NAMA : NOR AISYAH BNTI MOHD NOR HASANA
MATRIK : D20231108151
KUMPULAN : HGM3013 (B)
Di sebuah sekolah yang teletak di Bandar Pekan, terdapat seorang guru yang bernama Fatimah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fatimah. Beliau merupakan seorang yang sangat bijak dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan alam sekitar.
Pada suatu hari, memandangkan Cikgu Fatimah sememangnya merupakan seorang guru geografi, beliau mengambil kesempatan ini untuk berkongsi ilmu bersama murid-muridnya tentang apa itu pencemaran tanih. Cikgu Fatimah memulakan sesi pembelajaran dengan ucapan salam dan pertanyaan tentang apa itu pencemaran tanah.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera, baiklah hari ini Cikgu akan ajar kamu semua tentang pencemaran tanih." Ujar Cikgu Fatimah.
"Ada siapa siapa tahu apa itu pencemaran tanih?" tanya Cikgu Fatimah kepada murid-muridnya.
Tiba-tiba seorang murid yang bernama Mustakim mengangat tangan dan cuba untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Cikgu Fatimah.
"Pencemaran tanih tu bermaksud penambahan bahan kimia, toksik atau bahan lain ke dalam tanah secara berlebihan yang boleh merosakkan kesuburan dan kualiti tanih kan cikgu?"
"ya betul tu, bagus tu Mustakim" kata Cikgu Fatimah.
Dengan penuh semangat, Cikgu Fatimah menceritakan tentang keadaan zaman dahulu di mana tanah masih lagi subur dan tidak seperti zaman sekarang. Cikgu Fatimah juga memberi tahu murid-muridnya bahawa kemerosotan kualiti tanah yang terjadi pada hari ini adalah disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.
manusia yang menyebabkan pencemaran tanih ialah aktiviti pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti sisa toksik dan nuklear, aktiviti pertanian yang melibatkan penggunaan racun serangga, aktviti perlombongan, penebangan hutan dan pembuangan sampah merata-rata. Beliau menekankan bahawa menjaga alam sekitar adalah sangat penting. Murid-murid Cikgu Fatimah termasuklah Mustakim dan Ain sangat fokus mendengar kisah tersebut.
Selain itu, Cikgu Fatimah juga menceritakan tentang kesan-kesan pencemaran tanih kepada murid-muridnya. Antara kesan-kesan pencemaran tanih yang telah beliau kongsikan ialah tanah menjadi kering, hakisan tanah, tanah beracun dan boleh mendatangkan penyakit.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang murid perempuan yang bernama Ain mengangkat tangan kerana ingin bertanyakan soalan.
"Cikgu saya kurang fahamlah, macam mana pencemaran tanah boleh mendatangkan penyakit? Boleh cikgu terangkan dengan lebih lanjut?" tanya Ain
"Boleh Ain, baiklah, pencemaran tanah boleh mendatangkan penyakit kepada manusia kerana ianya boleh menyebabkan penyebaran kuman. Haiwan-haiwan perosak seperti tikus, lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan yang tercemar dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas yang datang dari kawasan tanah tercemar dimakan oleh manusia, ini akan menyebabkan manusia terkena penyakit seperti keracunan makanan. Faham Ain?" tanya Cikgu Fatimah dengan nada yang lembut.
"Faham cikgu" Jawab Ain dengan wajah yang tersenyum menandakan dia faham dengan keterangan yang diberikan oleh Cikgu Fatimah.
Di samping itu, Cikgu Fatimah juga memberitahu anak muridnya tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Antaranya ialah memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar, mengadakan kempen kesedaran, pendedahan media massa dan penggunaan teknologi moden.
"Langkah-langkah ini sewajarnya dilakukan supaya masyarakat sedar tentang kepentingan menjaga alam" Ujar Cikgu Fatimah kepada murid-muridnya
Dalam usaha memberikan pemahaman yang lebih mendalam, Cikgu Fatimah ingin mengatur lawatan bersama murid-muridnya ke tapak yang terjejas akibat pencemaran tanih. Hal ini supaya murid-muridnya dapat melihat impak negatif yang timbul akibat pencemaran tersebut dengan mata sendiri.
"Baiklah murid-murid, pada hari Sabtu minggu hadapan yang bertarikh 18 November 2023, cikgu ingin mengajak kamu semua menyertai projek pemulihan alam di tapak yang terjejas akibat pencemaran tanih supaya kamu semua dapat menyaksikan sendiri impak negatif yang timbul akibat pencemaran tanih. Nanti Cikgu akan edarkan surat kebenaran untuk diberikan kepada ibu bapa kamu semua ya.." kata Cikgu Fatimah.
"yeayyyy baik cikgu!" kata seorang murid yang kelihatan sangat teruja untuk menyertai lawatan itu
"Cikgu, adakah kami perlu membawa plastik sampah dan alatan lain cikgu?" tanya Ain.
"Soalan yang bagus Ain cikgu hampir terlupa pasal itu, tapi plastik sampah dan sarung tangan cikgu akan sediakan kamu hanya perlu membawa pelitup muka sahaja ya semua" kata Cikgu Fatimah.
Pada hari Sabtu bersamaan dengan 18 November 2023, Cikgu Fatimah dan murid-muridnya pergi ke tapak yang terjejas itu. Murid-muridnya dapat melihat dengan sendiri impak negatif yang disebabkan oleh pencemaran tanih. Mereka kelihatan sangat terkejut dan terdapat juga murid yang memberikan reaksi muka yang menunjukkan mereka jijik dengan tempat itu. Mereka menyaksikan banyak pokok-pokok yang mati dan kawasan itu tercemar dengan sampah sarap yang sangat banyak.
Tanpa membuang masa, Cikgu Fatimah memimpin projek pemulihan alam dengan mengajak murid-muridnya untuk membersihkan tempat-tempat yang tercemar dan kawasan sekeliling sungai yang penuh dengan sampah sarap. Mereka saling bekerjasama mengutip dan membuang sampah di dalam plastik sampah yang telah disediakan oleh Cikgu Fatimah.
Setelah seharian membersihkan kawasan itu, usaha gigih Cikgu Fatimah dan murid-muridnya kini membuahkan hasil. Kawasan yang tadinya tercemar dan berbau busuk kini telah dibersihkan. Mereka sangat gembira dan berpuas hati dengan hasil yang mereka usahakan.
Setelah selesai projek pemulihan alam ini, Cikgu Fatimah berterima kasih kepada murid-murid yang hadir ke program ini dan memberikan sepatah dua kata.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera, Cikgu ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada murid-murid yang sudi hadir pada hari ini. Diharapkan semua murid-murid dapat mengambil iktibar daripada projek ini untuk sentiasa menghargai alam sekitar. Hal ini kerana tanah sangat berharga dalam kehidupan manusia. Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutamanya manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Tanah dan makhluk yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Oleh itu, kita sebagai manusia tidak harus mengabaikan alam sekitar semata-mata kerana nafsu sendiri dalam mengejar pembangunan dan keuntungan. Itu sahaja daripada Cikgu, jumpa nanti ye."
Ucapan Cikgu Fatimah kemudian mendapat tepukan daripada murid-muridnya.
Melalui kisah ini, Cikgu Fatimah memberi pengajaran kepada murid-muridnya tentang tanggugjawab untuk menjaga alam sekitar dan menjauhi dari amalan merosakkannya. Kisah tetang pencemaran tanih ini tidak hanya memberikan pengetahuan kepada kanak-kanak tetapi juga mendorong mereka untuk bertindak sebagai penjaga alam sekitar yang bertanggungjawab.
NILAI MURNI
1.Bertanggungjawab : Cikgu Fatimah dan murid-muridnya mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mengambi langkah untuk membersihkan alam sekitar.
2.Semangat tolong menolong : Ain tolong mengingatkan Cikgu Fatimah dengan cara bertanya kepada Cikgu Fatimah tentang keperluan yang perlu mereka bawa untuk projek itu.
3.Ketulusan : Cikgu Fatimah berkongsi ilmu pengetahuan dengan anak muridnya tentang alam sekitar tanpa mengharapkan sebarang balasan.
4.Sikap berterima kasih : Cikgu Fatimah mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada murid-murid yang sudi hadir untuk bersama-sama membersihkan alam sekitar.
5.Bekerjasama : Cikgu Fatiah dan murid-muridnya saling berganding bahu membersihkan alam sekitar.
6.Keharmonian : Melalui tindakan Cikgu Fatimah dan murid-murinya, kawasan yang telah tercemar itu menjadi harmoni
7.Sikap ingin tahu : Ain bertanyakan soalan tentang alam sekitar untuk memahami dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara itu.
No comments:
Post a Comment