NAMA: PRISCILLA WILLINDA ANAK WILLY
NO. MATRIK: D20231108091
NO. KUMPULAN: A
Di kaki Gunung Sadung, terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Taee. Penduduknya hidup aman, damai dan harmoni walaupun berbilang bangsa, kaum dan budaya. Dikelilingi dengan keindahan alam yang sesuai dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran yang kusut. Contohnya, sungai, hutan, sawah padi yang menghijau dan sebagainya.
Di kampung ini terdapat sebuah sungai yang bersih dan indah. Sungai ini telah menjadi tarikan pengunjung sejak sekian lamanya dan sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dan berkelah untuk seisi keluarga. Terutama sekali pada musim cuti sekolah dan juga hujung minggu.
Pada zaman milennia ini, kampung ini menjadi tumpuan kerana orang ramai selalu mengambil gambar dan rakaman video tempat ini kerana keindahan pemandangannya dan muncul di laman Instagram, Tiktok dan sebagainya. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pengunjung yang datang seperti pondok rehat, tandas, tempat membakar, tempat makan dan sebagainya.
Oleh itu, bagi mengekalkan dan menjaga keindahan sungai, En. Nichol selaku ketua Kampung Taee telah mengambil langkah mengadakan gotong-royong secara penggiliran supaya semua penduduk kampung terlibat dalam menjaga kebersihan sungai. Tidak lupa juga tong-tong sampah disediakan bagi memudahkan pengunjung membuang sampah dan papan tanda amaran juga diletakkan untuk tujuan keselamatan pengunjung yang datang.
Pada suatu hari, seorang penduduk kampung, En. Gordon mengadu kepada ketua kampung. "Selamat pagi, Tuan! Maaf mengganggu masa Tuan pagi ini" kata En. Gordon. "Selamat pagi. Tidak mengapa En. Gordon. Ada apa-apa masalah ke En. Gordon? Kelihatan tergesa-gesa saja" tanya En. Nichol. "Semalam saya terhidu bau dari sungai kita Tuan. Bau yang kuat seperti bau tumpahan minyak. Saya risau jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa minyak ke dalam sungai. Bahaya tu Tuan" terang En. Gordon.
"Terima kasih En. Gordon atas aduan yang diberikan. Saya akan menyiasat perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya" kata En. Nichol. "Baiklah. Sama-sama Tuan" ucap En. Gordon.
Mendengar akan hal itu, tanpa membuang masa, En. Nichol menghubungi Robert dan Ben yang merupakan anak buahnya untuk menyiasat perkara tersebut. "Baiklah Tuan. Kami berdua akan segera menyiasat dan mencari punca masalah ini" ujar Robert.
Robert dan Ben berusaha mencari permasalahan tersebut sehingga mereka menjumpai beberapa tong sisa kimia yang kosong dan terdapat bangkai ikan-ikan yang mati akibat terkena tumpahan sisa kimia tersebut.
"Siapa agaknya orang yang tidak bertanggungjawab ini? Berani sekali membuang sisa kimia ke dalam sungai tanpa memikirkan akibatnya" kata Ben.
"Betul tu Ben. Orang ini harus ditangkap jika dibiarkan mereka akan berterusan membuang sisa kimia ini ke dalam sungai kita dan mencemarkan sungai" kata Robert pula. "Lihat ini. Ada lampu suluh terjatuh. Nampaknya perkara ini dilakukan pada waktu malam" kata Ben.
Setibanya di rumah ketua kampung, mereka mengadakan perbincangan dengan En. Nichol. "Baiklah. Saya setuju dengan cadangan Robert dan Ben. Orang ini perlu ditangkap dan diambil tindakan. Jika tidak sungai kita akan tercemar. Ini akan membahayakan kesihatan pengunjung yang datang ke sungai dan juga penduduk" ujar En. Nichol.
"Setuju Tuan!" kata Robert dan Ben serentak.
Pada malam itu, Robert dan Ben memulakan rancangan mereka untuk menangkap individu tersebut. Tidak lama kemudian, Robert dan Ben melihat seorang individu serba hitam membawa tong yang berisi sisa kimia dan menuangnya ke dalam sungai. Tanpa membuang masa, mereka terus menangkap individu tersebut "Oh! Rupa-rupanya kamu yang melakukan perbuatan ini ya." marah Robert. "Ayuh Robert. Kita bawa saja dia ni ke rumah ketua kampung agar dia dikenakan tindakan yang sepatutnya atas perbuatannya" kata Ben pula. "Ayuh, Ben" Robert bersetuju.
Mereka berdua segera membawa individu tersebut ke rumah ketua kampung untuk disoal siasat. "Mengapa kamu bertindak membuang sisa kimia ke dalam sungai? Kamu sedar tak bahawa tindakan kamu ini bukan saja merosakkan kelestarian sungai kita tetapi memberi kesan kepada penduduk dan pengunjung yang datang ke kampung kita ini. Bagaimana kalau mereka mengalami masalah kesihatan seperti masalah kulit terutama anak kecil?!" ujar En. Nichol panjang.
Dengan perasaan takut, individu itu berkata "Maafkan saya Tuan. Saya hanya mengikut arahan bos saya yang mengarahkan saya membuang sisa kimia itu ke sungai" ujar individu itu. "Serahkan sahaja dia ni kepada pihak berkuasa Tuan" kata Ben. "Benar apa yang Ben katakan tu Tuan" kata Robert.
Selepas itu, individu tersebut telah dikenakan tindakan. Bukan itu sahaja, bos kepada individu tersebut juga ditangkap kerana bersubahat mencemarkan sungai Kampung Taee. Mereka telah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Sejurus kejadian itu, En. Nichol membawa penduduk kampung bergotong-royong membersihkan sungai kampung mereka. Ini bertujuan mengembalikan keindahan sungai mereka seperti sedia kala.
Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan alam sekitar, ketua kampung iaitu En. Nichol bercadang untuk mengadakan kempen alam sekitar sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan untuk memeriahkan kempen tersebut. Misalnya, ceramah alam sekitar, pertandingan reka cipta bahan kitar semula, pertandingan fotografi alam sekitar, penanaman pokok, larian alam sekitar, gerai jualan dan sebagainya.
"Saya berharap agar kita semua mengambil berat akan alam sekeliling kita dan berusaha mengekalkan keindahan dan kelestarian. Kerana alam sekeliling ini merupakan tanggungjawab kita semua untuk menjaganya supaya dapat dirasai oleh generasi yang akan datang" ucap En. Nichol semasa perasmian kempen alam sekitar.
Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini adalah:
1. Kesedaran akan kebersihan alam sekitar
- Penduduk Kampung Taee terlibat bersama-sama membersihkan kawasan sungai bagi mengekalkan kebersihan sungai.
2. Kerjasama
- Penduduk kampung Taee bergotong-royong membersihkan sungai dalam satu komuniti.
3. Keadilan
- Individu yang ditangkap telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan atas perbuatannya
4. Kepimpinan
- Perkara ini dapat dilihat melalui sikap ketua kampung iaitu Encik Nichol yang mengambil pelbagai langkah untuk memastikan sungai terjaga.
5. Bertanggungjawab
- Robert dan Ben menjalankan tugas mereka berdua menangkap individu yang mencemarkan sungai.
6. Hidup bersama secara aman
- Penduduk Kampung Taee tinggal dengan aman, damai dan harmoni walaupun berbilang bangsa, kaum dan agama.

No comments:
Post a Comment