NUR AQILA FARHANA BINTI ABD GHANI
D20221102832
KUMPULAN: HGM 3013(B)
Di sebuah perkampungan kecil yang terletak di lereng Gunung Hijau, terdapat sekelompok masyarakat hidup aman dan harmoni dengan alam sekitarnya. Mereka menjalani kehidupan seharian mereka dengan penuh rasa bersyukur kepada alam yang subur dan sentiasa berbakti kepada mereka. Hidup mereka sentiasa dilimpahi dengan hasil-hasil kekayaan bumi seperti buah-buah dan sayur sayuran yang tumbuh subur dan haiwan ternakan yang sihat sehingga dapat menampung keperluan makanan mereka sekampung.
Pada suatu hari, terdapat seorang tua yang bijak bernama Nek Suri tinggal di hujung kampung. Nek Suri merupakan seorang dukun dan orang lama yang berjasa di kampung tersebut. Nek Suri menceritakan kepada masyarakat di kampung tentang asal usul dan kisah turun temurun mengenai Gunung Hijau serta lagenda yang pernah berlaku di kampung tersebut.
Menurut cerita daripada Nek Suri, beberapa puluh tahun yang lalu, Penduduk di kampung tersebut sentiasa melakukan pencemaran dan pembaziran. Mereka tidak bersyukur dengan apa yang mereka nikmati iaitu hasil daripada alam sekitar yang subur dan tidak pernah kurang mengeluarkan hasil. Penduduk kampung sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dengan membuang sampah merata-rata dan mencemarkan sungai.
Sehingga suatu hari berlaku kemarau yang sangat teruk sehingga menyebabkan sungai-sungai menjadi kering, tanaman menjadi layu dan haiwan ternakan mendapat penyakit. Alam sekitar yang sudah tercemar turut menambah beban kepada penduduk kampung yang sedang mengharungi kemarau yang teruk itu. Disebabkan oleh itu, kehidupan seharian penduduk di kampung tersebut menjadi sangat sukar dan terjejas.
Penduduk kampung yang dahulunya tidak bersyukur sudah mula berkeluh kesah dengan apa yang mereka alami. Penduduk kampung merasa menyesal dengan sikap mereka yang tidak menghargai alam sebelum ini. Mereka juga sudah berputus asa serta memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada alam yang sentiasa berbakti kepada mereka agar hidup mereka dapat kembali seperti sedia kala.
Seorang pemuda yang bernama Tuah memiliki hubungan yang sangat erat dengan alam sekitar, dia terdengar keluhan dan rungutan penduduk kampung tentang kesusahan hidup mereka pada Ketika itu. Lalu Tuah memutuskan untuk melakukan perjalanan ke puncak Gunung Hijau untuk mencari petunjuk dan bantuan dari ketua yang menjaga alam di Gunung Hijau. Tuah mengharungi perjalan yang penuh cabaran dan sulit sepanjang perjalan mendaki ke puncak Gunung Hijau.
Sepanjang perjalanan tersebut Tuah juga turut bertemu dengan pelbagai tumbuhan dan haiwan seperti seperti burung hantu yang bijaksana, kura-kura yang sabar, monyet yang licik dan pokok tua yang memiliki pengetahuan tentang kehidupan. Makhluk alam tersebut memberi sedikit sebanyak pengajaran yang boleh digunakan dalam kehidupan kepada Tuah.
Setelah mengharungi perjalanan yang sangat panjang ke puncak Gunung Hijau, akhirnya Tuah tiba di puncak Gunung Hijau tersebut. Di sana dia bertapa untuk meminta bantuan daripada ketua yang menjaga alam. Sepanjang tempoh Tuah bertapa di puncak gunung tersebut, tuah tidak mendapat sebarang petunjuk dan bantuan dari alam. Semakin lama Tuah bertapa di puncak Gunung tersebut, dia pon berputus asa dan membuat keputusan untuk pulang ke kampung.
Namun, semasa tuah berjalan untuk pulang menuju ke kampungnya, dia terjatuh akibat tersadung dahan pokok yang menjalar lalu pengsan selama beberapa minit. Semasa pengsan tuah telah mendapat petunjuk dalam bentuk mimpi. Dia didatangi sosok yang dikatakan mewakili alam. Sosok tersebut memberikan nasihat dan petunjuk untuk membantu penduduk kampung menangani krisis kemarau yang sedang dihadapi. Apabila Tuah tersedar dia bergegas pulang dengan semangatnya untuk menceritakan apa yang berlaku serta memberitahu tentang petunjuk, nasihat serta teguran yang diberikan oleh ketua alam.
Semenjak dari itu, penduduk kampung menerima teguran dan mengikuti segala petunjuk serta nasihat yang disampaikan oleh Tuah. Kampung mereka kembali pulih secara beransur-ansur. Penduduk kampung mula berasa Syukur kembali dan berjanji untuk tidak akan mengulang lagi kesilapan mereka yang tidak menghargai alam sekitar sebelum ini.
Kemudian, Nek Suri memberitahu kepada masyarakat kampung untuk mula mengikuti segala petunjuk yang diceritakan olehnya. Penduduk kampung pon mengikuti petunjuk tersebut dengan penuh rasa hormat kepada alam. Mereka mula menanam pohon-pohon yang mampu menahan kekeringan di sekitar kawasan kampung, merawat sumber-sumber air yang tercemar, dan menjaga keseimbangan dan keharmonian alam sekitar dengan bijak.
Lambat laun, kehidupan mereka semakin senang kerana mendapat hasil daripada berbakti dengan alam, penduduk kampung dapat menikmati segala nikmat dan hasil daripada alam setelah berusaha untuk menjaga dan menghargai keindahan serta kenikmatan dari alam sekitar. Kemudian kampung pun berkembang dengan sangat subur dan penuh dengan kebahagiaan:.
saat itu, Mereka terus-terusan menjaga kelestarian alam dan memperlakukan setiap makhluk hidup dengan penuh rasa hormat.
Nilai-nilai murni:
1. Bersyukur :
Teks ini menekankan nilai bersyukur terhadap alam dan segala kekayaan yang diberikan olehnya. Penduduk kampung dihargai kerana hidup dengan rasa syukur terhadap hasil bumi yang melimpah dan dalam lingkungan alam yang subur.
2. Tanggungjawab :
Cerita ini mengajarkan nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar. Ketika penduduk kampung menyedari bahwa tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab telah merosakkan masyarakat, mereka berubah untuk menjaga kelestarian alam.
3. Kerjasama dan Gotong-royong:
Nilai kerjasama dan gotong-royong termasuk dalam usaha bersama penduduk kampung untuk mengatasi krisis kemarau. Mereka bekerjasama dengan penuh semangat untuk mendapatkan petunjuk dan nasihat agar dapat mengatasi masalah yang dihadapi.
4. Ketekunan dan Keberanian:
Karakter Tuah mencerminkan nilai ketekunan dan keberanian. Meskipun menghadapi rintangan dan kesulitan dalam perjalanan mencari bantuan, Tuah tetap gigih dan berani mengharungi perjalanan ke puncak Gunung Hijau.
5. Penghargaan terhadap Kearifan Alam:
Teks ini mengajarkan nilai penghargaan terhadap kearifan alam. Melalui pertemuan dengan makhluk-makhluk alam seperti burung hantu, kura-kura, monyet, dan pokok tua, Tuah belajar menghargai kebijaksanaan alam yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari.
No comments:
Post a Comment