NAMA : MUHAMAD IZAN HAFIZUL BIN RASYID
NO.MATRIK : D20231108111
KUMPULAN : HGM3013 (B) / 19.11.2023
Lina seorang budak perempuan yang dilahirkan di sebuah desa yang jauh dari kawasan bandar. Lina tinggal bersama ibu bapa dan merupakan anak pertama dari tiga orang adik-beradik. Lina berumur enam tahun manakala dua orang adiknya iaitu syima yang berumur empat tahun dan khairul yang berumur 2 tahun. Lina dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu berdekatan dengan sebuah hutan. Namun begitu, lina mempunyai ramai kawan dan jiran tetangga kerana rumah yang dibina oleh orang kampung tersebut adalah berdekatan.
Menjadi rutin harian Lina dan kawan-kawannya untuk pergi ke sekolah pada jam tujuh pagi. Pagi itu, ibu Lina menyediakan bekal untuknya dengan dua keping roti dan sekotak susu coklat untuk dijadikan makanan lina ketika waktu rehat di sekolah. Setiap hari lina akan dihantar oleh ayahnya dengan menaiki motosikal sehingga sampai ke pintu pagar sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah lina dan ayahnya akan melintasi sebuah jalan yang dipenuhi pokok dan semak-samun. Laluan ini sentiasa digunakan oleh penduduk kampung sebagai laluan pintas untuk sampai ke sekolah dengan masa yang singkat. Namun, ketika musim hujan kawasan tersebut sukar menjadi tempat laluan kenderaan kerana tanah yang berlumpur.
Lina menjalani kehidupannya di sekolah dengan riang dan gembira. Lina merupakan seorang murid yang pintar. Lina boleh membaca dengan begitu lancar seawal usianya lima tahun dan sekarang lina mampu menghafal sifir dua dan sifir tiga dengan baik. Selain itu, Lina juga mempunyai suara yang merdu menyebabkan lina murid yang mewakili sekolahnya ke pertandingan nyanyian peringkat daerah dan menjadi johan menandingin peserta lain yang lebih berusia berbanding lina. Disebabkan kejayaan tersebut, lina menjadi terkenal bukan sahaja di kelas malah di sekolah dan kampungnya.
Setiap petang, lina akan bermain dengan rakan-rakannya iaitu Lisa dan Lily. Mereka bertiga selalu bermain di kawasan halaman rumah lina selepas balik dari sekolah. Pada suatu petang, ketika mereka sedang seronok main bersama lina terdengar bunyi yang nyaring dari satu arah di dalam hutan berdekatan dengan kawasan tempat mereka bermain. Lina mengajak kedua orang rakannya untuk mencari punca bunyi yang nyaring tersebut namun lisa enggan kerana takut akan berlaku sesuatu terhadap mereka kerana lisa selalu mengingat pesan ibunya agar tidak memasuki kawasan hutan tersebut kerana usianya yang masih kecil dan hutan tersebut sangat berbahaya. Kerana mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi lina memujuk lisa dengan bersungguh-sungguh dengan menjanjikan hadiah mainan kepada lisa. Maka lisa pun bersetuju untuk menuruti kemahuan lina.
Setelah hampir lima minit memasuki kawasan hutan yang tidak pernah di kunjungi oleh mereka, maka mereka mendapati bahawa bunyi yang nyaring tersebut berpunca dari bunyi gergaji mesin yang digunakan oleh beberapa orang pekerja lelaki untuk menebang pokok di situ. Lina dan kedua orang rakannya mendapati bahawa terdapat ramai orang pekerja yang sedang menjalankan kegiatan menebang pokok dan kesemua pekerja tersebut bukanlah sebahagian dari penduduk kampung tersebut. Dalam keheningan tersebut, mereka bersembunyi di kawasan semak yang tebal yang menyebabkan pekarja di tempat tersebut tidak menyedari kehadiran mereka. Keadaan menjadi lebih buruk apabila mereka menyedari bahawa hari semakin gelap. Lina dan kedua orang rakannya pun bergegas untuk pulang ke rumah masing-masing.
Malam itu, lina tidak memberitahu kepada kedua orang tuanya tentang apa yang dia telah lihat petang tadi dengan alasan lina tidak mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja tersebut di dalam hutan.
Keesokan harinya, dalam perjalan hendak ke sekolah lina bertanya kepada ayahnya "ayah, kenapa kita sering lalu kawasan hutan ini untuk hantar lina ke sekolah sedangkan ada laluan jalan raya yang kawan-kawan lina selalu guna" ? . Ayah lisa menjawab bahawa kawasan tersebut adalah laluan yang mudah untuk ayahnya gunakan agar lebih cepat sampai ke sekolah berbanding menggunakan jalan raya yang telah lama dibangunkan oleh kerajaan sebagai kemudahan penduduk kampung tersebut. Lina bertanya lagi kepada ayahnya "tapi, kenapa kebanyakkan penduduk kampung yang menggunakan kawasan hutan ini sebagai laluan kenderaan tidak menebang pokok-pokok di kawasan ini untuk memudahkan kita semua" ?. Ayahnya lantas menjawab dan memberi penerangan kepada lina bahawa hutan merupakan hidupan semula jadi yang menjadi tanggungjawab manusia untuk menjaganya dengan baik. Tambahan ayah lina lagi aktiviti penebangan pokok tanpa kebenaran pihak berkuasa atas tujuan tertentu merupakan satu kesalahan yang boleh menyebabkan orang tersebut boleh ditangkap.
Mendengarkan jawapan ayahnya, lina terdiam dan berfikir tentang perkara yang telah dilihatnya semalam di dalam kawasan hutan tersebut.
Semasa berada di dalam kelas pula, guru lina iaitu cikgu Latif mengajarkan topik berkaitan kepentingan pokok di kawasan hutan kepada mereka semua. Cikgu latif menerangkan bahawa hutan merupakan sebuah ekosistem yang mengimbangi semua jenis sistem yang terdapat pada alam sekitar di bumi seperti, menjadi habitat kepada hidupan flora dan fauna, mampu menyederhanakan suhu sekitar dan mempu mengelakkan daripada berlakunya bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Tambahan cikgu latif lagi, semua bencana alam dan pencemaran yang berlaku berpunca daripada tangan-tangan manusia yang merosakkan ekosistem tersebut contohnya pembukaan hutan yang melibatkan aktiviti penebangan pokok berlaku menyebabkan kehilangan fungsi pokok. Kesannya, bencana alam seperti hakisan tanah dan pergerakan jisim berlaku dikawasan lereng-lerang bukit. Ini memberikan kesan juga kepada persekiran manusia yang seperti ancaman keselamatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan lereng bukit.
Mendengarkan penerangan Cikgu Latif, Lina, Lisa dan Lily teringat akan kejadian yang mereka telah lihat petang kemarin. Semasa waktu rehat, mereka bertiga memberanikan diri untuk melaporkan perkara tersebut kepada cikgu latif yang berada di bilik guru. Setelah mendengar penjelasan daripada lina dan kedua orang rakannya, cikgu latif membuat keputusan untuk merujukkan hal ini kepada ketua kampung iaitu ayah kepada Lily. Ketua kampung tersebut atau lebih dikenali pak samad membuat keputusan melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa. Petang itu pihak berkuasa telah berjaya membanteras semua pekerja yang menjalankan aktiviti terlarang tersebut. Pak samad dan pihak polis berterima kasih kepada Lina, Lisa dan Lily atas keberanian mereka melaporkan kegiatan tersebut kepada pihak bertanggungjawab.
Setelah daripada kejadian tersebut, lina dan kedua orang rakannya mengetahui akan kepentingan menjaga hutan dan mereka semakin berminat untuk mengambil berat akan keadaan hutan di kampung mereka. Melalui kejadian itu juga, lina memberi nama hutan di kampungnya sebagai 'HUTAN HIJAU'.
TAMAT
No comments:
Post a Comment