Nama : SYAIDATUL IZATI SOFIA BINTI MOHD DASAN
No. Matrik : D20231108071
Kumupulan : HGM3013 (A)
KISAH TENTANG RUSA DAN TANDUKNYA
Pada suatu hari di dalam hutan yang rimbun dan indah, terdapat satu komuniti haiwan yang hidup harmoni di bawah naungan pokok-pokok yang tinggi . Di dalam hutan tersebut tinggallah seekor Rusa . Rusa ini memiliki tanduk yang sangat besar dan cantik.
Tanduknya melengkung indah dan berkilau di bawah sinar matahari. Tanduknya memancarkan keindahan yang tak terhingga . Rusa selalu berjalan dengan rasa angkuh atas kelebihan dirinya . Dia sering berkata " Tiada sesiapa di hutan ini yang boleh menandingi kecantikan ku ini "
Semua penghuni hutan memuji Rusa dengan kata-kata yang indah sehingga dia merasakan dirinya sangat sempurna. " Wahai Rusa tanduk mu sangat ku damba , kamu sangat beruntung " puji Kerbau kepada Rusa. Lalu Rusa berkata " Teruskan memujiku Kerbau , aku suka mendengar pujian tentang diriku " .
Pada waktu pagi yang indah penuh dengan kedengaran kicauan burung-burung, rusa itu melihat pantulan dirinya semasa sedang minum air di sungai . Melalui pantulan itu menyebabkan dia ternampak bayangan kakinya yang kurus. Pantulan itu membuatkan dia merasa serba kekurangan meskipun dia mempunyai tanduk yang cantik.
Rusa tersebut sering mengeluh, "Kenapa kakiku begitu kurus, lemah dan tidak kuat? Mengapa aku tidak boleh berlari secepat rusa lain atau melompat dengan indahnya seperti singa ? ". " Meskipun mempunyai tanduk yang besar dan cantik namun kakiku telah membuatku merasa tidak sempurna."
Pada suatu hari, rusa tersebut bertemu dengan seekor Gajah yang baik hati . Gajah merupakan kawan rapat Rusa . Gajah itu mengajaknya untuk berbual di bawah pokok besar yang tua. Di bawah pokok besar itu, gajah mula menceritakan tentang sebuah kisah alam.
"Melihat pokok ini," ucap kancil, "kamu boleh belajar bahawa setiap bahagian dari alam sekitar kita memiliki peranan penting masing-masing. Pokok ini mungkin tidak memiliki bunga yang indah seperti beberapa tanaman lain, tetapi ianya memiliki akar yang kuat memberikan sokongan kepada tanah ".
" Akar pokok dapat mengurangkan kelembapan tanah . Kelembapan yang berlebihan boleh melemahkan tanah dan menyebabkan tanah runtuh. Oleh itu, dengan menyerap air, akar membantu mengurangkan kelembapan tanah. " "Begitu juga dengan mu rusa , tandukmu mungkin terlihat cantik, tetapi kelemahan kakimu memiliki keunikan dan memainkan peranan penting dalam hidupmu ."
Walaupun telah dinasihati oleh Gajah, Rusa tetap tidak berubah . Hinggalah pada satu hari itu, dia berjumpa dengan seekor kancil yang bijaksana . Dia meluahkan isi hatinya dengan Kancil. " Kaki mu itu elok sahaja Rusa serta tidak perlu diubah " ucap Kancil .
Kancil menasihati rusa " Meskipun ular tidak mempunyai kaki, namun dia masih boleh berjalan merayap dan boleh memasuki lubang-lubang kayu yang sempit". " Begitu juga bagi siput , meskipun bersaiz kecil dan jalan yang perlahan , ianya mempunyai cengkerang yang keras untuk melindungi dirinya dari sebarang ancaman ".
Mendengar cerita kancil itu , rusa masih boleh berkata " Dah tu apa kaitan mereka dengan aku pulak ? " . Mendengar kata rusa itu menyebabkan kancil hilang rasa sabar dan memukul rusa bagi memberi kesedaran kepadanya bahawa meskipun ular dan siput mempunyai kekurangan mereka juga mempunyai kelebihan masing-masing.
"Kamu harus sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan diri kerana meskipun kau mempunyai kaki yang lemah dan kurus , pasti ada sebab tertentu ianya diciptakan sedemikian" ucap Kancil. Setelah mendengar nasihat dan kata-kata daripada kancil, Rusa tetap tidak mengubah pandangannya terhadap kakinya itu.
Pada keesokan harinya , Rusa pergi mengembara hutan lebih jauh dari tempat yang biasaanya Rusa pergi untuk mencari makanan . Namun semasa dalam perjalanannya itu, Rusa telah tersesat . Pada waktu itu, tiba-tiba tanduknya yang cantik itu tersangkut di dahan pokok.
Rusa menjerit " tolong , tolong , tolong , selamatkan aku ". Mendengar jeritan itu kancil datang ingin membantu Rusa. Kancil mencuba sedaya upaya untuk melepaskan tanduk Rusa dari dahan pokok yang panjang itu . Namun cubaan itu tidak berjaya.
Kancil memberi idea untuk mematahkan tanduk Rusa . Rusa berpendapat bahawa kancil dengki dengan tanduknya yang cantik itu sehingga menyuruh Rusa untuk mematahkannya. "Aku tidak ada rasa sedikit pun dengki kepadamu Rusa, aku cuma ingin membantu mu" ucap Kancil. Setelah itu, kancil terus pergi meninggalkan rusa . Dengan ini , tinggallah rusa bersendirian di hutan itu.
Pada ketika itu singa pun tiba. Akhirnya singa berjaya menangkap Rusa. "Oh, aku silap! " Rusa merintih ketika terbaring menunggu nafas yang terakhir.
"Aku hinakan kakiku tetapi rupa-rupanya kakikulah yang menyelamatkan aku. Sementara tandukku yang cantik yang aku bangga-banggakan itu mendatangkan maut kepada aku."
Pada akhirnya , Rusa telah mati kerana dimakan oleh singa. "Andai sahaja kau mendengar kataku , mungkin kau masih hidup sekarang" ucap Kancil mengenangkan nasib kawannya itu.
Dari kisah ini terciptanya peribahasa rusa mati kerana tanduknya. Yang bermaksud mendapat musibah kerana sesuatu yang dibanggakan. Peribahasa dan kisah ini mengajarkan kita agar jangan sombong dengan kelebihan yang dimiliki dan sentiasa bersyukur. Sesuatu yang cantik tidak semestinya berguna manakala sesuatu yang berguna kadangkala terbiar sahaja kerana pada lahirnya tidak menarik.
Nilai-nilai murni berdasarkan cerpen di atas ialah :
1. Nilai Rendah Hati :
Rusa awalnya angkuh dengan kecantikan tanduknya, merasa dirinya lebih unggul dari haiwan lain di hutan. Nilai murni rendah hati dapat dilihat melalui nasihat dari Gajah dan Kancil yang mencuba membuatnya sedar tentang nilai dirinya yang sebenarnya.
2. Nilai Bersyukur :
Rusa awalnya tidak bersyukur dengan kelebihan tanduknya yang cantik. Dia merasa angkuh dan menganggap dirinya sempurna hanya berdasarkan penampilannya yang menarik. Namun, melalui perjalanan hidupnya, Rusa menyedari bahawa kelebihan yang dimilikinya tidak selalu melindungi atau memberikan manfaat.
3. Nilai Bijaksana :
Kancil sebagai watak bijak dalam cerita itu cuba memberi nasihat kepada Kancil tentang keunikan dan peranannya dalam ekosistem. Kancil menyampaikan pengajaran tentang kepentingan menerima diri dan melihat nilai dalam kelebihan dan kekurangan diri.
4. Nilai Keikhlasan :
Kancil cuba menolong Kancil apabila tanduknya tersangkut di dahan pokok. Walaupun Kancil tidak percaya dengan niat baik Kancil, Kancil tetap cuba membantu tanpa mementingkan diri sendiri. Ini mencerminkan keikhlasan dan kemurahan hati, walaupun Rusa meragui niatnya.
5. Nilai Keberanian :
Kancil menunjukkan keberanian dalam memberikan nasihat yang tegas kepada Kancil, walaupun dengan cars memukulnya bagi memberi kesedaran kepada rusa .
No comments:
Post a Comment