ataupun keperluan penduduk di sini diselesaikan oleh hasil titik peluh mereka sendiri.
Namun, masyarakat di Kampung Tok Abu ini tidaklah terlalu kecewa malah ada yang bersyukur kampung ini tidak dikenali oleh dunia luar. Mereka juga tidak kisah jika mereka disisihkan walhal mengetahui dunia di luar sana yang lebih moden, cukup serba serbi dengan teknologi dan sebagainya. Malah mereka menganggap dunia luar itu dunia yang seram dan kejam.
Penebangan hutan yang tidak henti-henti semata-mata ingin mengejarkan kemodenan dan pembangunan dipandang sinis oleh masyarakat kampung ini. Tidakkah mereka tahu betapa pentingnya hutan ini kepada manusia? Tidakkah mereka tahu betapa pentingnya hutan ini kepada habitat tumbuhan dan haiwan? Jika mereka tidak tahu, itu semua hanya kata-kata dusta belaka. Mereka hanya butakan mata dan pekakkan telinga saja. Bukankah itu dipanggil sifat yang kejam bagi seorang manusia?
Bahkan bukan itu saja, dunia luar seolah tidak pandai menjaga kebersihan terutamanya di sungai. Sampah dibuang begitu saja ke dalam sungai seolah mereka tidak diberi pendidikan dan ajaran yang berkesan tentang pentingnya sungai kepada kehidupan. Tidakkah mata mereka melihat betapa kotornya sungai akan terjadi akibat daripada pembuangan sampah tersebut. Mereka mengetahui sungai adalah sumber air kepada mereka tetapi mereka seakan leka dengan ketenangan dunia mereka dan masing-masing berharap ada orang yang akan membersihkannya dan menjaganya lebih baik.
Itulah kata-kata yang pernah disampaikan oleh Ahmad, seorang penduduk Kampung Tok Abu yang menetap di dunia luar kampungnya itu. Ahmad meluahkan rasa kecewanya kepada kawan sekampungnya mengenai sikap sambil lewa penduduk luar mengenai betapa pentingnya penjagaan alam sekitar kepada kehidupan.
Kata-kata tersebut menyebabkan penduduk di Kampung Tok Abu ini sedar bahawa penjagaan alam sekitar yang baik dapat memberi banyak manfaat kepada manusia mahupun benda hidup yang lain. Disebabkan itu, mereka sangat menjaga sungai mereka. Tidak terlihat walhal satu sampah sahaja yang terdapat dalam sungai di kampung mereka kerana mereka tahu akibat yang akan menimpa mereka jika sungai itu dibiarkan kotor dan tidak dijaga. Mereka tahu sungai tersebut adalah sumber air utama kepada mereka. Jadi, sungai tersebut hendaklah dijaga dengan ketat.
Pernah sekali, kampung mereka mendapat kunjungan daripada sekumpulan manusia dari dunia luar. Sekumpulan manusia tersebut mengusulkan cadangan mereka untuk menebang pokok di hutan tersebut dan mengarahkan penduduk Kampung Tok Abu untuk berpindah ke kawasan yang lain. Mereka menjanjikan kawasan penempatan yang lebih selesa kepada penduduk kampung tersebut.
Namun, cadangan itu ditolak mentah oleh penduduk Kampung Tok Abu. Mereka sudah cukup selesa berada di dalam hutan yang terpencil ini. Keindahan serta kedamaian yang terdapat dalam kampung itu sudah cukup memberi keselesaan kepada mereka. Mereka berkeras menolak dengan cadangan tersebut kerana mereka tahu jika hutan ini berada di tangan yang salah maka hancurlah keindahan hutan ini. Habitat dan spesies flora dan fauna yang terdapat juga akan turut musnah. Biarkan saja mereka, penduduk Kampung Tok Abu saja yang memelihara
hutan yang terpencil ini.
NILAI MURNI
1. Nilai Tanggungjawab
- Penduduk Kampung Tok Abu yang bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar supaya tiada pencemaran yang berlaku
2. Nilai Keberanian
- Penduduk Kampung Tok Abu berani menolak cadangan sekumpulan penduduk luar untuk membina pembangunan di kawasan tersebut.
3. Nilai Keinsafan
- Penduduk Kampung Tok Abu sedar betapa pentingnya penjagaan alam sekitar dengan baik dan akibat jika tidak menjaga alam sekitar.
4. Nilai Kerjasama
- Penduduk Kampung Tok Abu yang bekerjasama dalam menjaga kawasan sungai di kawasan hutan mereka.
No comments:
Post a Comment