NAMA: AHMAD ZULKARNAIN BIN PUZELAN
NO MATRIK: D20221101758
KUMPULAN: HGM3013 (B) 21/11/2023
Inderaloka merupakan sebuah kampung kecil yang diapit oleh keindahan alam. Terdapat sebuah kilang coklat yang menjadi kebanggaan penduduknya. Pemilik kilang itu, Willy, dianggap sebagai seorang tokoh yang baik hati dan berjaya membangun reputasi coklat yang lazat. Namun, disebalik senyuman manis dan aroma coklat yang menggoda, tersembunyi rahsia gelap yang mengancam kehidupan di kampung tersebut.
Willy, merupakan seorang pemilik sebuah kilang coklat yang dipuji ramai. Namun beliau menyembunyikan sifat jahatnya di sebalik kejayaannya yang disanjung oleh orang ramai. Sungai yang mengalir indah di kampungnya mulai tercemar akibat sisa kumbahan dari kilang coklatnya. Walaupun penduduk kampung menyukai coklat Willy, namun begitu mereka tidak menyedari bahaya yang sedang mengancam sungai di kampung mereka.
Pada suatu hari, seorang budak berusia 16 tahun bernama Adam, peka terhadap perubahan di sekitar kampungnya. Kemudian Adam memulakan penyiasatannya untuk mencari dimanakah punca yang menyebabkan Sungai di kampungnya tercemar. Dia menemui bukti bahawa kilang coklat yang dimiliki oleh Willy merupakan punca yang menyebabkan pencemaran Sungai di kampung mereka. Adam, dengan tekad dan semangat keadilan ingin menyelamatkan sungai di kampungnya daripada terus tercemar.
Adam mencari sokongan dari penduduk kampung untuk memerangi kejahatan Willy. Bersama-sama, mereka mengadakan demonstrasi dan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kegiatan kilang coklat yang merusak keindahan sungai di kampung mereka. Namun, Willy, yang mahir dalam menyembunyikan niat jahatnya, mencuba mengelak daripada ditangkap.
Ketika Adam menemui bukti kukuh tentang kegiatan jahat Willy, dia menghubungi pihak berkuasa setempat. Berkat usaha gigih Adam, berita tentang pencemaran kilang coklat tersebar luas. Masyarakat tempatan mula menyedari bahaya yang dihadapi dan bersatu untuk melawan.
Dalam satu perjumpaan dramatik, Adam berhadapan dengan Willy dan memberitahu kebenaran kepada semua penduduk kampung. Dengan penentangan yang semakin kuat, Willy tidak dapat lagi menyembunyikan perbuatannya. Pihak berkuasa memutuskan untuk menutup kilang coklat tersebut demi kebaikan bersama.
Meskipun awalnya terkejut dan kecewa, penduduk kampung akhirnya menyedari bahawa Adam telah menyelamatkan mereka daripada bencana yang lebih besar. Mereka bersyukur kepada budak kecil yang berani, dan kampung itu pun kembali kepada kedamaian, tanpa ancaman pencemaran kilang coklat yang dulunya tersembunyi.
Setelah kilang coklat itu ditutup, Willy yang marah dan bermuslihat ingin merancang untuk membalas dendam terhadap Adam dan penduduk kampung. Dia merancang untuk melancarkan satu rancangan yang lebih licik dan membinasakan. Willy mengupah ahli sains gila untuk mencipta bahan kimia beracun yang boleh merosakkan tanah dan air secara tersembunyi. Akibat daripada rancangan ini, hasil tanaman di Kampung Inderaloka semakin berkurangan dan banyak hidupan akuatik yang telah mati. Semua penduduk kampung mulai risau dengan perkara yang terjadi dan mula mencari dimanakah punca yang menyebabkan perkara buruk ini berlaku.
Adam, yang masih berwaspada, tidak lama kemudian mengetahui tentang rancangan jahat Willy. Dengan bantuan teman-temannya, Adam memulakan misi rahsia untuk menghalang rancangan kejam tersebut. Mereka menyelinap ke dalam kilang coklat yang ditutup dan menemui bukti rancangan keji yang dilakukan oleh Willy.
Dengan keberanian dan kepintaran mereka, Adam dan rakan-rakannya mendedahkan rancangan Willy kepada pihak berkuasa dan masyarakat. Penduduk kampung bersatu sekali lagi untuk menghadapi ancaman bahaya yang baru ini. Sementara itu, Willy yang berada dalam keputusan untuk cuba melarikan diri, tetapi dia ditangkap oleh pihak berkuasa.
Sebuah perbicaraan dramatik diadakan untuk mengadili Willy diatas perbuatannya. Adam memberikan keterangan sebagai saksi utama, dan bukti yang kukuh mengesahkan perancangan jahat Willy. Akhirnya, Willy dihukum dan dipenjarakan atas tindakannya yang mengancam alam sekitar dan masyarakat.
Setelah menghadapi ujian yang berat, penduduk Kampung Inderaloka mula mengalami perubahan positif. Penduduk kampung mula bersatu untuk membersihkan dan memulihkan kembali keindahan sungai dan alam sekitar mereka. Adam menjadi wira tempatan yang dihormati, dan kampung itu menjadi contoh kejayaan bagaimana keberanian dan persatuan masyarakat boleh mengatasi bencana yang dicipta oleh seseorang yang jahat.
Nilai murni dan pengajaran:
1. Keadilan dan Keberanian: Adam menunjukkan nilai-nilai keadilan dan keberanian dalam menentang kejahatan untuk melindungi kampungnya.
2. Persatuan dan Kerjasama: Penduduk kampung bersatu untuk melawan ancaman yang datang, menunjukkan kekuatan persatuan dan kerjasama dalam mengatasi masalah bersama.
3. Tanggungjawab terhadap Alam Sekitar: Cerita ini mengajarkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan tanggungjawab terhadap lingkungan hidup.
No comments:
Post a Comment