Monday, November 13, 2023

MIKA DAN RAKAN-RAKAN PENYELAMAT ALAM

NAMA: MUHAMMAD SYAFILI BIN A.GHANI
NO MATRIKS: D20231108077
KUMPULAN : HGM3013 (A) 

Dalam sebuah kampung di kawasan pedalaman yang dikelilingi oleh hutan yang sangat indah, terdapat seorang remaja yang bernama Mika. Mika adalah seorang remaja yang mempunyai sifat cinta akan alam sekitar.

Pada awal pagi, Mika akan berjalan-jalan di dalam hutan  yang terletak berhampiran dengan kampung kecilnya. Perkara ini menjadi rutin hariannya untuk memastikan bahawa hutan tersebut sentiasa bersih dan terpelihara. Contohnya, Mika akan mengutip dan membersihkan sampah-sarap yang ditemuinya di hutan.

Pada suatu hari, ketika Mika sedang berjalan di dalam hutan. Mika perasan bahawa ada sesuatu perkara yang pelik di sekelilingnya terjadi. Rupa-rupanya terdapat pengumuman yang terpahat pada salah satu pokok kelapa yang besar di hutan tersebut. Pengumuman tersebut mengumumkan bahawa sebahagian daripada hutan itu akan dimusnahkan untuk dijadikan tapak pembinaan perumahan baru.

Mika berasa kecewa dengan tindakan orang yang melakukan perkara ini.  Bagi Mika hutan itu adalah rumah kepada haiwan-haiwan, hutan juga tempat yang indah untuk melihat keunikan flora dan fauna yang semulajadi dan menjadi motivasi kepada Mika untuk terus mencintai alam sekitar.

Pada keesokan harinya, tanpa berfikir panjang Mika memutuskan untuk bertindak. Dia berkongsi berita tentang aktiviti pembalakan yang bakal dijalankan dengan seluruh penduduk kampung. Mika mahu memberikan kesedaran kepada semua orang tentang kepentingan menjaga alam sekitar termasuklah kasih sayang kepada hutan yang terdapat di kampungnya.


Mika dan rakan-rakannya yang sebaya bersama-sama berkongsi perasaan yang sama iaitu tidak mahu hutan ini dimusnahkan. Mereka telah memutuskan untuk membentuk satu kumpulan yang bernama " Kampung Teratai ". Nama ini dipilih sempena nama kampung mereka.

Mika dan rakan-rakannya mula bertindak dengan membuat poster-poster yang memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang kepentingan menjaga hutan dan memupuk  nilai murni sayang akan alam sekitar. Mika dan rakan-rakannya akan pergi ke setiap rumah penduduk kampung dan memberitahu tentang betapa pentingnya hutan ini untuk manusia dan  haiwan.

Mika telah merancang satu langkah untuk  membersihkan serta memulihara hutan ini. Pada hujung minggu, Mika dan rakan-rakannya berkumpul di hutan itu dengan membawa kelengkapan untuk aktiviti pembersihan. Mereka akan mengutip dan membersihkan sampah-sarap yang terdapat di persekitaran hutan, dan merawat pokok-pokok yang boleh dirawat.

Penduduk kampung yang pada awalnya tidak yakin akan usaha Mika dan rakan-rakan ini, akhirnya turut menghulurkan bantuan dalam usaha membersihkan hutan. Mereka melihat semangat Mika dan rakan-rakannya, dan bagaimana keindahan alam sekitar mereka dapat ditingkatkan dan dirawat melalui semangat kerjasama antara mereka.

Pada hari yang berikutnya, berita ini segera tersebar ke kampung-kampung yang berdekatan dengan kampung mereka. Para penduduk yang melihat perubahan yang positif yang berlaku dalam hutan Teratai mula merasa terinspirasi untuk mejaga alam sekitar mereka sendiri. Mereka mula mengambil berat akan hutan-hutan  dan ingin menjaga hutan mereka baik-baik.

Namun begitu, usaha untuk menyelamatkan hutan Teratai masih belum selesai. Mika dan rakan-rakannya sedar bahawa usaha mereka bukan hanya perlu membersihkan hutan malah perlu lebih gigih lagi. Ini kerana, mereka mahu mempengaruhi pemilik tanah yang merancang untuk melakukan  pembalakan di hutan tersebut.

Mika dan Rakan-rakannya menjadikan pengumuman yang terpahat pada pokok kelapa besar itu sebagai perkara untuk dibincangkan. Mereka memberi penjelasan dan membuat kenyataan kepada pemilik tanah betapa berharganya hutan ini kepada penduduk dan alam sekitar.

Pemilik tanah pada mulanya meragui akan tindakan Mika dan rakan-rakannya. Akan tetapi, apabila mereka mendengarkan cerita Mika dan rakan-rakannya. Mereka mula tersedar betapa pentingnya hutan itu kepada komuniti dan alam sekitar. Mereka juga memahami bagaimana pemeliharaan hutan boleh memberi manfaat jangka panjang.

Akhirnya, Pemilik tanah bersetuju untuk membatalkan  pembalakan di hutan itu. Ini adalah satu pencapaian yang besar bagi Mika, rakan-rakannya dan  para penduduk. Hutan Teratai kini sudah selamat dan para penduduk kampung mula menerapkan rasa sayang kepada alam sekitar dalam diri mereka.

Mika dan rakan-rakannya tidak berbangga dengan hanya menyelamatkan hutan. Mereka ingin memastikan bahawa semua penduduk kampung memahami  pentingnya menjaga alam sekitar. Oleh itu, mereka mula memberikan sedikit pendedahan tentang ekologi dan kelestarian alam sekitar kepada semua penduduk kampung.

Selain itu, mereka juga menekankan kepada para penduduk tentang nilai-nilai murni seperti keberanian, kecekalan dan kerjasama. Mika percaya bahawa melalui proses ini, mereka boleh mengubah persepsi dan menggalakkan semua orang untuk menjaga alam sekitar.

Dalam beberapa tahun kemudian, hutan teratai bukan sekadar tempat perlindungan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, malah menjadi tempat pusat pembelajaran tentang alam sekitar. Ramai pelancong datang untuk menikmati keindahan alam sekitar di hutan Teratai.

Para penduduk kampung yang dahulunya tidak menerapkan nilai murni dan kini telah menerapkan dengan sepenuh hati. Mereka berjanji untuk terus merawat alam sekitar dan menjaga keindahannya.

Dengan demikian , kampung mereka menjadi contoh kepada kampung lain dalam memelihara alam sekitar dan menanamkan nilai-nilai murni dalam masyarakat sekeliling. Mika dan rakan-rakannya telah berjaya mempengaruhi para penduduk untuk menyayangi alam sekitar yang mereka miliki.

Cerita ini mengajar kita bahawa dengan kerjasama,keberanian dan kesedaran dalam diri terhadap alam sekitar boleh membuatkan kita menjadi salah seorang penyelamat kepada keindahan alam sekitar yang kita miliki. Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita, dan seluruh komuniti termasuklah kanak-kanak yang boleh menyumbang dalam usaha ini.

NILAI MURNI
1. Kerjasama : Pembentukan kumpulan "Kampung Teratai" oleh Mika dan rakan-rakannya menunjukkan bagaimana kerjasama dapat menghasilkan perubahan kepada penduduk.
2. Keprihatinan : Mika akan mengutip dan membersihkan sampah-sarap yang ditemuinya di hutan.
3. Keberanian : Keberanian Mika dan rakan-rakannya untuk bertindak ketika mengetahui tentang pembalakan hutan dan berjumpa dengan pemilik tanah untuk mebincangkan soal ini.
4. Kejujuran : Mika dan rakan-rakannya berbicara secara terus terang kepada pemilik tanah tentang kepentingan menjaga hutan.
5. Kepimpinan : Mika memimpin satu langkah untuk menyelamatkan hutan dan membentuk satu kumpulan "Kampung Teratai" yang menunjukkan  kepimpinan dalam menjaga ekosistem alam sekitar.

No comments:

Post a Comment