Friday, November 17, 2023

SUNGAI BIRU DI KAMPUNG MAHLIGAI

NAMA : NOR SYUHAIDAH BINTI MOHD.AZAM

NO MATRIK : D20231108134

KUMPULAN : HGM3013 (B)

 

Kampung Mahligai merupakan kampung kecil yang indah dan aman damai yang terletak di pinggir bandar. Di kampung tersebut terdapat sebuah sungai yang cantik diberi nama Sungai Biru kerana airnya yang kebiru-biruan. Sungai tersebut merupakan tempat untuk penduduk kampung melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, bermandi manda, berkelah bersama keluarga dan sebagainya. Namun, kerbersihan dan keindahan sungai itu mulai terancam apabila berlakunya pencemaran air yang disebabkan oleh perbuatan manusia yang tinggal di kampung tersebut.

Kisah pencemaran air di Sungai Biru ini bermula apabila bilangan penduduk semakin bertambah di kampung tersebut. Pencemaran air ini diketahui melalui sekelompok kanak-kanak yang suka bermain di sungai tersebut. Sekelompok kanak-kanak itu terdiri daripada Adam, Affan, Syaza, Mia dan Adira.

Pada suatu hari, Adam mengajak Affan pergi ke Sungai Biru untuk memancing ikan manakala Syaza, Mia dan Adira pergi ke sungai tersebut untuk bermandi manda. Mereka menuju ke sungai dengan menggunakan basikal. Sepanjang perjalanan sambil mengayuh basikal mereka berbual-bual. Adam memulakan perbualan dengan mengatakan, " Affan jom kita bertanding diantara kita berdua siapa yang dapat ikan yang paling besar dia akan menang " kata Adam kepada Affan. Lalu Affan membalas, " Jom lah siapa takut " kata Affan dengan bangganya.

Selepas beberapa minit mengayuh basikal, mereka pun sampai di Sungai Biru. Mereka meletakkan basikal mereka di bawah pokok yang berhampiran sungai. Mereka pun menuju ke arah sungai untuk memancing ikan dan bermandi manda tetapi sebaik sahaja mereka berada di tebing sungai mereka terkejut melihat keadaan sungai yang dahulunya jernih tetapi sekarang telah berubah menjadi kotor. Mia mula berkata, " Korang tengok arah sana " jari telunjuk Mia ditujukan ke arah bahagian sungai yang dipenuhi dengan sampah sarap. Mereka terdiam buat seketika.

Selepas itu, tanpa membuang masa, mereka berlima terus bergegas pulang untuk memberitahu ketua kampung iaitu Encik Naim mengenai keadaan sungai tersebut. Sampai sahaja di rumah ketua kampung, mereka menceritakan keadaan sungai tersebut kepada Encik Naim.

Keesokan harinya, Encik Naim selaku ketua kampung di Kampung Mahligai mengumpulkan seluruh penduduk kampung. Tujuannya adalah untuk memberitahu dan berbincang mengenai masalah pencemaran sungai di kampung mereka serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Perbincangan ini juga disertai oleh lima kanak-kanak tersebut.

Dalam perbincangan tersebut, diantara mereka berlima dengan beraninya mencadangkan tindakan yang patut dilakukan bagi mengatasi masalah pencemaran sungai di kampung mereka. Antaranya ialah Mia mencadangkan agar mengadakan aktiviti gotong royong mengutip sampah yang terdapat di dalam sungai. " Aktiviti gotong royong ini hendaklah dilakukan bersama-sama bagi mempercepatkan urusan ", kata Mia lagi. Manakala Adam dan Syaza juga turut mencadangkan agar ketua kampung melaporkan masalah ini kepada pihak berkuasa. Syaza berkata, "Tujuan melaporkan masalah ini kepada pihak berkuasa adalah untuk memastikan pihak berkuasa mengenakan denda kepada pesalah yang membuang sampah ke dalam sungai sekiranya mereka tertangkap melakukannya ".

Penduduk kampung yang mendengar akan cadangan yang terkeluar dari mulut kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun itu berasa terkejut. Penduduk kampung terkejut kerana kanak-kanak tersebut dapat berfikir dengan begitu baik walaupun berada di usia yang masih muda. Sebaik sahaja mendengar cadangan itu, ketua kampung dan seluruh penduduk kampung yang berada di situ pun terus bersetuju untuk menjalankan cadangan itu dengan secepat mungkin.

Pada keesokan harinya, mereka berlima bersama-sama penduduk kampung berkumpul di rumah ketua kampung pada jam seawal 9 pagi. Setelah menerima arahan dari ketua kampung, mereka pun memulakan langkah menuju ke Sungai Biru untuk menjalankan aktiviti gotong royong mengutip sampah di sungai tersebut. Manakala ketua kampung dan dua orang penduduk kampung yang lain pergi membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai pencemaran sungai yang berlaku di kampung mereka. Kanak-kanak dan penduduk kampung berjalan menuju ke sungai. Setiap daripada mereka membawa barangan masing-masing seperti plastik, penyepit untuk mengutip sampah dan sarung tangan. Sampai di sungai, setiap orang menyediakan barangan yang dibawa dan mengambil bahagian masing-masing untuk mengutip sampah. 

Setelah beberapa jam mereka membersihkan sungai, sungai mula bersih daripada sampah sarap walaupun airnya belum sepenuhnya bertukar seperti sedia kalanya. Mereka berpuas hati dan berasa gembira dengan tindakan mereka. Melalui kerjasama membersihkan sungai ini dapat membuatkan mereka menyedari bahawa menjaga kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama yang tinggal di sekitarnya.

Selepas kejadian pencemaran sungai berlaku di Kampung Mahligai, banyak pihak sekolah di kampung tersebut mengambil langkah untuk mengadakan ceramah berkaitan dengan pencemaran air. Hal ini bagi memastikan pelajar-pelajar mengetahui betapa pentingnya menjaga alam sekitar daripada tercemar dan apa kesannya sekiranya alam sekitar tercemar terutamanya kepada manusia.

Dengan kejayaan ini, membuatkan setiap penduduk kampung menyedari bahawa menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya air mahupun benda lain adalah tanggungjawab mereka bersama tidak kira usia tua, muda mahupun kanak-kanak. Berkat kerjasama penduduk Kampung Mahligai dan juga idea-idea daripada kanak-kanak tersebut, Sungai Biru telah kembali kepada asalnya. Setiap penduduk kampung mula teraja teruja kerana dapat menikmati keindahan sungai itu seperti sebelum ini tanpa sebarang pencemaran.

 

NILAI MURNI

1.      Prihatin : Sekelompok kanak-kanak yang prihatin terhadap pencemaran yang berlaku di kampung mereka iaitu berlakunya pencemaran sungai lalu melaporkannya terus kepada ketua kampung  

2.      Bertanggungjawab : Ketua kampung iaitu Encik Naim terus menjalankan tanggungjawabnya selaku ketua kampung dengan mengumpulkan penduduk kampung untuk berbincang mengenai masalah yang berlaku di kampung mereka

3.      Bijaksana : Kanak-kanak yang bijak mencadangkan cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di kampung mereka

4.      Bekerjasama : Penduduk di Kampung Mahligai bekerjasama membersihkan sungai             

No comments:

Post a Comment