NAMA : ALVIN ANAK STANLEY
NO METRIK : D20231108093
KUMPULAN : A
Di sebuah bandar kecil yang terletak di Jepun bernama Koyama, tinggal seorang kanak-kanak bernama Hiro dengan keluarganya. Hiro sangat suka bermain di luar pada waktu hujan. Hatinya akan penuh dengan keriangan mengejar rintik-rintik hujan yang lembut.
Pada suatu hari di waktu petang, Hiro dan kawannya Aiko mendapati sesuatu yang pelik ketika bermain di luar. Mereka mendapati hujan yang turun tidak seperti biasa. Titik hujan yang turun pada petang itu menyebabkan bunga-bunga di hadapan rumah Hiro layu. Ianya kelihatan serupa dengan hujan asid yang pernah mereka baca dalam buku teks sains mereka di sekolah. Akhirnya, berita tentang "Hujan Misteri" mula tersebar di kalangan penduduk di bandar kecil itu.
Hiro dan Aiko yang penuh dengan persoalan ingin menyiasat tentang "Hujan Misteri" yang melanda bandar mereka. Akhirnya, mereka berdua mencapai kata sepakat untuk bertemu dengan Profesor Tanaka, seorang ahli sains tempatan yang menjelaskan kepada mereka bahawa hujan asid berlaku disebabkan oleh pelepasan asap-asap dari cerobong kilang akibat aktiviti perindustrian kilang yang tidak terkawal.
Hiro dan Aiko tidak mahu hanya duduk berdiam diri. Bersama-sama, mereka berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah "Hujan Misteri" ini. Mereka berdua bersama dengan Profesor Tanaka mula mengedarkan risalah dan poster untuk mengadakan perjumpaan di balai raya dengan penduduk setempat dan bersama-sama menyusun rancangan untuk mengurangkan pencemaran asap di bandar tersebut.
Dalam perjumpaan tersebut, Profesor Tanaka, Hiro dan Aiko telah berbincang dengan para penduduk dan berjaya menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan menggalakkan penduduk setempat untuk menggunakan kenderaan mesra alam dan mengadakan kempen terhadap pengusaha kilang di bandar tersebut untuk meningkatkan penggunaan penapis pada cerobong asap kilang.
Mereka juga berjaya memberikan motivasi kepada penduduk di sekitar bandar tersebut untuk menyokong kempen mesra alam dengan tujuan untuk menyedarkan penduduk setempat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.
Dengan usaha yang berterusan, akhirnya cuaca di bandar kecil Koyama itu mula pulih. Hujan yang turun kini kembali bersih dan menyegarkan.
Melalui pengalaman tersebut Hiro dan Aiko belajar bahawa walaupun mereka hanyalah kanak-kanak, mereka mempunyai kuasa untuk membuat perubahan positif di bandar kecil mereka.
Nilai Murni :
1. Keberanian: Hiro dan Aiko menunjukkan keberanian dalam menyiasat dan menangani isu pencemaran dan menghadapi cabaran tanpa rasa takut.
2. Kerjasama: Mereka bekerja sama dengan penduduk di bandar Koyama dan ahli sains tempatan untuk mencari penyelesaian bersama, ini menunjukkan nilai kerjasama dalam menangani masalah.
3, Bertanggungjawab: Hiro dan Aiko bertanggungjawab untuk melibatkan diri dan mencari penyelesaian terhadap masalah alam sekitar yang mereka hadapi.
4, Kesedaran Alam Sekitar: Cerita ini juga mengandungi nilai kesedaran alam sekitar, di mana Hiro dan Aiko berusaha menyedarkan orang lain tentang pentingnya menjaga
2. Kerjasama: Mereka bekerja sama dengan penduduk di bandar Koyama dan ahli sains tempatan untuk mencari penyelesaian bersama, ini menunjukkan nilai kerjasama dalam menangani masalah.
3, Bertanggungjawab: Hiro dan Aiko bertanggungjawab untuk melibatkan diri dan mencari penyelesaian terhadap masalah alam sekitar yang mereka hadapi.
4, Kesedaran Alam Sekitar: Cerita ini juga mengandungi nilai kesedaran alam sekitar, di mana Hiro dan Aiko berusaha menyedarkan orang lain tentang pentingnya menjaga
alam Sekitar.
No comments:
Post a Comment