Tuesday, November 14, 2023

KISAH KEMUSNAHAN HABITAT FLORA DAN FAUNA "DITANGAN PEROSAK ALAM SELITAR"

Nama : MUHAMMAD SHARUL AIMAN BIN SHAHROM
No.Matrik: D20231108108
Kumpulan: HGM3013 (A)

Di suatu tempat yang subur dan penuh dengan kehidupan, hutan menjadi saksi bahawa berlakunya kemusnahan alam semulajadi yang memusnahkan kepelbagaian habitat flora dan fauna.

Hidup bersama secara seimbang, mereka membentuk ekosistem yang saling berinteraksi antara satu sama lain untuk kelangsungan kehidupan.

Namun, tibalah hari yang sangat buruk apabila berlakunya kemusnahan secara besar-besaran terjadi yang memusnahkan ekosistem alam semulajadi.

Pada awal malapetaka dimulai terdapat sekumpulan lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan penebangan hutan secara haram yang memusnahkan rumah dan tempat tinggal habitat flora dan fauna.

Pokok-pokok yang berusia berabad-abad ditarah tanpa melihat usia pokok sama ada sudah cukup usianya atau belum cukup usianya.Ini telah memusnahkan keindahan alam secara semulajadi yang telah ada sejak berabad- abad dahulu.

Suara deruan gergaji dan pokok yang tumbang menjadi bukti bahawa berlakunya kemusnahan habitat flora dan fauna di rimba hutan.

Malah, burung-burung yang berterbangan di ruang udara mereka kehilangan arah tuju disebabkan sarang mereka musnah di antara dahan-dahan pokok yang dulu menjalar tinggi di langit biru.

Haiwan-haiwan di darat juga berusaha mencari tempat perlindungan, tanah tempat mereka bersembunyi dan tempat mencari makanan agar berlaku perubahan menjadi lautan tanpa had.

Kemudian, berlaku juga pencemaran air dan udara yang memusnahkan kepelbagaian flora dan fauna yang berpunca daripada segelintir pihak yang tidak peduli dengan keindahan alam sekitar

Sungai yang dulunya jernih dan air yang bersih kini menjadi tempat pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut.

Malah, udara juga turut tercemar yang akan menjejaskan kesihatan setiap makhluk di atas muka bumi termasuklah ekosistem flora dan fauna.

Sikap manusia yang ingin mengambil kesempatan ke atas sumber alam dengan melakukan tindakan sembarangan tanpa mempertimbangkan impaknya kepada ekosistem alam sekitar.

Tangan-tangan perosak alam turut melakukan pemburuan haram dan perikanan secara berlebihan yang akan memusnahkan keseimbangan alam sekitar dan menyebabkan kepupusan spesies flora dan fauna.

Lalu kini, kitaran rantaian makanan turut terputus, dan hutan yang dulu penuh dengan kehidupan tumbuhan-tumbuhan hijau dan kedengaran suara-suara haiwan sekarang hampa dan sunyi.

Namun, di tengah kehancuran, muncul sekumpulan individu yang mengambil cakna akan masa depan alam sekitar dan mereka berbincang cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Mereka membentuk kumpulan pemuliharaan lalu berjuang untuk melindungi dan memulihkan apa yang tinggal dari keindahan alam semulajadi yang telah hilang disebabkan oleh si tangan perosak alam sekitar yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Tumbuh-tumbuhan mula ditanam kembali, memberikan harapan bagi flora dan fauna yang hampir pupus.

Langkah-langkah kecil ini boleh menjadi sinar harapan bagi spesies habitat flora dan fauna yang kian pupus untuk terus bernyawa.

Kita boleh mengambil nilai murni daripada cerita ini untuk kita mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab bersama kita sebagai pelindung alam sekitar. Kita diajar untuk belajar daripada kesilapan lalu dan bersatu untuk mencipta masa depan yang mampan untuk bumi dan semua makhluk yang hidup di atasnya.

 

Nilai Murni:

1. Tanggungjawab : Kita hendaklah memikul tanggungjawab bersama bagi meningkatkan kesedaran untuk melindungi alam dan makhluk hidup di dalamnya.

 2. Kesedaran : Masyarakat perlulah meningkatkan kesedaran terhadap kesan daripada tindakan manusia yang menyebabkan impak yang negatif terhadap alam sekitar.

3. Pembelajaran : Kita hendaklah mengambil pengajaran untuk belajar daripada kesilapan lalu untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

4. Perpaduan: Kita perlulah meningkatkan tahap perpaduan dan tindakan bersama untuk melakukan pemuliharaan terhadap kerosakan alam sekitar yang telah berlaku.

 5. Kepelbagaian dan Keseimbangan: Kita perlulah menjaga habitat flora dan fauna supaya dapat mengekalkan keseimbangan dalam kepelbagaian ekosistem

 

 


No comments:

Post a Comment