NAMA : NUR AIN AZARIHA BINTI ZAHRIN
NO MATRIK : D20231108075
KUMPULAN : A
Di sebuah kawasan bandar, terdapat suatu kawasan di tepi jalan yang mempunyai beberapa batang pokok yang agak sederhana besar. Di kawasan tersebut tinggal sekumpulan burung. Antaranya ialah seekor burung yang bernama Yewoo. Yewoo seekor burung yang berbulu cerah. Bulunya putih dan bersih. Yewoo tinggal bersama dengan rakan-rakannya iaitu Cha dan Eun. Mereka hidup bahagia di kawasan tersebut.
Namun pada suatu hari, langit di tempat tinggal mereka mula untuk berubah warna. Dari langit yang cerah, perlahan-lahan bertukar menjadi berwarna kelabu. Jerebu mula melanda kawasan tempat tinggal mereka. Yewoo merasa risau kerana mereka akan berhadapan dengan masalah yang tidak terduga iaitu jerebu. Jerebu akan membawa kesan yang buruk kepada mereka. Mereka tidak dapat mencari makanan jika jerebu terlalu tebal. Penglihatan mereka akan menjadi terhad. Mereka juga akan mengalami sakit mata.
Jerebu telah menyelimuti langit dan kawasan tempat tinggal mereka. Burung-burung lain yang bersama Yewoo merasa terancam apabila melihat banyak debu-debu halus yang melayang-layang di udara. Pemandangan tempat tinggal mereka sudah tidak nampak lagi. Yewoo, Cha dan Eun resah. Makanan yang ada di sarang mereka tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka bertiga. Mereka harus keluar juga untuk mencari makanan agar mereka tidak mati kelaparan.
Walaupun Yewoo pada awalnya merasa terbatas pergerakannya apabila jerebu ini muncul kerana menyulitkan pergerakan dan penglihatannya namun dia tidak menyerah pada takdir. Dengan tekad yang kuat Yewoo mengambil langkah yang berhati-hati. Yewoo mengajak Cha dan Eun untuk keluar mencari makanan. Dengan menggunakan kedua-dua belah sayapnya, Yewoo bersama Cha dan Eun terbang menembusi lapisan jerebu untuk keluar mencari makanan. Mereka terbang di dalam jerebu yang tebal.
Hari demi hari, sudah seminggu jerebu melanda di kawasan mereka. Yewoo merasa sangat sedih. Sudah terdapat beberapa ekor burung yang masih kecil sudah mati akibat tidak dapat makanan yang mencukupi. Ibu bapa kepada burung tersebut tidak mahu keluar untuk mencari makanan. Yewoo mengajak burung-burung yang lain untuk keluar mencari makanan namun mereka terlalu takut kerana jerebu sangat tebal. Hanya Yewoo, Cha dan Eun yang sanggup keluar mencari makanan untuk bertahan hidup. Yewoo dan rakan-rakannya tidak dapat membantu burung-burung yang lain untuk membawa pulang makanan kepada mereka kerana jumlah makanan yang dapat dibawa oleh Yewoo juga terhad.
Yewoo juga merasa kecewa kerana hanya mereka bertiga sahaja yang sanggup untuk keluar mencari makanan. Burung-burung yang lain tidak setabah mereka untuk keluar berjuang bersama. Terdapat juga burung-burung yang sudah tua mati akibat kelaparan. Yewoo tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka juga yang berdegil tidak mahu keluar. Yewoo buntu. Jika jerebu ini terus berterusan, mungkin mereka semua akan mati.
Namun takdir Tuhan menyebelahi Yewoo. Ahli sains mula untuk membuat pembenihan awan. Pembenihan awan ini bertujuan untuk mengurangkan jerebu. Hujan mula turun di kawasan mereka. Jerebu mula menghilang. Namun sisa-sisanya masih ada di udara. Hujan yang tidak lebat tersebut tidak mampu untuk menghilangkan kesemua debu-debu yang berada di udara. Walau bagaimanapun Yewoo tetap bersyukur kerana mereka sudah dapat keluar untuk mencari makanan. Burung-burung kecil juga sudah mampu berterbangan riang di udara. Ada juga yang terbang semasa hujan. Mereka sedang menikmati hujan yang sudah lama tidak turun di kawasan mereka.
Burung-burung yang kehilangan ahli keluarga mereka mula menyesal kerana tidak keluar untuk mencari makanan sewaktu jerebu melanda. Mereka mula merasa sedih kerana kehilangan ahli keluarga mereka. Mereka baru merasa kehilangan tersebut apabila melihat Yewoo berterbangan indah bersama Cha dan Eun. Yewoo perasan yang gerak gerinya sedang diperhatikan. Yewoo terbang menghampiri Lee. Lee meluahkan rasa kecewanya terhadap Yewoo. Lee merasa menyesal kerana tidak keluar bersama Yewoo untuk mencari makanan sehingga menyebabkan anaknya Dong dan Min mati kelaparan. Yewoo memberikan kata-kata semangat kepada Lee.
Dalam tidak sedar sebenarnya di sebalik ketabahan Yewoo yang sanggup keluar di tengah jerebu yang tebal, Yewoo sebenarnya telah merasai kehilangan ahli keluarganya pada jerebu yang berlaku pada tahun sebelumnya. Ibu dan bapanya tidak keluar untuk mencari makanan. Mereka hanya memberikan makanan yang mereka simpan hanya untuk Yewoo. Akhirnya ibu dan bapa Yewoo mati akibat kelaparan. Yewoo menyaksikan kejadian itu dengan matanya sendiri. Hal ini lah yang menjadikan Yewoo tabah untuk keluar mencari makanan walaupun jerebu tebal supaya dia tidak merasai kehilangan Cha dan Eun pula.
Cerita Yewoo dan rakan-rakannya yang teguh menghadapi jerebu menjadi cerminan bagi kehidupan kita yang penuh dengan cabaran. Tugas kita pula selanjutnya sama ada untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut ataupun hanya berdiam diri untuk tidak membuat apa-apa. Dalam hidup kita juga kita pasti akan merasai kehilangan dan kehilangan itulah yang akan menjadikan kita kuat untuk menempuh rintangan yang akan datang. Cerita ini juga menunjukkan yang Yewoo dan rakan-rakannya hanyalah menjadi mangsa akibat dari perbuatan manusia. Manusia yang mengotori udara namun haiwan juga terkena akan akibatnya.
Nilai Murni
1. Keberanian: Yewoo dan rakan-rakannya menunjukkan keberanian dalam menghadapi rintangan jerebu dan kelaparan. Keputusan mereka untuk tetap berjuang meskipun ada risiko menggambarkan sifat yang kuat dan penuh semangat.
2. Ketabahan: Meskipun dihadapkan pada situasi yang sulit dan kehilangan, Yewoo tetap tabah dan gigih. Kemahuannya untuk terus berusaha mencari makanan dan mengatasi kesulitan mencerminkan ketabahan yang luar biasa.
3. Solidariti dan Kerjasama: Meskipun hanya beberapa burung yang berani keluar, mereka bekerja sama dalam mencari makanan. Solidariti dan kerjasama ini menunjukkan kekuatan bersama dalam mengatasi tantangan.
4.Penyesalan dan Pembelajaran: Karakter seperti Lee mengalami penyesalan karena tidak bertindak pada waktunya. Ini menunjukkan pentingnya belajar dari pengalaman dan bertindak dengan bijaksana dalam menghadapi masalah.
5.Kehilangan dan Kekuatan: Pengalaman kehilangan yang dialami Yewoo menjadi pendorong kekuatan dan tekad untuk mengatasi rintangan. Ini mencerminkan kemampuan manusia untuk tumbuh dan belajar dari kesedihan.
No comments:
Post a Comment