NAMA : ALNISKA SAIDIN
NO MATRIK : D20231108072
KUMPULAN : KUMPULAN A (HGM 3013)
Di suatu tempat, terdapat sebuah keluarga petani yang tinggal di hujung kampung berdekatan dengan sungai. Walaupun mereka tinggal di hujung kampung, mereka tidak dipinggirkan oleh penduduk kampung yang lain. Mereka hidup rukun dan saling bantu-membantu dalam pelbagai perkara.
Mereka juga sangat menyayangi alam sekitar dan sering bergotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung. Mereka ingin menjaga kelestarian kawasan kampung mereka yang masih dikelilingi oleh hutan yang belum pernah diteroka.
Hurin, anak perempuan keluarga petani tersebut, sering masuk ke hutan yang berdekatan untuk mencari pucuk hutan yang boleh dimakan. Di samping mencari rezeki, Hurin juga suka mengambil gambar keadaan di dalam hutan tersebut kerana menurutnya keadaan di dalam hutan yang redup sangat indah dan menenangkan.
Hurin merupakan seorang pelajar Geografi dan sangat menyayangi alam sekitar. Dia juga sering mendaki bukit di kawasan tersebut bersama kawan-kawannya pada setiap hujung minggu. Ini kerana kawasan di puncak bukit memperlihatkan kawasan seluruh kampung mereka yang indah dengan pohon-pohon dan bunga-bungaan yang menghijau.
Pada suatu hari, Hurin dan kawan-kawannya masuk ke hutan tersebut untuk mendaki dan menangkap gambar keadaan sekeliling bagi tugasan Geografi mereka. Semasa dalam perjalanan mendaki bukit, mereka mendengar bunyi jentera yang sangat bising di kawasan yang berdekatan. Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dalam diri Hurin mendorongnya untuk mencari sumber suara tersebut seorang diri.
Hurin bersembunyi disebalik pokok-pokok yang tinggi untuk melihat sumber bunyi tersebut. Alangkah terkejutnya Hurin apabila mendapati bahawa kawasan tersebut sudah hampir gondol kerana terdapat beberapa orang yang sedang menebang pokok secara haram di kawasan tersebut. Hurin yang sedih melihat keadaan tersebut dengan pantas mengambil gambar untuk bukti penebangan pokok secara haram yang dilakukan oleh orang-orang tersebut.
"Aku hairanlah dengan penduduk kampung disini. Kawasan berpotensi untuk kemajuan ekonomi seperti ini tidak digunakan sepenuhnya," kata salah seorang daripada pembalak tersebut. "Itulah. Aku pun hairan dengan pemikiran penduduk disini yang kolot. Nak mengekalkan kelestarian alam sekitar sehingga sanggup terus menjadi miskin tanpa menjual pokok-pokok besar disini. Harga kayu sekarang mahal, rugi kalau tak dieksploitasi," sahut rakannya yang lain.
Hurin dengan cepat meninggalkan kawasan tersebut dan memberitahu kawan-kawannya tentang aktiviti pembalakan haram yang dilakukan oleh pembalak-pembalak tersebut. "Kita mesti melaporkan kejadian ini kepada pihak yang berwajib," saran teman sekampung hurin. Merekapun bergegas datang ke Balai Polis untuk melaporkan kejadian tersebut dengan segera. Mereka tidak mahu kawasan hutan tempat tinggal mereka musnah disebabkan oleh para pembalak tersebut.
Setelah kejadian tersebut dilaporkan, pihak polis dengan kerjasama Jabatan Perhutanan datang ke hutan tersebut untuk membanteras akitiviti pembalakan haram tersebut. Para pembalak haram tersebut kemudiannya dikenakan hukuman yang setimpal oleh pihak berwajib. Penduduk kampung yang lain memuji tindakan mereka kerana bersikap proaktif dan saling membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Seminggu kemudian, program "Sayangi Hutan Kita" telah diadakan di Daerah tersebut untuk mendidik generasi muda tentang betapa pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar agar kelestarian alam sekitar tidak terganggu. Hurin dan rakan-rakannya telah diberi penghargaan sebagai Tokoh Alam Sekitar sempena program tersebut kerana usaha mereka untuk membantu pihak berwajib membanteras aktiviti pembalakan haram yang berlaku.
Hurin berasa gembira kerana berjaya membanteras aktivit pembalakan tersebut. Hurin dan rakan-rakannya juga telah menganjurkan aktiviti menanam pokok di kawasan yang digondolkan bersama dengan penduduk kampung yang lain bagi memulihara kawasan tersebut. Mereka berharap supaya akan lebih ramai lagi yang sedar betapa pentingnya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar bagi mengekalkan kelestarian alam.
NILAI MURNI:
1. Kebersamaan dan Gotong-Royong: Keluarga petani dan penduduk kampung hidup rukun dan saling membantu, menunjukkan nilai kebersamaan dan gotong-royong.
2. Kesedaran Alam Sekitar: Hurin dan kawan-kawannya menunjukkan kesedaran terhadap alam sekitar dengan menjaga kelestarian hutan dan bergiat aktif dalam aktiviti pemuliharaan.
3. Keberanian dan Integriti: Hurin mempamerkan keberanian dan integriti dengan melawan pembalakan haram, mengambil gambar sebagai bukti, dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berwajib.
4. Proaktif dalam Menyelesaikan Masalah: Tindakan segera Hurin dan kawan-kawannya untuk melapor kepada pihak polis menunjukkan nilai proaktif dalam menangani masalah dan memastikan keadilan.
5. Kesedaran Ekonomi Berteraskan Kelestarian: Meskipun terdapat desakan untuk mengambil kesempatan ekonomi dengan menebang pokok, penduduk kampung yang "kolot" menunjukkan kesedaran akan kepentingan kelestarian alam.
6. Patriotisme dan Cinta Tanah Air: Tindakan melapor kepada pihak berwajib menunjukkan patriotisme terhadap tanah air dan keinginan untuk melindungi warisan alam.
7. Pendidikan dan Pembelajaran: Program "Sayangi Hutan Kita" mencerminkan nilai pendidikan dan pembelajaran, memberi penekanan kepada pentingnya memahami dan menjaga alam sekitar.
8. Ketuaan dan Pengorbanan: Tindakan menanam pokok untuk memulihara kawasan yang digondolkan menunjukkan nilai kepimpinan dan pengorbanan untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment